Khamis, 29 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Cermin diri sebelum tuduh orang lain berbohong

Posted: 28 Jul 2010 08:34 PM PDT

Mahfuz Omar, Naib Presiden Pas begitu kurang ajar dan angkuh kerana sanggup menuduh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak sebagai pencacai UMNO kerana berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang didakwa menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

"Hassan sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah diberi mandat oleh Pas untuk berbincang dengan Harussani mengenai isu kerjasama Pas dan UMNO.

"Ini menunjukkan Harussani berbohong dan mendedahkan peranannya sebagai alat dan pencacai UMNO," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Pembohongan ini sangat memalukan para ulama sedangkan beliau sendiri pernah menyatakan seorang Mufti tidak akan berbohong," jelasnya.

Amboi sedapnya mulut dia menuduh Tan Sri Harussani Zakaria berbohong. Mana dia tahu Harussani berbohong? Apakah tidak mungkin Hassan yang berbohong untuk menyelamatkan dirinya dari Nik Aziz dan Khalid Gereja yang jelas akan menyelar siapa sahaja yang membelakangi Nik Aziz yang terang-terang tidak mahu perpaduan sesama Islam?

Apa hak pemecah-belah umat Islam di Malaysia itu juga untuk menuntut supaya Mufti Perak itu memohon maaf secara terbuka kepada Pas dan seluruh orang Melayu Islam dan tidak membiarkan diri terus menjadi pencacai kepada UMNO?

Sebelum diri tu menuding jari asyik nak salahkan orang lain tu, baiklah dicerminkan diri tu dulu.

Yang engkau tu jadi pencacai kepada DAP kafir harbi dan komunis lagi tu tidak apa pulak? Itu kafir yang terang-terangan menentang Islam sampaikan Karpal Singh pun pernah bagi kata dua langkah mayat dia dulu sebelum tubuhkan negara Islam.

Yang Nik Aziz yang sesat lagi menyesatkan orang lain dengan memberikan kenyataan bertentangan dengan ajaran Islam tu dengan menghalalkan berkawan dengan syaitan tu apa?

Berpeluk-pelukan dengan Lim Kit Siang oleh Haji Hadi Awang yang pernah menulis Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan sesama Islam tu adakah memaparkan ciri-ciri seorang Islam yang tulin?

Mengata dulang paku serpih, mengata orang Parti Ajaran Sesat yang lebih.

Sila baca di SINI tentang sejarah sebenar PAS dipecat dari Barisan Nasional.

(Oleh: Kamal_Azlan)




Tiada ulasan:

Pengikut