Ahad, 26 September 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Doa PAS berharga RM400,000???

Posted: 25 Sep 2010 06:04 PM PDT

RM400,000 diperlukan oleh Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat dari PAS bagi membiayai 40 orang "ulama" PAS untuk terbang ke Makkah dan melakukan solat hajat berhubung isu tuntutan royalti minyak di Kelantan. Mengejutkan sekali apabila PAS meletakkan harga RM400,000 untuk membiayai perkara sedemikian. Apakah PAS sudah kehilangan akal? Atau PAS hanya ingin mengabui isu RM4 billioan I'DA World Group dengan isu RM400,000?

Mungkin ini adalah permainan "figure". Jumlah RM400,000 adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan RM4 billioan yang didakwa diterima oleh PAS dari I'DA World Group itu. Mungkinkah PAS ingin memberitahu bahawa mereka memang tidak mempunyai wang, sekaligus secara tidak langsung menafikan ada menerima wang sejumlah RM4 billion itu? Pada penulis, sama ada PAS ada terima atau tidak RM4 billion itu, saya tidak peduli. Saya tidak tahu dan itu bukan hal saya dan jawablah kelak di akhirat.

Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah tentang jumlah RM400,000 yang diperlukan untuk memakbulkan doa dan hajat PAS Kelantan tersebut! Jika difikirkan niat PAS Kelantan itu, jumlah RM400,000 diperlukan hanyalah untuk memastikan doa mereka dimakbulkan Allah dihadapan Kaabah.

Apakah ini bermasksud bahawa doa dari mana-mana lokasi selain di Baitullah itu dikatakan "tidak dimakbulkan" atau "kurang dimakbulkan" Allah S.W.T? Apakah berdoa di rumah, di surau dan di masjid-masjid di Kelantan itu tidak makbul? Apakah sudah habis "stadium" di Malaysia ini yang boleh dijadikan tempat solat hajat untuk dimakbulkan doa dan hajat PAS tersebut?

Saya masih ingat dengan solat hajat yang dilakukan secara besar-besaran oleh penyokong PAS suatu ketika dahulu untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional. Solat hajat tersebut diimamkan oleh Nik Aziz Nik Mat. Sampai menitis-nitis airmata Nik Aziz mendoakan "musibah" untuk UMNO dan Barisan Nasional. Namun, doanya itu mungkin kurang mustajab. Jika mustajab pun, mungkin terpalit kepada Pak Lah yang terpaksa meletakkan jawatan dan menantunya tidak diberikan jawatan kabinet. Namun, UMNO dan BN lebih kukuh pula jadinya selepas diambil alih oleh Dato' Seri Najib Tun Razak!

Apakah doa di "stadium" itu dijadikan ukuran sama ada doa itu "mustajab" atau tidak? Bukankah doa orang yang dizalimi itu amat mustajab di sisi Allah S.W.T? Nampak sangat bahawa UMNO dan BN tidak menzalimi rakyat, malah PAS sendiri yang menzalimi dan menipu penyokong-penyokongnya secara membuta tuli.

Nik Aziz sendiri berkata bahawa "Allah tidak melihat kepada bangsa, tapi Allah melihat kepada tahap ketaqwaan hambaNya". Benar. Begitu juga dengan "parti" dan "doa". Allah tidak melihat kepada PAS atau UMNO, Allah melihat kepada ketaqwaan yang ada pada individu di dalam UMNO dan PAS. dan ternyata Allah melihat UMNO lebih baik dari PAS untuk mentadbir negara.

Begitu juga dengan "doa". Allah tidak melihat lokasi doa itu dipanjatkan kepadaNya. Allah lebih melihat kepada keikhlasan doa dari individu tersebut. Jika dia berdoa kerana "dendam kesumat" dan "hati yang busuk", mungkin Allah sendiri enggan untuk mengkabulkan permintaan tersebut. Sebagai contoh, Nik Aziz berdoa agar Dato' Seri Najib pecah perut, namun akhirnya Nik Aziz sendiri yang "muntah darah". Ini adalah bukti bahawa bukan lokasi yang menjadi keutamaan Allah untuk mengkabulkan doa dan permintaan hambaNya!

Justeru itu, apa perlukan Sekretariat PAS itu menghabiskan wang sejumlah RM400,000 ringgit untuk solat hajat di Makkah? Berdoa di masjid sahaja tidak cukupkah? Bersolat hajat di masjid sahaja tidak memadaikan? Mengapa perlu menghabiskan wang rakyat semata-mata untuk memenuhi hajat politik PAS? Mengapa perlu bazirkan wang rakyat sedangkan perkara ini boleh dilakukan secara ikhlas di masjid-masjid di sekitar Kelantan dengan wang belanja RM0! Tanpas kos!

Apakah ini agenda "makan angin" dalam usaha mendapatkan sokongan guru-guru pondok sekitar Kelantan? Apakah ini adalah sebahagian usaha untuk me"rasuah" guru-guru pondok tersebut setelah mereka sebenarnya selama ini tidak disukai oleh guru-guru pondok tersebut? Jika tempohari Nik Aziz hampir menerima "rasuah" RM65k, maka Nik Aziz cuba mengheret guru-guru pondok ini untuk terlibat sama dengan "rasuah" itu? Jika guru-guru pondok itu "makan rasuah", maka mudahlah Nik Aziz menghalalkan "rasuah RM65k"nya itu di mata rakyat!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut