Ahad, 20 Jun 2010

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH

ADUN N6 TEMPASUK KOTA BELUD SABAH


MERASMIKAN PESTA KAAMATAN ANJURAN PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH (TOBISA)

Posted: 20 Jun 2010 03:29 PM PDT

Hari ini 28hb mei 2010, saya merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA) diadakan di Rumah Kebudayaan Tobilung Kg. Timbang Kota Belud.

Dalam ucapan Presiden (TOBISA) En Muji Nc Ampau juga merupakan Jurutera Daerah JKR Daerah Pitas dan juga Ketua Bahagian Upko Kota Belud, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya dan Kerajaan Barisan Nasional kerana telah meluluskan peruntukan Jalan Raya daripada Kg Timbang menuju ke kg. Dudar di mana kebanyakan penduduknya terdiri daripada suku kaum Tobilung. Dengan siapnya Jalan Raya ini nanti, bukan saja ianya memberi kemudahan prasarana yang lebih selesa kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama ianya akan turut membangunkan sosio ekonomi rakyat, oleh kerana YB kita ini mempunyai agenda yang cukup jelasa dalam perjuangannya untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan sekali gus mengeluarkan rakyaat daripada belenggu kemiskinan melelui projek ekonomi seperti Jelapang Padi dan Agropolitan Kota Belud. Saya harap YB dapat melihat potensi daerah mengundi dudar ini daripada sudut pembangunan ekonomi.

Jalan Raya ini, saya telah umumkan kelulusannya pada tahun lalu ketika merasmikan perayaan yanga sama dan di tempat yang sama, memandangkan peruntukan Jalan Raya ini sudah lama di tunggu oleh penduduk beberapa kampung yang terlibat. Sekarang mereka merasa lega kerana Jalan Raya yang dimaksudkan itu telahpun mula dilaksanakan pada bulan april yang lalu dan dijangka siap pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak 37 juta. Saya juga telah memberi keutamaan projek sambungan Jalan Raya Dudar, Taburan, Mendawang dalam pelaksanaan projek NKRA
.



Posted by Picasa

ahmadmaslan.blogspot.com

ahmadmaslan.blogspot.com


Perjalanan Saya..

Posted: 20 Jun 2010 08:06 AM PDT

PSSGM dapat bangunan

Posted: 20 Jun 2010 03:48 AM PDT

Pilihan raya umum ditentu PM

Posted: 20 Jun 2010 03:41 AM PDT

165 pelajar terima wang pendahuluan PTPTN

Posted: 20 Jun 2010 03:34 AM PDT

Kewangan Felda merosot, aset meningkat

Posted: 20 Jun 2010 03:32 AM PDT

Perjalanan Saya..

Posted: 20 Jun 2010 03:15 AM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PARLIMEN : BARU, PINDAH ATAU UBAHSUAI.

Posted: 20 Jun 2010 01:27 AM PDT

 
Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis parlement , dimana parler bermaksud bercakap : maka parlement merupakan "tempat untuk bercakap atau berbincang"; suatu perhimpunan atau perjumpaan dimana ahlinya berbincang tentang isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kala digelar "Ibu parlimen-parlimen" kerana ramai negara Komanwel mengasaskan kerajaan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan parlimen.                                                  - Sumber  wikipedia Bahasa Melayu
"Kita ada menyediakan tiga cadangan sama ada untuk berpindah tempat bersidang buat sementara waktu di bangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), membina bangunan Parlimen yang baru di Putrajaya atau di kawasan Parlimen sedia ada atau menjadikan PICC sebagai bangunan baru Parlimen.
                                                                                                                  - Datuk Shaziman Abu Mansor
            



Nama : Bangunan Parlimen
Lokasi : Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
No. Lot : 18
Hakmilik Bangunan / Tanah : Rezab Parlimen / Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
Tahun Dibina : 1962
Latar Belakang Sejarah :
Bangunan Parlimen Malaysia yang menjadi lambang demokrasi negara terletak di arah timur laut Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Dirasmikan pembukaannya pada 2hb. Novermber 1963 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Sebaik pembukaannya, ia menjadi tempat berlangsungnya Persidangan Persatuan Parlimen Komenwel ke- 9.

Kompleks berharga $17 juta ini direkabentuk oleh arkitek Jabatan Kerja Raya. Kerja pembinaannya bermula pada pertengahan tahun 1961 dan mengambil masa hampir 2 tahun untuk menyiapkannya. Menurut S.F. Owen selaku Pengarah Kerja Raya pada masa itu, pembinaan bangunan perlimen ini merupakan projek bangunan sebuah yang terbesar dilaksanakan oleh kerajaan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail, semasa meletakkan batu asas bangunan Perlimen pada 31 Ogos 1962 bertitah, �bangunan ini adalah menjadi suatu bukti yang nyata dan terang menunjukkan kepada dunia betapa kuat dan teguhnya rakyat Persekutuan Tanah Melayu berpegang kepada demokrasi secara berparlimen dan adalah juga menjadi tanda menunjukkan kita adalah mengamalkan semulia-mulia adat demokrasi berparlimen dan akan sentiasa berbuat demikian itu.�

Bangunan ini merupakan bangunan ulung yang memenifestasikan senibina yang beridentiti Malaysia dengan penggunaan simbolisme senibina tempatan dalam rekabentuk bangunan moden.Ia dibina dengan dua bahagian yang terbesar � sebuah bangunan tiga tingkat menempatkan Dewan Negara dan dewan Rakyat dan sebuah bangunan pentadbiran 18 tingkat menempatkan pejabat-pejabat untuk menteri dan ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Keseluruhan bangunan Parlimen ini ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba panas dan meresapkan cahaya serta dilindungi dengan kerawang konkrit. Rekabentuk Parlimen ini merupakan kejayaan anak-anak tempatan dalam mereka bangunan beridentitikan Malaysia.

Manakala di kawasan luar terdapat satu dataran bagi berlangsungnya upacara-upacara rasmi (ceremonial square) dengan landskap menarik dihiasi kolam. Patung Perdana Menteri pertama, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj berdiri megah di halaman berhadapan bangunan, lambang gelarannya sebagai Bapa Kemerdekaan Negara.

PANDANGAN PENULIS.

Sama ada bina baru, pindah bangunan baru atau kekal di bangunan, semua ini perlukan perbelanjaan. Soalnya sama ada kecil atau besar. Dalam hal ini adakah kepentingan politik akan mempengaruhi semua fakta atau sebaliknya. Kita serahkan kepada kebijaksanaan YB Menteri berkenaan untuk buat keputusan kerana hanya Jauharee Sahaja Yang Mengenal Manekim.





umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ; DAP,PAS,PKR hipokrit

Posted: 19 Jun 2010 10:46 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendedahkan kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menggunakan hasil cukai judi, arak dan anjing untuk tujuan pembangunan prasarana di negeri itu.

Katanya, Mursydul Am PAS itu boleh 'menghalalkan' apa yang menguntungkan kepada mereka dan sebaliknya mengecam usaha kebaikan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Inilah sikap berdolak-dalik pemimpin PAS dan saya sifatkan beliau sebagai tok guru yang memecahbelahkan umat Islam dan orang Melayu," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengagung-agungkan DAP yang menentang keras lesen pertaruhan judi bolasepak yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini.

"Saya berasa pelik, apabila DAP dalam satu kenyataan medianya menentang pemberian lesen tersebut, PAS dan PKR pula yang menyokongnya," katanya.

Sebaliknya tegas beliau, DAP hanya berbohong kepada rakyat kerana mereka juga menyedari bahawa judi adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat Cina.

