Khamis, 15 Julai 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Did Anwar lie on Foundation of the Future (FFF)?

Posted: 15 Jul 2010 10:35 AM PDT


KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Khairy Jamaluddin today alleged that Opposition Leader Anwar Ibrahim had lied about the funding from the US for the Anwar-led Foundation for the Future (FFF).
Khairy said a report released by a US whistleblower organisation, Government Accountability Programme (GAP), revealed that the US Congress approved and contributed USD21.3 million to the FFF.

"Anwar had blatantly lied when he said in a statement on May 20, 2007 that US had not contributed to the foundation. When I brought up the issue on March 17, he repeated the same statement," he said.

According to Khairy, GAP is a leading accountability organisation that monitors the spending of the US government and the said report (released on July 8) was based on 267 documents over the period of 33 months.

FFF is a non-profit organisation tasked with promoting democracy and reform in the Broader Middle East and North Africa (BMENA) region.

Khairy said the report also concluded that in order to get funds for FFF, Anwar had misled the US Congress on the spendings of other countries towards the foundation.

"The FFF management, including Anwar's good friend, Paul Wolfowitz, had misled the US Internal Revenue Service," he added.

One of the conditions for US' contribution is for a matching grant - meaning that for every dollar US spends, it must get matching contributions from other countries.

FFF's own reports show that less than USD6.4 million of the USD22.26 million in "matching funds" listed by the State Department in its communications with the US Congress as pledged had materialised.

"On July 18, when the foundation signed an agreement with the State Department regarding this funding, Anwar, the then chairman and acting president of FFF, had agreed that FFF had received the commitment from government sources other than US, for example, Qatar, Middle East, to at least match any funds provided," said Khairy.

"This is serious... that the opposition leader had misled the US government... to get funds for his foundation. Anwar had given an inaccurate explanation saying he never got money from US, it is all documented. I hope Anwar can explain this," he added.

'Be clear about your stand'
Also speaking at the same press conference, Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said Anwar needs to be clear on his stand and Pakatan Rakyat's policies.

"Anwar wants to be prime minister. He needs to clear the air on the policies of Pakatan Rakyat if he wants to form government. That is why they must form a shadow cabinet. We want to know what is their economic, social and foreign policies. But they are unable to do this," he said.

Claiming to be in the dark about FFF's activities, Abdul Rahman said it is improper for Anwar to be associated with something that advances foreign interests.

"We hope that Anwar shows a firm foreign policy... to have a consistent stand on things. We have seen a lot of examples where he shifts his stand easily," he added.
(The above article appeared in FreeMalaysiaToday. Please click on the title to go to original posting. Tq - DARD)



BN Prihatin Kepada Semua Rakyat Tanpa Membezakan Suku Kaum Dan Perbezaan Anutan Agama.

Posted: 15 Jul 2010 02:11 AM PDT


Baru-baru ini saya telah merasmikan Program Kebajikan anjuran Adventist Development And Relief Agency (ADRA) yang telah diadakan di perkarangan Gereja Kampung Rosok, Kota Belud.

Berucap di majlis itu, saya berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin tanpa mengamalkan perbezaan suku kaum dan kepercayaan agama.

Pada saya tidak ada satupun kerajaan di dunia ini yang sebaik kerajaan yang ada di negara Malaysia.



Ini terbukti dengan pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan BN yang membabitkan seluruh rakyat di negara ini tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama.

Kerajaan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mewakili semua kaum, semua agama di negara Malaysia, ini tidak terkecuali rakyat yang di daerah Kota Belud.

Di daerah ini sendiri, semua suku kaum samada bangsa bajau, dusun, iranun dan cina yang mempunyai pelbagai anutan agama mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan yang ada sekarang.





Dengan pasukan yang mantap dari berbagai kaum dan agama ini, kerajaan kita di peringkat pusat, di peringkat negeri dan di peringkat daerah ini akan bekerja kuat memastikan kebajikan rakyat dijaga sebaik mungkin.

Apa sahaja yang ada dihadapan mata rakyat samada dalam bentuk pembangunan fizikal atau bantuan yang lain disumbangkan oleh kerajaan BN dapat dinikmati oleh semua suku kaum di daerah ini.

