Ahad, 26 September 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRU-13 semakin hampir, Melayu masih belum sedar, lambat sedar atau tak sedar langsung

Posted: 25 Sep 2010 07:20 PM PDT

PRU-13 semakin hampir, Melayu masih belum sedar — Azman Anuar
September 25, 2010

25 SEPT — CUKUP menarik kalau kita 'membaca' pemikiran dua tokoh — Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang Melayu pada masa kini.

Terbaharu Dr. Mahathir melontarkan pandangan mengenai Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang memerintah negara ini.

Sebagai anak jati Kelantan, Datuk Nik Aziz pula berkata, beliau tidak berbangga pun jadi Melayu!

Kenyataan Dr. Mahathir mengenai Melayu hilang kuasa itu diselar oleh beberapa pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas. Mereka mendakwa mantan Perdana Menteri itu terus menerus meniupkan api perkauman.

Sebenarnya sebagai orang yang dianggap ultra Melayu, nasihat Dr. Mahathir tidak sepatutnya dikaitkan dengan unsur perkauman kerana kenyataan itu ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan situasi sebenar apabila kuasa politik dipegang oleh DAP seperti di Pulau Pinang dan Perak.

Malahan kebimbangan beliau itu pun bukan lagi setakat pada perasaannya sahaja tetapi ia benar-benar telah berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

Contoh yang diberikan oleh Dr. Mahathir sudah terjadi di depan mata kita. Beberapa pemimpin Melayu dijadikan boneka untuk menampakkan seolah-olah bangsa kita yang berkuasa. Hakikatnya, situasi itu cukup menyedihkan dan menyakitkan hati.

Jika ditakdirkan pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat, mungkin jawatan Perdana Menteri diberi kepada kalangan pemimpin Pas atau PKR.

Pun begitu, mereka hanya sebagai boneka sahaja kerana kuasa sebenar adalah di tangan DAP. Malah kita tidak terkejut jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan dipegang oleh DAP.

Berdasarkan pengamatan pemerhati politik, peluang Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sukar dijangkakan jika dilihat suasana yang belum menggalakkan dalam komponen BN.

Ada parti komponen BN sudah tidak menampakkan semangat berjuang dan ada pula yang asyik mementingkan kaum sendiri daripada berjuang membantu kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Situasi bertambah sukar jika perpaduan Melayu masih gagal disatukan. Dr. Mahathir sudah banyak menyuarakan tentang pentingnya perpaduan antara orang Melayu.

Tetapi sesetengah pihak Melayu sendiri memandang remeh hinggakan kaum lain hilang rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam.

Sebab itu, orang Melayu yang insaf akan pentingnya maruah bangsa Melayu mengharapkan Nik Aziz dapat memandu orang Melayu ke arah perpaduan. Tetapi, harapan itu semakin pudar apabila Nik Aziz sendiri tidak berbangga menjadi Melayu.

Jika Tok Guru mendakwa tidak berbangga dengan 'Melayunya', apa lagi yang ada pada beliau? Tak mungkin beliau tak tahu bahawa para Nabi dan Rasul pun dipilih di kalangan bangsa tertentu. Takkan beliau minta dilahirkan sebagai orang Arab? Ini takkan berlaku kerana Tuhan sudah takdirkan beliau sebagai orang Melayu. Beliau patut bersyukur.

Sebagai insan Melayu, Nik Aziz juga ada peranannya yang tersendiri kepada orang Melayu selain perjuangan untuk agama Islam.

Tetapi, perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas pula dihat sudah 'melencong' daripada perjuangan asal.

Banyak yang sudah kita baca, perjuangan Pas yang asalnya untuk menegakkan hukum Islam kini beralih kepada membela bangsa lain selari dengan perjuangan rakan kongsinya, DAP.

Perjuangan hukum hudud sudah tidak kedengaran lagi. Pas kini bagaikan menyokong tanpa berbelah bahagi apa yang dilakukan oleh DAP dalam menentang Melayu dan negara Islam yang ingin diperjuangankan Pas sendiri.

Kalau tindak-tanduk DAP itu disokong oleh Nik Aziz, maka bukan peliklah apabila beliau mengatakan tidak berbangga menjadi orang Melayu.

Malahan jika Nik Aziz benar-benar mengikut perintah Allah, pasti larangan Allah diketepikannya. Tetapi kenapa beliau sendiri yang mengkafirkan orang Islam yang lain?

Kenapa beliau mencarut? Kenapa menghalalkan wanita bukan Muslim masuk ke rumah Allah, sedangkan wanita Islam yang berhadas besar pun diharamkan berada di perkarangan surau atau masjid?

