Pengikut

Nuffnang

Selasa, 21 September 2010

PEMUDA UMNO TANJONG

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO TANJONG


Bersahur di rumah keluarga 'miskin bandar'

Posted: 21 Sep 2010 09:43 PM PDT

Sempena dengan sambutan ramadhan tempoh hari Pemuda UMNO Tanjong telah melaksanakan program "Jom Sahur" ke rumah penduduk miskin di Flat Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin. Program yang di jalankan pada jam 2.30 pagi itu amat meberikan kesan dan dapat menceriakan mereka memandangkan pasangan suami isteri ini, yang mempunyai 10 orang anak di kala lembaran syawal semakin hampir tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap dan hanya berharap kepada bantuan dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang sebanyak RM 350.

Ketua Pemuda Tanjong, Jeffri Salim menegaskan bahawa, program ini di laksanakan sebagai tanggungjawab Pemuda UMNO Tanjong dalam memastikan kehidupan masyarakat di dalam Prlimen Tanjong terbela. Atas dasar itulah beliau merasakan perlunya mendekatkan diri dengan penduduk miskin Bandar seperti keluarga ini.

Bantuan yang di berikan adalah seperti beras,gula,milo,roti dan wang tunai. Sebelum bantuan di berikan, Jeffri bersama dengan jawatankuasa pemuda tanjong membawa bekalan bersahur untuk meraikan keluarga tersebut.

Ketibaan Pemuda Tanjong

Jeffri bertanya khabar

Masih terkejut

Anak-anak yang masih tidur

Bantuan yang di berikan kepada keluarga ini

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Pre Analisis PRU 13 : Arah tuju pengundi bukan Melayu!

Posted: 21 Sep 2010 05:45 AM PDT

Pendirian masyarakat India, Cina jauh berbeza apabila memilih calon

SUKAR untuk meramalkan kecenderungan pengundi Cina setiap kali pilihan raya umum, kerana pendirian mereka boleh berubah, termasuk pada saat akhir jika timbul isu misalnya yang boleh menggugat ekonomi atau kesejahteraan perniagaan mereka. Kini dengan adanya teknologi cyber dengan pantasnya penyaluran dan penyebaran maklumat maka kecenderungan semakin sukar dilakukan.

Bagi masyarakat India pula, calon MIC kebanyakannya terpaksa bergantung harap kepada pengundi Melayu untuk menang tetapi pada pilihan raya umum kali ini dengan berbaki dua hari, MIC perlu bekerja lebih keras untuk meyakinkan bukan saja orang Melayu, malah di kalangan pengundi India sendiri setelah beberapa insiden berlaku sebelum ini.

Namun, sejarah membuktikan pendirian masyarakat India dan Cina jauh berbeza apabila memilih calon pilihan masing-masing. Misalnya, pengundi Cina beberapa kali membuat kejutan dengan menjadikan MCA dan Gerakan sebagai mangsa, sekali gus membuka laluan kepada pembangkang DAP.

Pada pilihan raya umum 1986, DAP mendapat 24 kerusi Parlimen, berbanding 17 milik MCA dan Gerakan (lima). Pilihan raya berikutnya pada 1990, DAP dengan 20 kerusi Parlimen mengatasi MCA yang hanya memiliki 18 kerusi dan Gerakan, kekal lima.

Tiga pilihan raya umum seterusnya - 1995, 1999 dan 2004, giliran MCA dan Gerakan pula menidakkan kelebihan DAP.

Bagaimana pula senario kali ini? Betulkah kaum kedua terbesar itu dikatakan lebih cenderung memberi undi kepada pembangkang.Pelbagai ramalan dan analisa dilakukan malah boleh dikatakan data akan berubah setiap hari dan minggu. Situasi ini diburukkan lagi dengan pihak-pihak yang 'spin' dan mempolitikkan berita-berita tan kira sama ada sensasi atau pun tidak.

Bagi pengundi Cina yang majoriti tinggal di kawasan bandar, isu yang penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, labelkan sebagai 'kesejahteraan perut' seperti ekonomi, harga barang dan minyak serta keselamatan menjadi keutamaan.

MCA dan Gerakan yang menjadi sandaran kaum Cina, terus berdepan cabaran hebat DAP, yang secara teori berbilang kaum, tetapi majoriti ahli dan pemimpin adalah kaum Cina. Pertarungan ketiga-tiga parti tertumpu di kawasan majoriti kaum Cina, terutama Lembah Klang dan Lembah Kinta serta Pulau Pinang dan tidak ketinggalan di Negeri Sembilan dan juga kini di Melaka.

Bagaimanapun isu lebih panas dan bersifat sentimen yang dimainkan DAP untuk menyerang MCA dan Gerakan adalah tohmahan bahawa kedua-dua parti itu bukan lagi menjadi pengawal kepada masyarakat Cina, tetapi kepada Umno.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, mendakwa setiap satu undi kepada MCA dan Gerakan atau parti komponen BN lain, bermakna satu undi kepada Umno, sekali gus menghakis demokrasi dan hak setiap rakyat.

Isu sama juga digunakan menyerang kerajaan pimpinan Gerakan di Pulau Pinang dengan menggembar-gemburkan bahawa Gerakan dan MCA hanya boneka kepada parti yang sebenar berkuasa, Umno.

Malah, isu calon Ketua Menteri menjadi bahan kempen pembangkang, DAP berikutan keputusan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding kerusi Parlimen Batu Kawan pada pilihan raya kali ini.

Menghadapi serangan hebat DAP, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, mengingatkan masyarakat Cina supaya tidak termakan umpan DAP kerana untuk menjadikan MCA dan masyarakat Cina kuat bukan dengan cara mengundi DAP.

Katanya, jumlah kerusi yang lebih sedikit bermakna suara MCA menjadi lemah dan merugikan masyarakat Cina dalam kerajaan BN.

Persoalan sekarang, bolehkah diterima bahawa pengundi Cina lebih cenderung kepada pembangkang pada hari pengundian.

Adakah DAP mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Bintang dan Seputeh di Lembah Klang; Ipoh Timur dan Ipoh Barat di Lembah Kinta serta Tanjong dan Bukit Gelugor di Pulau Pinang, serta merampas kawasan milik MCA dan Gerakan.

Jangan lupa di Pulau Pinang, DAP berdepan jalan sukar untuk menguasai Pulau Pinang. Lihatlah keanehan dalam pilihan raya lalu. Parlimen Tanjong dimenangi calon DAP, tetapi kedua-dua DUN dalam Parlimen itu, Padang Kota dan Pengkalan Kota diwakili Gerakan dan MCA.

Bukan rahsia bahawa pengundi Cina memilih BN di DUN demi memastikan Ketua Menteri tetap daripada kaum itu, manakala DAP dihantar membangkang di Kuala Lumpur (Dewan Rakyat). Jika senario ini berterusan, DAP mungkin menang sorak, tetapi ayam sabung rebah di gelanggang.

Mengambil pandangan pakar sejarah yang juga penganalisis masyarakat Cina, Prof Emeritus Khoo Kay Kim, bahawa setakat ini tidak pasti ke manakah undi itu pergi.

"Memang benar bahawa cakap-cakap orang sekarang ialah pengundi Cina menyokong pembangkang, tetapi adakah kita pasti bahawa cakap-cakap itu diterjemahkan kepada undi. Sesetengah orang hanya bercakap tetapi apabila mengundi, keadaan berbeza," katanya.

Di sebalik kenyataan berapi pemimpin DAP sepanjang kempen pilihan raya, masyarakat Cina adalah pragmatik dan amat mementingkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. Mampukah DAP memenuhi harapan itu?

Sementara itu, tidak keterlaluan jika dikatakan Pilihan Raya Umum 2008 menjadi penentu hala tuju politik MIC, terutama bagi Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang menerajui parti tunggal mewakili kaum India dalam BN sejak 1979 dan menganggotai Kabinet sejak 20 Oktober tahun yang sama.

Gelombang kemarahan `segelintir' masyarakat India mendakwa mereka tersisih daripada arus perdana pembangunan negara yang ditampilkan menerusi demonstrasi jalanan 25 November lalu dan 16 Januari tahun ini sedikit sebanyak mencemarkan imej MIC dan tempiasnya sudah tentu terkena pada BN yang diharap tidak diterjemahkan dalam bentuk undi Sabtu ini.

Meskipun Samy Vellu mengakui peratusan undi kaum India untuk calon MIC mungkin merosot, beliau tetap yakin parti itu dapat mengulangi kemenangan 100 peratus di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Namun, tidak ada yang membuat penilaian kesan kemerosotan undi kaum India ini terhadap calon parti komponen BN lain yang sebelum ini hanya bimbangkan pecahan undi Melayu serta Cina dan yakin sokongan padu pengundi India akan memberi kelebihan kepada calon BN.

Memang diakui undi masyarakat India tidak membentuk majoriti di mana-mana kawasan Parlimen atau DUN di negara ini. Namun undi mereka yang selama ini boleh dikatakan 99 peratus memihak kepada BN menjadi faktor penentu di kebanyakan kawasan.

