Rabu, 22 September 2010

PEMUDA UMNO TANJONG

PEMUDA UMNO TANJONG


ZIARAH RAMADHAN DAN SUMBANGAN HARI RAYA

Posted: 21 Sep 2010 10:12 PM PDT

Parlimen Tanjong adalah sebuah parlimen yang menjadi lubuk kepada semua parti politik yang berhasrat untuk menjadi pemimpin di kawasan yang di katakan mempunyai hasil kepada segala macam bentuk ekonomi. Walaupun ketika ini pemerintahan Kerajaan negeri Pulau Pinang di kuasai oleh DAP dan rakan sekutunya PKR dan PAS namun Barisan Nasional tidak langsung berdiam diri dalam mempergiatkan usaha demi membantu masyarakat di tanjong khususnya dan Pulau Pinang amnya.Bersempena dengan Ramadhan yang lalu, Penyelaras Parlimen Tanjong yang juga merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Gerakan Pusat Oh Tong Keong bersama Jeffri Salim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong bersama-sama menjayakan satu lawatan yang di beri nama " Ziarah Ramadhan" di sekitar Jalan Arrifin di Tanjong.

Program ini bertujuan menziarahi penduduk dan bertanya khabar sambil memberi sumbangan hari raya berupa hamper. Rata-rata penduduk yang di temui semasa program berlangsung begitu teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Oh Tong Keong dan Jeffri Salim yang sanggup meluangkan masa untuk bertemu mereka walau dalam kesibukan tugas harian. Walaupun penduduk di sekitar kawasan ini mempunyai pendapatan yang tetap dan mempunyai kemampuan untuk menyara keluarga, mereka tetap berbesar hati dengan kunjungan yang di lakukan.

Seorang penduduk Mastan 71 berkata, beliau rasa sungguh bertuah kerana menerima kunjungan dari pemimpin Barisan Nasional walaupun mereka tidak lagi memerintah kerajaan negeri berbanding dengan kerajaan negeri (DAP) sekarang yang hanya datang untuk meraih undi ketika musim pilihanraya. Walaupun kunjungan ini bukan atas dasar politik, namun perkara ini harus di contohi dan di jadikan teladan oleh semua pemimpin parti politik agar rakyat dapat menilai mereka.

Menurut Oh Tong Keong, beliau akan terus bekerjasama dengan Jeffri Salim dan Pemuda UMNO Tanjong serta Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk di negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum. Ini adalah semangat yang di terapkan oleh Barisan Nasional sejak dari dulu lagi. "kita juga akan meneruskan program-program kepada rakyat supaya kita dapat merampas kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 nanti.

Sementara itu Jeffri Salim pula berkata, Pemuda UMNO Tanjong tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Pemuda Gerakan Tanjong dan mengharapkan agar usaha ini dapat di teruskan. "Kita akan terus berkhidmat kepada rakyat selagi terdaya selaras dengan seruan Perdana Menteri 1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan" Katanya lagi.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Kelantangan suara pemimpin MCA jejas imej parti

Posted: 21 Sep 2010 07:02 PM PDT

Kelantangan suara pemimpin MCA jejas imej parti — Markus Lim
September 22, 2010

22 SEPT — Pepatah Melayu ada menyebut, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Demikian juga dengan pepatah berikut, sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.

Kedua-dua pepatah Melayu yang disebutkan tadi pada dasarnya mengajak kita lebih berwaspada ketika mengeluarkan pandangan mahupun kritikan terhadap sesuatu perkara. Adalah kurang bijak untuk pihak tertentu beranggapan kata-kata dilafazkan mereka tidak memberi makna atau mencetuskan impak. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu datang daripada mulut orang politik. Sebagai pemimpin politik, sudah pasti percakapan mereka menjadi perhatian umum. Dalam negara yang didiami masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang masing-masing mempunyai sensitiviti, ia menuntut pemahaman jitu daripada si pelaku untuk bertindak dalam batasan dibenarkan agar tidak membangkitkan perselisihan faham.