Kita berdoa agar Nik Aziz kembali sedar akan 'keterlanjurannya' demi menyatukan umat Melayu dan Islam negara ini.

Usaha menyatukan Melayu masih disuarakan oleh orang Melayu yang sedar hakikat perpaduan. Tetapi, sayangnya ia masih lagi di tahap bertatih, sedangkan masa semakin hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kepada pemimpin parti dan ahli politik Melayu, ingat-ingatlah nasib dan masa depan anak bangsa yang tidak memihak pada mana-mana parti politik dan belum layak untuk menjadi pengundi.

Jangan korbankan masa depan mereka kerana tamakkan kuasa. Jika bangsa bukan Melayu mementingkan survival bangsa mereka di negara ini tanpa mengira parti politik, kenapa tidak orang Melayu? Bersatulah!. — Utusan Malaysia

1 ringgit, dua ringgit, tiga ringit.......

Posted: 25 Sep 2010 05:28 PM PDT

Guan Eng akhirnya mengaku


KUALA LUMPUR 25 Sept. - Selepas pelbagai pendedahan dibuat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu, kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

"Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi," katanya dalam laman sosial twitter, hari ini.

Beliau menjawab pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengenai sepucuk surat kerajaan negeri yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob itu mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima oleh kerajaan negeri walaupun sebelum ini dinafikan.

Sebelum ini, sebuah blog, Pisau.net turut mendakwa bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Dalam pada itu, Guan Eng berang dengan pendedahan isu tersebut apabila mempersoalkan kenapa Pemuda UMNO dan beberapa blog sengaja buat 'bising' berhubung isu sumbangan kepada warga emas.

"RM100 kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?," soalnya

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

PANDANGAN PENULIS:
Masa BN dulu, kita tahu mana yang boleh beri dan mana yang tidak boleh. Ini bukan soal bising tapi bagi umat Islam ia berkaitan hukum.Guan Eng kalau tak faham kena lah tanya pada Tok Guru dalam pakatan dia atau Tok Guru belum ajar bab itu. jadi nak tanya kepada orang Islam Penang yang bijak pandai agama, kalau dah ambil dan guna duit tu macam mana? Adakah sesuai kita kata Pulau Pinang tu Darul......?

INFO SENI : AKU MELAYU

Posted: 25 Sep 2010 05:22 PM PDT

Demi orang Melayu yang amat mengharapkan gagasan perpaduan UMNO-Pas - yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk apa yang dikenalinya sebagai 'kerajaan perpaduan' - sekali lagi, bacalah, hayatilah sajak ini...

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Usman Awang
Al-Fatihah

WASIAT KEPADA ORANG MELAYU : APA ITU KUASA ?

Posted: 25 Sep 2010 05:15 PM PDT

Apa itu 'kuasa Melayu'?


ORANG Melayu baru sedar bahawa 'kuasa Melayu' di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini.

Persoalannya : Adakah bakal penganti nanti lebih baik atau pun sama dengan yang lama?

Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa UMNO sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik UMNO di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/UMNO tetapi Pas.

Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai 'mencampuri' urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan 'nasihat' pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi 'penasihat'.

Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau 'British Malaya' menjadi 'koloni British' melalui rancangan Malayan Union-nya.

Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah 'Jajahan British', raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi 'rakyat British' sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah 'orang asing' atau 'pendatang'. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi 'rakyat British' atau 'British citizens'.

Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai 'ketua eksekutif'. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa 'negeri Melayu' tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada 'Negeri Melayu' bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut 'sejarah' ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan 'Negeri Melayu' atau 'Kerajaan Melayu', atau dengan kata lain 'kuasa Melayu' sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah 'negara baru' yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi 'Persekutuan Malaysia'), tidak lagi 'persekutuan tanah Melayu' atau 'persekutuan negeri-negeri Melayu'. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi.

Kemerdekaan

Selepas kemerdekaan, UMNO yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi 'perpaduan kaum' (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai 'kuasa Melayu', iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut 'kuasa' itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa UMNO atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi UMNO, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja.

Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika UMNO terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam UMNO sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi 'memperjuangkan' nasib bangsa Melayu; UMNO baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan 'rasis'. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, UMNO kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh 'rasis', iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap UMNO tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu.

Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional UMNO lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada UMNO sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada UMNO? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka?

Masalah

Saya rasa masalah 'kuasa Melayu' tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal 'kuasa politik' parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, 'Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran'. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun.

Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman.

Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau 'kuasa Melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu.

Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik.

Nasihat saya kepada orang UMNO ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam UMNO. Ini akan menjadi asas atau 'model' untuk membolehkan UMNO menjadi 'pejuang bangsa Melayu' yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa 'moral' anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah UMNO sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa 'kebangsaan', parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti.

