Isnin, 9 Ogos 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Amah Indonesia

Posted: 09 Aug 2010 06:30 PM PDT



Gaji dan Pembantu Rumah Indonesia

1. Seharusnya, soal gaji bulanan ditentukan kuasa pasaran berdasarkan penawaran dan permintaan iaitu di antara pekerja dan majikan.

2. Perlu diingat, penetapan gaji minimum juga perlu mengambil kira kedudukan sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

3.Jika Indonesia menetapkan gaji minimum RM800 untuk pembantu rumahnya, sudah tentu negara lain yang rakyat mereka bekerja di negara ini akan membuat tuntutan sama.

4.Majikan terpaksa membayar kepada agensi pekerjaan yang membekalkan pembantu rumah dengan jumlah besar antara RM6,000 dan RM7,500 bagi setiap pembantu rumah. Ditambah pula gaji bulanan yang tinggi, sudah tentu akan membebankan lagi majikan.

5. Kak Midah percaya keputusan kerajaan menolak cadangan Indonesia supaya gaji pembantu rumah dari republik itu ditetapkan sebanyak RM800 sebulan sangat disambut baik.

6.Di Malaysia, kebanyakkan pembantu rumah dari Indonesia bukanlah mahir dalam bidang itu,selain tidak mendapat latihan sewajarnya dan mempunyai taraf pendidikan rendah.

7. Kita jugak harus bersedia dan mula merancang pengurusan yang baik untuk keluarga, kita tidak pasti apakan lagi 5-10 tahun mendatang kita masih lagi diberikan kemudahan amah dari Indonesia. Belajarlah berdikari.

Kak Midah
Ipoh

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dedah modus operandi pembangkang serang UMNO

Posted: 09 Aug 2010 01:09 AM PDT

PAKATAN Rakyat (PR) hanya 'mengutip' apa sahaja usaha yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO untuk kebaikan rakyat dengan memutarbelitkannya bagi kepentingan politik mereka.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, PR terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menciplak pandangan pemimpin UMNO sebagai isu yang seolah-olah mereka sebagai juara.

Katanya, pemimpin PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memutarbelitkanya dan memberitahu bahawa mereka (pembangkang) adalah pejuang kepada masalah rakyat, walhal sebenarnya mereka sudah kehabisan modal politik.
"Mereka tidak ada isu untuk diketengahkan kepada rakyat, sebaliknya hanya menceduk dan menciplak usaha yang dilakukan UMNO," tegasnya.

Bagi meyakinkan rakyat jelas beliau, PKR akan melemparkan kenyataan fitnah serta provokasi seperti dalam isu rasuah, liwat, salahguna masjid dan apa sahaja isu yang boleh menguntungkan mereka.

Katanya, mereka sanggup berbuat demikian supaya PR sentiasa dilihat 'sibuk' dengan pelbagai isu walaupun mereka sebenarnya bertanggungjawab di atas perpecahan rakyat di negara ini.

"Inilah modus operandi PR terutama PKR untuk menyerang UMNO sambil cuba memesong perhatian rakyat supaya mereka sentiasa dilihat peka kepada pelbagai isu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tegasnya.

Menurut beliau lagi, taktik itu bagaimana telah disedari rakyat yang sudah nampak tembelang Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politik termasuk menjadi alat kepada Yahudi.
Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan rakyat terutama di kawasan luar bandar supaya tidak terpedaya dengan pelbagai isu dan dakyah jahat yang sedang disebarkan oleh pihak pembangkang.

"Pembangkang sungguh licik untuk menarik perhatian rakyat luar bandar sepertimana mereka telah lakukan dengan mencetuskan tuduhan palsu kononnya FELDA sudah bankrap," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pihak pembangkang akan mereka-cipta pelbagai isu dan fitnah supaya sokongan rakyat terhadap UMNO/BN terhakis sehingga PRU akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut menyelar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dilaporkan berkata PAS sedang berusaha menarik seberapa ramai ahli UMNO menyertai parti itu.

"Ini satu lagi isu yang sengaja dicetuskan oleh pembangkang ketika mereka menyedari penyokong PAS dan PKR mula menyertai UMNO," katanya.

Beliau berkata, Mahfuz sengaja memutarbelitkan fakta sebenar untuk membohongi rakyat betapa parti itu sedia menerima penyertaan ahli-ahli UMNO walaupun hakikatnya tidak berlaku.

"Sebenarnya ahli-ahli PAS yang kecewa dengan pucuk pimpinan mereka dan meneyertai UMNO, tetapi pemimpin PAS cuba menutupnya daripada diketahui rakyat," tegasnya.

UMNO bertanggungjawab pertingkatkan perpaduan umat Islam

Posted: 08 Aug 2010 09:20 PM PDT

UMNO tidak pernah memporak-perandakan institusi surau dan masjid sebaliknya bertanggungjawab meningkatkan perpaduan umat Islam, jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, selain mengimarahkan peranan surau dan masjid UMNO juga bertanggungjawab menggerakkan pelbagai kegiatan amal supaya manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

"Justeru itu, perbezaan anutan politik sewajarnya diketepikan demi kepentingan orang Melayu dan masa depan umat Islam," tegasnya ketika berucap di majlis penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan 2010/1431H anjuran Biro Agama Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, di sini pagi ini.

Beliau menolak tuduhan dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa UMNO telah mempergunakan surau dan masjid bagi tujuan politik.

"Tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali kerana UMNO tidak pernah mencampur-adukkan kepentingan politik sebaliknya berusaha memainkan peranan meninggikan syiar Islam dan kepentingan umat," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, surau dan masjid merupakan institusi mulia tempat umat umat Islam mengadakan musyawarah dan meningkatkan hubungan silaturahim terutama di sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau tutrut menjelaskan, walaupun pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyalurkan sumbangan, tetapi UMNO juga perlu berperanan dalam melakukan kerja-kerja amal.