Secara keseluruhan, 62 daripada 219 kerusi Parlimen dan 135 daripada 505 kerusi DUN mempunyai lebih 10 peratus pengundi berketurunan India yang berdaftar pada pilihan raya umum 2004 tetapi MIC memastikan kemenangan 100 peratus semua kerusi yang ditandinginya sejak pilihan raya umum 1982.

Kawasan majoriti Melayu turut menjadi masalah kepada BN, khususnya MIC, kerana liputan meluas mengenai tuntutan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) mungkin menimbulkan kerisauan masyarakat Melayu sehingga mendorong mereka untuk tidak memilih calon berketurunan India, tidak kira parti mana diwakili.

Ada yang mendakwa 80 peratus pengundi India tidak akan menyokong BN pada pilihan raya umum kali ini dan ada pula mendakwa MIC masih ada sokongan 50 peratus pengundi kaum India. Namun tidak seperti pengundi Melayu yang boleh memilih Pas atau pengundi Cina yang boleh memangkah DAP, pengundi India tidak ada parti pembangkang untuk mewakili mereka.

MIC juga bernasib baik kali ini kerana pemimpin Hindraf sendiri mengakui sebahagian besar penyokong perjuangan mereka lewat mendaftar dan tidak layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Jika ditakdirkan MIC lolos rintangan kali ini, Samy Vellu, yang akan berusia genap 72 tahun pada hari mengundi, wajar bersyukur kerana tidak mengakhiri sejarah 29 tahun selaku Presiden MIC dan Menteri Kabinet dalam keadaan begitu mengaibkan sehingga dicemuh, dicerca serta dihina masyarakat sendiri.

Oleh Ziauddin Sharuddin dan Magendran Rajagopal

Strategi DAP menangi hati pengundi menjadi

Posted: 21 Sep 2010 04:51 AM PDT



BERBEKALKAN cuma 12 kerusi Parlimen sebelum pilihan raya umum kali ini, DAP - parti pembangkang serpihan Parti Tindakan Rakyat (PAP) mencatat sejarah tersendiri dengan prestasi paling baiknya dalam sejarah penubuhan 42 tahun.

DAP bukan saja mencatat kemenangan tertingginya sebanyak 28 kerusi Parlimen, malah menguasai dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Perak dan dengan bantuan rakan pembangkang Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR), ia membentuk kerajaan negeri.

Lebih daripada itu, DAP turut menguasai Wilayah Persekutuan apabila menewaskan semua calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA dan Gerakan selain menang beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri lain.

Prestasi DAP kali ini bukan saja mengejutkan orang BN dan masyarakat umum, malah pemimpin parti itu sendiri bagaikan tidak percaya apa yang terjadi. Bayangkan sudah beberapa dekad, ia tampil dengan 'Projek Tanjung' satu, dua dan tiga di Pulau Pinang, semuanya gagal.

Buat kali pertama dalam sejarah, DAP memerintah kerajaan negeri dan kali kedua berlaku di Pulau Mutiara itu dikuasai pembangkang. Kali pertama kira-kira 40 tahun lalu, apabila Gerakan yang ketika itu pembangkang, menang majoriti untuk membentuk kerajaan negeri.

DAP buat kali pertama menyertai pilihan raya umum pada 1969 apabila ia menang 13 kerusi, tetapi kerusi dimenanginya merosot kepada sembilan pada 1974 dan meningkat semula pada 1978 apabila meraih 16 kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum 1982, prestasi DAP merosot semula kepada sembilan kerusi, tetapi secara mendadak meningkat kepada 24 kerusi pada 1986, sebelum menurun kepada 20 kerusi pada 1990. Pada 1995, pencapaiannya merosot semula kepada sembilan kerusi dan bertambah satu, kepada 10 kerusi pada 1999, tetapi naik semula kepada 12 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2004.

DAP mula didaftarkan secara rasmi pada 18 Mac 1966, ditubuhkan oleh bekas ahli PAP berikutan pemisahan republik itu dari Malaysia. Parti itu menyertai Barisan Alternatif mengandungi PKR, Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada Pilihan Raya Umum 1999, tetapi meninggalkan pakatan itu pada November 2001, selepas tidak dapat menerima agenda negara Islam Pas. "Over my dead body" kata Karpal, begitu juga dengan LKS.

Pada pilihan raya umum kali ini, DAP boleh dan berhak untuk berbangga dengan kejayaan itu, tetapi parti terbabit juga perlu membuat kajian tersendiri, kerana kemenangannya, seperti beberapa parti pembangkang lain bukan secara mutlak disebabkan kekuatan mereka.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa faktor BN itu sendiri, penyumbang terbesar kepada kejayaan itu. Tidak perlu untuk dihuraikan di sini dan pasti pihak pembangkang sendiri menyedari hakikat ini.

Seperti juga tsunami, apa saja yang berada di laluan ombak itu pasti musnah, kerana ia tiada mata dan hati. Ini bermakna, sebaik mana sekali pun seseorang calon daripada BN yang berada di laluan tsunami itu akan tewas di sesetengah tempat.

Oleh itu, pembangkang termasuk DAP perlu ingat, perubahan seperti itu, sama juga dengan fenomena tsunami sebenar, cuma berlaku dalam kitaran tertentu, mungkin sekali dalam tempoh lima tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun.

"Dalam pilihan raya kali ini, kebanyakan pengundi hanya bertindak memangkah calon yang selain daripada BN, dan jika DAP atau mana-mana parti lain dalam gabungan pembangkang bertanding, mereka lebih cenderung memilihnya," katanya seorang pemerhati yang tidak mahu dikenali.

Kekuatan DAP disandarkan kepada keupayaannya memenangi hati pengundi Cina yang lazimnya tidak terikat dengan pegangan mana-mana parti politik asalkan kepentingan dan kemahuan mereka tercapai. Justeru, DAP menang besar di semua kawasan majoriti Cina yang ditandinginya.

Karakter calon juga menjadi faktor menentukan kemenangan besar DAP. Tindakan parti itu mengetengahkan calon yang sudah lama bekerja untuk masyarakat setempat dan tidak dikaitkan dengan gejala 'makan projek' atau komisen, satu persepsi umum yang melingkari wakil rakyat BN, sangat disenangi rakyat yang sudah dilanda wabak 'mencari perubahan'.

Ini menyebabkan hampir semua calon DAP menang dengan majoriti jauh lebih besar. Wakil rakyat DAP seperti Teresa Kok (Seputeh), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Tan Kok Wai (Cheras) dan Fong Po Kuan (Batu Gajah) umpamanya adalah antara contoh mereka yang sudah sebati dengan masyarakat setempat.

Apa lagi yang rakyat mahukan selain wakil rakyat yang sedia turun padang menyelesaikan masalah mereka terutama yang berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan hanya satu panggilan telefon.

Kemenangan beberapa kerusi DUN pada peringkat negeri yang dianggap kubu kuat BN seperti Skudai, Bentayan, Senai dan Mengkibol di Johor, juga adalah mengejutkan. DAP juga tidak menduga akan memenangi banyak kerusi DUN di Perak apabila mereka memenangi 18 kerusi iaitu di Tebing Tinggi, Pantai Panji, Canning, Buntong, Bercham, Kepayang, Tronoh, Menglembu, Jelapang, Pokok Assam, Aulong, Jalong, Keranji, Malim Nawar, Pantai Remis, Sitiawan, Pasir Bedaman dan Sungkai.

Keputusan di Selangor juga tidak diduga apabila DAP menang 13 kerusi iaitu di Damansara Utama, Seri Kembangan, Sekinchan, Sungai Pinang, Kinrara, Subang Jaya, Pandamaran, Teratai, Balakong, Kota Alam Shah, Kampung Tunku, Bukit Gasing dan Teluk Datuk.

DAP sebelum ini hanya mensasarkan kemenangan di Kota Melaka, tetapi kini memenangi lima kerusi di DUN merangkumi Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Bandar Hilir dan Kesidang. Di Negeri Sembilan, DAP memenangi 10 kerusi iaitu di DUN Repah, Lukut, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Senawang, Temiang, Lobak, Nilai dan Bahau. DAP juga tidak menyangka memenangi satu kerusi DUN di Kedah iaitu Kota Darul Aman.

Ketika mengulas kemenangan besarnya di Bukit Bintang, Fong yang juga Bendahari DAP Pusat, menyifatkannya sebagai isyarat rakyat kepada BN bahawa mereka mahukan perubahan.

"Kemenangan besar DAP adalah satu detik bersejarah dalam politik Malaysia. Sokongan kepada parti pembangkang termasuk DAP adalah menyeluruh daripada pengundi Melayu, Cina dan India, bukan lagi tertumpu kepada pengundi Cina dan India saja sebelum ini," katanya.

Prof Dr P Ramasamy yang pertama kali bertanding pula mengakui kemenangannya mengalahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dengan majoriti 9,485 undi bagi kerusi Parlimen Batu Kawan adalah disebabkan rakyat inginkan perubahan.

Ramasamy yang banyak terbabit dalam projek penyelidikan mengenai isu sosial berkata, keinginan rakyat yang mahukan perubahan sering disuarakan di setiap tempat yang dikunjunginya ketika berkempen.

"Saya akan menyuarakan isu berkaitan nasional serta antarabangsa dan sebagai bekas ahli akademik, saya yakin boleh melakukan kerja itu. Saya rasa kami mempunyai banyak isu yang akan dibangkitkan, kami akan menjadi sebuah parti yang kuat," katanya.