Akhir kata, 'kuasa Melayu' tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara.

Oleh Dr. Hassan Ahmad

INTERNET : MENGHAKIS NILAI KEMANUSIAAN ?

Posted: 25 Sep 2010 05:09 PM PDT

Adab jadi biadab dalam Internet

Untung Sabut Timbul

SETIAP pagi, nikmat seorang wartawan ialah membaca akhbar harian. Sambil minum teh tarik dan sekeping roti canai di kedai mamak, maka dilahapnya semua akhbar harian yang boleh dibacanya: Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star, Sinar Harian, Harian Metro, Kosmo, The Sun, The Edge, Financial Daily dan The Malaysian Reserve.

Tiga puluh tahun lalu, akhbar-akbar yang dilahap setiap hari ialah Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Berita Harian, The New Straits Times, The Straits Echo, The Malay Mail, Bintang Timur, Warta Teberau dan Business Times.

Sebahagian akhbar itu sudah tidak ada. Tetapi sepanjang 30 tahun lalu, ada akhbar harian yang muncul tetapi tidak dapat bertahan. Mereka ialah Harian Nasional, Harian Kota, Harian Watan, The National Echo dan The Leader.

Walaupun kini banyak anak muda tidak membaca akhbar harian, tetapi mereka memperoleh berita daripada akhbar-akhbar yang sama juga, tetapi dari atas talian: Utusan Online, Berita Harian Online, NST Online, Star Online, MStar, Metro Online, Kosmo Onlie, Sun Online dan The Edge Online. Dua portal berita yang mereka tatap ialah Malaysiakini dan Malaysian Insider.

Selagi akhbar-akhbar itu ditulis dan disunting oleh orang profesional, bermaksud di sini, mereka yang mendapat latihan untuk menulis dan kemudian dibayar gaji untuk menulis atau menyunting, maka penggunaan bahasanya adalah lebih kurang bernada baik, tertib dan bersopan. Maknanya dalam tulisan itu tidak adalah memberi gelaran buruk pada orang, memaki hamun, apatah lagi mencarut atau menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Tetapi dengan munculnya Internet dan laman-laman web biasa yang boleh memaparkan APA SAHAJA TANPA KEKANGAN media berlesen, maka mulalah orang awam disuap dengan tulisan dan komen-komen yang hanya berisi dengan maki hamun dan sumpah seranah, memberi gelaran buruk, mencarut dan menggunakan kata-kata kesat.

Keadaan ini berlaku kerana banyak orang ramai yang menulis tidak dapat mengungkap pemikiran dan perasaannya. Apabila mereka tidak berupaya mengemukakan hujahnya secara jelas dan teratur, maka apa yang dilakukan hanyalah memaki hamun.

Fenomena ini boleh dikatakan bermula pada tahun 1999 ketika berlakunya krisis ekonomi dan politik di negara ini. Timbul laman-laman web yang menentang kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kerana tidak berupaya untuk berhujah secara jelas dan bersopan, maka mereka sering menggunakan kata-kata kesat. Siapa yang tidak ingat tentang laman web bernama Mahazalim dan Mahafiraun. Tulisan-tulisannya bukan saja dangkal dari segi hujah, atau sarat dengan fitnah dan hasutan, tetapi bahasa yang digunakannya amat kesat dan menghina.

Parah

Dari situ keadaan bertambah parah dengan munculnya blog dan kini laman sosial seperti facebook.

Banyak orang mengalu-alukan perkembangan baru ini dan menyatakan bahawa ruangan siber telah membebaskan suara dan pemikiran rakyat. Maka sebab itulah, kata mereka tarikan kepada akhbar tradisional semakin merosot.

Buat apa orang ramai hendak membaca akhbar kalau mereka boleh mendapat banyak maklumat dan pandangan daripada laman web, portal berita, blog dan laman sosial secara percuma.

Tetapi mungkin penulis adalah tergolong kepada generasi lama, iaitu baby boomers atau generasi yang lahir lepas Perang Dunia Kedua dan bukannya generasi X, Y dan Z, sebab itu, nikmat membaca masih datang daripada bahan- bahan cetak iaitu akhbar, majalah dan buku.

Tetapi sebagai wartawan yang masih bekerja, tentulah penulis sentiasa membaca apa yang dipaparkan dalam alam siber.

Internet membuka dunia yang luas kepada semua orang. Untuk itu penulis dapatlah membaca akhbar-akhbar dunia yang bermutu tinggi seperti The New York Times, Wall Street Journal, The Times of London, The Guardian, The Independent secara atas talian setiap hari.

Tidakkah dunia ini lebih luas berbanding 30 tahun lalu di mana bacaan dalam bahasa Inggeris hanya terhad kepada The New Straits Times dan The Star.