"Oleh sebab itu dalam soal kematian pun, orang Cina masih lagi berjudi kerana itu budaya mereka yang tidak konsep halal dan haram," tegasnya lagi.
Katanya, judi tetap haram kepada orang Islam dan walaupun perbuatan itu ditegah sekeras-kerasnya oleh agama tetapi masih juga ada yang melakukannya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras yang disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, di sini pagi tadi.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani selaku wakil pemerhati daripada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

"Kalau ikhlas nak banteras judi, saya cabar mereka (pemimpin PAS) supaya tutup segera kedai-kedai judi seperti toto dan nombor ekor di seluruh Selangor," tambahnya lagi.

Syed Ali juga melahirkan kesal terhadap sikap pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR yang sentiasa mengagungkan keputusan dan pendirian DAP seperti berdemontrasi dan menghasut rakyat membenci BN dan UMNO.

"Saya sedih kenapa orang Melayu dalam PAS dan PKR masih tidak sedar taktik DAP yang berusaha untuk menghancurkan Islam dan melaga-lagakan kepimpinan Melayu," tegasnya.

Nama Jalan Ampang dicadangkan tukar kepada Jalan Tun Dr.Mahathir

Posted: 19 Jun 2010 10:13 PM PDT

UMNO Bahagian Cheras hari ini mencadangkan kerajaan menukarkan nama Jalan Ampang di Kuala Lumpur kepada nama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengenang sumbangan besar bekas Perdana Menteri itu kepada pembangunan negara.

"Kita minta Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO supaya mempertimbangkan cadangan ini, namakan Jalan Ampang kepada Jalan Tun Dr. Mahathir," tegas Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketuanya, Jalan Ampang tidak ada kaitan dengan pemimpin negara dan bagi mengenang pengorbanan bekas Perdana Menetri, maka cadangan ini perlu disegerakan.


Lagipun kata beliau, setakat ini hanya beberapa batang jalan di Kuala Lumpur yang dinamakan dengan nama bekas pemimpin seperti Jalan Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak

Syed Ali menyatakan demikian berucap di majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras yang disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, pagi ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukarkan kepada nama Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir Hasnmah Kuala Lumpur.

"Sehingga kini tidak ada mercu tanda yang diberikan nama Tun Dr. Mahathir, sedangkan pelbagai projek mega seperti KLIA, KLCC dan Menara KL adalah pembangunan yang dihasilkan di zaman beliau," ujarnya.

Beliau menyebut contoh beberapa lapangan terbang di negara asing seperti di Amerika Syarikat yang menamakan bekas pemimpin mereka seperti John Jennedy dan Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta.

"Apakah kita tidak pernah terfikir untuk memberi sedikit penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir yang jasanya terlalu besar untuk rakyat dan negara ini ?," soal beliau.

Beliau tidak mahu apabila seseorang pemimpin itu sudah tiada (meninggal dunia) barulah kerajaan akan mengenang jasanya.

Datuk Haji Yussof Haji Mahal

Datuk Haji Yussof Haji Mahal


Ahli Parlimen Labuan suntik semangat atlit Wilayah Persekutuan SUKMA di Melaka

Posted: 19 Jun 2010 08:34 PM PDT


MELAKA, 16 JUN -- Wilayah Persekutuan yang merangkumi Labuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur telah menghantar 586 orang atlit serta 114 pengurus dan jurulatih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 di Melaka, menjadikan ia sebagai kontinjen terbesar menyertai temasya sukan dwi tahunan tersebut kali ini.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal ketika memberi suntikan semangat kepada atlit-atlit Labuan khususnya berkata sukan terbesar negara ini adalah satu platfom kepada peserta-peserta untuk menguji kebolehan masing-masing dalam acara sukan berprestij Malaysia ini.

Beliau sempat mengingatkan para kontinjen agar menguatkan semangat dan berfikiran positif dalam menongkah arus perlawanan.