Antara contoh salah satu bantuan yang diberikan oleh kerajaan tanpa membezakan suku kaum dan kepercayaan agama adalah skim subsidi.

Semua suku kaum yang mempunyai pelbagai anutan agama bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh negara turut sama menikmati skim subsidi tanpa sebarang diskriminasi.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak ADRA yang telah berjaya menganjurkan program kebajikan seumpamanya.


Saya berharap lebih banyak badan-badan Ngo's yang akan tampil ke hadapan menganjur program seperti yang telah dilaksanakan oleh pihak ADRA di masa hadapan.

Saya merasa cukup bangga dengan program kebajikan yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak ADRA dan program sumpamanya perlu dicontohi oleh badan-badan Ngo's lain yang ada di daerah ini.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Presiden SDA Mission, Nelson Bendah, Pengarah ADRA Sabah, Pastor Nasco Gabu, Pengrusi ADRA Dearah Kota Belud, Sigam Angor serta para pemimpin setempat yang lain.

Salam.

DARD

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Selangor dan Pasir

Posted: 15 Jul 2010 02:03 AM PDT


Pasir Menjadi Emas


1. Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang, jika menjadi pembangkang pelbagai idea boleh dilontarkan tanpa memikirkan risiko yang bakal mendatang.

2. Isu kecurian pasir berhampiran Taman Paya Indah Wetlands, Dengkil mendedahkan ketidakmampuan Khalid mengawal isu-isu pembangunan di Selangor.

3. Satu demi satu kelemahan pentadbirannya didedahkan. Dalam keadaan banyak isu yang masih belum dileraikannya, kini ditambah satu lagi isu besar.

4. Penjelasan Khalid bahawa kegiatan tersebut mempunyai permit sah adalah soal lain tetapi yang dipertikaikan kenapa kerajaan negeri membiarkan aktiviti mengorek pasir hingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.

5. Beliau patut guna saluran untuk menahan sesiapa sahaja yang telah terbukti melakukan kesalahan kerana pasir adalah milik rakyat Selangor dan bukan hak mana-mana parti politik

6. Mana perginya penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang memberi kelulusan kepada aktiviti mengorek pasir itu dijalankan.

7. Lebih dua tahun kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas mentadbir Selangor tetapi prestasi ekonomi negeri tidak begitu memberangsangkan. Dari aspek sosial juga turut memberi kesan negatif berikutan pertambahan rumah urut di Selangor.

8. Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang yang mencanangkan manifesto pilihan raya sebagai negeri berkebajikan dan bersih sebenarnya hanya retorik.

Menjadi pemerintah lebih sukar dari menjadi pembangkang.

Kak Midah
Kuala Lumpur

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH


MAJLIS MAKAN MALAM TERIMA KASIH CIKGU SEMPENA HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2010

Posted: 15 Jul 2010 08:33 AM PDT

Malam ini saya berada di Dewan Tun Said Kota Belud, menjadi tetamu kehormat dan meraihkan guru-guru di Daerah Kota Belud dalam satu majlis, makan malam Terima Kasih Cikgu Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud 2010 yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun seluruh negara menyambut Hari Guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan kaum guru. Penghormatan ini amat layak diberikan atas kegigihan guru-guru memberikan segala tunjuk ajar serta mendidik murid-murid untuk menjadi insan cemerlang yang berilmu dan berpekerti mulia. Sesungguhnya tugas dan tanggungjawab seorang guru merupakan tugas yang amat mulia.

Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Guru" kepada semua warga pendidik. "Terima Kasih Cikgu" atas segala usaha dan kesungguhan yang telah diberikan dalam melaksanakan tanggungjawab dan memikul amanah rakyat. Saya amat memahami bahawa tugas mendidik merupakan suatu tugas yang berat dan mencabar. Namun begitu, saya percaya cabaran-cabaran ini mampu diatasi dengan kesungguhan dan iltizam yang tinggi.

Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat memainkan peranan yang penting ini. Selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

Dalam merealisasikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, kita perlu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan untuk membina kumpulan tenaga kerja yang berpengetahuan, inovatif, kreatif dan berdaya saing. Guru perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan pelajar dalam setiap aspek kehidupan mereka. Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang guru untuk membolehkan ia memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi pada setiap masa. Ingatlah bahawa peranan kita sentiasa dinilai oleh masyarakat. Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti supaya guru terus dihormati dan menjadi role model kepada anak didik dan masyarakat. Berkhidmatlah dengan penuh ikhlas. Teruslah berjuang membina negara bangsa kerana Malaysia amat memerlukan khidmat bakti para guru.

Kepada semua guru, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa yang telah tuan-puan sumbangkan. Jasa dan pengorbanan kita akan terpahat dalam ingatan dan akan tetap dikenang sepanjang hayat.

"Selamat Menyambut Hari Guru"












Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Politik 'ugutan' sama 'manusia tikus'!

Posted: 15 Jul 2010 09:44 AM PDT

UCAPAN Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika merasmikan Mesyuarat Perwakian UMNO Bahagian Lumut yang diketuainya baru-baru ini, mengambil masa yang agak lama, hampir dua jam.

Pelbagai isu dilontarkan daripada sikap 'sesumpah' dan politik 'putar alam' yang dipraktikkan pembangkang terutama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hinggalah kepada masa depan parti keramat Melayu itu. Namun, di sebalik isu-isu semasa yang dibangkitkan, perhatian perwakilan mungkin lebih tertarik dengan peringatan tegasnya terhadap kelompok pemimpin atau penyokong UMNO yang suka 'mengugut'.

Kepada Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, mereka yang mengamalkan politik 'ugutan' tersebut tidak ubah seperti 'manusia-manusia tikus' yang sebenarnya hanya merosakkan parti.

Hakikatnya, apa yang dibangkitkan oleh anak jati Pangkor ini sebenarnya bukan suatu isu baru atau perkara yang pelik sekarang. Banyak pihak terutama yang merasakan mereka mampu menentukan kedudukan sesebuah parti atau kerajaan negeri, sentiasa mencari peluang mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri.

Tiada apa yang menghairankan kerana ini juga adalah ragam manusia. Cuma agak menyedihkan, apabila kita sendiri terus membiarkan mereka ini diangkat sebagai pemimpin. Sedangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir. Silap percaturan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menjadi sejarah.

Justeru, peringatan Zambry bahawa beliau tidak gentar berdepan dengan manusia-manusia tikus seumpama itu menampakkan perubahan melawan arus. Pada ketika ramai mengharapkan sokongan semata-mata untuk mengekalkan kuasa yang ada, Zambry membiarkan takdir menentukan masa depan politiknya.

Mesej yang ingin disampaikan juga mudah - tiada erti terus menerajui negeri jika terpaksa tunduk kepada desakan-desakan tersebut. Sedangkan janji setiap kali turun padang berjumpa rakyat adalah untuk membantu mereka.

''Jangan jadikan masa ini sebagai ugutan untuk menekan saya sebagai Menteri Besar, kalau tidak bagi (apa diminta), tidak akan sokong saya. ''Kalau begini caranya ugut saya, dipersilakan. Saya tidak pernah gentar berhadapan dengan manusia-manusia tikus ini," tegasnya.

Di Perak, ada beberapa pemimpin walaupun telah lama berkhidmat tetapi kesan perkhidmatannya tidaklah seberapa. Mereka ini ada kalanya bersikap 'lebih sudu dari kuah' selain sentiasa mengharapkan 'bulan dan bintang'.

'Napolean-napolean kecil' ini juga sebenarnya tidak mudah mengaku kalah. Mereka hebat mengatur strategi untuk kekal 'berkuasa' tetapi realitinya gagal menambat hati rakyat yang kesusahan. Memetik kata-kata diakhir ucapannya, ''jangan lupa bahawa Kerajaan Negeri Perak ini adalah kerajaan negeri yang ditakdirkan."

Bermakna, beliau sedar setiap tindak tanduknya sentiasa diperhatikan rakyat dan dalam masa sama, Tuhan juga sedang menguji keikhlasannya memimpin. Jika ini jangkaannya, Zambry tidak perlu takut melakukan apa sahaja yang difikirkan terbaik kerana setiap perbuatan yang baik itu akhirnya akan pasti dibalas dengan baik juga.