Kejayaan paling manis DAP hingga kini ialah apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang memimpin jentera 'serangan' terhadap Pulau Pinang berjaya merealisasikan impian menggunung mereka.

Bagi mengekalkan dan menambah kerusi Parlimen dan juga DUN pada PRU ke 13 yang akan datang, nampaknya persediaan DAP lebih terancang. Dengan manfesto terbaru parti"middle malaysia" ianya diharap dapat menarik perhatian kaum Melayu untuk mengundi mereka. Jelas di sini bahawa bagi memastikan kemenangan di kawasan majoriti Melayu, DAP suka atau tidak kena mendapat sokongan dari pengundi Melayu.

Kemenangan yang mereka perolehi banyak bertumpu di kawasan pengundi Cina khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar. Untuk mengekalkan kerusi, DAP terus memainkan isu-isu yang dapat memberi kelebihan kepada mereka dan yang pastinya isu perkauman adalah satu senjata yang sangat strategik. Tetapi yang hairan masih ada segelintir orang Melayu sendiri yang senafas dengan mereka.

Dalam sistem demokrasi, angka sangat penting. kemenangan dan kekalahan diukur dari angka. Untuk memastikan angka yang besar, DAP dari awal lagi telah bergerak untuk mendaftarkan pengundi muda. Kini sudah jelas, pendaftaran pengundi muda mereka melebihi dari BN. Walau pun demikian, masih ramai lagi yang belum mengundi. persaingan masih berlaku, hanya mereka yang berusaha dan bekerja kuat sahaja dapat habuan nanti.



Oleh Abdul Halim Yusoff

Manifesto pilihan raya pembangkang sekadar janji ?

Posted: 21 Sep 2010 03:27 AM PDT

Manifesto pilihan raya bukan sekadar janji
Oleh Saifuddin Abdullah
saifuddin61@yahoo.com

SETIAP parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan juga PRU yang bakal menjelang iaitu PRU 13 akan membuat janji kepada pengundi. Janji ini muncul dalam manifesto yang mengandungi falsafah perjuangan, gagasan masa depan, strategi pembangunan dan program pelaksanaan.Kemungkinan manifesto PRU 13, akan menumpukan kepada pengundi muda.

Manifesto BN adalah pelan realiti, manakala manifesto pembangkang sekadar memikat pengundi semata-mata. Manifesto berbentuk pelan realiti bertunjangkan prinsip kukuh dan bersifat tetap. Contohnya, dasar BN mengenai kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang dijamin Perlembagaan dan penganut agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing. Parti komponen BN sepakat berhubung perkara ini sejak zaman parti Perikatan lagi.

Begitu juga dengan dasar perpaduan, pelajaran dan pertumbuhan dengan pengagihan. Walaupun sentiasa ada penambahbaikan dan tambah nilai dari semasa ke semasa – dan ini adalah bukti betapa dinamik, kontemporari dan futuristnya BN – namun, prinsip kontrak sosial yang disepakati sekian lama itu tetap kekal dan kental.

Di samping itu, manifesto BN sentiasa berpijak di bumi nyata. Ia berdasarkan data dan maklumat benar, yang dirumuskan sebagai strategi dan program praktikal yang mampu dilaksanakan dengan baik, bersandarkan rekod prestasi cemerlang sehingga ke hari ini.

Sebaliknya, manifesto yang sekadar untuk memikat undi boleh saja berbentuk 'janji kosong'. Contohnya, pada Pilihan Raya Umum 1999, Pas berjanji sekiranya berkuasa di Terengganu, ia akan melaksanakan hukum hudud sebelum ayam berkokok pada keesokan harinya! Tetapi, satu penggal memerintah, ia gagal melaksanakannya.

Apabila gagal, ia menyalahkan Perlembagaan negara dan Kerajaan Pusat, kononnya Perlembagaan negara tidak membenarkannya dan Kerajaan Pusat menghalangnya. Persoalan sebenar ialah bahawa Pas seharusnya sedia maklum sejak awal lagi bahawa ia tidak mampu melaksanakannya. Tetapi, oleh kerana ia hanya memikirkan soal memikat pengundi, maka ia dijanjikan juga.

Kali ini, Pas dipercayai cuba mengubah pula prinsipnya. Ia dilaporkan tidak lagi ingin menegakkan negara Islam, tetapi sekadar menegakkan negara kebajikan. Dulu, parti itu tidak berkawan dengan DAP, kemudian berkawan dengan DAP. Kini, ia hanya berkawan dengan PKR yang berkawan dengan DAP.

Kekuatan manifesto BN yang tidak terlawan oleh pembangkang ialah janji BN berdasarkan rekod prestasinya yang cemerlang. Sebab itu, apabila BN berjanji menyelesaikan masalah pengangguran rakyat Kelantan, mereka sedar bahawa itu adalah janji yang mampu dikota, kerana BN berjaya melaksanakannya di semua negeri lain, termasuk Terengganu yang baru saja empat tahun diperintahnya semula.

Di belakang manifesto ialah matlamat mengapa sesebuah parti bertanding. Bagi BN, matlamatnya bukan sekadar pilihan raya. Matlamat sebenarnya ialah untuk memerintah dan menguruskan bangsa dan negara supaya aman, maju dan bahagia serta melonjak ke tahap yang lebih baik. Pilihan raya adalah alat saja. Kerana itu, manifestonya digubal dengan rasa amanah dan tanggungjawab, iaitu apa yang dikata mestilah boleh dikota.

Tetapi, bagi pembangkang, matlamatnya hanyalah pilihan raya. Sebab itu, ia begitu bebas berjanji apa saja, termasuk menjanjikan langit dan syurga! Ada kalanya, manifesto pembangkang mengandungi kata-kata begitu indah, mungkin lebih indah daripada manifesto BN. Tetapi, pilihan raya bukannya pertandingan kata-kata indah. Sebaliknya, pilihan raya adalah untuk memilih kata-kata yang mampu dan dapat dikotakan.

Kini pengundi lebih cerdik, terbuka dan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber, sudah pasti corak pemikiran mereka berbeza sewaktu PRU 12. Mereka tidak lagi rasa apa-apa sekiranya mereka mengundi dan milih pembangkang. Patern yang pelbagai ini sudah pasti menuntut parti politik membuat persediaan yang rapi dan tersusun untuk memenangi hati mereka. Pengundi kini mengharapkan pemimpin dan parti politik mendengar suara, rintihan, cadangan, keluhan mereka. Sudah pasti ini menuntut kemahiran mendengar yang tinggi dari pemimpin. Corak satu hala iaitu dari atas ke bawah telah pun berakhir kini masanya pemimpin mendengar dan bersedia dengan kaedah dari bawah ke atas. Begitu juga dengan soal-dan isu semasa, dari kepenggunaan, ekonomi, pekerjaan, kebajikan dan juga pendidikan menjadi modal untuk berkempen. Di samping itu kaedah kempen yang baru juga turut tidak ketinggalan akan diberikan perhatian beserta dengan sasaran-sasaran pengundi.

Parti yang serius dalam menguruskan bangsa dan negara tidak akan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Kerana itu, BN tidak akan berjanji menurunkan harga minyak, seperti yang dilakukan PKR kini. Sebabnya ialah, dalam banyak keadaan, harga minyak berada di luar kekuasaan mana-mana kerajaan, hatta kuasa besar seperti Amerika Syarikat sekalipun. Ia amat bergantung kepada pasaran dunia.

BN mengemukakan manifesto yang berada dalam kerangka satu disiplin sains politik yang dinamakan 'politik pembangunan'. Menurut Damien Kingsbury (2007), dalam bukunya Political Development, politik pembangunan meliputi persoalan demokrasi, pembinaan institusi, peranan kerajaan, negara dan hak asasi manusia.

Ini bukan pembangunan yang dipolitikkan, sebaliknya satu gagasan politik yang mengambil kira tugas, tanggungjawab dan amanah sebuah kerajaan yang baik, yang memajukan dan memakmurkan bangsa dan negaranya dengan adil dan saksama, serta mengamalkan pembangunan bersepadu, iaitu dengan menyeimbangkan antara ekonomi, agama, sosial dan budaya.

Gagasan ini terbukti berjaya. Contohnya, kita berjaya mencapai lebih 90 peratus daripada sasaran Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sasaran itu terdiri daripada lapan perkara, iaitu: membasmi kemiskinan dan kelaparan; mencapai pendidikan rendah yang universal; meningkatkan kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita; mengurangkan mortaliti kanak-kanak; memperbaiki kesihatan ibu bersalin; mencegah HIV/Aids, malaria dan penyakit lain; memastikan alam sekitar yang mapan; dan mewujudkan perkongsian global untuk pembangunan.

Di samping itu, selepas menewaskan Pas pada 2004, kerajaan BN di Terengganu berjaya menaikkan pendapatan bulanan rakyat miskin daripada RM250 kepada RM450 dan membina 5,000 buah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bagi Kelantan pula, walaupun belum memerintah semula negeri itu dan ini bukti BN tidak hanya berjanji untuk berbuat apabila menang saja – ia telahpun memulakan proses penubuhan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), pembinaan lapangan terbang baru dan memasukkan negeri itu dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jelas, janji BN boleh dipercayai.