Tetapi apabila membaca bahan bahan-bahan berita dalam alam siber Malaysia yang meliputi portal berita, laman web, blog dan facebook, maka rasa tidak selesa yang amat ketika menatapi komen dan posting daripada orang ramai.

Orang kata bahan bacaan tempatan termasuk di alam siber bermutu rendah berbanding daripada bahan-bahan bacaan dari negara-negara maju.

Tetapi lebih buruk dan bersifat sampah adalah komen-komen pembaca dalam laporan-laporan itu.

Sememangnya ada pembaca yang berupaya mengungkap hujah-hujahnya seperti seorang penulis profesional, tetapi kebanyakan daripada mereka hanya tahu memaki hamun, memberi gelaran pada orang lain, menghina, tidak kira lagi memfitnah dan menuduh melulu. Mencarut dan menggunakan kata-kata kesat adalah lumrah dalam Internet.

Mungkin orang akan kata bahawa inilah harga kebebasan bersuara dan membaca melalui Internet. Apa saja boleh dicurahkan dalam Internet walaupun bagi mereka yang tidak berupaya untuk berhujah.

Berbeza pendapat dan bertukar fikiran adalah penting bagi pembinaan tamadun. Tetapi memaki hamun dan menulis dengan kata-kata kesat hanya menumpulkan minda seseorang. Sebab itulah penulis mengelak diri daripada membaca komen-komen itu bukanlah kerana tidak sanggup untuk membaca pandangan yang berbeza, tetapi jiwa bersih yang bersopan ini tidak sanggup membaca kata-kata buruk dan kesat yang sering orang tulis dalam komen-komen itu.

Cuba bayangkan, dari kecil dididik dalam keluarga dan masyarakat Melayu yang bersopan dan mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat, serta dibesarkan dengan akhbar yang berbahasa tertib, tetapi kini tiba-tiba terasa seolah-olah hidup dalam zaman biadab.

PANDANGAN PENULIS : ANTARA FITNAH, KATA-KATA YANG KEJI DAN GAMBAR LUCAH DALAM INTERNET MANA YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA?

Antara undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa ke atas mereka yang menjual, mempamer atau memiliki apa jua bahan lucah ialah Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

sumber : utusan Malaysia 15/06/2005

KONGSI PANDANGAN :PANTAU MEDIA DENGAN ADIL

SAYA sangat gembira mendengar pihak berkuasa akan memantau semua media supaya tidak menyebarkan dakyah dan fitnah yang boleh mencetuskan kacau bilau dalam negara. Tetapi awas, jangan nanti hanya memantau media-media dan blog-blog yang hanya hampir dengan kita, atau yang kita fahami kerana ia ditulis dalam bahasa kita sendiri.

Hampir kesemua orang boleh membaca bahasa Melayu, tetapi bukan ramai yang boleh membaca bahasa lain. Pasukan petugas pihak berkuasa hendaklah juga secara adil memantau media dan blog bahasa Cina dan India dan yang lain-lain lagi. Saya pernah membaca sedutan-sedutan daripada akhbar Cina dan India yang pedas. Kalau ini tidak dilakukan, maka yang berbahasa Melayu sahajalah yang akan menjadi mangsa. Ingat baik-baik perkara ini wahai pihak berkuasa kalau tidak mahu dituduh tidak saksama.

DATUK PROF. DR. HASHIM YAACOB

Kuala Lumpur /td>

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Khalifah Lim Guan Eng akhirnya mengaku MENIPU!

Posted: 26 Sep 2010 04:09 AM PDT

Selepas pelbagai pendedahan dibuat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Pengakuannya itu bertentangan dengan penafiannya sebelum ini iaitu, kos untuk membasmi kemiskinan diperoleh hasil daripada penjimatan yang diamalkan oleh kerajaan negeri menerusi prinsip ketelusan dalam pentadbiran.

Bagaimanapun, Guan Eng masih menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam di negeri itu juga diambil daripada dana yang diperolehi melalui kegiatan lumba kuda.

"Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi," katanya dalam laman sosial twitter, hari ini.

Beliau menjawab pendedahan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengenai sepucuk surat kerajaan negeri yang dihantar kepada Pengarah Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.

Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai 2010 yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M. Yacob itu mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima oleh kerajaan negeri walaupun sebelum ini dinafikan.

Sebelum ini, sebuah blog, Pisau.net turut mendakwa bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas termasuk masyarakat Islam di negeri itu adalah dari sumber perjudian.

Dalam pada itu, Guan Eng berang dengan pendedahan isu tersebut apabila mempersoalkan kenapa Pemuda UMNO dan beberapa blog sengaja buat 'bising' berhubung isu sumbangan kepada warga emas.