Dewasa ini, kebanyakan pemimpin politik kalaupun tidak semua begitu cenderung bercakap di hadapan wartawan mengenai isu yang dekat dengan hati mereka. Semuanya dibuat dengan harapan suara dan buah fikirannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar.

Bagaimanapun, dalam keghairahan meluahkan pandangan mereka, wujud kemungkinan mereka akan terlepas cakap sehingga membangkitkan kemarahan pihak lain.

Justeru, apabila Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengeluarkan beberapa kenyataan panas mengenai isu sensitif baru-baru ini, pelbagai pihak berkepentingan sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan, orang perseorangan mahupun pemimpin politik berasa tersinggung dan marah. Reaksi daripada pihak ini sebenarnya bukan baru, malah sudah dijangka.

Kelantangan MCA bersuara terhadap isu sensitif seperti pemansuhan ekuiti Bumiputera 30 peratus, mengamalkan sikap yang agresif terhadap Umno dengan menuduhnya menggunakan agama sebagai alat meraih sokongan Melayu serta dikatakan sanggup bersekongkol dengan DAP dalam isu bersama, ternyata membuka mata segelintir pihak.

Jika ketika kepemimpinan Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Ong Ka Ting MCA dilihat lebih diplomatik dan menyelesaikan isu berbangkit secara tertutup, MCA di bawah kendalian Soi Lek pula nampaknya lebih agresif.

Tidak salah sesebuah parti politik dan pemimpinnya meluahkan pendirian mengenai isu tertentu kerana dalam sistem demokrasi semua individu mempunyai kebebasan berbuat demikian. Namun, kebebasan sedia wujud itu harus dimanfaatkan dengan diskusi politik yang rasional lagi objektif.

Sebagai tokoh politik yang lama berkecimpung dalam arena politik, Presiden MCA itu sebenarnya sedar implikasi yang bakal menyusul sejurus selepas kenyataan pedas itu keluar daripada mulut beliau.

Malah, bekas Menteri Kesihatan itu tentu membuat perhitungan terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan. Mahu atau tidak, beliau terpaksa mengimbangkan antara kepentingan parti diterajuinya dengan kepentingan pakatan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.

Dalam apa situasi sekali pun, kelantangan ditunjukkan harus bertempat dan kena pada masanya. Ini bermakna jika sesuatu situasi menuntut MCA bersifat lantang pada ketika itu, maka gunakanlah peluang berbuat demikian, bukan menunggu ke saat lain.

Pemilihan masa untuk bersifat lantang juga memainkan peranan. Apa gunanya parti politik seperti MCA bersifat lantang memperjuangkan isu rakyat tatkala amarah serta kekecewaan mereka masih belum reda?

Bukankah lebih baik pucuk kepimpinan parti memanfaatkan kesempatan ini mengenal pasti dengan lebih tuntas, melakukan bedah siasat terhadap punca di sebalik penolakan masyarakat Cina, serta cara memenangi mereka kembali daripada terus berpolemik?

Jika dianalisis dengan lebih mendalam mengenai isu ini, Soi Lek hakikatnya tidak mempunyai pilihan. Boleh dikatakan beliau dalam keadaan kalah-kalah. Dalam konteks ini, beliau mengambil risiko besar jika terus menunjukkan kelantangannya.

Sekiranya terus menyuarakan pandangan dengan lantang, MCA mungkin akan kehilangan sokongan daripada rakan komponen lain. Malah penghormatan kepada MCA sejak kebelakangan ini oleh pihak tertentu seperti NGO kian terhakis. Ini terbukti dengan peringatan dan cabaran yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin Perkasa kepada MCA agar tidak membangkitkan isu panas.

Ternyata, masa menjadi musuh utama kepada Soi Lek dan kepemimpinannya. Krisis politik MCA baru saja tiga bulan berlalu dan yang pasti luka serta parut daripada krisis itu masih belum pulih sepenuhnya. Beliau perlukan masa untuk merapatkan kembali saf parti yang berpecah. — Berita Harian

ANTARA KETUA UMUM DENGAN PRESIDEN MANA LEBIH BERKUASA ?