Sumber : Utusan Malaysia

Warna-warni politik
Torashah

Pemuda UMNO Taman Ehsan

Pemuda UMNO Taman Ehsan


PERPADUAN UMNO DAN PAS-JANGAN JADI DAJJAL DAN MUNAFIK

Posted: 14 Jul 2010 12:52 PM PDT

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Talian hayat Anwar menyalak membela...

Posted: 14 Jul 2010 09:01 PM PDT

Mungkin kerana bengang, marah dan tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah, maka muncullah "talian hayat" murahan untuk membela Anwar. Baru-baru ini Anwar di dakwa sebagai "agen CIA" dan "membayar CNN untuk ditemuramah" oleh rangakaian stesen TV tersebut. "Sesumpah" ini di dakwa agen CIA oleh seorang blogger New York. Manakala dakwaan "Anwar membayar CNN" itu didakwa oleh Joshua Trevino, Presiden Trevino Strategies & Media Inc.

Seorang bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott telah tampil untuk membela Anwar di atas dakwaan "Anwar agen CIA". Untuk pengetahuan umum, John R Malott pernah bertugas di Malaysia sebagai Duta Amerika selama 3 tahun, dari 1995 sehingga 1998, iaitu 3 tahun sebelum Anwar di"sumbat" masuk ke penjara Sungai Buloh! John R Mallot menyatakan bahawa dia pernah menulis sebuah artikel di Malaysiakini pada 2 September 1999 bertajuk "Anwar was never an American spy". Artikelnya ini menafikan secara khusus dan menekankan bahawa "Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen CIA atau Amerika.

Anda percaya kepada John R Mallot? Mengapa dia hanya bertugas selama 3 tahun di Malaysia? Adakah dia tidak mempunyai "hubungan baik" dengan Kerajaan Malaysia setelah "sahabat"nya itu dipenjara? Mungkinkah dia berdendam dengan Kerajaan Malaysia lantas membela Anwar tentang hal ini? Malott dilantik sebagai Duta Amerika ke Malaysia ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan semua orang tahu bagaimana layanan Amerika yang "double standard" terhadap Timbalan Perdana Menteri berbanding "boss"nya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed!

Tentang dakwaan bahawa "Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika" oleh John R Mallot. Apakah Amerika atau CIA begitu bodoh sekali untuk mengaku bahawa Anwar itu "agen" mereka? Jika anda dilantik menjadi "agen rahsia CIA", apakah anda akan mengaku diri anda sebagai agen CIA jika ditangkap oleh negara yang anda punya agenda terhadapnya? Jika anda mengaku sekali pun, dan jika benar anda seorang agen CIA yang sah sekalipun, "bertuah"lah jika Amerika atau CIA nak mengesahkan pengakuan anda itu! Silap-silap anda ditembaknya hidup-hidup!

Lagi satu, John R Mallot hanya mengatakan bahawa "Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika" dan kenyataan itu dibuat pada 1999. Ketika itu Anwar sedang berada dalam penjara. Mungkin benar dia "bukan dan tidak pernah" jadi agen CIA pada 1999 kerana dia masih berada dalam penjara. Tapi, selepas dia keluar penjara, Anwar lari ke Amerika! Mungkinkah ketika itulah dia dilantik jadi agen CIA? Dan ketika itu bukan lagi "sebelum" tahun 1999 sebagaimana yang ditulis oleh Malott. Tulisan dan dakwaan Malott telah menjadi "past tense" dan mungkin Anwar telah menjadi agen CIA pada "present tense"nya!

Begitu juga dengan CNN yang menafikan menerima bayaran dari Anwar untuk ditemubual. Takkanlah CNN nak mengaku kot??? Kalau CNN mengaku, maknanya CNN dah belot pada "buah hati"nya. Iyalah, jenis macam CNN ni mana nak mengaku "berak tengah jalan"! Hari tu pun dah "wayang"kan satu dunia berkenaan tindakan zalim tentera zionis Israel terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza. Jadi? Nak percaya lagi ke pada CNN penipu besar ni? Ada sesiapa lagi nak percaya kepada "lidah Israel antarabangsa" ini? Sampai mati pun saya takkan percaya pada CNN lagi dah!

Sudah dijangka. "Talian hayat" untuk Anwar ini akan menyalak menafikan dakwaan blogger New York dan Joshua Trevino ini. Silap-silap nyawa blogger New York dan Trevino sendiri dalam bahaya sekarang. Biasalah! Bila anda "bermain" dengan US, Yahudi dan geng-geng Anwar, nyawa anda sendiri mungkin menjadi taruhan. Kalau tak dapat "cover" lagi "damages" yang telah dilakukan, mungkin "mereka" akan "bisu"kan terus sesiapa sahaja yang menjadi ancaman. Sedangkan Presiden JFK pun pernah jadi mangsa, apatah lagi rakyat biasa. Tentang JFK pun mereka nafikan, apatah lagi hal Anwar ini. "Finger tips" aje lahhh....

(Oleh: dukeofmontecristo)


Anwar mahu dibunuh CIA dan Mossad?

Posted: 14 Jul 2010 04:33 PM PDT

Seorang penulis blog dari New York mendakwa bahawa CIA dan Mossad mahu Anwar mati dibunuh. Biar betul! Dari mana blogger New York ini dapat maklumat? Dia agen CIAkah? Atau dia agen Mossad? Dia ada bukti? Benarkah dakwaan blogger New York ini? Ada kreadibilitikah? Atau berita dari blogger ini sekadar wayang yang mahu Anwar dikasihani rakyat?

Benar atau tidak perkara ini, dakwaan blogger ini mungkin mampu mengecutkan telur Anwar yang sememangnya "kecut". Entah kedutaan mana pula dia nak lari masuk kali ini. Sebelum ini Anwar pernah lari masuk Kedutaan Turki kerana mendakwa ada cubaan untuk membunuhnya. Entah benar atau tidak dakwaan Anwar ketika itu. Padahal, tiada siapa pun mahu bunuh dia ketika itu melainkan seorang "coffee boy"nya melaporkan kes liwatnya kepada pihak polis!

Tapi, jika benarlah dakwaan ini, mengapa pula Anwar mahu dibunuh CIA atau Mossad? Apa kaitan Anwar dengan CIA dan Mossad? Bukankah sebelum ini Anwar begitu "kamceng" dengan US dan Yahudi? Bukankah selepas terlepas "kandang" Sungai Buloh tempohari, Anwar bergegas ke luar negara dan mencari naungan US. Dapat jadi pensyarah di Oxford yang menjadi "tempat latihan" agen-agen CIA dan Mossad. Mungkinkah di situ kaitannya? Sayang sungguh US dan Yahudi pada Anwar ketika itu. Bukan saja dilindungi, malah diberikan kerja dan jawatan besar dalam pertubuhan mereka.

Jadi, logikkah Anwar mahu dibunuh CIA dan Mossad? Kenapa? Masih ingat tentang gelaran "sesumpah" yang diberikan kepada Anwar oleh "geng" Yahudinya di US? Mungkin kini mereka merasa tertipu dengan "sesumpah" ini. Mungkin mereka merasakan bahawa mereka telah "melepaskan anjing tersepit" dan pernah "menggalas biawak hidup"? Mungkinkah mereka bimbang jika rahsia mereka terbongkar oleh Anwar?

Anwar suatu ketika dahulu sangat rapat dengan US dan Yahudi. Tun M hanya tidak diberikan "red carpet" ketika melawat US. Namun, Anwar dilayan begitu istimewa sekali dengan "red carpet" ketika mengunjungi US. Mungkin kerana US tak sukakan Tun M yang tidak mahu tunduk dengan desakan US. Anwar jadi "anak emas" US ketika itu. Anwar ditatang dan diberikan pengaruh besar seluruh Asia Tenggara. Kawan Yahudinya begitu ramai diluar sana. Dana dan bantuan yang diberikan kepada Anwar ketika menjadi TPM dan selepas dipecat bukannya sedikit. Lihat saja dana yang disalurkan melalui "Foundation of Future", kaya raya Anwar dibuatnya.