"RM100 kepada warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri tak makan duit itu sebab ia boleh diberi kepada rakyat. Dulu Barisan Nasional (BN) tidak bagi duit masa memerintah, jadi mengapa bising?," soalnya.

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan pelampau jika ingin kekal sokongan Melayu - Syed Ali

Posted: 26 Sep 2010 03:15 AM PDT

JIKA kerajaan yang didokong UMNO tidak mahu kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ia tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak pelampau yang mahu kerajaan bertindak ke atas dua guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.

"Hakikat hari ini rakyat mula mempersoalkan kredibilti dan ketegasan kerajaan menangani isu perkauman yang didakwa mereka tidak tegas apabila menyentuh kepentingan orang Melayu dan kesucian agama Islam," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
"Berapa lama orang Melayu perlu bersabar dan bertolak ansur ? Oleh sebab itu, saya ingatkan kerajaan supaya jangan layan tekanan atau ugutan pihak berkenaan," ujarnya lagi.

Syed Ali menegaskan, tindakan Pemuda MIC dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang membuat tekanan tersebut merupakan perbuatan yang disengajakan untuk menyemarakkan sentimen perkauman.

Beliau mendesak kerajaan supaya tidak berlembut lagi dengan golongan berkenaan dan mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi 'mendidik' mereka yang sengaja mencetuskan api perkauman untuk kepentingan politik.

"Orang Melayu sudah lama bersabar melihat tindakan kerajaan dalam menangani isu perkauman yang kadangkala tidak memuaskan hati mereka seperti kes surau dilempar botol arak dan disimbah cat," tegasnya.

Tetapi katanya, oleh kerana orang Melayu dan pemimpin UMNO menghormati prinsip semangat setiakawan, mereka menerimanya dengan hati terbuka walaupun terlalu kecewa.

"Hari ini, Pemuda MIC dan Kit Siang cuba nak ugut kerajaan berhubung isu dua pengetua sekolah, saya nak beritahu mereka, jangan sampai tahap kesabaran orang Melayu sudah hilang," tegasnya.
Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda MIC dilaporkan memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya bertindak keatas pengetua berkenaan merupakan satu ugutan kepada penjawat awam.
"Siapa dia (Pemuda MIC) yang nak tunjuk sikap biadap dan ala-samseng dalam menangani isu tersebut?," tegasnya.
Katanya, tidak ada sebab untuk kerajaan tunduk kepada tekanan tersebut kerana kerajaan juga selama ini sudah terlalu banyak berlembut dengan kerenah bukan Melayu termasuk MIC.

"Saya kecewa dengan sikap Pemuda MIC yang dilaporkan turut memberi tekanan kepada kerajaan supaya bertindak terhadap dua pengetua Melayu berkenaan, mereka menyokong tindakan Kit Siang mengugut Timbalan Perdana Menteri," tegasnya.

Katanya, perbuatan tersebut jelas mencabar kewibawaan kerajaan Barsian Nasional (BN) dan menguji tahap kesabaran pemimpin Melayu khususnya UMNO.

Beliau berkata, sikap biadap dan tidak menghormati semangat setiakawan UMNO yang ditunjukkan oleh Pemuda MIC amat mendukacitakan.

Menurutnya jika Kit Siang yang mengugut dan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut, kita anggap sememangnya kerja DAP yang amalkan sikap rasis dan diktator, tetapi malangnya Pemuda MIC turut 'tumpang sekaki' untuk tunjukkan belang mereka.

"Sejak akhir-akhir ini, komponen BN mula melakukan tekanan terhadap dan desakan terhadap kerajaan, kita sedar motif mereka apatah lagi menjelang PRU ke-13," katanya.

Syed Ali kecewa kerana komponen BN semakin ghairah memainkan sentimen perkauman berhubung isu pengetua berkenaan, sedangkan tindakan remaja Cina yang menghina Jalur Gemilang, Islam dan orang Melayu amat serius.

"Mengapa Pemuda MIC dan Kit Siang tidak tekan kerajaan supaya hapuskan kerakyatan atau tahan remaja terebut di bawah akta ISA?," soalnya.

Ini jelas beliau, Pemuda MIC serta Kit Siang hanya mementingkan kaum tertentu sahaja tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mencabar pucuk pimpinan MIC supaya memberi 'nasihat berguna' kepada kedua-dua pemudanya supaya tidak beterusan bersikap biadap terhadap kerajaan dan pemimpin UMNO khususnya.

.

.


Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir?

Posted: 25 Sep 2010 07:41 PM PDT

Sumber: Agendadaily.com

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.