"Apa yang penting adalah semangat sukan dan sikap positif bahawa mereka boleh, meskipun berhadapan dengan lawan yang lebih hebat," katanya

Katanya Labuan meskipun hanya sebuah pulau yang kecil tapi dalam pembangunan sukan, Labuan masih mampu bersaing, ini dapat dibuktikan dengan beberapa atlit sukan pernah mengharumkan nama negara.

Dalam pada itu beliau sempat diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada atlit yang menjuarai sukan renang pada temasya sukan itu.

Perbahasan RMK-10 Oleh Ahli Parlimen Datuk Haji Yussof Mahal

Posted: 19 Jun 2010 08:27 PM PDT


Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia diatas Pembentangan Usul Rancangan Malaysia Ke-10 yang jelas amat bertepatan dalam usaha negara memperkukuhkan pacuan mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang Tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua,

Dikesempatan ini saya turut menggesa agar semua pihak baik yang disini mahupun disana agar turut sama berpadu tenaga dan menggembleng fikiran didalam memberi penekanan khusus kepada 10 idea atau 10 Premis Utama yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri bagi menjayakan RMK-10 ini, insyaAllah melalui perpaduan dan satu hati kita, apa yang diharapkan melalui RMK-10 ini akan tercapai seiring nawaitu ikhlas kerajaan - rancangan kemakmuran ekonomi dan keadilan sosial untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

Teras Strategik Pertama: Menggubah Falsafah dan Pendekatan Kerajaan ke Arah Mentransformasikan Malaysia dengan Metodologi NKRA.

Saya amat menyambut baik usaha kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha membangunkan infrastruktur bukan fizikal termasuk pembangunan modal insan seperti pembangunan kemahiran, serta keupayaan inovasi yang lebih mantap. Setelah meneliti peruntukan RMK-10 bagi infrastruktur bukan fizikal yang meningkat sebanyak 18.2% kepada 40% berbanding RMK-9 lalu, saya menyarankan agar kerajaan memfokuskan apa jua program pembangunan kemahiran dan juga aktiviti R&D dan modal teroka disalurkan mengikut kecenderungan setempat sebagai contoh UMS Kampus Antarabangsa Labuan adalah lebih tepat melakukan pembangunan kemahiran dan kajian berasaskan industri minyak dan gas (Oil & Gas) disebabkan oleh status Labuan itu sendiri selaku hub minyak dan gas di wilayah Malaysia Timur. Ini bukan hanya akan memupuk tahap inovasi negara ke arah lebih memberangsangkan malahan memberi pulangan positif kepada guna tenaga setempat dan sekaligus memberi galakan kepada sektor swasta untuk melabur dalam infrastruktur fizikal di Labuan malahan menjadi penarik kepada pihak swasta untuk sama-sama menawarkan perkhidmatan latihan kemahiran berkaitan, dengan syarat segala urusan birokrasi seperti mendapatkan lesen, permit dan sebagainya dipermudahkan oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan seperti Perbadanan Labuan. Perkara sedemikian juga harus dilakukan di tempat atau wilayah lain diseluruh Malaysia untuk mendapatkan impak positif yang menyeluruh.

Tuan Yang di-Pertua,

Menyentuh mengenai Teras Strategik Kedua: Mewujudkan Persekitaran Kondusif bagi Menggerakkan Pertumbuhan Ekonomi.

Merujuk kepada 12 bidang ekonomi utama negara atau NKEA yang telah dikenalpasti, iainya adalah tepat dan bersesuai dengan trend semasa ekonomi dunia. Fakta bahawa Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) memainkan peranan penting dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara adalah benar dan usaha kerajaan Membangunkan SME Sebagai Jentera Pertumbuhan dan Inovasi adalah kena pada masanya.
Pada hemat saya Enterpris Kecil dan Sederhana bukan hanya memerlukan akses yang mudah kepada kemudahan pembiayaan semata-mata namun apa yang lebih penting adalah usaha kerajaan mengharmonikan agensi berkaitan SME untuk memainkan peranan secara bersepadu agar skim-skim yang kerajaan sediakan seperti Skim Jaminan Modal dan Skim Jaminan Pengstrukturan Semula Industri yang menelan belanja 13 Bilion Ringgit ini tidak sia-sia.