Posted: 21 Sep 2010 05:11 PM PDT


Wajah sebenar PKR terdedah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sentiasa menampakkan parti itu yang paling sempurna walaupun pelbagai pihak tertanya-tanya beberapa perkara yang dianggap agak janggal dalam perjalanan parti itu.

Ramai bertanya apa pandangan pemimpin dan ahli PKR, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi ketua umum lebih berkuasa daripada Presiden yang disandang oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Orang bertanya apakah perasaan Wan Azizah apabila Anwar dilihat menguasai segala pengurusan parti, sedangkan Wan Azizah hanya muncul sekali-sekala sahaja?

Orang juga bertanya. betulkah hubungan antara Wan Azizah dan Azmin Ali tidak ada masalah? Benarkah mereka mampu berganding bahu dalam satu pasukan, istilah mudah Wan Azizah menjadi Presiden dan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden?

Masyarakat juga bertanya, benarkah Anwar yang dilihat begitu menyayangi dan mengutamakan Azmin dalam segala hal akan bersikap berkecuali dalam pemilihan parti itu yang akan berlangsung November nanti?

Bagaimana pula sokongan Anwar kepada Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini dianggap bagaikan wira apabila dipilih bertanding mewakili PKR di Parlimen Hulu Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan?

Kini, semua persoalan itu sudah terjawab. Mesyuarat peringkat cabang (bahagian) yang sudah berlangsung sejak beberapa minggu lalu telah mendedahkan wajah sebenar dalam PKR.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti itu termasuklah pendedahan bagaimana pemilihan di peringkat cabang sudah membuktikan bahawa PKR hakikatnya adalah sebuah parti yang dilumuri dengan seribu satu masalah dan seribu satu helah politik yang lebih buruk daripada apa yang dijangkakan.

Semua itu terdedah selepas berlakunya pemilihan kerusi Timbalan Presiden apabila Azmin yang dikatakan menjadi harapan utama Anwar tidak diberikan laluan mudah oleh musuh-musuh politiknya di dalam PKR.

Paling ketara beliau kini berhadapan dengan saingan sengit daripada Zaid yang dikatakan mendapat sokongan Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah. Kedua-dua mereka dikatakan tidak menyenangi Azmin.

Walaupun Nurul Izzah dikatakan cuba menyembunyikan sokongan tersebut, namun beberapa kenyataannya dikatakan menjurus ke arah menolak Azmin menjadi timbalan kepada ibunya.

Keadaan itu sudah menjawab persoalan mengenai situasi sebenar hubungan antara Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin yang sememangnya digambarkan oleh pelbagai pihak 'senyum di depan, bermasam muka di belakang.' Walaupun cabang Permatang Pauh yang diketuai oleh Wan Azizah mencalonkan Azmin sebagai Timbalan Presiden tetapi semua pemimpin dan ahli PKR di cabang itu memahami siapa lebih berkuasa di situ, yang pastinya pemimpin berkenaan bukan Wan Azizah!

Selain itu, pemilihan kali ini juga menurut satu sumber parti itu dijadikan medan oleh sesetengah pemimpin dan ahli parti untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada Anwar bahawa beliau selama-lamanya tidak boleh menjadikan Wan Azizah sebagai boneka dalam pengurusan PKR.

Mereka tidak mahu, Anwar yang digambarkan oleh Zaid sebagai ahli biasa tetapi mempunyai kuasa mengatasi Wan Azizah sebagai Presiden. Sebab itulah, Zaid berazam untuk menghapuskan 'sketsa' ini.

Zaid mahu meletakkan kembali Wan Azizah sebagai Presiden yang sebenar dan mempunyai kuasa sepenuhnya mengawal parti. Jika Anwar berhasrat untuk melaksanakan tanggungjawab itu maka beliau perlu bertanding merebut jawatan tersebut.

Berlandaskan alasan itulah, beberapa cabang yang bermesyuarat baru-baru ini seolah-olah 'ingkar' arahan Anwar supaya tidak mencalonkan beliau bertanding apa-apa jawatan, apabila mencalonkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk jawatan Presiden. Setakat ini, Anwar sudah layak merebut jawatan berkenaan menentang Wan Azizah.

