Khamis, 22 Julai 2010

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


UMNO MASIH DISAYANGI

Posted: 22 Jul 2010 11:41 AM PDT

Ceramah Juara Rakyat diperkenal

Posted: 22 Jul 2010 11:36 AM PDT

Konsert ganti peluru ke Palestin

Posted: 22 Jul 2010 11:35 AM PDT

2 formula tawan K.Terengganu, Marang

Posted: 22 Jul 2010 11:34 AM PDT

Fitnah: Felda saman 3 lagi individu

Posted: 22 Jul 2010 11:33 AM PDT

Semangat anak peneroka

Posted: 22 Jul 2010 11:32 AM PDT

Suara Keadilan tetap disaman RM200 juta

Posted: 22 Jul 2010 11:31 AM PDT

Kenakan tindakan undang-undang

Posted: 22 Jul 2010 11:25 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SELAMAT HARI JADI DS NAJIB...

Posted: 22 Jul 2010 09:30 AM PDT


Negara terus makmur ialah doa hari jadi ke-57 Datuk Seri Najib Razak. Di doakan sihat sejahtera agar terus berusaha untuk agama, bangsa dan negara.

1 : 40 :Strategi Politik DAP kuasai Tanah Melayu

Posted: 21 Jul 2010 05:54 PM PDT





DAP menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.
Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.

Sesuatu yang pelik, bila DAP anggap perkara ini sebagai perkauman sedangkan ianya berdasarkan fakta.. angka tidak menipu. Mungkin DAP boleh keluarkan angka sebenar berbanding menuding jari kepada orang lain.

Ini ialah strategi DAp, sebab itu mereka mahu menyembunyikan fakta tersebut supaya gerakan mereka menawan 'Tanah melayu' berjaya.. sebab itu pelik, kerana biasa DAP akan keluarkan pelbagai fakta untuk menyalahkan UMNO.. tetapi bab ini, DAP tidak boleh sediakan fakta.

Itu di pihak DAP.. tetapi dimanakah kesedaran kepada pengundi Melayu.. tak reti-reti lagi negara ini hendak dijajak dengan bentuk baru, penjajahan secara demokrasi.. satu undi menentukan menang dan kalah!!!
Nuffnang Ads
Jangan setelah dijajah baru nak sedar, air mata darah sekalipun tak berguna, lihatlah sebagaimana Singapura.. jangan ingat Melayu akan jadi majoriti selamanya, Singapura telah masukkan berapa ramai rakyat Cina untuk dijadikan sebagai rakyat yang mempunyai hak mengundi.. akhirnya Melayu menjadi minoriti.. apatah lagi kalau DAP jadi Menteri Dalam Negeri.. semuanya boleh diuruskan…

Cukuplah Melayu dah dijajah 446 tahun..

sumber:
Story-Story Malaysia
Blog about Malaysian current news in political,technology,financial and blah…blah..blah

PENYELARASAN HARGA BAHAN API DAN GULA

Posted: 21 Jul 2010 05:33 PM PDT


By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PUTRAJAYA
Date : 15/07/2010
Title : PENYELARASAN HARGA BAHAN API DAN GULA


Pejabat Perdana Menteri

1. Sejak Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun lepas, kerajaan telah memberi tumpuan kepada usaha-usaha untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kita telah membuka sektor-sektor penting dalam ekonomi untuk pelabur asing, menyediakan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak 24 bilion, mengurangkan pembaziran dan menangani ketidakcekapan. Hasilnya, kita dapat melihat kebangkitan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 10.1% dalam suku pertama 2010, pencapaian terbaik kita dalam dekad ini.

3. Ketika mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan telah mengatakan bahawa matlamat negara bukanlah semata-mata untuk mengeluarkan kita dari krisis ekonomi. Cita-cita kita untuk negara dan masyarakat adalah lebih tinggi dari itu. Kita ingin menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing untuk meningkatkan kesejahteraan kerana rakyat.

4. Model Baru Ekonomi (MBE) memperuntukkan cadangan untuk melabur dan mengembangkan sektor strategik yang penting, mengemas kini infrastruktur dan mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor swasta yang bertujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar. Namun begitu, pertumbuhan sahaja tidak akan membantu kita mencapai matlamat MBE. Kerajaan telah menyatakan bahawa kita mesti mengkaji semula pemberian subsidi bagi mengelak herotan dalam dagangan. Ia bagi memastikan subsidi diberikan kepada golongan yang layak dan membolehkan lebih banyak hasil negara digunakan untuk pelaburan yang akan memberikan faedah jangka panjang bagi keseluruhan rakyat.

5. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

6. Keputusan untuk menyelaraskan harga minyak dan gula ini khususnya diasaskan daripada tiga perkara penting:

a. Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

b. Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

c. Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

7. Ini adalah sebahagian dari sebab kenapa kerajaan memilih untuk menyelaraskan semula harga gula dan bahan bakar. Sebaliknya, subsidi bagi bidang pelajaran dan kesihatan akan terus dipertahankan. Ini adalah bidang perkara yang penting bagi negara di mana kerajaan seharusnya melabur, menyediakan bantuan untuk mengembangkan kemahiran dan membina tenaga kerja untuk masa depan.

8. Keputusan untuk menyemak semula pemberian subsidi ini dibuat bersama rakyat melalui aktiviti yang dijalankan di bawah Program Rasionalisasi Subsidi. Kerajaan telah mengadakan proses perundingan dengan rakyat sebelum membuat keputusan ini. Tidak lagi hanya dengan pembuat dasar di Putrajaya, tetapi beribu-ribu rakyat Malaysia melalui Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi, undian on-line, undian pesanan ringkas dan borang maklum balas menyatakan sokongan bagi menyemak semula pemberian subsidi secara berperingkat.

9. Berdasarkan proses ini, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak 5 sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal. Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.

10. Walaupun harga barang ini diselaraskan, kerajaan masih lagi membelanjakan lebih kurang RM7.82 bilion setahun untuk subsidi bahan bakar dan gula. Harga bahan bakar dan gula di negara ini masih lagi yang paling rendah di rantau ini walaupun adanya penyelarasan harga ini.

11. Selain itu, penyelarasan harga barang ini akan menyumbang kepada usaha kita untuk mengukuhkan urusan kewangan kerajaan iaitu mengurangkan defisit kewangan negara. Ia membolehkan kita menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor yang lebih penting seperti pendidikan dan kesihatan. Ini termasuklah pengumuman kerajaan baru-baru ini bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dan pelajar miskin yang layak mendapat biasiswa dan meningkatkan perbelanjaan untuk menyediakan kemudahan kesihatan seperti Klinik 1Malaysia, termasuk klinik bergerak 1Malaysia. Selain itu, kerajaan akan meneruskan Projek Penyeragaman Harga Barang Perlu di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat luar bandar.

12. Sebenarnya, penyelarasan harga bahan api dan gula ini adalah yang paling minima berbanding dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi kerana kerajaan mahu mengimbangi di antara kepentingan rakyat dan keperluan menguruskan defisit negara.

PAS : BARANG MAINAN DAP.

Posted: 21 Jul 2010 05:20 PM PDT


Tanpa membuat perhitungan politik yang betul, pemimpin Pas begitu yakin bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mereka mengambil alih tempat UMNO sebagai parti utama orang Melayu. Pas begitu percaya melalui kerjasama dengan DAP dan PKR, mereka akan dihargai dan diberikan tempat utama dalam pakatan pembangkang. Kalau itulah impian Pas, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas hanyalah bermimpi di siang hari.

Ini kerana DAP dan PKR tidak akan membuka laluan mudah untuk Pas menjadi parti utama. Selain itu, kalau Pas mahu kekal mempertahankan dasar Islamnya, kenapa perlu tergesa-gesa hendak mewujudkan sebuah sayap yang dikhaskan untuk bukan Islam yang menyokong parti itu.

Bolehkah dasar Islam tersebut diperkembangkan apabila kumpulan penyokong berkenaan semakin berkuasa di dalam Pas nanti?

Sebenarnya, usaha untuk menyatukan UMNO dan Pas tetap tidak akan berjaya, bukan kerana kesemua pemimpin dan ahli Pas menolak usaha murni tersebut tetapi disebabkan segelintir sikap pemimpin Pas.

Mereka ini hanya mengaku dirinya Islam tetapi tidak berakhlak sebagai seorang Islam termasuklah memaki hamun dan mencerca serta menuduh ulama yang tidak menyebelahi mereka dengan pelbagai gelaran.

Pemimpin seumpama ini sudah menerapkan politik kebencian, bukannya politik tidak sehaluan. Ertinya, mereka mahu UMNO dibenci sampai ke mati tanpa mempedulikan apa pun kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Bagi mereka, tidak kira siapapun, asalkan orang itu menyebelahi UMNO maka dia harus dimusuhi. Inilah puak-puak yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Atas sebab itulah, apa pun alasan dan usaha yang cuba dilakukan bagi menyatukan dua parti Melayu tersebut, ada sahaja hujah dangkal dan jumud yang dikeluarkan oleh puak berkenaan.

