Khamis, 22 Julai 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


MAJLIS PELANCARAN "V.O.G.U.E" SUKARELAWAN

Posted: 21 Jul 2010 09:47 PM PDT


Untuk makluman, Ahli - Ahli Puteri UMNO Bahagian Cheras, di jemput bersama - sama memeriahkan Majlis Pelancaran "V.O.U.G.E. Sukarelawan di Universiti Teknologi Mara , Shah Alam.

DATO SERI NAJIB LANCAR BILIK GERAKAN UNIT KHAS PILIHAN RAYA PUTERI UMNO

Posted: 21 Jul 2010 09:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang.Bilik gerakan yang beroperasi di peringkat pusat itu kemudiannya akan dibuka di peringkat negeri dan bahagian dalam tahun ini juga.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dengan adanya bilik gerakan tersebut, segala maklumat mengenai pengundi di setiap peti undi di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen dapat dikumpul, dianalisis dan dipantau oleh jentera pergerakan.Jelas beliau, langkah itu juga menjadikan jentera Pergerakan Puteri sentiasa bersedia dan proaktif dalam membantu memastikan kemenangan BN menerusi pelan-pelan tindakan yang telah dirangka serta disusun di peringkat pusat.

"Sekitar Ogos nanti, kita akan bergerak membuka bilik gerakan terbabit ke peringkat negeri dan bahagian. Dalam tahun ini juga, kita menyasarkan semua negeri dan bahagian membuka bilik gerakan tersebut.

"Menjelang Januari 2012, jentera Puteri UMNO akan dimantapkan dan bersedia menghadapi pilihan raya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran bilik gerakan tersebut di Pejabat Puteri UMNO, Menara Dato' Onn, dekat sini petang ini.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata, melalui bilik gerakan Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO, selain maklumat mengenai pengundi, ia juga menjadi pusat pengumpulan data berkenaan permasalahan yang dialami pengundi.

"Apa akar umbi mahukan, kecenderungan mereka, masalah-masalah dan apa jua isu-isu semasa akan dikumpul untuk dianalisis," jelasnya.Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa Puteri UMNO kini sedang menggerakkan usaha untuk menambah keahlian yang kini berjumlah sekitar 380,000 orang.

"Ketika ini, terdapat sejumlah 1.29 juta pengundi muda wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun."Mereka adalah sasaran untuk menarik mereka menjadi ahli Puteri UMNO," tambahnya.


Sumber dari Utusan.com.my

Tiada ulasan:

Pengikut