Khamis, 15 Julai 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Selangor dan Pasir

Posted: 15 Jul 2010 02:03 AM PDT


Pasir Menjadi Emas


1. Menjadi pemerintah bukan semudah menjadi pembangkang, jika menjadi pembangkang pelbagai idea boleh dilontarkan tanpa memikirkan risiko yang bakal mendatang.

2. Isu kecurian pasir berhampiran Taman Paya Indah Wetlands, Dengkil mendedahkan ketidakmampuan Khalid mengawal isu-isu pembangunan di Selangor.

3. Satu demi satu kelemahan pentadbirannya didedahkan. Dalam keadaan banyak isu yang masih belum dileraikannya, kini ditambah satu lagi isu besar.

4. Penjelasan Khalid bahawa kegiatan tersebut mempunyai permit sah adalah soal lain tetapi yang dipertikaikan kenapa kerajaan negeri membiarkan aktiviti mengorek pasir hingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.

5. Beliau patut guna saluran untuk menahan sesiapa sahaja yang telah terbukti melakukan kesalahan kerana pasir adalah milik rakyat Selangor dan bukan hak mana-mana parti politik

6. Mana perginya penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (Luas), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang memberi kelulusan kepada aktiviti mengorek pasir itu dijalankan.

7. Lebih dua tahun kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas mentadbir Selangor tetapi prestasi ekonomi negeri tidak begitu memberangsangkan. Dari aspek sosial juga turut memberi kesan negatif berikutan pertambahan rumah urut di Selangor.

8. Nampaknya kerajaan pakatan pembangkang yang mencanangkan manifesto pilihan raya sebagai negeri berkebajikan dan bersih sebenarnya hanya retorik.

Menjadi pemerintah lebih sukar dari menjadi pembangkang.

Kak Midah
Kuala Lumpur

Pengikut