Menjawab soalan Agendadaily semasa sidang media selepas Perhimpunan Melayu PERKASA Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas petang Sabtu bekas Perdana Menteri itu sebenarnya soal kuota itu tidak pernah menjadi masalah sejak dulu lagi dan ia cuma berbangkit baru-baru ini saja.

Beliau diminta mengulas pandangan sesetengah pihak bahawa kuota itu wajar disemak semula khususnya bagi kawasan yang jelas majoriti penduduknya orang Melayu.

Sekarang ini ada sebilangan kawasan yang penduduknya majoriti Melayu tetapi masa pilihanraya calon MCA,MIC atau Gerakan yang bertanding.

Ini yang adakalanya mencetuskan protes pengundi hingga mereka memangkah pembangkang.

Dr Mahathir berkata, "ianya ada kebaikan dan keburukannnya, kalau orang India sudah tentu tidak ada satupun kawasan yang mereka majoriti tapi kita sanggup bagi dan kita sokong manakala kaum India yang menjadi minoriti pula akan beri sokongan pada UMNO, MCA atau GERAKAN".

Diminta mengulas lanjut tentang kenyataannya yang menganggap orang Melayu akan kehilangan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sebagai perkauman, Mahathir berkata, "itu kata mereka bukan kata saya."

Beliau tetap mempertahankan pandangannya.Katanya, "saya menyatakan perkara yang benar, umpamanya di negeri Perak…pada satu ketika parti lawan menang dan menubuhkan kerajaan.Ikut undang-undang negeri Perak, Menteri Besar (MB) mestilah terdiri dari orang Melayu.

"Justeru itu PAS telah letak wakil rakyat mereka sebagai MB tapi jelas sekali MB ini ikut telunjuk DAP, sebab itu apabila MB itu jatuh…orang Cina bercakap mengenai kejatuhan 'kerajaan Cina'…jadi mereka yang mengaku kata ini kerajaan Cina bukan kerajaan Pakatan …mereka akui sendiri, sebab itu mereka kata tidak akan sokong lagi BN kerana BN telah jatuhkan kerajaan Cina…"

Mengenai PRU 13, Mahathir memberitahu pandangannya lebih terpengaruh dengan maklumat yang diperolehinya.

"Orang Cina kata mereka tak dak sokongan pada BN… kenyataan ini mereka dibuat di mana saja, mereka tidak akan sokong BN.

"Kita dapati kalau UMNO umpamanya tidak menolak PERKASA, UMNO tidak dapat sokongan dari orang Cina…dengan orang Melayu pun tak dapat maka UMNO akan kalahlah, sebab itu sekarang ini mereka terpaksa melayan sebarang tuntutan walaupun yang menentang dasar awal yang kita persetujui."

Mahathir berpendapat bagi mengembalikan perpaduan Melayu untuk terus memberi sokongan pada kerajaan dalam PRU 13 akan datang ialah terus mengingati perjuangan dalam politik bukan untuk diri sendiri, bukan untuk cari tempat diri sendiri dan perjuangan dalam politik ialah untuk menjayakan segala janji-janji melalui dasar-dasar penubuhan parti.

"UMNO umpamanya mesti berjuang untuk agama, bangsa dan tanahair bukan untuk seseorang…itu bukan perjuangan UMNO tapi saya nampak sekarang ini perjuangan dalam UMNO tertumpu pada hendak menaikkan orang kesayangan mereka,' tambahnya.

Bacaan lanjut ... klik sini

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Doa PAS berharga RM400,000???

Posted: 25 Sep 2010 06:04 PM PDT

RM400,000 diperlukan oleh Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat dari PAS bagi membiayai 40 orang "ulama" PAS untuk terbang ke Makkah dan melakukan solat hajat berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kelantan. Mengejutkan sekali apabila PAS meletakkan harga RM400,000 untuk membiayai perkara sedemikian. Apakah PAS sudah kehilangan akal? Atau PAS hanya ingin mengabui isu RM4 billioan I'DA World Group dengan isu RM400,000?

Mungkin ini adalah permainan "figure". Jumlah RM400,000 adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan RM4 billioan yang didakwa diterima oleh PAS dari I'DA World Group itu. Mungkinkah PAS ingin memberitahu bahawa mereka memang tidak mempunyai wang, sekaligus secara tidak langsung menafikan ada menerima wang sejumlah RM4 billion itu? Pada penulis, sama ada PAS ada terima atau tidak RM4 billion itu, saya tidak peduli. Saya tidak tahu dan itu bukan hal saya dan jawablah kelak di akhirat.

Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah tentang jumlah RM400,000 yang diperlukan untuk memakbulkan doa dan hajat PAS Kelantan tersebut! Jika difikirkan niat PAS Kelantan itu, jumlah RM400,000 diperlukan hanyalah untuk memastikan doa mereka dimakbulkan Allah dihadapan Kaabah.

