Khamis, 29 Julai 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kesal arahan KSN supaya tolak surat sokongan pemimpin politik

Posted: 28 Jul 2010 07:06 PM PDT

"SOKONGAN pemimpin politik terhadap permohonan orang awam berhubung tender, permit, lesen, biasiswa, status kewarganegaraan dan sebagainya bukan merupakan satu tekanan terhadap pegawai kerajaan," jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Sebaliknya menurut beliau, sokongan tersebut merupakan amalan biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin politik tetapi tidak satu paksaan sehingga merumitkan tugas perkhidmatan awam.

Katanya, pegawai kerajaan masih mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan berhubung sesuatu permintaan yang diajukan kepada mereka tanpa mengambilkira kepentingan politik.

Oleh sebab itu katanya, tidak kesemua surat sokongan dikeluarkan oleh pemimpin politik termasuk daripada UMNO mendapat layanan seratus peratus daripada pegawai kerajaan.

"Ada kalanya kita minta pegawai kerajaan berikan sedikit perhatian supaya dipertimbangkan terhadap sesuatu permohonan termasuk dalam soal pengagihan tender tetapi surat sokongan itu tidak dilayan dan kita memahami situasi tersebut," tegasnya.

Malah katanya, pemimpin politik terutama UMNO tidak memberi tekanan atau ugutan terhadap pegawai kerajaan jika sesuatu permohonan tidak dilayan dengan sepenuhnya.

Menurut beliau, pemimpin UMNO yang mewakili suara rakyat sentiasa berhadapan dengan pelbagai masalah dihadapi oleh segenap lapisan masyarakat yang memerlukan tindakan segera daripada pihak terbabit.

Katanya, tanggungjawab ini merupakan amanah yang harus diselesaikan oleh pemimpin UMNO dan sudah tentu mereka akan mengemukakan rayuan atau permohonan kepada pegawai kerajaan di pelbagai agensi atau kementerian berkaitan.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan (gambar bwah) baru-baru ini mengarahkan kakitangan awam supaya melaporkan kepada pegawai tertinggi mereka jika terdapat pemimpin politik yang mahukan mereka 'cenderung' kepada sesuatu tawaran tender kerajaan yang dibuat menerusi pelbagai surat sokongan termasuk percakapan, e-mail dan sistem pesanan ringaks (sms).

Sebaliknya kata Sidek keputusan sesuatu tawaran kerajaan perlu dibuat menerusi sistem merit dan bukannya berasaskan kepada surat sokongan daripada pemimpin politik.

Dalam hal ini Syed Ali kesal kerana kenyataan KSN itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pemimpin UMNO sering melakukan pelbagai tekanan menerusi surat-surat sokongan terhadap pegawai kerajaan berhubung pelbagai tawaran tender, permohonan lesen dan sebagainya.

"Kita agak kecewa dengan kenyataan tersebut kerana ianya boleh memberi persepsi kurang baik rakyat terhadap kerajaan terutama pemimpin UMNO kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa," tegasnya.

Katanya, rakyat terutama masyarakat akar umbi hanya menemui pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mengemukakan pelbagai aduan dan masalah yang dihadapi, bukannya kepada pegawai kerajaan.

"Kita dengar masalah mereka dan kita berusaha selesaikannya sebaik mungkin termasuk menerusi surat sokongan dan rayuan supaya dipertimbangkan, bukannya kita mengarah atau memaksa kakitangan awam," jelasnya.

Oleh sebab itu katanya, kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' supaya masalah rakyat diberikan perhatian oleh pemimpin UMNO dan pegawai kerajaan.

Katanya, slogan itu diterjemahkan pula oleh Perdana Menteri ke peringkat akar umbi menerusi program Juara Rakyat bagi memastikan kepentingan rakyat tidak terabai atau dipinggirkan.

"Manakala pemimpin UMNO pula merupakan jambatan untuk membawa masalah rakyat kepada pegawai kerajaan atau agensi terbabit dan biasanya kita susuli dengan surat sokongan supaya diberikan pertimbangan," ujarnya.

Dalam hal ini katanya, KSN tidak sewajarnya mengeluarkan arahan kepada kakitangan perkhidmatan awam kerana langkah tersebut seolah-olah menghalang rakyat membuat aduan kepada pemimpin politik.

Syed Ali mengakui arahan tersebut jika dikuatkuasakan hanya akan memberi kesukaran kepada rakyat dan sekaligus sokongan mereka terhadap pemimpin UMNO akan terhakis.