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengambil contoh semasa menghadiri dialog bersama ahli PERDASAMA Labuan baru-baru ini, saya mendapat makluman bahawa ada diantara Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di Labuan dan Sabah yang hanya mendapat kelulusan sijil seperti Sijil Halal daripada JAKIM setelah lebih dari setahun memohon (secara online) malahan diberitahu bahawa majoriti syarikat yang mendapat kelulusan sijil Halal Jakim ini adalah terdiri daripada syarikat non-muslim dan bukan bumiputera. Tidak kurang pula bilangan SME yang tidak tahu hujung pangkal bagaimana cara agar produk keluaran mereka mendapat status "eksport ready" iaitu lengkap dengan Persijilan Halal,GMP,HACCP, VHM sebagai contoh daripada beberapa agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), Jabatan Haiwan dan lain-lain.
Penerangan lanjut saya, Persijilan Verterianry Health Mark (VHM) hanya diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia yang beribu pejabat di Putrajaya. Meskipun Pegawai VHM disediakan melalui JPV negeri (yang berperanan sebagai wakil atau perunding semata-mata) tetapi segala proses kelulusan hanya boleh di lakukan di PUTRAJAYA. Adalah lebih cepat dan efisyen seandainya JPV Negeri dapat di beri mandat untuk memberi kelulusan Persijilan VHM ini. Persijilan VHM ini amat penting kerana ia adalah bagi semua produk hasil haiwan termasuk Daging Ayam, Lembu, Kambing, Babi dan Binatang Laut. Persijilan VHM diperlukan bagi aktiviti eksport didalam negara sebagai contoh produk makanan laut (seafood) yang di proses di Labuan perlu mendapat Persijilan VHM untuk membolehkannya di eksport atau dipasarkan ke negeri lain seperti Sabah dan Sarawak.
Bagi Persijilan Halal pula seperti terdapat 2 standard. Bagi negeri yang memiliki Majlis Agama Islam sendiri seperti JAHEINS untuk SABAH, JAIJ untuk JOHOR dan JAIS untuk SELANGOR masing-masing mengeluarkan Persijilan Halal Negeri dan hanya diiktiraf penggunaan sijil tersebut oleh negeri yang mengeluarkan. Manakala untuk pasaran domestik diantara negeri di Malaysia, hanya sijil Halal oleh JAKIM yang diiktiraf. Sijil Halal JAKIM hanya diproses oleh JAKIM Bahagian Hub Halal bertempat di Cyberjaya, Selangor. Ianya perlu beberapa proses audit seperti Audit Teknikal dan Audit Syariah.

Tuan Yang di-Pertua,

Didalam tempoh 5 Tahun ini, proses persijilan Halal ini telah beberapa kali bertukar tangan daipada JAKIM ke Halal Development Corporation (HDC) dan Tahun 2009 di bawah Menteri Agama baru, peranan Persijilan Halal oleh HDC telah ditarik dan dikembalikan kepada JAKIM Bahagian Hub Halal.
Manakala bagi Persijilan Good Manufacturing Practice (GMP) atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) adalah diaudit oleh syarikat perunding diiktiraf seperti SIRIM QAS International dan MOODY International. (dengan menelan belanja tidak kurang puluhan ribu) Hasil audit dari syarikat perunding ini kelak akan diaudit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) Putrajaya untuk kelulusan persijilan akhir. Hanya produk yang dilengkapi GMP atau HACCP diterima sebagai produk "Ekport Ready" untuk dieksport keluar negara. Harus diingat bahawa akan berlaku terlalu banyak proses pengubahsuaian dan penambahbaikan bukan hanya terhadap bangunan atau premis kilang pemohon tetapi memelukan tenaga kerja mahir dan penyediaan dokumen yang terlalu banyak bagi persijilan tersebut. Dana tersedia oleh kerajaan melalui SME Corp mahupun SME Bank dan AGRO Bank bagi tujuan persijilan ini tetapi tidak semua wilayah ada agensi ini ditem at masing-masing sebagai contoh Labuan yang berstatuskan International Offshore Financial Centre (IOFC) tidak memilik baik SME Bank mahupun SME Corp bagi mendukung pembangunan PKS di Labuan. Pelik tapi benar?