Datuk Saifuddin Abdullah ialah Penge

PRU 13 : PERIBADI DAN PRESTASI CALON: MANA TUMPUAN PENGUNDI?

Posted: 21 Sep 2010 03:23 AM PDT

Prestasi, peribadi calon jadi tumpuan


Rekod cemerlang kerajaan sukarkan pembangkang cari isu lawan wakil BN

PENGUMUMAN pembubaran Parlimen Ke-11 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menamatkan teka-teki sejak beberapa bulan lalu mengenai bila Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan walaupun tempoh Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 16 Mei 2009. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pengundian hendaklah diadakan dalam masa 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen, tetapi berdasarkan beberapa pilihan raya umum sebelum ini, hari penamaan calon dan mengundi dilakukan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu selepas pembubaran.

Parlimen kesembilan misalnya dibubarkan pada 11 November 1999 dengan pengundian diadakan 18 hari selepas itu iaitu pada 29 November, manakala Parlimen Ke-10 dibubar pada 3 Mac 2004 dan pengundian pada 21 Mac 2004, juga dalam tempoh 17 hari. Justeru, tidak salah jika ramai meramalkan hari mengundi pada pilihan raya kali ini jatuh pada akhir bulan ini atau minggu pertama bulan depan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat hari ini untuk menetapkan tarikh pencalonan dan hari pengundian.

Apa pun, rakyat sekali lagi diberi peluang untuk menggunakan hak bagi memilih kerajaan yang mereka yakini mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka. Sementara parti pemerintah menjadikan pilihan raya sebagai landasan untuk mendapatkan mandat baru untuk meneruskan segala program yang dirancangnya sebelum ini, parti pembangkang pula sekali lagi akan mencuba nasib dengan menawarkan pilihan kepada rakyat dengan pelbagai janji.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen termasuk tiga kerusi baru di Sarawak dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali di Sarawak) akan dipertandingkan kali ini. Sebelum Parlimen dibubarkan, Barisan Nasional (BN) menguasai 199 kerusi di Dewan Rakyat, manakala pembangkang 20 kerusi dengan 12 dimiliki DAP, enam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Bebas masing-masing satu kerusi.

Kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu mencatat sejarah apabila ia berjaya menguasai lebih 90 peratus kerusi Parlimen dan menubuhkan kerajaan dengan mandat besar di semua negeri kecuali Kelantan, tetapi berjaya menafikan majoriti dua pertiga kerajaan Pas di negeri itu. Lebih manis lagi, kemenangan itu dicatat selepas empat bulan Abdullah menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemenangan besar seperti itu bukan asing kepada parti pemerintah setiap kali ia mendapat pemimpin baru. Sejarah pilihan raya umum di negara ini menunjukkan BN mencatat kemenangan besar setiap kali selepas ia berubah pucuk pimpinan iaitu pada 1976 di bawah pimpinan Allahyarham Tun Abdul Razak; Allahyarham Tun Hussein Onn pada Pilihan Raya Umum 1978 dan ketika BN mula dipimpin oleh Dr Mahathir pada 1982.

Cuma jumlah kerusi yang dipertandingkan dan yang dimenangi parti pemerintah ketika itu tidak sebesar ketika Abdullah mula menerajui BN empat tahun lalu. Kerana itu, bukan sesuatu luar biasa jika BN tidak dapat mengekalkan rekod 2004 pada pilihan raya kali ini terutama ketika ekonomi global tidak begitu memberangsangkan yang kesannya turut dirasai oleh rakyat negara ini.

Malah, Abdullah sendiri sebelum ini dilaporkan berkata harapan BN pada pilihan raya umum kali ini akan lebih realistik berdasarkan keadaan semasa. Ketika ditanya semalam apakah BN dapat mengulangi kejayaan besar Pilihan Raya Umum 2004, beliau berkata: "Entahlah, saya ingat 2004 itu rekod istimewa. Kita harap akan mendapat sokongan yang besar, sekurang-kurangnya dua pertiga, insya-Allah."

Walaupun sukar untuk mengekalkan rekod 2004, tidak ramai menafikan bahawa BN tidak menghadapi masalah untuk sekali lagi membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga termasuk di Terengganu. Malah, jika dilihat pencapaian luar biasa BN di Kelantan pada 2004, pilihan raya umum kali ini adalah peluang terbaik bagi BN untuk merampas semula negeri itu.

Pas, selaku parti pembangkang terbesar, tidak yakin dapat menafikan majoriti dua pertiga BN, tetapi hanya mahu mengurangkan majoriti itu. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam berkata Pas dan sekutunya, PKR mahu memastikan majoriti dua pertiga BN dapat dikurangkan.

Beliau berkata, Pas akan berusaha untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi kali ini. Parti itu juga akan bertanding di lebih 200 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta yakin dapat mempertahankan Kelantan.

Memang perlu diakui bahawa majoriti rakyat negara ini terutama di luar bandar masih menaruh kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negara. Jika mereka berjauh hati dengan parti yang mereka sokong, faktornya bukan kerana dasar parti tetapi lebih kepada prestasi wakil rakyat, peribadi calon dan isu setempat.

Politik Melayu, khususnya politik Umno-Pas lebih bersifat kedaerahan. Kerana itu, dalam setiap pilihan raya, faktor tempatan lebih menonjol daripada faktor lain. Soal dasar Kerajaan Pusat, dasar luar negara, ekonomi dan sebagainya tidak begitu memberi kesan kepada keputusan pilihan raya. Sering kali yang menjadi bahan berkempen dan menarik minat pengundi ialah perkara yang membabitkan peribadi calon, kepemimpinan negeri dan janji kerajaan negeri untuk rakyatnya. Inilah yang berlaku kepada BN di Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999 dan kemudian menimpa Pas pada 2004.

Orang Melayu mudah dilembutkan hatinya jika pemimpin mereka tidak sombong, angkuh dan suka berbohong. Mereka tidak merajuk atau marah jika projek yang dijanjikan tidak dipenuhi asalkan alasannya munasabah, tetapi mereka marah jika pemimpin mereka berhidung tinggi dan angkuh. Rakyat di kampung lebih rapat dengan institusi kampung seperti imam, penghulu, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Cakap mereka lebih diterima daripada cakap Menteri Besar atau wakil rakyat. Mereka mungkin mengangguk kepala dan tertawa mendengar pidato pemimpin politik, tetapi jangan sekali mereka dianggap tidak boleh berfikir dan menilai yang mana benar dan yang mana bohong.

Justeru, faktor calon amat penting dalam pilihan raya umum kali ini sama ada bagi parti pemerintah atau pembangkang sendiri kerana semakin ramai pemilih di kalangan pengundi muda yang berpendidikan. Harapan mereka kepada wakil rakyat kini bukan sekadar seorang yang suka melawat kematian dan kenduri kahwin, tetapi yang mampu menyuarakan pandangan secara bernas di Parlimen atau DUN. Dalam erti kata lain, calon yang bakal memenangi pilihan raya kali ini selain berperibadi tinggi, boleh berkhidmat di kawasan masing-masing, juga mesti mempunyai tahap keintelektualan yang dihormati oleh pengundi. Zaman membuat lawak bodoh atau memaki hamun di dewan persidangan sudah berlalu.

Hakikat ini disedari oleh semua parti politik dan kerana itu, sehingga hari penamaan calon nanti, pemilihan calon menjadi perhatian utama. Pembangkang sebenarnya ketiadaan isu besar pada pilihan raya umum kali ini kecuali kenaikan harga barang yang berupa fenomena global dan peningkatan kadar jenayah yang sedang ditangani polis dengan pelbagai kaedah baru.

Pelancaran lima koridor pembangunan jangka panjang di seluruh negara, sistem penyampaian awam lebih baik, kedudukan ekonomi lebih memberangsangkan dan kesediaan kerajaan mengembalikan semula kewibawaan beberapa institusi penting termasuk kehakiman adalah antara janji BN dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Sementara ada perkara yang kesannya boleh dilihat sekarang seperti 'pembangunan paling pesat di Terengganu', ada juga langkah kerajaan yang memerlukan masa bagi membuahkan hasil.

Kerana itu, tidak ramai yang akan terkejut jika pembangkang, seperti pada pilihan raya sebelum ini, akan menumpukan kepada serangan peribadi dan memainkan isu lama. Pas sedar, walaupun ia tidak mungkin dapat dijatuhkan, undi popularnya mungkin akan merosot di Kelantan dan sukar untuk menafikan majoriti dua pertiga BN di Terengganu.

Pas terpaksa mencari isu lain bagi menghangatkan kempennya dan peribadi serta prestasi calon lawan mungkin satu daripadanya. Seperti biasa Pas sanggup memutarbelitkan apa saja isu untuk kepentingannya. Maka tidak hairanlah jika parti itu nanti sanggup mengatur kempen seluruh negara untuk menghentam Umno dan menuduh Umno mahu membuang Islam sedangkan isu sebenarnya Umno mahu menyelamatkan umat Islam daripada dipesong akidahnya oleh dakyah politik Pas melalui pendekatan Islam Hadhari.