Bulan Jun yang lepas, Anwar melakukan lawatan "mohon maaf" ke US. Anwar mohon maaf pada siapa? Anwar melakukan lawatan "permohonan maaf" kepada rakan-rakan Yahudinya seperti Malcolm Hoenlein, Bret Stephens, Farid Zakaria (CNN), Carl Greshman, Howard Berman, Cohen, Daniel Mariashchin, Dr Jamal Barzinji, Yakub Mirza, Fred Hiatt, Kurt Campbell dan Chuck Allers. Siapa mereka semua ini? Carilah sendiri dan anda semua akan terkejut dengan latar belakang mereka ini. Tapi kenapa Anwar perlu "mohon maaf"? Nampaknya Anwar ada "buat salah" pada mereka ini...

Namun, apakah "permohonan maaf" dari "sesumpah" ini akan diterima bulat-bulat oleh "geng" Yahudinya? Menurut penulis blog dari New York itu, berkemungkinan permohonan maaf Anwar ini tidak berjaya. Iyalah, siapa yang mahu percaya kepada "sesumpah"? Sudahlah pernah menolong Anwar, tapi Anwar tikam pula dari belakang! Balik ke Malaysia, Anwar "attack" Israel habis-habisan! Sedangkan Anwarlah yang menjadi "ayam tambatan" supaya Malaysia menjadi "mesra Yahudi" apabila Anwar memerintah kelak! Tu yang diorang "hangin satu badan" tu...

Biar apapun, Anwar kenalah hati-hati selepas ini. Kalau boleh tu janganlah kerap sangat ke luar negara. Bukan apa, kasihan juga saya pada keluarga Anwar. Oleh kerana sikap dan perangai Anwar, mungkinkah Kak Wan akan menjadi "janda"? Mungkin juga anak-anaknya akan hidup tanpa ayah? Hati-hatilah Anwar, ingatlah pada orang yang tersayang....

(Oleh: dukeofmontecristo)


Puteri UMNO Bahagian Subang

Puteri UMNO Bahagian Subang


JATI DIRI SEBAGAI ANK MELAYU

Posted: 14 Jul 2010 07:25 AM PDT


Di zaman penjajahan Belanda, tersebarlah suatu anggapan dari pihak kolonial berkenaan orang Melayu, bahwasanya orang Melayu kononnya memiliki semangat kerja yang kurang, cepat merasa puas dan tiadalah berpikiran maju ke hadapan. Kemudian diperkatakan pula orang Melayu sebagai masyarakat yang tinggal berdekatan dengan laut dan laut sebagai sumber mata pencaharian, ada pula yang tinggal di pinggir-pinggir sungai dengan mata pencaharian berburu, menyadap getah dan pencaharian yang lain.

1. Seseorang disebut Melayu apabila sehari-hari berbahasa Melayu, beradat istiadat Melayu dan beragama Islam. Alhasil, orang Melayu itu dapat dilihat kepada agama dan budaya.

2. Orang Melayu selalu percaya kepada Allah SWT dan selalu mengikuti ajaran Rasulullah; hal ini diperkuat dengan peribahasa : Bergantung kepada satu, berpegang kepada yang Esa.

3. Orang Melayu taat kepada hukum demi keamanan dan kemakmuran masyarakatnya, seperti peribahasa : Adat itu jika tidur menjadi tilam, jika berjalan menjadi payung, jika di laut menjadi perahu, jika di tanah menjadi pusaka. Atau Mati anak heboh sekampong, mati adat heboh sebangsa. Walaupun demikian, tidak berarti adat resam tiada boleh berubah. Jika ianya tiada berkesesuaian, maka hal yang sedemikian dapatlah diubah tanpa mengundang kepada perkara yang menghebohkan. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu yang berbunyi : Sekali air bah, sekali tepian berubah. Atau Tiada gading yang tak retak.

4. Orang Melayu mengutamakan budi dan bahasa, karena keduanya menunjukkan kepada sopan santun dan tinggi peradabannya. Seperti peribahasa mengatakan : Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Atau Taat pada petuah, setia pada sumpah, mati pada janji, melarat karena budi. Atau Hidup dalam pekerti, mati dalam budi. Selain daripada itu, di dalam pantun Melayu juga tersirat :

Gunung Bintan lekuk di tengah Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan di kandung tanah, Budi baik dikenang juga.