Agensi seperti TEKUN Nasional tidak mampu berperanan pemberi dana disebabkan budget pembiayaan yang kecil dan terhad. Adakalanya, renovasi terhadap bangunan atau premis kilang bagi persijilan ini boleh menelan belanja ratusan ribu ringgit bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.
Disinilah penekanan untuk mengharmonikan agensi berkaitan SME ini amat penting agar para SME kita kelak dapat bertapak bukan hanya di pasaran domestik malahan ke pasaran antarabangsa. Sebenarnya apa yang Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) negara perlukan bukanlah hanya dokongan dari segi dana atau kewangan sahaja , tetapi turut memerlukan bantuan kepakaran teknikal bagi tujuan persijilan sehingga ke pemasaran produk secara berterusan tanpa karenah birokrasi yang selama ini membantutkan perkembangan Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negara.
Hanya dengan langkah tepat sebegini akan menyuburkan pertumbuhan Enterpris Kecil dan Sederhana (SME) di dalam negara dan sekaligus memainkan peranan penting sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi Negara terutama bagi SME yang terlibat didalam industri makanan didalam menjamin bekalan makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Beralih kepada Teras Strategik Keempat: Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia.

Adalah menjadi satu tindakan bijak oleh kerajaan menetapkan employability atau boleh upaya kerja graduan dijadikan satu daripada KPI universiti. Menjadi satu perkara yang amat mendukacitakan ibu bapa dan orang tua bilamana anak mereka yang bergelar graduan universiti gagal diterima bekerja dimana-mana sektor akibat kualiti graduan yang rendah. Budaya exam oriented yang membawa penguasaan terhadap teori semata-mata dan mengabaikan hands on knowledge atau praktikal dipercayai antara punca kualiti graduan universiti tempatan sering menjadi persoalan. Ini diperakui sendiri oleh seorang Prof. Dr. yang merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang saya temui bila mana menjelaskan perbandingan tempoh pengajian yang terlalu lama dihabiskan untuk mempelajari teori mana-mana cabang ilmu dan kurangnya tempoh pengajian dari segi praktikal. Disamping itu, cadangan kerajaan untuk mengkaji semula pakej pengajian adalah disambut baik. Adalah benar bahawa Institut Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting didalam aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) dimana-mana negara diseluruh dunia.

Tuan Yang di-Pertua,

Berkenaan Teras Strategik Kelima: Mewujudkan Persekitaran Kondusif ke Arah Mempertingkatkan Kualiti Hidup

Amat jelas bahawa Kerajaan berusaha keras bagi Meningkatkan Kecekapan Pengangkutan Awam Negara bilamana pada 3hb Jun yang lalu, seluruh rakyat Labuan dan rakyat Sabah di Labuan menyambut baik pengumuman Kerajaan Negeri Sabah yang disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah bahawa MONOPOLI perkhidmatan Feri Kenderaan-Penumpang yang menghubungkan Sabah dan Labuan telah ditamatkan dan hak monopoli tidak akan diteruskan. Ini memberi harapan baru kepada rakyat di wilayah ini akan penambahbaikan terhadap kecekapan pengangkutan awam diantara Sabah-Labuan yang selama ini amat mendukacitakan. Tahniah dan terima kasih turut saya ucapkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia yang mana Menteri dan Timb. Menterinya telah turut TURUN PADANG menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama iaitu kira-kira lebih 10 tahun. Penyelesaian terhadap masalah ini adalah satu bukti bahawa Kerajaan BN pimpinan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak adalah ikhlas dan amat prihatin terhadap nasib dan kebajikan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua,

Akhir kata, dengan ditunjangi semangat 1 Malaysia- Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Di Utamakan, Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (NEM), dengan izin Allah SWT. saya optimis bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 akan dapat dilaksanakan denga jayanya dan cita-cita merealisasikan Wawasan 2020 akan tercapai.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

Wassalam.