Oleh Manja Ismail

INFO PEMIMPIN :KETUA PEMUDA JASIN DI BERITA HARIAN HARI INI

Posted: 21 Sep 2010 03:15 AM PDT



Salam 1 Malaysia, akhbar berita harian hari ini ada menyiarkan berita mengenai misi dan visi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin, Sdra. Zaidi Attan. Ternyata beliau ingin bekerja bersama-sama dengan rakan seangkatan dari mencari populariti. Sekali lagi dinyatakan misi Sdra Zaidi adalah untuk membina kepimpinan Pemuda serta menghadapi pilihanraya. Untuk maklumat lanjut bolehlah sdra-sdra membaca akhbar berita harian.

Analisis: Adakah Angka 13 beri kejutan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13

Posted: 21 Sep 2010 03:06 AM PDT


SEKALI lagi kejutan berlaku apabila tempoh kempen untuk pilihan raya umum kali ini dilihat sebagai 'agak panjang' iaitu 13 hari, menidakkan ramalan banyak pihak yang menjangka tempoh kempen itu pendek sekitar tujuh atau lapan hari seperti pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

Tempoh itu adalah terpanjang berbanding lima pilihan raya umum lalu, iaitu 2004 (lapan hari), 1999 (sembilan hari) dan 10 hari masing-masing pada 1995, 1990 dan 1986. Pada 1982, tempohnya adalah 15 hari, 1978 (17 hari), 1974 (16 hari) berbanding 35 hari pada 1969 dan 1964. Paling lama pada Pilihan Raya Umum Pertama 1955, iaitu 42 hari.

Walau apapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai alasan tersendiri untuk memanjangkan tempoh kempen dan seperti kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, ia adalah lebih daripada mencukupi serta mengambil kira aspek keselamatan dan ketenteraman awam apabila menetapkan tempoh berkempen.

Mungkin secara tidak sengaja tempoh 13 hari itu sekali lagi menyamai nombor yang diminati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kebetulan pula hari lahir anak Perdana Menteri, Nori ialah 13 Januari. Malah, anak Nori dan Khairy Jamaluddin, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar dilahirkan pada 13 September lalu.

Pada hari penamaan calon 24 Februari ini juga adalah hari lahir ke-66 Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)/Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Bagaimanapun, tempoh kempen yang panjang memberi kelebihan kepada parti politik, seperti persediaan yang lebih rapi, calon muka baru mempunyai banyak masa untuk dikenali dan mengenali pengundi serta jentera kempen dijangka lebih menyeluruh ke akar umbi.

Sama ada kepada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, kelebihan itu dirasai bersama. Sebaliknya, jika tempoh itu pendek, ada parti politik tertentu akan berasa 'terkilan' kerana masa tidak cukup untuk mereka bergerak.

Mungkin itulah niat SPR memanjangkan tempoh berkempen untuk memberi peluang sama rata kepada semua parti politik yang bertanding.

Pada Pilihan Raya Umum 1999, iaitu kali pertama pengundian sehari untuk Sarawak berbanding dua hari sebelum ini, memerangkap pihak pembangkang yang amat sukar untuk menjalankan kempen di luar bandar serta pedalaman kerana tempoh kempen sembilan hari.

Kali ini, dengan tempoh berkempen selama 13 hari, parti dan calon yang bertanding mempunyai masa yang cukup untuk mendekati rakyat, termasuk berkempen dari rumah ke rumah.

Bagi Pas, tempoh kempen yang pendek atau panjang bukan isu dan seperti kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa, yang penting ruang mencukupi perlu diberi kepada pembangkang untuk berkempen menerusi media arus perdana.

Kita ingin bertanya Nasharuddin, apakah akhbar rasmi Pas, Harakah memberi ruang yang sama kepada BN? Jika diperhatikan laporan Harakah, tiada apa yang 'baik' dilakukan kerajaan, semuanya dikecam, disindir dan ditempelak.

Benar, masa kempen yang pendek atau panjang bukan isu bagi Pas kerana sejak selepas pilihan raya umum lalu lagi, parti itu sudah berkempen dengan mengadakan ceramah di merata tempat.

Sebenarnya, tempoh berkempen adalah untuk memperkenalkan calon, manakala dasar dan manifesto sesebuah parti sudah pun diketahui kebanyakan pengundi.

Sebab itu, di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk di Sarawak dan Sabah, parti yang bertanding kalau pun mengadakan ceramah berjam-jam sama ada mengenai dasar, manifesto dan sebagainya, yang menjadi penentu kadangkala adalah calon itu sendiri.

Kita jangan terkejut apabila seseorang calon, tak kira daripada parti mana, yang sanggup duduk bersila di dapur, menjamah sambal belacan dan berlawak dengan orang ramai, akan lebih menarik perhatian pengundi.

Pada masa sama, tempoh kempen yang panjang diharap digunakan calon dengan sebaik mungkin tanpa menimbulkan sebarang isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan.

Maklumlah 13 hari dianggap masa yang banyak untuk berceramah, berbisik dan melawat ke merata tempat, sekali gus mendedahkan kepada segala kemungkinan.

Dalam hubungan ini, pihak keselamatan terutama polis haruslah bekerja lebih keras sepanjang tempoh berkempen itu bagi mengawal keamanan dan ketenteraman awam.

Petugas pilihan raya sama ada BN atau pembangkang pula hendaklah mematuhi segala peraturan dan tata susila sepanjang berkempen bagi mengelak sebarang kekecohan.

PANDANGAN PENULIS,

PRU 13 kini menjadi tanda tanya kepada pemimpin politik, penganalisis dan juga pengundi malah yang tak daftar pengundi pun turut tertanya-tanya bilakah tarikhnya.Setakat ini ada ramalan dari pembangkang bahawa PRU akan di adakan dalam masa terdekat. Hanya PM sahaja yang dapat memastikannya. Apa pun sejak PRU 12 hingga kini landskap politik negara terus didendang oleh kedua-dua pihak. Ternyata bagi pembangkang,semakinkerap dan acap isu-isu ini didendangkan maka ianya akan memberi kelebihan kepada mereka. Malah tidak ketinggalan semua isu seolah-olah menjadi 'kempen' politik yang tidak kesudahannya. Ketika ini soal pendaftaran pengundi menjadi topik utama kepada parti-parti politik. Terkini dianggarkan seramai 5 juta pemilih yang belum mendaftar sebagai pengundi. Apa pun kita nantikan apakah langkah yang dibuat oleh kedua-dua parti demi memastikan pemilih mendaftar. Pengundi muda/baru dikatakan bakal menentukan siapakah yang bakal membentuk kerajaan selepas PRU 13. Peranan yang begini besar yang dimainkan oleh pengundi muda tidak boleh dinafikan. Sama ada generasi muda memilih BN atau PR masih menjadi tandatanya kepada kita, sma-sama kita nantikan. Hanya yang berkerja kuat sahaja dapat menambat hati mereka dengan strategi yang tepat dan sesuai dengan jiwa orang muda.

Oleh Kadir Dikoh

PEMIMPIN WAJIB BACA : Hasrat orang muda menjelang pilihan raya 13.

Posted: 21 Sep 2010 03:03 AM PDT

Hasrat orang muda menjelang pilihan raya

DEBARAN untuk mengundi kian dirasai seawal pagi ini terutama oleh golongan muda yang akan mengundi buat kali pertama hari ini.

Mereka yang akan mengundi pada pilihan raya umum kali ini rata-rata menyuarakan kegembiraan untuk mengundi, walaupun terpaksa balik ke kampung halaman.

Mereka juga menaruh harapan tinggi terhadap kepemimpinan yang mereka bakal pilih.

Meskipun begitu, statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sehingga April 2007 sebilangan besar golongan muda masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Menurut SPR, kira-kira 80 peratus daripada 4.9 juta orang yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi adalah golongan muda yang berumur antara 21 dan 30 tahun.

Pelajar tahun tiga Fakulti Kepemimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd Hariri Mohd Daud, 24, berkata dia berasa bangga dan teruja kerana pilihan raya kali ini adalah pengalaman pertama melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau yang akan mengundi di Pasir Mas, Kelantan, berharap semua golongan muda yang sudah mendaftar sebagai pengundi akan menunaikan kewajipan masing-masing.

�Ramai anak muda menganggap kemakmuran yang dikecapi kini adalah bersifat semula jadi. Jadi mereka berasakan tidak perlu bersusah payah untuk pergi mengundi,� katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Mohd Hariri berharap proses demokrasi pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan kepemimpinan yang bakal dipilih rakyat akan membawa kemajuan dan perubahan positif kepada negara.

Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Johor, Norzalinda Hamzah, 28, pula menyatakan rasa kesalnya terhadap golongan muda yang tidak mendaftar sebagai pengundi.

�Tindakan itu seumpama mereka tidak mahu menunaikan kewajipan sebagai rakyat,� kata guru itu yang juga akan melaksanakan kewajipannya hari ini.

Sebagai pendidik, apa yang beliau harapkan ialah kerajaan yang bakal dibentuk itu memberi tumpuan kepada pendidikan di institusi pengajian tinggi supaya siswazah mampu bersaing di pasaran kerja.

�Di sekolah pula jangan terlalu berorientasikan peperiksaan,� katanya.