Namun begitu sebagai umat Islam kita tetap mendoakan agar Allah SWT membuka pintu hati pemimpin-pemimpin seumpama ini agar memahami betapa pentingnya UMNO dan Pas bersatu hati.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka dalam soal berkenaan. Janganlah melihat atau terlalu gelojoh untuk merebut kuasa politik bersama-sama PKR dan DAP.

UMNO bersikap terbuka dalam soal kerjasama itu bukan kerana politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam. Ia disebabkan, apa pun berlaku UMNO tidak perlu 'menyembah' Pas untuk mencari kuasa politik tetapi Pas mungkin terpaksa 'melutut' kepada PKR dan DAP bagi tujuan berkenaan.

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Pertandingan Kompang Berjidor Ditunda

Posted: 22 Jul 2010 08:54 AM PDT

Pihak penganjur ingin memohon maaf kepada peserta yang akan menyertai Pertandingan Kompang Berjidor yang dijadualkan berlangsung pada 23 & 24Hb. Julai 2010 terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diputuskan kelak.

Ini disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Pengerusi serta AJK Biro Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Tanjong Piai ingin memohon maaf diatas penangguhan ini. Sebarang tarikh baru akan diputuskan kelak.

Sekian Terima Kasih...

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS PELANCARAN "V.O.G.U.E" SUKARELAWAN

Posted: 21 Jul 2010 09:47 PM PDT


Untuk makluman, Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, di jemput bersama - sama memeriahkan Majlis Pelancaran "V.O.U.G.E. Sukarelawan di Universiti Teknologi Mara , Shah Alam.

DATO SERI NAJIB LANCAR BILIK GERAKAN UNIT KHAS PILIHAN RAYA PUTERI UMNO

Posted: 21 Jul 2010 09:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang.Bilik gerakan yang beroperasi di peringkat pusat itu kemudiannya akan dibuka di peringkat negeri dan bahagian dalam tahun ini juga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dengan adanya bilik gerakan tersebut, segala maklumat mengenai pengundi di setiap peti undi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dapat dikumpul, dianalisis dan dipantau oleh jentera pergerakan.Jelas beliau, langkah itu juga menjadikan jentera Pergerakan Puteri sentiasa bersedia dan proaktif dalam membantu memastikan kemenangan BN menerusi pelan-pelan tindakan yang telah dirangka serta disusun di peringkat pusat.

"Sekitar Ogos nanti, kita akan bergerak membuka bilik gerakan terbabit ke peringkat negeri dan bahagian. Dalam tahun ini juga, kita menyasarkan semua negeri dan bahagian membuka bilik gerakan tersebut.

"Menjelang Januari 2012, jentera Puteri UMNO akan dimantapkan dan bersedia menghadapi pilihan raya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bilik gerakan tersebut di Pejabat Puteri UMNO, Menara Dato' Onn, dekat sini petang ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, melalui bilik gerakan Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, selain maklumat mengenai pengundi, ia juga menjadi pusat pengumpulan data berkenaan permasalahan yang dialami pengundi.

"Apa akar umbi mahukan, kecenderungan mereka, masalah-masalah dan apa jua isu-isu semasa akan dikumpul untuk dianalisis," jelasnya.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Puteri UMNO kini sedang menggerakkan usaha untuk menambah keahlian yang kini berjumlah sekitar 380,000 orang.

"Ketika ini, terdapat sejumlah 1.29 juta pengundi muda wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun."Mereka adalah sasaran untuk menarik mereka menjadi ahli Puteri UMNO," tambahnya.


Sumber dari Utusan.com.my

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Khalifah Guan Eng yang baik budi bahasanya

Posted: 22 Jul 2010 05:00 AM PDT

Seorang Pegawai Kemajuan Negeri di Pulau Pinang sudah hilang sabar. Pegawai ini terpaksa bersuara. Selama ini beliau hanya bersabar terhadap segala kata nista dari Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau dihina dan dicaci mengikut selera Lim Guan Eng, seorang Ketua Menteri DAP yang tidak tahu tentang erti "etika". Nik Ali Mat Yunus tidak dapat lagi bersabar dan beliau perlu mempertahankan maruahnya apabila di"pijak-pijak" oleh Ketua Menteri yang "chauvinis" dan bersifat "komunisme" itu.

Nik Ali telah berkali-kali menerima caci maki Lim Guan Eng. Maruah peribadinya begitu "bebas" dihina oleh Guan Eng. Bermula dari majlis pelancaran Projek Keretapi Bukit Bendera, kemudiannya diikuti dengan kes perobohan pintu gerbang Taman Botani dan yang terkini ialah kes kecurian pasir di Pulau Pinang. Peristiwa-peristiwa itu telah menyebabkan Nik Ali digelar "little napolean", "lidah biawak", tidak kompetan, tidak profesional, pengecut dan patut di"buang" dari terus menjadi penjawat awam. Maruahnya begitu murah dimata Guan Eng.

