Ahad, 11 Julai 2010

Ahli Parlimen Kota Belud

Ahli Parlimen Kota Belud


Korupsi Malaysia RM28billion?

Posted: 11 Jul 2010 11:50 AM PDT

Betulkah korupsi di Malaysia mencecah RM28billion sepertimana yang di tuduh oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng? Tadi terbaca lagi posting Lim Guan Eng dalam Twitter mengatakan RM28billion korupsi di Malaysia adalah jumlah yang konservatif. Saya pelik bagaimana seorang bergelar YAB suka menipu dengan memberi fakta yang tidak betul.

Saya telah beberapa kali minta penjelasan mereka dalam Parlimen, bagaimana mereka membuat kesimpulan bahawa korupsi di Malaysia ini berjumlah RM28billion? Sampai sekarang tiada penjelasan daripada mereka.

Setahu saya jumlah RM28billion itu adalah andaian yang dibuat oleh sebuah suratkhabar setelah lapuran Ketua Odit Negara 2009 keluar awal tahun ini. Ianya andaian suratkhabar itu berdasarkan jika 10% bajet kerajaan bocor kerana korupsi. Suratkhabar itu tidak memberi fakta dimana kebocoran disebabkan korupsi, bagaimana kebocoran korupsi berlaku dan bukti-bukti yang kukuh.

Apakah dengan andaian seperti itu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng merasakan mereka boleh membuat tohmahan dan fitnah yang begitu besar? Tohmahan yang berasaskan andaian yang tidak berpaksi kepada fakta? Apakah mereka bertindak sebagai ahli politik yang bertanggungjawab bila menjaja isu ini di setiap ceramah mereka?

Saya ada bertanya kepada Menteri Kewangan II, Dato Seri Husni Hanadzlah, mengenai perkara ini kerana saya terbaca dalam blog Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bahawa mereka memetik kenyataan beliau dalam surat khabar. Dato Seri Husni mengatakan itu satu pembohongan. Beliau berkata beliau tidak pernah mengatakan tentang jumlah RM28billion itu (Timbalan Menteri Kewangan I, Dato Awang Adek ada menyebut tentang penafian ini di dalam parliemn dan ada direkodkan dalam hansard).

Jadi dari manakah sumber sahih dan fakta yang boleh digunakan oleh Lim Kit Siang dan anaknya untuk memberi kredibiliti kepada tohmahan dahsyat mereka itu? Bukan ini pembohongan besar mereka hanya untuk meraih sokongan dan simpati politik murahan?

Salam

DARD

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


SEGERA DAFTAR PEMILIH

Posted: 11 Jul 2010 02:14 AM PDT

Assalamualaikum.

Politik bagaikan satu makanan buat masyarakat kita hari ini. Di mana-mana pun, politiklah topik yang paling digemari oleh kita semua. Apa pun mengenai politik, ia sangat menarik perhatian. Hari ini, rata-rata orang bercakap mengenai daftar pemilih atau pengundi – juga mempunyai kaitannya dengan politik.

Sebagaimana laporan media baru-baru ini. Masih ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai kemudahan disediakan ke arah tersebut. Lebih mendukacitakan saya apabila kaum Melayu dikatakan paling ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi. Mengapa hal itu terjadi, ia masih samar-samar. Malah, kalau ditanya banyak pihak, maka akan banyaklah tangan atau jari yang saling menunding sesama sendiri dalam mencari punca masalah tersebut.

Biarkanlah. Saya tidak berminat untuk menunding jari. Saya hanya berminat untuk mengajak anda berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagi saya, kita akan dapat menyelesaikan setiap masalah apabila kita tahu mengenai punca masalah tersebut. Tidak mungkin sesuatu masalah akan terselesai jika puncanya tidak diketahui. Maka sama juga dengan isu daftar pemilih ini. Di manakah puncanya mengapa masyarakat kita, khususnya kaum Melayu belum mendaftar sebagai pengundi.

Saya tidak berhasrat untuk memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, namun saya menyerahkan kepada anda untuk menilainya. Sebagai ahli dan pemimpin politik, saya sangat khuatir mengenai perkembangan tersebut.

Khuatir bukan apa, khuatir kerana riwayat politik atau parti yang bertanding dalam sistem pilihan raya kita akan bergantung kepada undi. Maksud saya, apa guna kita mempunyai ahli yang ramai, namun tidak ramai di kalangan mereka yang mendaftar sebagai pengundi walaupun mereka itu adalah berkelayakan.

Ini menjadi satu hal yang sangat penting untuk kita fikirkan. Kita tidak mempunyai banyak masa sebenarnya. Pilihan raya adalah sesuatu yang tidak boleh dijangkakan waktunya. Pokoknya, jika kita tidak mempunyai kesedaran, sampai bila pun masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Ia harus bermula dengan kesedaran betapa sebenarnya setiap undi adalah penyumbang kepada masa depan negara dan bangsa.

Dalam hal ini saya sarankan, pihak paling dekat dengan masyarakat kita, iaitu institusi keluarga perlu turut serta dalam membantu menangani masalah ini. Pada waktu yang sama, parti-parti politik (sudah tentu khususnya UMNO) perlu bergerak dengan lebih berkesan dan bersungguh-sungguh dalam memastikan ahli parti mendaftar sebagai pengundi.

Kita telah melewati tempoh waktu yang rugi sebelum ini. Dan, adalah amat tidak wajar untuk kita terus rugi pada pilihan raya umum akan datang. Apatah lagi dengan keadaan iklim politik semasa di negara ini yang masih kurang menentu, ia sebenarnya sangat menuntut kepada usaha yang saya maksudkan tadi. Bagi saya, peringkat paling penting dalam politik ialah mendaftar sebagai pengundi kerana itulah akhirnya, politik akan pergi.

Saya berharap, hal ini akan dapat difahami dan dimengertikan dengan sebaiknya. Sama-samalah kita mendaftar sebagai pemilih dan membantu mereka yang belum mendaftar agar segera berbuat demikian. Itulah harapan saya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN KUALA LANGAT

Posted: 11 Jul 2010 07:07 AM PDT



Hari ni saya berkesempatan untuk menghadiri serta menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat dimana ianya telah dirasmikan oleh YB Dato'Hj.Mohd Shafie bin Afdal.
Tahniah kepada Ybhg Dato;Hj.Sulaiman Karli serta barisan ahlijawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Langat,kerana telah berjaya mengadakan persidangan kali ini dan secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada Ybhg Dato di atas ucapan yang menarik serta padat itu.
Terima kasih juga kepada YB Dato'Hj.Shafie,kerana sudi merasmikan persidangan dan sudi hadir ke Daerah Kuala Langat.
Kepada para perwakilan serta parti komponen yang hadir,renung-renungkanlah ucapan Dato'Ketua Bahagian itu

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mahfuz bodek tak kena gaya.

Posted: 11 Jul 2010 04:48 AM PDT

Mahfuz Omar tak habis-habis mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden PAS. Dan sebagai seorang ahli Parlimen, Mahfuz sepatutnya lebih beretika dan juga matang didalam setiap ucapannya.

Apakah patut sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang menggelarkan parti mereka sebagai parti Islam tulen, Mahfuz menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menggunakan nama Malaysia untuk menjadi rakan zionis Yahudi?

Mahfuz memberi alasan bahawa kerjasama dengan APCO Worldwide telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang berada dibawah telunjuk regim zionis dan juga Yahudi. Ini katanya, akan menyebabkan negara ini terpaksa bergantung kepada nasihat dari pihak zionis tersebut.

Kenyataan Mahfuz ini bertujuan untuk menjawab tuduhan sekutu Yahudi yang dilemparkan ke atas Anwar Ibrahim. Mahfuz juga menyifatkan pemergian Anwar untuk berjumpa dengan semua tokoh Yahudi di Washington sebenarnya bertujuan menjernihkan kekeliruan tentang Islam, bukannya untuk memohon maaf !