"Dalam suasana Pilihan raya Umum ke-13 yang bakal tiba, kita tidak mahu sokongan rakyat kepada UMNO akan terjejas gara-gara arahan atau dasar yang tidak membawa kebaikan kepada anggota masyarakat," tegasnya lagi.

Beliau mengingatkan, UMNO merupakan tulang belakang BN yang memerintah dan kakitangan awam sewajarnya memberikan sokongan supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan sentiasa meningkat.

Dr Mohamad Khir Toyo

Dr Mohamad Khir Toyo


Pasir: Kemusnahan Alam Sekitar, Penyelewengan dan Kerajaan Kartun

Posted: 28 Jul 2010 11:47 PM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Cermin diri sebelum tuduh orang lain berbohong

Posted: 28 Jul 2010 08:34 PM PDT

Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas begitu kurang ajar dan angkuh kerana sanggup menuduh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak sebagai pencacai UMNO kerana berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang didakwa menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

"Hassan sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah diberi mandat oleh Pas untuk berbincang dengan Harussani mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO.

"Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Pembohongan ini sangat memalukan para ulama sedangkan beliau sendiri pernah menyatakan seorang Mufti tidak akan berbohong," jelasnya.

Amboi sedapnya mulut dia menuduh Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Mana dia tahu Harussani berbohong? Apakah tidak mungkin Hassan yang berbohong untuk menyelamatkan dirinya dari Nik Aziz dan Khalid Gereja yang jelas akan menyelar siapa sahaja yang membelakangi Nik Aziz yang terang-terang tidak mahu perpaduan sesama Islam?

Apa hak pemecah-belah umat Islam di Malaysia itu juga untuk menuntut supaya Mufti Perak itu memohon maaf secara terbuka kepada Pas dan seluruh orang Melayu Islam dan tidak membiarkan diri terus menjadi pencacai kepada UMNO?

Sebelum diri tu menuding jari asyik nak salahkan orang lain tu, baiklah dicerminkan diri tu dulu.

Yang engkau tu jadi pencacai kepada DAP kafir harbi dan komunis lagi tu tidak apa pulak? Itu kafir yang terang-terangan menentang Islam sampaikan Karpal Singh pun pernah bagi kata dua langkah mayat dia dulu sebelum tubuhkan negara Islam.

Yang Nik Aziz yang sesat lagi menyesatkan orang lain dengan memberikan kenyataan bertentangan dengan ajaran Islam tu dengan menghalalkan berkawan dengan syaitan tu apa?

Berpeluk-pelukan dengan Lim Kit Siang oleh Haji Hadi Awang yang pernah menulis Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan sesama Islam tu adakah memaparkan ciri-ciri seorang Islam yang tulin?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang Parti Ajaran Sesat yang lebih.

Sila baca di SINI tentang sejarah sebenar PAS dipecat dari Barisan Nasional.

(Oleh: Kamal_Azlan)




LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Amanat DSK

Posted: 28 Jul 2010 07:35 AM PDT

(aluan dari KP Bahagian Kuala Langat)

(mesra...bapa angkat Pemuda Kuala Langat)

Alhamdulillah.majlis makan malam serta beramah -mesra dengan seluruh Ketua-ketua Pemuda Cawangan telah diadakan di salah sebuah restoran di Teluk Panglima Garang.Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 90% ketua-ketua pemuda umno cawangan sekitar Dun Sijangkang,Telok Datok dan Morib..
Syabas,Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato' Ketua Bahagian Kuala Langat.Satu program yang cukup bermakna bagi kami semua.BUKAN soal makan atau minum,tapi soalnya Dato'Ketua Bahagian sanggup turun padang berjumpa dan beramah mesra dengan ketua-ketua pemuda cawangan yang hadir pada malam tersebut serta mengetahui permasalahan yang berlaku di setiap cawangan masing-masing.amanat yang diberikan kepada para ketua pemuda cawangan harus direnungi serta disematkan di dalam hati.
Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat tidak juga kurang hebatnya.

(pendaftaran)

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Perasmian Pembukaan Legal Firm

Posted: 28 Jul 2010 06:31 PM PDT

TAHNIAH!!! KAK EMY dengan Pembukaan 
ERMIEY NIZAM HO (ENHO)
No 38B Jln Bayu Tinggi 5 Tmn Bayu Tinggi, Klang Selangor. 

Pengikut