Menurut Nik Ali, beliau adalah pegawai dibawah Unit Penyelarasan Perlaksanaan dibawah Jabatan Perdana Menteri. Beliau ditugaskan untuk memastikan kepentingan Kerajaan Pusat di Pulau Pinang. Mungkin beliau bersabar selama ini demi menjaga hubungan baiknya dengan pemimpin Negeri Pulau Pinang. Namun bila beliau banyak kali dihina sesuka hati oleh "Khalifah" Guan Eng, sebagai manusia, dia perlu mempertahankan diri.

Guan Eng marah padanya kerana Nik Ali "terlupa" untuk menyediakan kerusi untuk "Khalifah" itu pada majlis pelancaran Projek Keretapi Bukit Bendera. Mungkin kerana dendamnya, maka Guan Eng menyerang Nik Ali kerana merobohkan pintu gerbang Taman Botani. Namun mengikut tatacara atau SOPnya, Nik Ali hanya melakukan tugas yang diberikan kepadanya oleh Kerajaan Pusat. Lagipun, perobohan papan tanda itu dilakukan setelah mengambilkira pandangan dan persetujuan dari kumpulan Pencinta Alam dan NGO yang berkaitan. Jadi, mengapa pula Nik Ali dijadikan "sasaran" untuk dimaki oleh seorang Ketua Menteri?

Yang terbaru ialah kes kecurian pasir di tanah hak milik Kerajaan Persekutuan. Nik Ali jugalah yang dihamun oleh Guan Eng! Padahal, walaupun tanah tersebut adalah hak milik Kerajaan Persekutuan, hal ehwal tanah sesebuah negeri bukanlah berada di dalam tangan Kerajaan Pusat. Apakah Guan Eng tidak tahu tentang perkara ini? Hal Ehwal tanah adalah dibawah kuasa Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, termasuklah Jabatan Alam Sekitar Negeri. Apa ke bodoh sangat Ketua Menteri Pulau Pinang ni? Tapi, Nik Ali jugalah yang dicercanya!

Sebagai seorang "Ketua Menteri" yang berbangsa Cina, dia perlu faham bahawa dia sedang memijak bumi "Tanah Melayu". Dengan itu, dia juga perlu tahu tentang "adab budaya" Melayu yang terkenal dengan sifat "sopan santun" dan "beradab". Namun, dia juga perlu tahu bahawa Melayu juga akan bersikap sebaliknya dan akan "lebih biadab" kepada mereka yang tidak menghormati dan mencabar tatasusila dan budaya Melayu. Kesabaran Melayu juga ada batasnya. Kadangkala jika di"paksa", siapa saja yang mencari "geruh" akan menerima padahnya. "Amuk" Melayu usah disangkal, silap haribulan "binasa badan"!

Inikah sikap dan budi bahasa seorang yang digambarkan oleh PAS sebagai seorang "Khalifah"? Mengikut cerita, Guan Eng sentiasa ditemani oleh Mufti Negeri. Apakah Mufti Pulau Pinang menasihati Guan Eng ini untuk memaki hamun dan mencerca seseorang yang dia tidak suka? Beginikah sikap "Khalifah" PAS? Nampaknya PAS tersalah langkah. Nak mengaku salah, takut "malu". Terima sajalah dengan hati yang rela...

Inilah sikap Ketua Menteri DAP. Bagai "kaduk naik junjung". "Gila kuasa" bagai "kera dapat bunga". Apakah DAP begitu berkuasa di Pulau Pinang? Hampir semua penduduk Pulau Pinang kini semakin "celik" tentang "little napolean" Pulau Pinang ini. Tak kira Melayu, India dan beberapa "kerat" kaum Cina Pulau Pinang sudah pandai menilai perbandingan di antara pentadbiran DAP dan Gerakan. DAP begitu "racist" dan "kejam" pendekatannya, manakala pentadbiran Koh Tsu Koon dahulu dilihat lebih "terkawal" dan masih mampu untuk berunding. Biarlah penduduk Pulau Pinang "merasa" sekarang. Supaya keperitan ini tidak akan "berulang" pada penggal yang akan datang. Guan Eng ini harus di"halau" dari Pulau Pinang sebagaimana satu ketika dahulu dia di"halau" dari Melaka!

(Oleh: dukeofmontecristo)


Pengikut