Sementara itu, Fazlina Kasmani, 23, pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) mengharapkan kepemimpinan yang dilantik akan memperhebatkan program untuk membina sahsiah pelajar terutama pelajar di institusi pengajian tinggi.

�Saya tidak sabar balik kampung untuk mengundi kerana ini adalah kali pertama berbuat demikian bagi diri saya,� katanya.

Beliau juga berharap kerajaan baru akan terus memberi bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak dan mengurangkan jumlah bayaran semula pinjaman.

�Saya harap akan terus memberi bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak dan mengurangkan jumlah bayaran semula pinjaman pada masa akan datang,� katanya.

Penolong Pengurus Telekom Malaysia Berhad, Ghazali Abdul Rahman, 28, pula berharap semua program pembangunan yang dijanji akan dilaksanakan dengan sewajarnya selepas pilihan raya ini.

�Rasionalnya, semua strategi yang diatur dan janji yang ditabur memerlukan komitmen yang jitu dalam pelaksanaannya supaya ia bukan sekadar retorik semata-mata,� katanya.

�Kerajaan perlu mengambil langkah untuk memastikan projek seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) diteruskan,� katanya yang akan mengundi di Larut, Perak.

Kepada golongan muda yang masih tidak mendaftar walaupun layak, Ghazali mengingatkan mereka supaya segera menunaikan tanggungjawab itu pada pilihan raya akan datang.

�Generasi muda perlu mengundi untuk kemajuan bangsa pada masa depan. Mereka perlu gunakan hak mengundi,� katanya.

Beliau juga turut mencadangkan supaya kerajaan yang akan dibentuk nanti mewujudkan satu kaedah alternatif untuk menggalakkan golongan muda mendaftar.

Sebagai golongan muda yang akan menjadi nadi dalam pembangunan negara, mereka perlu membuat pilihan yang bijak serta menggunakan peluang dan hak yang ada untuk mengundi barisan kepemimpinan yang baru dalam memastikan kelangsungan kemerdekaan negara.

�Generasi muda adalah nadi dalam pembangunan negara. Mereka perlu bijak serta menggunakan peluang untuk mengundi barisan kepemimpinan yang baru dalam memastikan kelangsungan kemerdekaan negara,� katanya.

Beliau mengakhiri dengan berkata, masa depan negara terletak pada undi generasi muda.

PRU 13 : SISTEM DUA PARTI.

Posted: 21 Sep 2010 03:00 AM PDT

Analisis: Sistem dua parti mungkin realiti masa depan
Oleh Mohd Noor Yazid



SELEPAS meneliti keputusan pilihan raya umum kali ini yang sememangnya di luar jangkaan, wujud satu fenomena baru - apakah Malaysia kini sedang menuju kepada pembentukan sistem dua parti seperti berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Apa yang sedang berlaku sekarang dapat dilihat sebagai asas penting ke arah itu. Ini adalah proses yang biasa berlaku di negara sedang membangun menuju kepada taraf negara maju.

Negara maju seperti AS dan UK hanya terdiri daripada dua parti politik utama. Misalnya, Parti Buruh dan Konservatif di UK serta Republikan dan Demokrat di AS. Rakyat boleh memilih mana satu yang lebih baik dan lebih menjamin kesejahteraan mereka.

Kerajaan saling bertukar dalam beberapa penggal. Apabila ini berlaku, maka kedua-dua parti utama akan lebih bersaing dan masing-masing memperbaiki kedudukannya supaya lebih diterima oleh rakyat secara majoriti.

Ini tidak sekali-kali memburukkan mana-mana parti, tetapi apa yang penting, masing-masing memperbaiki mutu pentadbiran dan perkhidmatan supaya lebih diterima oleh rakyat dalam pilihan raya. Apakah ini akan berlaku apabila negara kita mencapai status negara maju menjelang 2020?

Kalau benar tahap negara maju itu ingin dicapai dan tercapai, maka tahap pemikiran dan struktur parti politik harus juga menuju dan berada pada tahap itu. Kita harus membuang pandangan bahawa hanya sebuah parti politik mampu membentuk kerajaan, manakala parti yang satu lagi tidak layak dan tidak mampu membentuk kerajaan yang baik dan cekap.

Pentadbiran pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak adalah ujian tahap pertama bagi pembentukan sistem dua parti. Imbangan 140:82 dalam Parlimen adalah satu kombinasi yang agak baik iaitu BN yang merangkumi 14 parti komponen memperoleh 140 kerusi Parlimen dan 82 lagi pembangkang.

Dengan kedudukan 140:82 itu, kerajaan tidak terlalu lemah, manakala pihak pembangkang tidak juga lemah tetapi mempunyai ruang dan mampu menjana serta menegur apa yang dilakukan kerajaan. Sidang Dewan Rakyat yang lebih terbuka juga perlu didedahkan kepada orang ramai supaya rakyat mengetahui apa dibincangkan oleh wakil yang mereka pilih di kawasan Parlimen masing-masing.

Kalau wakil itu benar-benar berwibawa, mereka akan terus menyokong tetapi sebaliknya jika tidak seperti diharapkan, ganti dengan calon lain yang lebih baik dan berkesan, pada pilihan raya akan datang.

Perubahan ini harus bermula sekarang dalam usaha kita mencapai status negara maju. Kita jangan lagi takut meminda pemikiran baru dalam arus politik pilihan raya. Kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan harus terbuka serta menerima kritikan membina bagi kemajuan bangsa dan negara secara terbuka.

Kita bukan ingin mengubah segala �kontrak sosial� yang dibentuk oleh negarawan dan pemikir awal yang membentuk asas negara, cuma memperbaiki di mana yang mungkin agar kita menjadi lebih baik selaras dengan misi dan visi negara menuju negara maju.

Keputusan Pilihan Raya Umum 2008 tidak ada apa cacat celanya. Ia adalah satu paparan suara rakyat dalam amalan demokrasi berparlimen. Kuasa yang diberikan rakyat kepada sesebuah parti adalah bukan milik yang bersifat mutlak.

Ia adalah sementara selagi amanah dan tanggungjawab tertunai, selagi itu mandat diberi. Masing-masing pihak yang bertanding harus menerima dengan hati terbuka dan sifat terbuka tanpa menuding jari siapa yang bersalah dan siapa yang lebih layak.

Kalah menang dalam pertarungan adalah adat yang mesti diterima oleh semua pihak. Yang lebih penting daripada keputusan itu adalah sifat jujur dan persaingan yang bebas daripada penyelewengan. Yang penting ialah keputusan Pilihan Raya Umum 2008 adalah suara pilihan rakyat yang tidak diselewengkan.

Namun, keputusan itu memang mengejutkan semua pihak termasuk pembangkang apabila menang 82 kerusi Parlimen dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperoleh 31 kerusi, DAP (28) dan Pas (23).

BN yang merangkumi 14 parti komponen mendapat 140 kerusi tetapi sebahagian besar kerusi dimenangi BN adalah di Sarawak (30), Sabah (24) dan Johor (25) iaitu sebanyak 79 kerusi atau 56.4 peratus.

Lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dikuasai pembangkang. Di lima negeri itu, calon BN sama ada daripada Umno, MCA, MIC atau Gerakan, kalah teruk. Yang paling mengejutkan ialah kejatuhan Perak dan Selangor kepada pembangkang, manakala Pulau Pinang dan Kelantan tidak begitu mengejutkan kerana ada pihak meramalkan bahawa ini akan berlaku.

Negeri yang masih dikuasai BN seperti Johor, Negeri Sembilan dan Pahang juga menunjukkan pengaruh sokongan kepada BN semakin menurun. Pas pula mula menapak di Johor dan Negeri Sembilan. Secara keseluruhannya, jumlah undi diperoleh Pas meningkat di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Pencapaian BN dalam pilihan raya kali ini adalah yang terburuk pernah dicapai iaitu 140 kerusi atau 63.1 peratus daripada 222 semua kerusi Parlimen. Pencapaian itu lebih teruk berbanding pilihan raya 1969 (66 peratus), 1990 (70.5 peratus) dan juga 1999 (76.68 peratus).

Pada 1990, prestasi BN merosot berikutan perpecahan dan krisis dalaman antara kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dengan terbentuknya Team (kumpulan) A dan Team B.

Pada pilihan raya umum 1999 pula, kemerosotan adalah berkaitan langsung dengan krisis politik berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet dan Umno pada September 1998, dengan menjadikan Dr Mahathir sebagai sasaran utama.

Tetapi konflik besar yang berlaku dalam negara ketika itu, tidak membawa kepada kemerosotan yang begitu teruk terhadap pencapaian BN. Faktor yang membawa kepada merosotnya pengaruh BN ini bukan disebabkan satu faktor tunggal, sebaliknya gabungan beberapa faktor yang saling berkait antara satu sama lain.

Faktor kepemimpinan atasan, dasar kerajaan, kenaikan harga barang, harga petrol, isu tol lebuh raya, calon yang tidak berpuas hati, perpecahan sesama ahli dalam parti yang bertanding dan sebagainya mempengaruhi keputusan pilihan raya kali ini.

Kalau dikatakan faktor kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pemimpin nombor satu yang membawa kepada kemerosotan pilihan raya kali ini adalah tidak begitu tepat. Mungkin ada benarnya kepemimpinan Pak Lah ada kaitan dengan pencapaian yang lemah tetapi ia tidak boleh dipersalahkan sebagai faktor utama.