Gunung Daek

5. Orang Melayu mengutamakan pendidikan dan ilmu. Hal ini tercermin dalam beberapa peribahasa yang mengambil kepada hadist Rasulullah, yaitu :

6. Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, atau Menuntut ilmu itu sejak dalam buaian sampai ke liang lahat.

7. Orang Melayu mengutamakan budaya Melayu, becakap tidaklah kasar, berbaju menutupi aurat, menjauhkan pantang larang dan dosa. Biarlah mati daripada keluarga menanggung malu. Orang Melayu juga pandai menjaga air muka orang lain. Kalaupun marah cukup dengan sindiran. Seperti peribahasa mengatakan : Marahkan anak, sindir menantu.

8. Orang Melayu mengutamakan musyawarah dan mufakat sebagai sendi kehidupan. Di dalam segala hal baik perkawinan, kematian, kenduri, mendirikan rumah, maupun dalam pemerintahan. Bahkan nilai-nilai ini juga dilaksanakan bagi pendatang sehingga orang Melayu sangat terkenal dengan keterbukaannya. Ada pantun yang berbunyi

Apabila meraut selodang buluh
Siapkan lidi buang miangnya
Apabila menjemput orang jauh
Siapkan nasi dengan hidangnya

9. Orang Melayu tak suka mencari lawan ataupun melawan, seperti ungkapan yang mengatakan: Pantang Melayu untuk mendurhaka. Tetapi akan melawan jika ianya terdesak, seperti pribahasa mengatakan : Musuh pantang dicari, kalau datang tidak menolak. Atau pribahasa : Alang-alang menceluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Di dalam pantun diungkapkan :

Kalau sudah dimabuk pinang,
Daripada ke mulut biarlah ke hati

Kalau sudah maju ke gelanggang
Berpantang surut biarlah mati


``Tuntutlah ilmu akhirat dunia, hidup matimu dapat bahagia. Ke manamu pergi jadi mulia, tidaklah hidup sia-sia, Pergi sekolah janganlah segan, ilmu agama jangan dilupakan, Sama dituntut sama amalkan, dua-duanya sama muliakan. Agama Islam amat sebenar, peraturannya cukup benar. Tetaplah padanya jangan nanar, beroleh kebajikan yang bersinar ...
Nukilan-TENGKU PUTEH TIPPI

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Majlis Silaturrahim Bersama Kepimpinan UBKR & Penyerahan Borang Ahli Baru UMNO

Posted: 15 Jul 2010 01:09 AM PDT

YBhg Dato'/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dijemput untuk memeriahkan Majlis Silaturrahim Bersama Kepimpinan UBKR & Penyerahan Borang Ahli Baru UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan yang akan diadakan di kediaman Rumah Ketua UMNO Cawangan, YM Raja Ahmad bertempat di Lot 7215, Jalan Bunga Raya, Kampung Raja Uda, 42000 Pelabohan Klang, Selangor.

Jamuan makan malam disediakan.

Kehadiran YBhg Dato'/Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan memeriahkan lagi Majlis ini.

Terima kasih.

Good Bye FIFA World Cup 2010...Hello Brazil 2014

Posted: 15 Jul 2010 01:06 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELANGOR KINI HANCUR DITANGAN PKR

Posted: 14 Jul 2010 08:28 PM PDT

SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan negeri Selangor yang dilihat gagal menangani isu kecurian pasir di negeri itu kini cuba menyeret Kerajaan Pusat dalam kontroversi tersebut.

Ia terbukti apabila Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta kerjasama Kerajaan Pusat untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.

Apa yang menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan kerajaan negeri memohon kerjasama berkenaan ialah dalam surat tersebut hanya menyertakan senarai syarikat yang terlibat sebelum 2008 dan bukan selepas pakatan pembangkang memerintah Selangor.

Selain itu, Khalid juga dilihat cuba 'menutupi' kelemahan pentadbirannya dalam menangani isu berkenaan apabila surat tersebut hanya mengandungi penjelasan bahawa kegiatan haram itu sudah berlaku secara berleluasa sebelum 2008.