Apakah ini bermasksud bahawa doa dari mana-mana lokasi selain di Baitullah itu dikatakan "tidak dimakbulkan" atau "kurang dimakbulkan" Allah S.W.T? Apakah berdoa di rumah, di surau dan di masjid-masjid di Kelantan itu tidak makbul? Apakah sudah habis "stadium" di Malaysia ini yang boleh dijadikan tempat solat hajat untuk dimakbulkan doa dan hajat PAS tersebut?

Saya masih ingat dengan solat hajat yang dilakukan secara besar-besaran oleh penyokong PAS suatu ketika dahulu untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional. Solat hajat tersebut diimamkan oleh Nik Aziz Nik Mat. Sampai menitis-nitis airmata Nik Aziz mendoakan "musibah" untuk UMNO dan Barisan Nasional. Namun, doanya itu mungkin kurang mustajab. Jika mustajab pun, mungkin terpalit kepada Pak Lah yang terpaksa meletakkan jawatan dan menantunya tidak diberikan jawatan kabinet. Namun, UMNO dan BN lebih kukuh pula jadinya selepas diambil alih oleh Dato' Seri Najib Tun Razak!

Apakah doa di "stadium" itu dijadikan ukuran sama ada doa itu "mustajab" atau tidak? Bukankah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah S.W.T? Nampak sangat bahawa UMNO dan BN tidak menzalimi rakyat, malah PAS sendiri yang menzalimi dan menipu penyokong-penyokongnya secara membuta tuli.

Nik Aziz sendiri berkata bahawa "Allah tidak melihat kepada bangsa, tapi Allah melihat kepada tahap ketaqwaan hambaNya". Benar. Begitu juga dengan "parti" dan "doa". Allah tidak melihat kepada PAS atau UMNO, Allah melihat kepada ketaqwaan yang ada pada individu di dalam UMNO dan PAS. dan ternyata Allah melihat UMNO lebih baik dari PAS untuk mentadbir negara.

Begitu juga dengan "doa". Allah tidak melihat lokasi doa itu dipanjatkan kepadaNya. Allah lebih melihat kepada keikhlasan doa dari individu tersebut. Jika dia berdoa kerana "dendam kesumat" dan "hati yang busuk", mungkin Allah sendiri enggan untuk mengkabulkan permintaan tersebut. Sebagai contoh, Nik Aziz berdoa agar Dato' Seri Najib pecah perut, namun akhirnya Nik Aziz sendiri yang "muntah darah". Ini adalah bukti bahawa bukan lokasi yang menjadi keutamaan Allah untuk mengkabulkan doa dan permintaan hambaNya!

Justeru itu, apa perlukan Sekretariat PAS itu menghabiskan wang sejumlah RM400,000 ringgit untuk solat hajat di Makkah? Berdoa di masjid sahaja tidak cukupkah? Bersolat hajat di masjid sahaja tidak memadaikan? Mengapa perlu menghabiskan wang rakyat semata-mata untuk memenuhi hajat politik PAS? Mengapa perlu bazirkan wang rakyat sedangkan perkara ini boleh dilakukan secara ikhlas di masjid-masjid di sekitar Kelantan dengan wang belanja RM0! Tanpas kos!

Apakah ini agenda "makan angin" dalam usaha mendapatkan sokongan guru-guru pondok sekitar Kelantan? Apakah ini adalah sebahagian usaha untuk me"rasuah" guru-guru pondok tersebut setelah mereka sebenarnya selama ini tidak disukai oleh guru-guru pondok tersebut? Jika tempohari Nik Aziz hampir menerima "rasuah" RM65k, maka Nik Aziz cuba mengheret guru-guru pondok ini untuk terlibat sama dengan "rasuah" itu? Jika guru-guru pondok itu "makan rasuah", maka mudahlah Nik Aziz menghalalkan "rasuah RM65k"nya itu di mata rakyat!

(Oleh: dukeofmontecristo)

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


BANTING popular lagi...

Posted: 26 Sep 2010 04:43 AM PDT



Mesuarat dan Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat yag berlansung hari ini di Dewan Wawasan Kg Medan Sijangkang di batalkan, kecoh kerusi meja terbang, peti undi kena pecah. Razak Sg Sedu dan Geng buat kecoh isu senarai nama ahli hilang...

Popular lagi Banting...lepas satu,satu isu melibatkan parti politik ini.Orang nak memerintah,dia pun nak memerintah..tapi habukkk pun takde...

cermin dulu yeerrrrr..