Mahfuz dan seluruh Pakatan Haram jelas terdesak dengan imej Anwar yang semakin buruk di mata rakyat negara ini. Jika pembongkaran demi pembongkaran tentang perangai buruk Anwar yang sebenar didedahkan kepada umum, pastinya impian semua pemimpin-pemimpin Pakatan Haram untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak tercapai.

Didalam PAS, Mahfuz mampu menyaingi Husam Musa didalam kemahiran membodek Anwar Ibrahim. Namun adakalanya cara bodek Mahfuz ini lebih dahsyat lagi mungkin kerana dia sering mengekor Anwar di Parlimen. Mahfuz juga adalah merupakan antara yang paling akrab dengan Anwar selain daripada Yusmadi semasa berada di Dewan Rakyat.

Didalam kenyataan bagi membela Anwar, Mahfuz ternyata sangat cetek pemikirannya. Dia mahu memberitahu rakyat bahawa konon-kononnya UMNO dan Barisan Nasional itu lebih perlukan Yahudi. Anwar Ibrahim lebih baik dari UMNO kerana dia "terpaksa" berkawan dengan Yahudi demi Islam kononnya.

Tetapi Mahfuz lupa, jika UMNO dan Barisan Nasional itu menjadi rakan baik kepada Yahudi dan Zionis, mengapa pula Anwar Ibrahim yang perlu ke Washington bagi memohon maaf diatas demonstrasi kecam Yahudi yang dilakukan didalam negara?

Jika UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menjadi sekutu rapat seperti yang didakwa oleh Mahfuz, mengapa pula Anwar yang terpaksa terhegeh-hegeh melobi Yahudi-yahudi di barat bagi mendapatkan dana dan peruntukan? Sudah pastinya puak zionis takkan percaya kepada Anwar jika mereka benar-benar adalah rakan baik UMNO dan Barisan Nasional.

Inilah yang dinamakan ucapan dangkal dan kenyataan kurang matang dari Mahfuz sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Mahfuz bolehlah terus berbohong kepada rakyat seolah-olah berbohong itu antara sebahagian dari rukun Iman PAS. Mungkin ada segelintir rakyat terutamanya dari kalangan ahli Pakatan Haram akan terpedaya, tetapi rakyat yang mampu berfikiran waras pastinya akan tahu kebenarannya.

(Oleh: pak_long)


DAP yang mendalangi Khalid Gagap

Posted: 10 Jul 2010 03:14 PM PDT

DAP, sebuah parti rasis kiasu berkefahaman komunis yang merupakan parti pecahan kepada parti PAP di Singapura sudah tentu tidak akan sama sekali mengakui kejahatan dan penipuan mereka.

Mana ada dalam dunia ini perompak atau penjahat yang akan mengakui perbuatan jahat yang telah dan akan mereka lakukan? Mereka tidak sebodoh itu.

Oleh itu, tindakan DAP Selangor yang menidakkan tuduhan mereka menjadi dalang dan memberikan sokongan penuh supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus kekal sebagai Menteri Besar yang menjadi boneka DAP Selangor sama seperti seorang Menteri Besar PAS di Perak yang menjadi balaci DAP Perak tidak patut dipercayai.

DAP adalah parti komunis kiasu yang ultra rasis dan sudah tentu mereka akan bertindak sedemikian. Lihat sajalah tindakan rasis kiasu terhadap peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang, walhal kepada peniaga Melayu yang menyokong PAS sekalipun yang menjadi rakan seperjuangan mereka.

Mereka tidak akan pilih bulu, asalkan orang Melayu samada dari Pakatan Rakyat jua pun, tetap akan ditindas mereka asalkan namanya Melayu. Hanya orang Melayu di dalam PAS, PKR dan DAP saja yang bodoh dan tidak melihat dengan jelas perbuatan jahat dan penganiayaan DAP itu terhadap mereka.

Dan itulah yang diharapkan oleh DAP, mereka mahu orang Melayu di dalam PKR, PAS dan DAP buta terhadap perbuatan jahat mereka itu.

"Ia adalah tohmahan dan andaian yang tidak berasas kerana Khalid adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berkualiti dan mempunyai sifat amanah.

"Soal DAP hendakkan Khalid terus terajui Selangor bukan keinginan DAP tetapi kemahuan rakyat atas kualiti pentadbiran yang ada dalam diri Khalid," kata Ng Suee Lim, Penolong Setiausaha DAP Selangor ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

"Segelintir media cuba mewujudkan pertelingkahan dengan menjadikan isu tersebut sebagai isu besar supaya umum melihat kerajaan Selangor seperti retak menanti belah.

"DAP dan PR sesekali tidak melayan andaian seperti itu dan peranan segelintir media yang cuba mengapi-apikan isu berkenaan supaya kelihatan sensasi sama ada untuk melariskan akhbar atau tujuan politik lain amat dikesali," katanya.

"Kita mengakui pentadbiran Khalid mempunyai kelemahan dan saya tidak menafikan perkara tersebut. Kita manusia biasa memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

"Kelemahan itu kita tegur dan perbaikinya. Pendirian PR adalah saling mengamalkan budaya menegur kerana ia adalah politik baru yang kita bawa.

"Memang pada peringkat awal, ia kurang sesuai dan memerlukan keserasian namun, kita percaya untuk jangka masa panjang, rakyat akan lebih yakin dengan pendekatan politik baru ini," katanya.

Tidak ada hasutan ada pengapian kerana DAP sudah menunjukkan belang mereka yang sebenarnya dengan begitu berani di Pulau Pinang. Kalau hanya satu negeri pun mereka sudah begitu berani, apakah mereka tidak mungkin melakukan perkara yang sama apabila mereka mentadbir di peringkat pusat?

(Oleh: Kamal_Azlan)


UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


SELAMAT HARI LAHIR PRESIDEN UMNO KE-5 TUN DR. MAHATHIR MUHAMMAD

Posted: 09 Jul 2010 06:48 AM PDT


Menjelang 10 Julai 2010 Izinkan kami mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Presiden UMNO yg ke-5, Tun Dr. Mahathir Muhammad. Semoga Tun dipanjangkan umur dan sihat disamping keluarga tersayang. Terima Kasih kami ucapkan atas jasa yang telah banyak dicurahkan demi Agama, Bangsa dan Negara.

-UCBA

JENAYAH DI SELANGOR KIAN MENINGKAT SEMENJAK PKR MEMERINTAH

Posted: 09 Jul 2010 05:37 AM PDT

Hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat di Selangor adalah mereka kini bergelumang dengan kes jenayah yang kini membimbangkan. Seringkali kita mendengar dan membaca terlalu banyak kes-kes jenayah telah pun berlaku semenjak PKR memegang tampuk pemerintahan. Mujur adanya Pihak Polis yang selalu perihatin dan berusaha untuk mengurangkan kadar jenayah di Selangor. Saya harap usaha PDRM untuk menjaga keamanan negara tidak kira dimana jua dapat diteruskan.

Yang paling menghairankan mengapa kadar jenayah di negeri ini semakin hari semakin meningkat semenjak PKR memerintah? Apakah kerajaan negeri Selangor pada waktu ini tidak memberi tumpuan untuk mencari cara bagi mengurangkan kadar jenayah yang berlaku tetapi lebih mementingkan untuk berceramah di sana-sini dan lebih mementingkan untuk mencari tempat atau kuasa di negeri ini?.

Mari kita lihat sedutan akhbar jenayah yang berlaku di Ampang sahaja.

Mangsa bunuh tidak sempat pindah rumah

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seorang pekerja kedai tayar, Fong Chee Kong yang mati dibunuh di Taman Melawati, Ampang semalam, sepatutnya berpindah ke rumah yang baru dibelinya pada Ogos depan, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

Sebaliknya, rumah tersebut yang terletak di Klang hanya akan dijadikan sebagai tempat mayatnya disembahyangkan.

Disifatkan sebagai seorang anak taat, mendiang yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, sudah mula bekerja seawal usia 17 tahun untuk membantu keluarganya.

Mendiang yang berusia 32 tahun juga seorang pekerja yang agak setia kerana sudah bekerja di kedai tayar terbabit selama 15 tahun.

Seorang saudara yang enggan identitinya didedahkan berkata, mendiang Chee Kong sangat berjimat cermat dengan perbelanjaannya dan hampir kesemua hasil pendapatannya diberikan kepada kedua ibu bapanya.

"Wang itu digunakan untuk merawat penyakit kencing manis yang dihidapi mendiang ibunya (meninggal dunia tahun lalu).

"Baru-baru ini, Chee Kong membeli rumah baru di tempat kelahirannya, Klang dan ahli keluarganya sudah berpindah bulan lalu. Dia sepatutnya pindah tinggal bersama mereka pada Ogos depan, tetapi tidak sangka begini kesudahannya," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari semalam, mangsa maut ditikam suspek, Johnny Dusok, 30, yang mengamuk di asrama tempat kerjanya di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar, Taman Melawati.

Sementara itu, ditanya apakah perasaan ahli keluarga lain terhadap perbuatan suspek, jawab saudara itu; "Pembunuh pun sudah mati, apa lagi boleh buat. Bukannya Chee Kong boleh hidup semula."

"Bagaimanapun, kami ingin tahu kebenaran dan apakah sebenarnya berlaku sehingga Chee Kong dibunuh," tambahnya.


Geng Ah Guan tumpas, 20 kes pecah rumah selesai

KUALA LUMPUR 8 Julai - Setelah hampir setahun bermaharajalela melakukan jenayah pecah rumah dan samun berkumpulan, Geng Ah Guan akhirnya tumpas di tangan polis dengan tertangkapnya 13 ahlinya, dalam operasi sejak 30 Jun lalu sehingga semalam.

Kesemua suspek bertanggungjawab melakukan sekurang-kurangnya 20 kes pecah rumah dan samun berkumpulan di daerah Cheras dan Lembah Klang.

Suspek yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, lima wanita warga China dan seorang wanita tempatan berusia 27 hingga 40 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Hamzah Othman berkata, kejayaan itu bermula dengan penahanan seorang suspek wanita di Kondominium Sri Emas, Ampang, 30 Jun lalu.

Katanya, suspek ditahan selepas dikesan oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah premis kerana menggunakan kad kredit milik orang lain.

"Hasil siasatan ke atas suspek berjaya membawa kepada serbuan kedua pada 6 Julai lalu di sekitar Hulu Klang dan menahan tiga lelaki tempatan," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, susulan itu, polis menahan empat lagi lelaki tempatan bersama lima wanita warga China di sebuah rumah di Kampung Baru, Hulu Klang, kira-kira pukul 4 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati rumah yang disewa itu dijadikan tempat simpanan barang-barang hasil perbuatan jenayah mereka.

"Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau seperti pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.

"Lima wanita warga China itu mempunyai dokumen perjalanan sebagai pelancong namun polis masih menyiasat kesahihan dokumen tersebut," katanya lagi.

Abdul Rahim berkata, modus operandi digunakan geng terbabit adalah dengan menggunakan kereta-kereta sewa mewah yang ditukarkan nombor pendaftaran untuk melakukan jenayah.

"Dengan menggunakan kereta itu, mereka akan membuat pemerhatian sebelum memecah masuk.

"Dalam serbuan itu, polis merampas sembilan buah TV plasma, peti sejuk (satu), komputer (satu), komputer riba (dua), telefon bimbit (17).

"Selain itu kad kredit bank, sejumlah nombor pendaftaran kenderaan palsu serta peralatan memecah rumah seperti pemotong besi, parang, tukul besi dan kuku kambing.

"Dengan penangkapan itu juga, polis turut merampas sebuah kereta BMW, Honda Accord dan Toyota Camry selain wang berjumlah lebih RM50,000," katanya.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman mulai hari ini dan akan di siasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rumah Farhan AF4 dipecah masuk, kerugian RM20,000


Nur Farhan Azizan menunjukkan kesan umpil di pintu rumahnya di Pandan Indah, semalam.


KUALA LUMPUR 7 Julai - Jika seminggu lalu, isteri pengarah filem dan drama terkenal, Aziz M. Osman menjadi mangsa samun, seorang lagi artis menerima nasib hampir serupa apabila rumahnya di Pandan Indah, Ampang dekat sini, pula dipecah masuk.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam tadi, ketika bekas finalis Akademi Fantasia 4 (AF4), Nur Farhan Azizan, 26, atau lebih dikenali sebagai Farhan keluar bersama ahli keluarganya untuk makan malam.

"Saya sekeluarga keluar ke Bangsar memandangkan sudah lama kami adik-beradik tidak berkumpul dan makan bersama.

"Namun apabila pulang pada pukul 11.15 malam, kami lihat pintu pagar dan rumah telah terbuka dengan terdapat kesan umpil.

"Ia memang di luar jangkaan kerana kawasan rumah terletak di hadapan jalan raya yang sibuk dan di hadapan gerai makan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Farhan, jirannya ada mendengar bunyi bising dan menjenguk ke kawasan rumahnya namun tidak menduga kediamannya itu dipecah masuk.

Katanya, berikutan itu, dia telah menghubungi polis untuk memeriksa keadaan rumah.

Berikutan kejadian itu, kata Farhan, keluarganya kehilangan barang kemas termasuk untuk majlis perkahwinan adiknya Disember ini selain sejumlah wang yang keseluruhannya berjumlah RM20,000.

"Pada pukul 3 petang hari ini, saya dihubungi oleh seorang pekerja pencuci kenderaan yang menemui dokumen-dokumen penting milik kami sekeluarga di belakang sebuah kereta di Cheras.

"Dokumen itu termasuklah sijil kelahiran, kad nama, peti keselamatan dan sijil sekolah adik-beradik saya. Penemuan itu dimaklumkan kepada polis sejurus barang tersebut diambil," jelasnya.

Menurutnya, dia merasa hairan berikutan suspek melarikan dokumen seperti itu sedangkan barangan seperti kereta, dua komputer riba, kamera digital dan barangan elektrik lain tidak diusik.

"Ia merupakan kali pertama rumah keluarga saya dipecah masuk sepanjang lima tahun berpindah di situ. Mungkin suspek telah lama melakukan intipan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.

Bunuh rakan: Lelaki parah terjatuh dari tingkat dua

27/06/2010 2:59pm

KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang lelaki cedera parah selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah rumah ketika polis cuba memujuknya menyerah diri selepas membunuh rakan serumahnya.

Kejadian di Jalan Bandar 3, Taman Melawati, Ampang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan. – Utusan


Ini baru sedikit. Ada banyak lagi yang boleh dipaparkan.

Fikir-fikirkanlah inikah pemerintah negeri yang anda inginkan....

-rakyat kecewa.

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah

UMNO Cawangan Bandar Klang Selatan - Tegas Berprinsip~Tidak Membuta Tuli Menurut Perintah


Mengapa Aku Yang Harus Selalu Mengalah?

Posted: 09 Jul 2010 08:11 AM PDT

DunSemarang

DunSemarang


Persidangan tahunan UMNO Bhg Ayer Hitam

Posted: 10 Jul 2010 08:54 AM PDT

Perasmian Persidangan tahunan UMNO Bhg Ayer Hitam. akan diadakan pada 11 Julai 2010, jam 9.00 pagi. bertemapat di Dewan Sri Perdana SMK Datuk Menteri Ayer Hitam. Majlis akan di rasmikan oleh Y.B. Datuk Dr. Haji Abdul Latif bin Ahmad.



Berikut adalah biodata beliau:
Nama
Y.B. Datuk Dr. Haji Abdul Latif bin Ahmad,

Jawatan dalam Kabinet
Timbalan Menteri Pertahanan

Parti
BN - UMNO

Parlimen
P154

Kawasan
Mersing.

Ahli UMNO di jemput hadir untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut. ByM69.

Prihatin..Datuk Samsolbari. Dun Semarang...

Posted: 10 Jul 2010 08:04 AM PDT

Kg.Pt Sonto yang bersempadan dengan bekas hutan simpan Pt hamid, mempunyai kawasan pertanian yang di usahakan oleh penduduk kampung. Kawasan Tanah Gambut ini menjadi sumber utama rezeki para petani dengan menanan tanaman Ruji seperti Pisang, keladi, dan sebagainya. Namun sejak akhir ini kawasan ini sering dilanda banjir, menyebabkan banyak kemusnahan dan kerugian. Datuk Samsolbari telah turun padang dan meninjau masalah tersebut. Beliau mencadangkan agar saliran di kawasan tersebut diperbaiki dengan kerjasama Jabatan yang berkaitan dan Beliau akan membantu menyelesaikan masalah tersebut secepatnya. Petani di kawasan tersebut "mengucapkan terima kasih, di atas keprihatinan DSBJ dan sudi membantu menyelesaikan masalah mereka" ujar salah seorang petani yang ditemui.Kami mengucapkan Terima kasih YB DSBJ. ByM69.

Bebas?..atau Ba..yes

Posted: 09 Jul 2010 05:18 PM PDT

"Lebih bebas secara perbandingan"
Tidak dinafikan bahawa ruang liputan (kuantitatif), malah kandungan berita (kualitatif) dalam akhbar bahasa Cina lebih "seimbang", jika dan hanya jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana tempatan bahasa Melayu/Inggeris, yang dikuasai oleh parti pemerintah. Bagaimanapun, "kebebasan" yang dinikmati ini ada latar belakangnya.

Secara tradisionalnya, biarpun akhbar bahasa Cina tertakluk kepada akta yang mencengkam kebebasan, malah dimiliki tycoon yang rapat hubungannya dengan pemerintah, tetapi tetap bersifat kritikal terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Faktor bahasa mungkin antara puncanya, di mana kandungannya tidak dipantau sepenuh kerana tidak ramai pegawai kerajaan yang fasih bahasa Cina.

Artikal ini di petik dari MERDEKA RiView.
Sudah terlambat,Sebelum terlambat dan tidak akan TERLAMBAT, aku memang sokong saranan Kerajaan dan Menteri pendidikan Dan Timbalannya Y.B. Dr. Haji Mohd Fuad Bin Zarkasi (sahaja) atas saranan pendidikan bAHASA mANDRIN di ajar di Sekolah Kebangsaan.Satu cetusan Idea yang sepantutnya di segerakan. Ambilah iktibar apa yang di coretkan dalam WEB Merdeka Riview tersebut, jelas ada benarnya. Kalau DAP dan kaumnya,membenci dan jijik tulisan JAWI kita amat setuju, biarlah si Luncai terjun dengan Roketnya dari Bulan Merah (macam cerita Shewolf).>(Pajak Gadai seperti ini..(TELAH) banyak berjasa kepada orang kampong..yang memajak barang kemasnya utuk menyara anak Menuntut Ilmu..sebelum adanya Biasiswa, bersyukurlah sekarang..wahai anak Melayu..jangan mengigit jasa Ibu bapa mu) Siapa yang memang akan rugi bila membenci tulisan jawi..apatah lagi Masuk jawi. Maka sempena Israq-Mikrajz ini..marilah kita sama-sama ber"Ikraq". Bersatulah di Bawah satu payung..(UMNO)agar sentiasa kta di Rahmati Allah SWT. Aku berbangga andainya AnakKu, AdikKu,Aku dan BangsaKu berupaya Tulis, Baca serta fasih berbahasa mandrin.
(Tui Pu Chi/Ngapuro) ByM69

Pengikut