Ketika Pilihan Raya Umum 1999, banyak pihak tidak bersetuju dengan tindakan Dr Mahathir, tetapi ia gagal mengurangkan majoriti dua pertiga. Ini bermakna satu faktor tunggal tidak begitu berjaya mempengaruhi keputusan sesuatu keputusan pilihan raya.

Apa yang berlaku ini boleh dilihat sebagai satu proses kematangan dalam demokrasi dan pilihan rakyat di Malaysia. Kita sekarang sudah memasuki setengah abad kedua selepas merdeka. Banyak faktor sudah berubah.

Yang paling jelas adalah tahap pemikiran dan proses membuat keputusan sebahagian besar rakyat sudah berubah. Tahap pemikiran dan pencapaian ilmu sebahagian besar rakyat semakin bertambah baik. Ini ditambah lagi dengan kemudahan teknologi taklimat dan jaringan perhubungan yang jauh berbeza dalam tempoh masa 10 tahun lalu. Semua ini mempengaruhi kepada pola keputusan pengundian dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.

Semua ini kelihatan bagaikan menjurus ke arah pembentukan sistem dua parti. Bersediakan kita semua ke arah itu?

ANTARA YB MENTERI DENGAN YB KAWASAN ?

Posted: 21 Sep 2010 02:57 AM PDT



Jawatan menteri bukan alasan abai tugas YB
Oleh Dr Illias Zaidi

TUGAS wakil rakyat berjawatan menteri menuntut pertanggungjawaban berganda daripada anggota biasa di Parlimen. Di sinilah beruntungnya menteri atau timbalan menteri yang dilantik melalui status senator menjadi anggota Dewan Negara.

Tidak keterlaluan jika dikatakan wakil rakyat sebagai 'hamba rakyat' yang perlu ambil tahu akan segala keperluan biologi setiap penduduk bagi kawasan diwakili. Keperluan biologi ini meliputi makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Yang tiga ini paling hakiki, tanpa mengambil kira keperluan asas lain seperti pelajaran, keselamatan, kesihatan dan keselesaan hidup mereka.

Kesibukan tanggungjawab Yang Berhormat (YB) menjalankan tugas menurut portfolio kementerian tidak seharusnya menghalang mereka daripada selalu menjenguk �anak buah� di kawasan pilihan raya masing-masing. Jika tidak, rakyat akan berasa terpinggir, terbiar dan tidak dipedulikan.

Rasa penyesalan dan kekecewaan yang sudah sekian lama memenjarakan hati dan menjeruk rasa ini disalurkan melalui kertas undi seperti terbukti pada Pilihan Raya Umum 1959, 1969, 1999 dan baru-baru ini 2008 (Parlimen terdahulu matang pada 2009).

Portfolio menteri itu amanah kerajaan yang mendapat mandat biarpun pada Pilihan Raya Umum Ke-12 kali ini hanya melalui majoriti mudah, harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Tanpa pelunasan tanggungjawab yang dipikul seperti diamanahkan Perdana Menteri, bererti �menteri� berkenaan tidak bertugas dengan baik dan berkesan.

Prestasi yang merudum selalunya menjadi kriteria seseorang menteri digugurkan daripada barisan Kabinet seperti diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin, biarpun ada faktor lain sebagai pengukurnya.

Pastinya, pemilihan kali ini dibuat berdasarkan kehendak dan cita rasa rakyat, manifestasi daripada keputusan pilihan raya umum yang baru berlalu.

Kalau begitu, tidak hairanlah betapa Max Weber menyifatkan kuasa sebagai sesuatu konsep yang relatif sifatnya. Maksud relatif ini ialah yang akan memberi peluang kepada seseorang pelaku meminta individu lain berbuat sesuatu menurut kehendaknya, meskipun tindakan berkenaan bertentangan dengan cita rasa dan kehendak mereka.

Jika mereka sudah hilang sabar dan tidak mahu bekerjasama lagi, pastinya mereka akan menolak pemimpin berkenaan.

Kabinet adalah Badan Eksekutif menjalankan kuasa yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Kabinet dianggotai anggota parti yang mendapat kerusi majoriti di Parlimen. Sejak merdeka, anggota Kabinet dibentuk oleh parti yang bergabung dalam Perikatan dan kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri adalah Ketua Eksekutif atau kerajaan yang menjadi puncak kuasa Jemaah Menteri. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota Dewan Rakyat. Sesuai dengan sistem gabungan kuasa antara Badan Eksekutif dan Badan Perundangan, Perdana Menteri juga Ketua Kerajaan.

Anggota Kabinet terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Secara kasarnya, fungsi Kabinet dapat digaris seperti berikut:

# Membuat dan menggubal dasar kerajaan yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan;

# Menentukan dasar negara, dan

# Memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan untuk melaksanakan dasar dan ketetapan yang dibuat.

Barisan Kabinet kali ini dikatakan mencerminkan perkongsian kuasa di kalangan anggota BN dengan setiap negeri ada wakilnya, kecuali Perlis. Kabinet baru ini juga dianggap gabungan muka lama dan baru yang penuh bertenaga dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Biar apapun, masing-masing wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kemampuan tersendiri bagi memantapkan barisan Kabinet. Yang digugur tidak harus berasa kecil hati dan kecewa kerana barangkali ada hikmah di sebaliknya.

Yang terpilih pula harus bersyukur dan menerima tugas dan tanggungjawab dengan azam dan iltizam yang tinggi bagi memenuhi visi serta aspirasi negara tanpa mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

Jawatan itu satu tanggungjawab berat yang harus dipikul dengan penuh kesedaran dan keinsafan tanpa prejudis dan prasangka. Tugas perlu dijalankan secara profesional dengan segala maklumat dan data seharusnya berada di hujung jari, bijaksana dalam bicara menurut retorik hujahan yang kemas lagi mantap.

Ucapan sewajarnya mengandungi isi bernas lebih-lebih lagi apabila berdepan pelobi profesional peringkat antarabangsa. Masanya sudah tiba untuk barisan Kabinet yang rata-rata berkelulusan tinggi, termasuk ijazah Doktor Falsafah (PhD) petah berhujah tanpa persediaan teks ucapan yang lazimnya menjadi tradisi sekian lama.

Menteri sewajarnya membiasakan jari-jemari bermain komputer, misalnya ketika menyediakan kertas kerja dasar bagi satu-satu projek besar dan penting, demi kepentingan negara tanpa semata-mata menurunkan tugas berat itu kepada ketua jabatan atau pegawai kanan.

Jika rakyat ada yang berasa amat terkilan kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) rata-rata menguntungkan kelompok tertentu, maka inilah masanya barisan kepemimpinan yang ada membetulkan salah tanggap itu, supaya DEB benar-benar membasmi kemiskinan tanpa mengira kedudukan, pangkat dan kaum.

Natijahnya tidak akan ada rakyat yang makan dalam pinggan emas, manakala yang lain dalam tempurung.

Kemiskinan relatif berlaku di mana-mana bukan saja di kalangan peneroka Felda dan penduduk luar bandar, malah di kalangan penduduk pinggir bandar. Justeru, ia juga wujud di kota raya sebesar Kuala Lumpur dan Ipoh, dalam keadaan penghijrahan berlaku dengan pesatnya.

Benar kata Soltau yang menyifatkan kuasa sebagai keupayaan seseorang individu atau kumpulan tertentu untuk mengubah perlakuan, fikiran dan tindakan individu lain menurut kemahuannya. Tetapi kita janganlah jadi seperti �pisau raut dalam keadaan bongkok orang boleh dibetulkan� kerana kuasa membabitkan pemimpin dan orang yang dipimpinnya, kalau dalam konteks negara disebut rakyat.

Kelukaan tahap akar umbi perlu disembuhkan segera dengan selalu turun padang, ambil tahu akan susah payah dan sakit pening mereka. Barisan Kabinet yang baru dilantik harus melihat masalah dan permasalahan rakyat dalam konteks ini.

umno bahagian cheras

0 ulasan
sumber :-

umno bahagian cheras


Tangguh lagi ; stretegi Anwar gugur kes liwat selepas PRU ke-13

Posted: 20 Sep 2010 11:57 PM PDT

TIDAK berniat mencampuri urusan mahkamah, tetapi perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditangguh lagi kepada 14 dan 15 Oktober depan menimbulkan pelbagai persoalan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, rakyat mula berteka-teki sampai bila kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Saiful Bukhari Azlan akan berakhir.

Beliau khuatir penangguhan beberapa kali kes tersebut akan menghakis keyakinan rakyat terhadap proses perundangan dan kredibiliti mahkamah di negara ini.

"Malah ada secara sinis mula mempersoalkan mengapa mahkamah sentiasa tunduk kepada kehendak peguam Anwar yang mahukan kes tersebut ditangguhkan," jelasnya.

Malah katanya, ada pihak membuat andaian perbicaraan tersebut akan berlarutan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau mendedahkan, spekulasi sudah tersebar jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, kes liwat Anwar pasti akan digugurkan.

"Jika andaiannya benar, inilah paling dikehendaki Anwar yang sekaligus bermakna dari segi moralnya beliau telah bersih," katanya.