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Apa niat Karpal?

Posted: 20 Jun 2010 01:01 AM PDT

Pelik betul manusia yang menjadi pembangkang di Malaysia ini. Mana-mana keputusan yang menyebelahi mereka, maka mereka akan mempertahankan dan puji melangit keputusan itu. Tapi yang peliknya, bila keputusan yang sama kejadiannya itu berlaku dan tidak menyebelahi mereka, maka bertubi-tubilah serangan, kejian, makian, fitnah dan seribu macam cara untuk menafikan keputusan itu. Pelik betul! Apakah itu konsep "adil" yang di dalam konteks pembangkang di Malaysia?

Baru-baru ini, Karpal Singh sekali lagi mendesak kerajaan untuk menggubal undang-undang anti lompat parti. Karpal mendesak agar wujudnya undang-undang yang mewajibkan seorang ADUN atau MP yang melompat parti untuk mengosongkan kerusi DUN atau Parlimen yang dimenanginya.

Hairannya, mengapa ketika Anwar heboh "memancing" YB-YB BN suatu masa dahulu Karpal hanya berdiam diri? Mengapa ketika itu Karpal tidak pula sebok mendesak Kerajaan untuk menggubal undang-undang anti lompat parti ini? Mengapa ketika peristiwa "16hb September" dicanang Anwar, Karpal tidak pula membantah hasrat busuk si sesumpah itu?

Adakah kerana Anwar ketika berkata "we got the numbers" tempohari akan mengutungkan pihak Pakatan Rakyat, maka sebab itu Karpal tidak membantah? Kenapa tak desak kerajaan masa tu? Nampak sangat Karpal tidak ikhlas niat dan tujuannya mendesak kerajaan. Niatnya sama busuk dengan niat Anwar yang ketika itu cuba "mencuri" YB-YB dari BN melompat ke PR.

Sememangnya Karpal tidak berfikir sebelum melakukan desakannya kepada kerajaan. Desakannya ini ternyata bermotifkan "publisiti murahan" demi "political mileage"nya sendiri. Sudah tentu Karpal cuba mempertahankan reputasinya sebagai pengerusi DAP yang kian tercalar. Tambahan pula dia pernah "tersingggung" dengan rakan-rakan kepimpinan Pakatan Rakyat sehingga meminta Anwar bertaubat. Apatah lagi Karpal seakan-akan tidak mampu lagi membela Anwar di Mahkamah di dalam kes liwat II Anwar. Tapi tindakan cuba meraih publisitinya kali ini hanya "memakan diri".

Namun pandangan Nik Aziz adalah bertentangan sekali dengan desakan Karpal. Nik Aziz berpendapat adalah tidak salah lompat melompat parti. Kenyataan Nik Aziz ini adalah berikutan kempen Anwar yang cuba menarik YB-YB BN untuk melompat pada 16hb September. Dengan "fatwa" yang dikeluarkan oleh Pakar "Fatwa" Mengarut PAS ini, apakah Karpal masih lagi cuba membuat "khilaf" dalam maslahat "lompat melompat parti" ini? Kenapa Karpal tidak suruh Tok Guru PAS tersebut untuk "bertaubat"? Fikir-fikirkanlah...

(Oleh: dukeofmontecristo)


Ngeh Meroyan bila wakil DAP sertai acara melompat.