"Oleh sebab itu, UMNO Bahagian Cheras tetap meneruskan sumbangan Ramadhan sebagai acara tradisi yang sudah dilakukan sejak 14 tahun lalu membabitkan surau dan masjid sekitar Cheras," tegasnya.

Katanya, sumbangan tersebut bagi membolehkan surau dan masjid menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di sepajang buan Ramadhan.

Pada majlis tersebut, Syed Ali menyampaikan sumbangan RM3000 kepada lima buah masjid dan surau bertaraf Jumaat dan RM2000 kepada 18 buah surau yang masing-masing di terima oleh pengerusi dan wakil terbabit.

Selain wang tunai, setiap masjid dan surau juga turut menerima sumbangan dalam bentuk keperluan harian seperti kurma, gula, kopi dan susu.

Turut hjadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa, Ketua Pemuda dan Puteri, Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Puan Sarina Sharif serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.


Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Saman Ekor: Hapuskan Polisi Halang Perbaharui Cukai Jalan

Posted: 08 Aug 2010 12:09 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A


PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN SETAPAK JAYA 1A MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA

Posted: 08 Aug 2010 10:34 AM PDT


Dato Hj Rosol B Wahid

Dato Hj Rosol B Wahid


Muliakah Tangan Yang di Bawah

Posted: 05 Aug 2010 09:27 AM PDT

Salam bloggers... Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...Puasa belum mula lagi, dentuman mercun sudah kedengaran. Harap-harap tahun ini, tiada lagi peristiwa ngeri akibat main mercun...terutama di Negeri Darul Iman. InsyaAllah...Saya tidak tahu kenapa main mercun ini seakan akan satu budaya perayaan kita sejak dahulu, sekarang dan mungkin akan datang. walau pun banyak mercun dan bunga api telah dirampas oleh pihak berkuasa...Dalam hal ini peranan ibu bapa amat penting.



Apabila dikaitkan dengan ibu bapa, saya isu hangat sekarang ialah kahwin muda dan sekolah untuk pelajar hamil. Ini satu isu baru. Saya secara peribadi menyokong hasrat kerajaan Melaka memberi insentif kepada remaja yang mahu berkahwin. Ini sekurang-kurangnya akan menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja kita. Tetapi mereka yang ingin melangkah ke alam tersebut mestilah telah bersedia dari segi emosi, material, dan iman dan tahu tanggungjawab. Ertinya perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan tetapi untuk menambah ummah nabi yang berkualiti dan mengamalkan sunnah Rasul saw dan tuntutan agama.



Berkaitan dengan agama, beberapa hari yang lalu saya dan ahli Parlimen Hulu Terengganu dijemput oleh MAIDAM Hulu Terengganu untuk sama-sama mengihkan zakat kepada Fakir dan miskin DUN Ajil. sebanyak RM250,ooo.00 diagihkan. Seorang penerima mandapat RM350.00 seorang. Kalau tahun lepas agihannya RM250.00 sahaja...Yang ironinya ialah beberapa jam selepas pengagihan tersebut, saya mendapat banyak penggilan telefon mempersoalkan kenapa ibu atau ayah mereka tidak tersenarai mereka yang layak. Sukar untuk saya memberi jawapan kerana yang mengadu itu saya kenal. Rata-rata penjawat awam bergaji lebih RM2000.00. Saya kurang pasti aduan tersebut disebabkan oleh desakan si ibu atau ayah mereka atau atas kehendak mereka.Wallahu 'Alam...



Saya juga merasa terharu kerana ada segelintir daripada penerima yang tersenarai datang berjumpa saya dan pegawai MAIDAM, memohon agar nama mereka dikeluarkan daripada penerima list zakat kerana mereka telah terkeluar dari asnaf Fakir dan Miskin. Syabas... Walaupun golongan ini tidak ramai tetapi kita doakan agar ia akan bertambah dari semasa ke semasa.



...Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah...Sampai bila kita akan menjadi bangsa yang suka meminta-minta....Fikir-fikirkanlah...

HAMIM Ledang

HAMIM Ledang


PERSEDIAAN KERAJAAN DALAM MEMASTIKAN & MEMPERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG MURTAD

Posted: 18 Jul 2010 07:56 PM PDT




DunSemarang

DunSemarang


Menjujung Kasih ke bawah DYMM Sultan Johor.

Posted: 08 Aug 2010 03:19 AM PDT

Kembara Mahkota.
Ketibaan D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR dan rombongan Kembara Mahkota.
Padi mneguning di Sawah sagil Kg Cahaya Baru menanti ketibaan Tuanku.
Datuk Samsolbari bin Jamali. Dun Semarang bersama warga Emas Sawah Sagil..setia menanti ketibaan DYMM Tuanku.
Warga Emas ini tetap setia bersama Bendera Johor..
Pasukan Zapin SMK Datuk menteri sedia untuk membuat persembahan ke bawah DYMM Tuanku.
Puteri UMNO tetap siap sedia berbakti..
8.8.2010 Sawah Sagil Ayer Hitam. Kami warga dan rakyat Dun Semarang,merafak sembah mengucapkan ribuan terima kasih ke bawah DYYM Sultan Johor dan kerabat yang telah sudi hadir ke Sawah Sagil Kg Cahaya Baru. Semuga kehadiran Tuanku akan terus membawa sinar kepada kami rakyat jelata dan khususnya kami di DunSemarang. Daulat Tuanku.ByM69

Pengikut