Syed Ali menjelaskan, oleh sebab Anwar adalah pemimpin politik, maka usaha menangguh dan menggugurkan kes tersebut perlu ditafsirkan daripada aspek politik.

"Kita tidak mahu mencampuri proses perbicaraan kes tersebut, tetapi daripada perspektif politik, Anwar akan menggunakan isu tersebut untuk menagih simpati rakyat," ujarnya.

Malah menurut beliau, perkara ini juga sudah lama dilakukan oleh pakatan pembangkang pada beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Katanya, inilah taktik dan strategi Anwar untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Beliau berkata, tanggapan itu berdasarkan kepada beberapa kali kes tersebut telah ditangguhkan dengan pelbagai alasan dikemukanan barisan peguambela Anwar.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Rayuan telah memutuskan tiada bidang kuasa untuk mendengar rayuan Anwar bagi membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Anwar mengemukakan rayuan atas dakwaan wujud hubungan sulit antara seorang Timbalan Pendakwa Raya dengan Mohd. Saiful yang merupakan pengadu dalam kes tersebut.

Mengulas lanjut keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (Selasa) menunda perbicaraan kes tersebut, Syed Ali berkata keputusannya sudah dijangkakan.

Bagaimanapun tegas beliau tarikh tersebut termasuk dalam sesi sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 11 Oktober hingga 11 Disember tahun ini.

Sehubungan itu beliau berpendapat Anwar sepatutnya tidak boleh dibenarkan menghadiri persidangan tersebut kerana beliau sedang berdepan proses perbicraan kes liwat.

"Parlimen adalah simbol kemuliaan sistem undang-undang dan demokrasi negara dan Anwar yang sedang bergelut dengan masalah moral tidak sewajarnya diberikan peluang mengambil bahagian dalam sesi persidangan," katanya.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

0 ulasan
sumber :-

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BERSYUKURLAH DI AIDILFITRI

Posted: 20 Sep 2010 11:33 PM PDT

Assalamualaikum…

Alhamdulillah saya dapat menulis lagi. Maklumlah, sejak Ramadan lalu, agak sibuk dengan jadual harian yang bertambah. Maksud saya, banyak jemputan berbuka puasa dan apabila hari raya, banyak pula jemputan rumah terbuka.

Apa pun, saya tidak pernah meninggalkan perhatian saya terhadap anda semua. Saya bersyukur sebenarnya melihatkan kehidupan masyarakat kita menyambut Aidilfitri setiap tahun. Sebenarnya tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa orang kita sentiasa mewah apabila menyambut Aidilfitri.

Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang dikatakan masih kurang selesa (walaupun bertambah baik), kita masih mampu meraikan hari lebaran dengan penuh meriah dan bermakna.

Jika kita sedar, apa yang sedang kita kecapi dan lalui di Negara bertuah ini sebenarnya amat jauh berbeza dengan kebanyakan rakyat di Negara-negara lain terutamanya yang menjadi jiran kita. Bukan mahu memperlekehkan sesiapa, kita sebenarnya sangat bertuah.

Apa yang kita lalui dan miliki ini tidak datang bergolek. Ia adalah hasil perjuangan berpuluh tahun lamanya sehinggalah kita kecapinya sekarang. Ia tidak terhasil dari pentas ceramah. Tidak juga dengan bermodalkan air liur. Ini adalah pengorbanan dan perjuangan pemimpin terdahulu hingga sekarang.

Sebagai wakil rakyat kerajaan, saya dengan rasa bangga ingin menyatakan bahawa apa yang sedang kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan UMNO dan ahli komponannya. Ini hakikat yang tidak boleh diubah lagi. Ia sesuatu yang sebenar-benarnya telah berlaku.

Justeru, jika ada yang mendakwa selain daripada itu, maka ia adalah karut. Pasti!.

Saya juga gembira dengan budaya orang kita yang gemar mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung mengunjung amat terpuji. Ia semakin meriah saban tahun sehingga Aidilfitri menjadi lebih penting dan bermakna.

Saya berharap dan berdoa agar semua ini akan terus berkekalan dan rakyat pula lebih memahami untuk bersyukur selain berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak berjasa kepada mereka selama ini.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


SIAPA MELAYU ?

Posted: 21 Sep 2010 01:48 AM PDT


Wahai Melayu,
Hadirmu melengkapkan putaran dunia,
Asalmu bukanlah tanah di sini,
Dirimu dikatakan dari asal pelbagai bangsa dunia,
Mengalir darah Cina, India, 'Arab, Inggeris, Jawa, dan sebagainya,
Masih engkau dipanggil Melayu walaupun kacukan,
Asalmu dari seberang, bukan di Tanjung Emas ini
Engkau dihimpunkan di sini membentuk bangsa Melayu
Asal cara hidupmu bukan seperti kini,
Engkau pegang Hindu, kemudian Buddha,
Tiba Islam menyinari ruang Kalbumu,
Sebaik-baik pedoman menuju Allah,
Engkau bertatih membina tamadun,
Hingga berusia 450 tahun sudah,
Ah, singkatnya usia dirimu Melayu,

Saudara bangsamu lain kini telah bangka lagi tua,
Umur mereka ratusan ribuan tahun lamanya,
Pada mereka, engkau hanya anak kecil,
Masih bertatih, belum dapat berlari,
Belum putus menyusu,
Belum kenal ragam rencah dunia,
Walau begitu engkau masih nekad,
Mahu duduk semeja dengan mereka,
Ingin dipandang tinggi oleh mereka,
Walaupun engkau masih kecil,
Apa jasamu selama ini wahai Melayu?

Umur peradabanmu menghampiri Kiamat,
Tiada banyak yang engkau dapat lakukan,
Baru layak digelar gemilangnya Melayu,
Ingin engkau lakukan seperti saudaramu yang lain,
Tiada engkau mampu,
Mahu mengharungi seperti yang pernah mereka lalui,
Tiada engkau berdaya,
Engkau war-warkan dirimu SATU bangsa bermaruah,
Lihatlah dirimu kini,
Bagaimanakah keadaan maruahmu?
Koyak-rabak laksana kain perca,
Dek kerana bersalahan kefahaman,
Engkau katakan saudaramu bangsa lain yang mengoyaknya,
Bahkan ENGKAULAH yang mengoyakkannya dengan tanganmu,
Engkau anggap dirimu pewaris panji Islam seantero Nusantara,

Cermin dahulu situasi Islammu kini,
Islam dihinjak-hinjak dan dipijak-pijak semahunya,
Ku tahu engkau tidak akan biarkannya berterusan,
Tapi siapakah yang memijak Islam yang engkau pegang itu?
Bangsa lainkah?
Andai bangsa lain, mengapa demikian?
Mereka tiada tahu apa nilainya Islam itu,
Allah kurniakan khas buatmu Melayu,
Allah Maha Tahu nilai keislamanmu,
Lantas apakah yang menyebabkan Islammu diejek-ejek?
Dihina-hina dan dipermainkan selama ini?
Apa yang salah telah engkau lakukan terhadap Islam?
Engkau masih bermimpi,
Malah bagai orang yang berjalan ketika tidur ,
Tiada sedar apa yang berlaku terhadapmu,
Saudara bangsa lain melihat ENGKAU sendiri memijak Islammu itu,
Mereka mengganggap engkau sudah cukup berani,
Memijak pegangan hidup mati engkau sendiri,
Islam yang engkau junjung di jiwamu,

Kata mereka "Cakap tak selupa bikin"
"Suruh olang buat baik, tapi dia sendili buat jahat"
Mereka memperlekehkan tindakanmu,
Mereka anggap engkau Melayu mudah disuruh apa sahaja,
Disuruh ikut mereka,
Engkau turut mereka tanpa membantah,
Diminta tinggalkan agama andai mahu bersama mereka,
Bagai dipukau dan disihir engkau lakukannya,
Benarlah sangkaanku,
Melayu mudah lupa apa yang berlaku,
Apakah jati diri Melayu kini?
Bagaimanakah disiplin Melayu?
Apakah dengan membuang dan memijak Islam,
Engkau dimuliakan orang?
Apakah jawabmu nanti di hadapan Allah Maharaja segala Raja-raja,
Di kala perbicaraan yang amat ngeri lagi dahsyat berlaku,
Ketika itu engkau ditanya mengapa engkau membuang Islam, amanah Allah yang mulia?
Apakah kerana mahu disanjung sebagai bangsa yang berani di mata manusia?
Ataukah mahu merebut mata benda habuan dunia yang fana?
Mahukah Allah menyoalmu begitu?

Jangan tunggu saat itu tiba,
Kerana engkau pasti menyesal tiada sudah,
Sebab perbuatanmu di dunia dahulu,
Jawablah sekarang juga wahai Melayu,
Engkau yang tahu apa jawapannya,
Engkau boleh mengubah apa yang telah berlaku kini,
Kerana pabila tamat bicaramu di Yaumul Hisab,
Jawapannya tinggal DUA...
Syurga keredhoan Allah,
Atau.......
Neraka kemurkaan Allah yang tidak terhingga ngerinya...
Fikirlah wahai Melayu,
Allah telah kurniakan akal fikiran yang masih waras,
Belum jatuh mereng mahupun gila...

Sayap Parti

Bahagian