TINDAKAN Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendedahkan maklumat palsu mengenai ketenteraan negara kepada negara luar disifatkan sebagai pengkhianat besar.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, perbuatan tersebut amat serius dan kerajaan perlu bertindak tegas ke atas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana jelas berbohong.
"Amat menyedihkan seorang Ahli Parlimen boleh berbohong dengan mendedahkan maklumat palsu mengenai pertahanan negara kepada pihak asing," katanya.
Menurut beliau, biasanya hanya pembelot atau pengkhianat yang menjadi agen sulit pihak tertentu sahaja yang tergamak mendedahkan rahsia negaranya sendiri kepada pihak luar.
Katanya, membocor atau menjual maklumat keselamatan negara kepada sesebuah negara asing merupakan perbuatan khianat yang boleh menjejaskan stretegi pertahanan negara.
Dalam kes ini katanya, tindakan Nurul membuat tuduhan palsu bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam merupakan tindakan yang memalukan negara.
"Saya berpendapat siasatan perlu dilakukan segera dengan mengambilkira aspek pertahanan dan strategi keselamatan negara dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik," tegasnya.
Sehubungan itu tegas beliau, tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis keatas Nurul kerana berbohong, di Balai Polis Hulu Kelang semalam sebagai tindakan wajar.
"Kita minta pihak berkuasa segera lakukan siasatan mengenai peranan Nurul dalam kes tersebut, apa motifnya berbohong dengan mendedahkan maklumat palsu kepada negara asing," katanya.
Beliau mengulas kenyataan keras Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang menafikan tuduhan Nurul sewaktu ditemubual oleh akhbar Indonesia,
Kompas, pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam KD Tunku Abdul Rahman masih tidak boleh menyelam selain mendakwa pembelian aset canggih itu sebagai usang dan terpakai.
Abdul Aziz juga menegaskan, betul atau tidak maklumat berkaitan dengan ketenteraan negara, ia tidak boleh sesekali didedahkan kepada negara asing. Ini soal keselamatan negara dan seharusnya dirahsiak
an tetapi Nurul bukan saha berbohong, malah dia juga memalukan TLDM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan negara di mata dunia.
Menurut Syed Ali lagi, jika Nurul mempunyai semangat patriotik dan sayangkan negara, dia tidak akan membuat tuduhan palsu dan membocorklan aspek pertahanan kepada pihak asing.
Beliau menambah, setiap pemimpin politik sama ada pro-kerajaan atau pembangkang seharusnya mengutamakan kepentingan pertahanan dan keselamatan negara daripada agenda politik.