Walaupun cabang-cabang yang membuat pencalonan itu tahu bahawa Anwar akan menarik diri atau tidak akan bertanding tetapi mereka ingin menyampaikan mesej yang jelas kepada Anwar bahawa jangan duduk di luar gelanggang tetapi begitu berkuasa mahu mencampuri urusan politik di dalam PKR sehingga Wan Azizah dilihat seperti boneka sahaja.

Turut terdedah bagaimana buruknya politiking di dalam PKR apabila hampir sebahagian besar cabang yang bermesyuarat setakat ini dicemari dengan elemen-elemen yang membuktikan bahawa PKR tidaklah sebaik mana.

Pendedahan awal oleh Zaid yang menyatakan beliau diserang habis-habisan kerana hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden diikuti pula pendedahan beberapa pemimpin lain sudah menunjukkan bahawa permainan politik dalam PKR adalah jauh lebih buruk berbanding parti-parti lain yang selama ini mereka cerca.

Sebut sahaja apa juga istilah tangan ghaib atau kuasa ghaib, semua itu berlaku dalam pemilihan di peringkat cabang. Dakwaan ini bukannya dibuat oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN tetapi oleh pemimpin PKR sendiri.

Di Permatang Pauh, tersebar berita bagaimana 'tangan ghaib' membuat panggilan mengarahkan calon tertentu menarik diri bagi memberi laluan kepada calon impian Anwar mencapai kemenangan. Perkara ini dilaporkan di dalam media dan blog.

Situasi yang sama juga berlaku di beberapa cabang lain. Anwar didakwa terlibat secara langsung dalam memastikan pemimpin-pemimpin pilihannya menang dan mahukan Azmin diberikan pencalonan bagi bertanding kerusi Timbalan Presiden. Maklumlah sebagai orang yang dilantik sebagai pengurus kempen, sudah tentu Anwar mahu Azmin menang.

Pendedahan paling menarik dilakukan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, P.S Jenapala apabila beliau menyatakan bagaimana pencalonannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden yang dibuat oleh Batu Gajah dan Bruas di Perak telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

Berikutan kepincangan demi kepincangan yang berlaku, Jenapala memberikan jaminan untuk mengadakan sidang media setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu yang mahu merebut jawatan tertinggi parti itu.

Apa yang dramatiknya, beliau mencabar Anwar dan Azmin supaya mengesahkan atau menafikan secara terbuka penglibatan mereka dalam penipuan yang berlaku sepanjang pemilihan berlangsung.

Percayalah, cabaran Jenapala pasti tidak akan dijawab oleh kedua-dua pemimpin berkenaan, sebaliknya satu demi satu tohmahan mungkin akan dikeluarkan bagi memburuk-burukkan beliau. Nasib seumpama ini sudah dialami oleh beberapa wakil rakyat PKR yang membuat keputusan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mereka dikecam dan dituduh dengan pelbagai dakwaan termasuk dibayar sejumlah wang untuk meninggalkan PKR tetapi sampai sekarang parti berkenaan terutamanya Anwar belum mengemukakan bukti dakwaan tersebut.

Apa pun demikianlah serba sedikit gambaran terhadap kekalutan yang berlaku dalam PKR sekarang semata-mata bagi merebut jawatan di dalam parti. Menurut beberapa pemimpin parti berkenaan, mereka percaya situasi akan bertambah buruk menjelang November nanti.

''Selepas ini, kita mungkin akan saksikan SMS dan surat layang pula. Saya juga percaya serangan peribadi ke atas calon-calon akan dipertingkatkan. Nak buat macam mana... inilah politik merebut kuasa,'' kata seorang pemimpin kanan PKR yang ternyata kecewa dengan apa yang berlaku./td>

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Isu RM4b ; penjelasan Nik Aziz tidak masuk akal – Syed Ali

Posted: 21 Sep 2010 11:17 PM PDT

PENJELASAN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak tahu menahu sumbangan RM4 bilion daripada sebuah syarikat, I'DA World Group Sdn. Bhd (I'DA World) kepada PAS Kelantan sebagai amat melucukan.

