Isnin, 9 Ogos 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dedah modus operandi pembangkang serang UMNO

Posted: 09 Aug 2010 01:09 AM PDT

PAKATAN Rakyat (PR) hanya 'mengutip' apa sahaja usaha yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO untuk kebaikan rakyat dengan memutarbelitkannya bagi kepentingan politik mereka.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, PR terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) menciplak pandangan pemimpin UMNO sebagai isu yang seolah-olah mereka sebagai juara.

Katanya, pemimpin PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memutarbelitkanya dan memberitahu bahawa mereka (pembangkang) adalah pejuang kepada masalah rakyat, walhal sebenarnya mereka sudah kehabisan modal politik.
"Mereka tidak ada isu untuk diketengahkan kepada rakyat, sebaliknya hanya menceduk dan menciplak usaha yang dilakukan UMNO," tegasnya.

Bagi meyakinkan rakyat jelas beliau, PKR akan melemparkan kenyataan fitnah serta provokasi seperti dalam isu rasuah, liwat, salahguna masjid dan apa sahaja isu yang boleh menguntungkan mereka.

Katanya, mereka sanggup berbuat demikian supaya PR sentiasa dilihat 'sibuk' dengan pelbagai isu walaupun mereka sebenarnya bertanggungjawab di atas perpecahan rakyat di negara ini.

"Inilah modus operandi PR terutama PKR untuk menyerang UMNO sambil cuba memesong perhatian rakyat supaya mereka sentiasa dilihat peka kepada pelbagai isu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tegasnya.

Menurut beliau lagi, taktik itu bagaimana telah disedari rakyat yang sudah nampak tembelang Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politik termasuk menjadi alat kepada Yahudi.
Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan rakyat terutama di kawasan luar bandar supaya tidak terpedaya dengan pelbagai isu dan dakyah jahat yang sedang disebarkan oleh pihak pembangkang.

"Pembangkang sungguh licik untuk menarik perhatian rakyat luar bandar sepertimana mereka telah lakukan dengan mencetuskan tuduhan palsu kononnya FELDA sudah bankrap," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan pihak pembangkang akan mereka-cipta pelbagai isu dan fitnah supaya sokongan rakyat terhadap UMNO/BN terhakis sehingga PRU akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali turut menyelar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dilaporkan berkata PAS sedang berusaha menarik seberapa ramai ahli UMNO menyertai parti itu.

"Ini satu lagi isu yang sengaja dicetuskan oleh pembangkang ketika mereka menyedari penyokong PAS dan PKR mula menyertai UMNO," katanya.

Beliau berkata, Mahfuz sengaja memutarbelitkan fakta sebenar untuk membohongi rakyat betapa parti itu sedia menerima penyertaan ahli-ahli UMNO walaupun hakikatnya tidak berlaku.

"Sebenarnya ahli-ahli PAS yang kecewa dengan pucuk pimpinan mereka dan meneyertai UMNO, tetapi pemimpin PAS cuba menutupnya daripada diketahui rakyat," tegasnya.

UMNO bertanggungjawab pertingkatkan perpaduan umat Islam

Posted: 08 Aug 2010 09:20 PM PDT

UMNO tidak pernah memporak-perandakan institusi surau dan masjid sebaliknya bertanggungjawab meningkatkan perpaduan umat Islam, jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, selain mengimarahkan peranan surau dan masjid UMNO juga bertanggungjawab menggerakkan pelbagai kegiatan amal supaya manfaatnya dapat dinikmati seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

"Justeru itu, perbezaan anutan politik sewajarnya diketepikan demi kepentingan orang Melayu dan masa depan umat Islam," tegasnya ketika berucap di majlis penyampaian Sumbangan Ihya Ramadhan 2010/1431H anjuran Biro Agama Bahagian Cheras, di Dewan Utama Pusat Rekreasi Cheras, di sini pagi ini.

Beliau menolak tuduhan dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa UMNO telah mempergunakan surau dan masjid bagi tujuan politik.

"Tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali kerana UMNO tidak pernah mencampur-adukkan kepentingan politik sebaliknya berusaha memainkan peranan meninggikan syiar Islam dan kepentingan umat," tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, surau dan masjid merupakan institusi mulia tempat umat umat Islam mengadakan musyawarah dan meningkatkan hubungan silaturahim terutama di sepanjang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau tutrut menjelaskan, walaupun pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyalurkan sumbangan, tetapi UMNO juga perlu berperanan dalam melakukan kerja-kerja amal.

"Oleh sebab itu, UMNO Bahagian Cheras tetap meneruskan sumbangan Ramadhan sebagai acara tradisi yang sudah dilakukan sejak 14 tahun lalu membabitkan surau dan masjid sekitar Cheras," tegasnya.

Katanya, sumbangan tersebut bagi membolehkan surau dan masjid menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan di sepajang buan Ramadhan.

Pada majlis tersebut, Syed Ali menyampaikan sumbangan RM3000 kepada lima buah masjid dan surau bertaraf Jumaat dan RM2000 kepada 18 buah surau yang masing-masing di terima oleh pengerusi dan wakil terbabit.

Selain wang tunai, setiap masjid dan surau juga turut menerima sumbangan dalam bentuk keperluan harian seperti kurma, gula, kopi dan susu.

Turut hjadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mahadi Haji Abdul Shukor, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Haji Md. Nasir Ghani, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Hajah Zurainah Musa, Ketua Pemuda dan Puteri, Tuan Haji Syed Mehdhar Syed Abdullah dan Puan Sarina Sharif serta Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian.


Tiada ulasan:

Pengikut