Posted: 25 Sep 2010 08:07 PM PDT

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nuzul Izzah Anwar pula mencabar Tun Dr. Mahathir untuk berdebat berikutan dakwaannya Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah??

DunSemarang

DunSemarang


Sambutan Hari Raya bersama DSBJ Dun Semarang

Posted: 25 Sep 2010 06:05 PM PDT

RUMAH TERBUKA
Datuk Samsolbari Bin Jamali

akan di adakan
Tarikh 26 dan 27 sept 2010
Masa 8.00 malam
Tempat Taman Suria Ayer Hitam.
Semua penduduk dan masyarakat Ayer Hitam dan Dun Semarang di jemput hadir.(Sumber SUB Halid) By M69.

Kebakaran Di Kampung Bunagong..

Posted: 25 Sep 2010 05:42 PM PDT

Hangus terbakar Rumah kepunyaan En Masron bin Hj Salikin

Datuk Samsolbari bin Jamali melawat.kawasan kebakaran.

Datuk Samsolbari bin Jamali Adun Semarang, bertanya khabar kepada mangsa rumah terbakar.


20.09.2010 Kebakaran telah berlaku di Kampung Parit Bonagong, Mukim 7 dalam Parlimen Ayer Hitam. Kebakaran pada pukul 1.10 tengah hari itu menghanguskan rumah kedai kepunyaan En Masron bin Hj Salikin. 2 buah jentera bomba dari Yong Peng dan bomba sukarelawan Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berhampiran. ADUN Semarang, YB Datuk Samsolbari yang bergegas melawat mangsa kebakaran menghulurkan bantuan kecemasan RM 500.00 manakala Biro Kebajikan UMNO bahagian Ayer Hitam mendermakan keperluan dapur kepada mangsa terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran disyaki berpunca dari dapur gas rumah berkenaan.
(Terima kasih Sumber Oleh: Budak Pejabat (uthm_saezuri@ymail.com)

Sambutan Hari Raya Bersama DSBJ.

Posted: 25 Sep 2010 05:25 PM PDT

RUMAH TERBUKA
Datuk Samsolbari Bin Jamali
akan di adakan pada
Tarikh 26 dan 27 sept 2010
Masa 8.00 malam
Tempat Taman Suria Ayer Hitam.
Semua penduduk dan masyarakat Ayer Hitam dan Dun Semarang di jemput hadir.
(Sumber SUB Halid) By M69.

Pesta Tanglong...KeSELESAan berbudaya di Malaysia.

Posted: 25 Sep 2010 05:00 PM PDT

Pesta Tanglong 1 Malaysia
Anjuran MCA/BN Bhg Ayer Hitam
Tarikh 25 .9.2010
jam 7.30 malam
Di Padang Majlis Daerah Yong Peng.Barisan Pemimpin Masyarakat dan BN Parlimen Ayer Hitam.Tarian dari pelajar SRJKC 2 Yong Peng.
Apa maksud di sebalik Pesta ini..
Tanglung (yang berasal dari perkataan bahasa Kantonis: 肺唐 Táng Lung) merupakan sejenis alat pelindung yang melindungi lilin dari tiupan angin ketika berjalan pada waktu malam. Ia merupakan salah satu benda penting dalam kebudayaan Cina dan telah menjadi salah satu unsur kebudayaan masyarakat Cina semenjak tahun 250 SM lagi.
Asal-usul terawal
Ada banyak kepercayaan berlaian tentang asal-usul Pesta Tanglung. Tetapi satu perkara pastinya adalah bahawa ia berkenaan sesuatu dengan perayaan dan menuaikan hubungan positif di antara orang, keluarga, semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka memberpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun.

Satu legenda memberitahu kita bahwa ia adalah suatu waktu untuk menyembah Taiyi, Tuhan Syurga dalam zaman kuno. Kepercayaan itu adalah bahawa Tuhan Syurga mengawal takdir dunia manusia. Dia telah mempunyai enam belas naga di beknya dan memganggil dan dia berkeputusan bila hendak memberikan kemarau, ribut, famine atau pestilence terhadap manusia. Bermula dengan Qinshihuang, maharaja pertama untuk menyatukan negara, kesemua maharaja memerintahkan upacara hebat sekali tiap tahun. Maharaja akan meminta Taiyi untuk mebawa cuaca yang menggemarkan dan kesihatan baik padanya dan rakyatnya. Maharaja Wudi dari Dinasti Han mengarahkan perhatian khas pada upacara ini. Pada 104 SM, dia mengumumkannya sebagai salah satu perayaan yang terpenting dan upacara akan menahan sepanajng malam. Mereka menbersihkannya pada waktu pagi. (Photo By SUB Halid Saat)Sumber berita By M69.

Pengikut