"Penafian Nik Aziz itu seperti badut, tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak tahu apa yang berlaku dalam negeri yang ditadbirnya, apatah lagi membabitkan isu duit sekian banyak," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, penafian itu juga memberi andaian bahawa pegawai kerajaan termasuk pemimpin PAS Kelantan sengaja 'menyembunyikan' sumbangan tersebut daripada pengetahuan beliau.

Persoalannya kata beliau, rakyat ingin penjelasan daripada Nik Aziz sama ada sumbangan itu berupa rasuah atau sebaliknya.

"Kita tidak pertikaikan seberapa banyak wang didermakan, tetapi niat dan muslihat sumbangan tersebut perlu dijelaskan kerana membabitkan satu projek yang besar," katanya.

Penjelasan itu juga katanya, mendedahkan tembelang PAS yang sanggup menerima sumbangan 'wang hadiah' berasaskan kepada kelulusan sesuatu projek.

"Ini bermakna PAS yang selama ini melaungkan slogan Membangun Bersama Islam juga tidak terlepas daripada unsur rasuah," jelasnya.

Menurut beliau, pengakuan Nik Aziz tidak tahu-menahu mengenai perkara itu (sumbangan RM4 bilion) bermakna belau sememangnya tidak cekap dan tidak layak memegang jawatan Menteri Besar.

"Nik Aziz kata dia tidak tahu dalam isu RM4 bilion, saya beranggapan senanglah beliau diperbodohkan oleh orang di bawahnya," tegas beliau.

Semalam, Nik Aziz menjelaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai sumbangan syarikat terbabit dan kerajaan negeri juga tidak pernah meluluskan projek membangunkan Pantai Seri Tujuh, Tumpat seperti yang didakwa oleh Pengerusi Eksekutif I'DA World, Abdul Rahim Abdul Wahab.

Bagaimanapun, adik Nik Aziz, Nik Din Nik Mat seperti dilaporkan agensi berita Bernama mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari Abdul Rahim dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, baru-baru ini yang dihadiri kira-kira 200 tetamu

Abdul Rahim pula dilaporkan sebagai berkata sumbangan tersebut 'bukan membalas ganjaran' diberikan kerajaan Kelantan kepada syarikatnya membangunkan projek di Tumpat yang bernilai lebih RM300 bilion.

Pada majlis tersebut juga, I'DA World difahamkan turut menyampaikan surat perlantikan kepada 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sementara itu menurut sumber, syarikat berkenaan dikatakan mempunyai aset lebih AS$2 trilion. Firma itu difahamkan bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) dengan anggaran kos RM313.71 bilion, selain beberapa projek di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos RM1 trilion.

Mengulas lanjut isu tesrebut, Syed Ali menambah penafian Nik Aziz juga tidak berasas kerana difahamkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sudah mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat berkenaan yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor, bertarikh 19 September 2010.

Surat itu dipercayai telah ditanda- tangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Ir. Haji Mustafa Salleh di bawah tajuk 'Cadangan Pembangunan Menyeluruh Seri Tujuh (S7) Merangkumi Pelabuhan Pukal, Bandar Pelabuhan dan Perbandaran Seri Tujuh (S7) Membabitkan Penambakan Laut Seluas 144,000 Ekar Sejauh 12KM hingga 18KM Dari Pantai Tumpat, Kelantan'.

"Perbadanan tersebut terletak di bawah tanggungjawab Menteri Besar Kelantan, tetapi Nik Aziz boleh mengaku tidak tahu-menahu, ini bermakna beliau langsung tidak ambil berat terhadap perkembangan pembangunan yang berlaku di negeri tersebut," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.


Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Perpaduan Satu Malaysia

Posted: 21 Sep 2010 08:05 PM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


RM 4 billion, SPRM Dan PDRM Perlu Siasat PAS

Posted: 22 Sep 2010 03:22 AM PDT

Kecoh bila sebuah syarikat pembinaan yang baru ditubuhkan pada 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta, I'DA World Group Sdn Bhd, mengumumkan pemberian sumbangan sebanyak RM 4 billion ringgit kepada parti PAS. Sumbangan ini katanya ada kena mengena dengan Projek S7 yang melibatkan pembinaan lebuh raya. saluran paip dibeberapa kawasan di Kelantan bernilai USD 1 Trillion (RM 3.2. Trillion)!!