''Maklumat yang ada mengenai kegiatan curi pasir juga disertakan untuk rujukan beliau selain agensi-agensi berkenaan bagi tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Selain Muhyiddin, Abdul Khalid memberitahu, surat berkenaan turut dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid tidak mampu menguruskan isu kecurian pasir di negeri itu berikutan melibatkan kawasan seluas 400 hektar berhampiran Taman Paya Indah Wetlands.

Muhyiddin berkata, isu tersebut seperti terabai kerana kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan berkenan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri turut mempertikaikan kerajaan negeri yang sering mengatakan kerajaan pimpinan mereka yang paling bersih tetapi isu berkenaan tidak dapat ditangani kerana mungkin wujudnya elemen rasuah atau subahat.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mengakui bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) boleh diperkemaskan dalam mengendalikan operasi perlombongan pasir di Selangor.

Katanya, langkah tersebut mungkin dapat dilaksanakan berikutan masalah yang berlaku hanya melibatkan aktiviti perlombongan pasir di negeri itu yang boleh dipantau oleh syarikat berkenaan.

-UTUSAN

SELANGOR DIAMBANG KEMUSNAHAN KERANA PKR II

Posted: 14 Jul 2010 01:56 AM PDT

SKANDAL PASIR DI SELANGOR


SHAH ALAM 12 Julai - Kegiatan melombong pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkel, Sepang yang dibongkarkan media semalam sememangnya diketahui kerajaan negeri dan dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang seperti dilaporkan media.

Menurut beliau, permit melombong pasir di kawasan itu dikeluarkan pentadbir tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.

"Kelulusan dari jabatan ini diperoleh selepas Skim Melombong dan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan jabatan-jabatan ini.

"Operasi melombong dijalankan selepas JAS dan LUAS berpuas hati dengan EMP yang disediakan oleh KSSB.

"Antara kandungan EMP adalah operasi perlombongan KSSB tidak menjejaskan alam sekitar termasuk di Paya Indah Wetlands," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri di sini petang ini.

Beliau mendakwa, syarikat Enviro Enhance Sdn. Bhd., konsultan alam sekitar untuk kerajaan negeri juga bertanggungjawab menghantar laporan setiap bulan kepada JAS.

Menteri Besar berkata, KSSB juga menyediakan zon penampan selebar 20 meter dari sempadan kawasan melombong.

"Kecerunan tebing yang landai dengan purata 27 darjah disediakan untuk memastikan tebing tidak runtuh dan membahayakan pekerja serta alam sekitar. Ini adalah mengikut Skim Melombong yang memenuhi syarat JMG," katanya.

Katanya, lombong KSSB ini adalah berkeluasan 120 ekar, bukannya 120 hektar (250 ekar) seperti yang dilaporkan oleh akhbar.

Projek yang berjalan kini adalah untuk operasi fasa pertama yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 60 ekar (24 hektar), sementara operasi fasa kedua pula sedang dalam proses pembersihan kawasan.

Kata beliau, kerja-kerja melombong telah diberikan kepada syarikat kontraktor, Cheong Weng Trading yang berpengalaman selama 15 tahun dalam industri pasir.

"Semenjak operasi bermula pada Januari 2010, sebanyak 400,000 tan metrik pasir telah dijual dengan pendapatan sekitar RM7 juta, bukannya 10 juta tan pasir bernilai RM220 juta seperti yang dilaporkan akhbar.

"Adalah tidak munasabah untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa dua minggu seperti yang dilaporkan kerana untuk mengeluarkan pasir sebanyak itu memerlukan lebih 500,000 muatan lori.

"Jentera-jentera dan peralatan melombong (sedia ada) tidak berkemampuan untuk mengeluarkan 10 juta tan pasir dalam masa dua minggu," dakwanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri berterima kasih kepada mereka yang prihatin dengan kejadian curi pasir dan mencuba sedaya upaya untuk membanteras jenayah ini supaya negeri tidak terus kerugian.

Jelas beliau, pentadbir tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan kecurian pasir seluruh Selangor termasuklah di Bukit Canggang dan sedang mengambil tindakan termasuk memberi Notis 7A di bawah Kanun Tanah Negara.

Pengikut