umno bahagian cheras |
Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan pelampau jika ingin kekal sokongan Melayu - Syed Ali Posted: 26 Sep 2010 03:15 AM PDT JIKA kerajaan yang didokong UMNO tidak mahu kehilangan sokongan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, ia tidak perlu tunduk kepada tekanan pihak pelampau yang mahu kerajaan bertindak ke atas dua guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman. "Hakikat hari ini rakyat mula mempersoalkan kredibilti dan ketegasan kerajaan menangani isu perkauman yang didakwa mereka tidak tegas apabila menyentuh kepentingan orang Melayu dan kesucian agama Islam," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. "Berapa lama orang Melayu perlu bersabar dan bertolak ansur ? Oleh sebab itu, saya ingatkan kerajaan supaya jangan layan tekanan atau ugutan pihak berkenaan," ujarnya lagi. Syed Ali menegaskan, tindakan Pemuda MIC dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang membuat tekanan tersebut merupakan perbuatan yang disengajakan untuk menyemarakkan sentimen perkauman. Beliau mendesak kerajaan supaya tidak berlembut lagi dengan golongan berkenaan dan mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan bagi 'mendidik' mereka yang sengaja mencetuskan api perkauman untuk kepentingan politik. "Orang Melayu sudah lama bersabar melihat tindakan kerajaan dalam menangani isu perkauman yang kadangkala tidak memuaskan hati mereka seperti kes surau dilempar botol arak dan disimbah cat," tegasnya. Tetapi katanya, oleh kerana orang Melayu dan pemimpin UMNO menghormati prinsip semangat setiakawan, mereka menerimanya dengan hati terbuka walaupun terlalu kecewa. "Hari ini, Pemuda MIC dan Kit Siang cuba nak ugut kerajaan berhubung isu dua pengetua sekolah, saya nak beritahu mereka, jangan sampai tahap kesabaran orang Melayu sudah hilang," tegasnya. Beliau berkata, tindakan Ketua Pemuda MIC dilaporkan memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) supaya bertindak keatas pengetua berkenaan merupakan satu ugutan kepada penjawat awam. "Siapa dia (Pemuda MIC) yang nak tunjuk sikap biadap dan ala-samseng dalam menangani isu tersebut?," tegasnya. Katanya, tidak ada sebab untuk kerajaan tunduk kepada tekanan tersebut kerana kerajaan juga selama ini sudah terlalu banyak berlembut dengan kerenah bukan Melayu termasuk MIC. "Saya kecewa dengan sikap Pemuda MIC yang dilaporkan turut memberi tekanan kepada kerajaan supaya bertindak terhadap dua pengetua Melayu berkenaan, mereka menyokong tindakan Kit Siang mengugut Timbalan Perdana Menteri," tegasnya. Katanya, perbuatan tersebut jelas mencabar kewibawaan kerajaan Barsian Nasional (BN) dan menguji tahap kesabaran pemimpin Melayu khususnya UMNO. Beliau berkata, sikap biadap dan tidak menghormati semangat setiakawan UMNO yang ditunjukkan oleh Pemuda MIC amat mendukacitakan. Menurutnya jika Kit Siang yang mengugut dan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut, kita anggap sememangnya kerja DAP yang amalkan sikap rasis dan diktator, tetapi malangnya Pemuda MIC turut 'tumpang sekaki' untuk tunjukkan belang mereka. "Sejak akhir-akhir ini, komponen BN mula melakukan tekanan terhadap dan desakan terhadap kerajaan, kita sedar motif mereka apatah lagi menjelang PRU ke-13," katanya. Syed Ali kecewa kerana komponen BN semakin ghairah memainkan sentimen perkauman berhubung isu pengetua berkenaan, sedangkan tindakan remaja Cina yang menghina Jalur Gemilang, Islam dan orang Melayu amat serius. "Mengapa Pemuda MIC dan Kit Siang tidak tekan kerajaan supaya hapuskan kerakyatan atau tahan remaja terebut di bawah akta ISA?," soalnya. Ini jelas beliau, Pemuda MIC serta Kit Siang hanya mementingkan kaum tertentu sahaja tanpa mengambil kira kepentingan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sehubungan itu, beliau mencabar pucuk pimpinan MIC supaya memberi 'nasihat berguna' kepada kedua-dua pemudanya supaya tidak beterusan bersikap biadap terhadap kerajaan dan pemimpin UMNO khususnya. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan