Ahad, 11 Julai 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Mahfuz bodek tak kena gaya.

Posted: 11 Jul 2010 04:48 AM PDT

Mahfuz Omar tak habis-habis mencari publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan dangkal yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Naib Presiden PAS. Dan sebagai seorang ahli Parlimen, Mahfuz sepatutnya lebih beretika dan juga matang didalam setiap ucapannya.

Apakah patut sebagai salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang menggelarkan parti mereka sebagai parti Islam tulen, Mahfuz menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menggunakan nama Malaysia untuk menjadi rakan zionis Yahudi?

Mahfuz memberi alasan bahawa kerjasama dengan APCO Worldwide telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang berada dibawah telunjuk regim zionis dan juga Yahudi. Ini katanya, akan menyebabkan negara ini terpaksa bergantung kepada nasihat dari pihak zionis tersebut.

Kenyataan Mahfuz ini bertujuan untuk menjawab tuduhan sekutu Yahudi yang dilemparkan ke atas Anwar Ibrahim. Mahfuz juga menyifatkan pemergian Anwar untuk berjumpa dengan semua tokoh Yahudi di Washington sebenarnya bertujuan menjernihkan kekeliruan tentang Islam, bukannya untuk memohon maaf !

Mahfuz dan seluruh Pakatan Haram jelas terdesak dengan imej Anwar yang semakin buruk di mata rakyat negara ini. Jika pembongkaran demi pembongkaran tentang perangai buruk Anwar yang sebenar didedahkan kepada umum, pastinya impian semua pemimpin-pemimpin Pakatan Haram untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak tercapai.

Didalam PAS, Mahfuz mampu menyaingi Husam Musa didalam kemahiran membodek Anwar Ibrahim. Namun adakalanya cara bodek Mahfuz ini lebih dahsyat lagi mungkin kerana dia sering mengekor Anwar di Parlimen. Mahfuz juga adalah merupakan antara yang paling akrab dengan Anwar selain daripada Yusmadi semasa berada di Dewan Rakyat.

Didalam kenyataan bagi membela Anwar, Mahfuz ternyata sangat cetek pemikirannya. Dia mahu memberitahu rakyat bahawa konon-kononnya UMNO dan Barisan Nasional itu lebih perlukan Yahudi. Anwar Ibrahim lebih baik dari UMNO kerana dia "terpaksa" berkawan dengan Yahudi demi Islam kononnya.

Tetapi Mahfuz lupa, jika UMNO dan Barisan Nasional itu menjadi rakan baik kepada Yahudi dan Zionis, mengapa pula Anwar Ibrahim yang perlu ke Washington bagi memohon maaf diatas demonstrasi kecam Yahudi yang dilakukan didalam negara?

Jika UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menjadi sekutu rapat seperti yang didakwa oleh Mahfuz, mengapa pula Anwar yang terpaksa terhegeh-hegeh melobi Yahudi-yahudi di barat bagi mendapatkan dana dan peruntukan? Sudah pastinya puak zionis takkan percaya kepada Anwar jika mereka benar-benar adalah rakan baik UMNO dan Barisan Nasional.

Inilah yang dinamakan ucapan dangkal dan kenyataan kurang matang dari Mahfuz sebagai seorang Naib Presiden PAS.

Mahfuz bolehlah terus berbohong kepada rakyat seolah-olah berbohong itu antara sebahagian dari rukun Iman PAS. Mungkin ada segelintir rakyat terutamanya dari kalangan ahli Pakatan Haram akan terpedaya, tetapi rakyat yang mampu berfikiran waras pastinya akan tahu kebenarannya.

(Oleh: pak_long)


DAP yang mendalangi Khalid Gagap

Posted: 10 Jul 2010 03:14 PM PDT

DAP, sebuah parti rasis kiasu berkefahaman komunis yang merupakan parti pecahan kepada parti PAP di Singapura sudah tentu tidak akan sama sekali mengakui kejahatan dan penipuan mereka.

Mana ada dalam dunia ini perompak atau penjahat yang akan mengakui perbuatan jahat yang telah dan akan mereka lakukan? Mereka tidak sebodoh itu.

Oleh itu, tindakan DAP Selangor yang menidakkan tuduhan mereka menjadi dalang dan memberikan sokongan penuh supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus kekal sebagai Menteri Besar yang menjadi boneka DAP Selangor sama seperti seorang Menteri Besar PAS di Perak yang menjadi balaci DAP Perak tidak patut dipercayai.

DAP adalah parti komunis kiasu yang ultra rasis dan sudah tentu mereka akan bertindak sedemikian. Lihat sajalah tindakan rasis kiasu terhadap peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang, walhal kepada peniaga Melayu yang menyokong PAS sekalipun yang menjadi rakan seperjuangan mereka.

Mereka tidak akan pilih bulu, asalkan orang Melayu samada dari Pakatan Rakyat jua pun, tetap akan ditindas mereka asalkan namanya Melayu. Hanya orang Melayu di dalam PAS, PKR dan DAP saja yang bodoh dan tidak melihat dengan jelas perbuatan jahat dan penganiayaan DAP itu terhadap mereka.

Dan itulah yang diharapkan oleh DAP, mereka mahu orang Melayu di dalam PKR, PAS dan DAP buta terhadap perbuatan jahat mereka itu.

"Ia adalah tohmahan dan andaian yang tidak berasas kerana Khalid adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berkualiti dan mempunyai sifat amanah.

"Soal DAP hendakkan Khalid terus terajui Selangor bukan keinginan DAP tetapi kemahuan rakyat atas kualiti pentadbiran yang ada dalam diri Khalid," kata Ng Suee Lim, Penolong Setiausaha DAP Selangor ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

"Segelintir media cuba mewujudkan pertelingkahan dengan menjadikan isu tersebut sebagai isu besar supaya umum melihat kerajaan Selangor seperti retak menanti belah.

"DAP dan PR sesekali tidak melayan andaian seperti itu dan peranan segelintir media yang cuba mengapi-apikan isu berkenaan supaya kelihatan sensasi sama ada untuk melariskan akhbar atau tujuan politik lain amat dikesali," katanya.

"Kita mengakui pentadbiran Khalid mempunyai kelemahan dan saya tidak menafikan perkara tersebut. Kita manusia biasa memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

"Kelemahan itu kita tegur dan perbaikinya. Pendirian PR adalah saling mengamalkan budaya menegur kerana ia adalah politik baru yang kita bawa.

"Memang pada peringkat awal, ia kurang sesuai dan memerlukan keserasian namun, kita percaya untuk jangka masa panjang, rakyat akan lebih yakin dengan pendekatan politik baru ini," katanya.

Tidak ada hasutan ada pengapian kerana DAP sudah menunjukkan belang mereka yang sebenarnya dengan begitu berani di Pulau Pinang. Kalau hanya satu negeri pun mereka sudah begitu berani, apakah mereka tidak mungkin melakukan perkara yang sama apabila mereka mentadbir di peringkat pusat?

(Oleh: Kamal_Azlan)


Tiada ulasan:

Pengikut