Replika cek yang jelas tertera nama Parti Islam Se Malaysia itu diterima oleh adik kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat. Nik Din yang menggelarkan dirinya Ayah Din sebelum kemudiannya menafikan mewakili PAS mahupun kerajaan negeri ke majlis itu sebaliknya datang atas kapasiti peribadi kerana mendapat jemputan – standard biasa melepaskan diri.

Walaupun jumlah yang disebut maha gila tinggi dan tidak masuk akal untuk sebuah kerajaan sekalipun, apalagi untuk syarikat baru seperti I'DA World Group Sdn Bhd, malah para pemimpin PAS seperti Nik Amar juga sudah menafikan kaitan PAS dengan majlis tersebut disini. kita merasakan perlunya siasatan oleh SPRM dan PDRM bagi melihat jika ada unsur-unsur jenayah di dalam hal berkaitan.

Ini kerana projek tersebut dikatakan sudah dibentang dan dibincang dihadapan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat melalui surat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan bertarikh 19hb September 2010, bermaksud bukan cakap-cakap kosong sahaja. Bahkan tindakan syarikat tersebut mengadakan majlis besar-besaran mengumumkan pemberian cek tersebut termasuk memanggil wakil-wakil media utama juga, menimbulkan syak wasangka yang memerlukan siasatan menyeluruh.

Dipihak penyokong PAS pulak, sudah riuh rendah masing-masing dengan 'derma' yang kononnya diterima oleh pihak PAS ini. Mana tidaknya, jumlah yang besar ini (kalau benarlah) bakal mengubah imej PAS daripada sebuah parti peminta sedekah, kepada parti yang memberi sedekah. Tidak lupa juga kepada para bloggers mereka yang menerima peruntukkan RM 4 juta bagi menjatuhkan pentadbiran kerajaan sebelum ini seperti didedahkan Kickdafella, bertambah senyum sampai ke telinga mendengarkan berita baik ini sebab ia bermakna peruntukkan untuk mereka pun bakal bertambah juga.

Kalau UMNO lah yang terlibat ini sudah tentu tidaklah dipanggil pemberian itu sebagai sumbangan, sebaliknya rasuah dan apa segala perkataan yang tidak baik maksudnya.

Keberanian I'DA World Group Sdn Bhd mempermain-mainkan PAS sedemikian rupa kita percaya ada kaitan dengan kebodohan pemimpin PAS yang kita dok bincang selama hari ini. Takkanlah pendek sangat akal untuk nak mengetahui sama ada sumbangan sebesar sedemikian masuk dek akal atau tidak. Satu ketika dahulu Majlis Kanser Malaysia juga pernah ditipu oleh seorang yang mengaku diri sendiri sebagai hartawan daripada Lubnan yang kononnya ingin menderma sebanyak RM 1 billion ringgit.

Jadi penting juga untuk SPRM dan PDRM masuk campur kerana kalau jumlah itu tidak benar, sekurang-kurangnya PAS boleh menjaga air muka daripada terus menerus diperbodohkan walaupun kita semua tahu PAS memang pun parti kurang akal.

Untuk pihak pengurusan Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd, daripada derma duit pada PAS, lagi baik buat rawatan menambah gigi Pengerusi Eksekutif yang tak berapa nak sempurna tu.

(Oleh: Adamyan)

UMNO TAMAN PAROI JAYA

UMNO TAMAN PAROI JAYA


Salam Takziah Dari Umno Taman Paroi Jaya

Posted: 21 Sep 2010 08:29 AM PDT

Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Airul(anakanda kepada Pn Zadariah Timb Pengerusi Tetap Wanita Seremban) & Nurhida atas kehilangan puteri tersayang Nur Azwa. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T
Al Fatihah 
 
 

Pengikut