Posted: 19 Jun 2010 11:29 PM PDT

Kenyataan Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang berkata bahawa DAP akan mengambil tindakan saman ke atas ADUN mereka yang melompat parti adalah tak lebih dari satu kenyataan orang yang kecewa.

Ngeh juga menyatakan bahawa wujudnya perjanjian di dalam DAP yang mengandungi akujanji semua wakil rakyat DAP yang bertanding dan menang di kawasan yang ditandingi mereka.

Kononnya, jika ada ADUN yang melanggar perjanjian tersebut, tindakan saman dan pampasan sebanyak RM 5 juta ringgit perlu dibayar oleh wakil rakyat yang melompat tersebut kepada parti.

Selain dari perlu membayar pampasan, ADUN DAP yang meninggalkan parti tersebut juga perlu mengosongkan kerusi yang mereka menangi ketika bertanding di atas bendera parti DAP.

Jika benarlah dakwaan Ngeh tentang wujudnya surat perjanjian dan juga akujanji seperti ini, mengapa ia ditimbulkan hanya setelah ADUN Malim Nawar, Kesvinder Singh keluar dari parti tersebut ?

Mengapa sewaktu ADUN Jelapang Datuk Hee Yit Foong bertindak keluar parti pada awal Februari 2009, Ngeh dan juga para pemimpin DAP langsung tak menyebut tentang hal perjanjian dan ikatan akujanji ini? Malah hingga kini tiada satu saman pun dikeluarkan kepada ADUN Jelapang itu.

Ini menunjukkan bahawa DAP khususnya Ngeh Koo Ham sebagai Ketua DAP Perak kepanasan setelah tindakan wakil partinya keluar dan menyokong Barisan Nasional.

Sebenarnya, surat perjanjian ataupun hal akujanji yang ditimbulkan oleh Ngeh Koo Ham ini hanya satu sandiwara bagi menutup rasa kecewa mereka sahaja. Ancaman untuk mengambil tindakan saman dan desakan supaya mengosongkan kerusi DUN juga merupakan helah DAP bagi menutup malu mereka kepada masyarakat terutamanya rakyat negeri Perak.

Ngeh juga begitu tertekan dengan ADUN DAP Perak yang keluar parti hingga dia sanggup mereka-reka cerita memburukkan peribadi ADUN tersebut. Ngeh menuduh bahawa Kesvinder mempunyai hutang yang banyak dan terpaksa menerima sogokan wang yang ditawarkan oleh kerajaan Barisan Nasional bagi menyelesaikan hutang piutangnya.

Jika ada yang masih ingat, cerita seumpama inilah juga yang Ngeh serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Perak war-warkan kepada rakyat Perak terhadap ADUN Jelapang sewaktu beliau membuat keputusan menyokong kerajaan BN berkuasa di Perak.

Tuduhan sebegini telah menjadi satu trend didalam Pakatan Rakyat jika ada wakil rakyat mereka bertindak keluar dari parti dan menjadi wakil bebas yang pro kerajaan.

Malah Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Pembangkang di Parlimen juga bermain cara politik yang sama iaitu jika ada ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan yang melompat, pastinya dituduh wujudnya sogokan jutaan ringgit dari kerajaan Barisan Nasional.

Namun, ketika Anwar diminta menunjukkan bukti tentang dakwaannya tersebut seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zaharin Hashim di Parlimen, Anwar langsung tak mampu membuktikannya tetapi mengeluarkan kenyataan berbelit-belit seumpama ular sawa.

Hakikatnya kini, ramai wakil didalam Pakatan Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen mereka, semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan Pakatan yang baru setahun jagung tersebut.

Sudah ramai diantara mereka yang memilih untuk meninggalkan kapal Pakatan Rakyat yang hampir karam. Cuma wakil dari Pas sahaja yang tak mampu meninggalkan parti. Maklumlah, jika keluar dari parti, alamat hilanglah isteri.

Yang pasti, walau apapun ugutan, ancaman, tuduhan, dan tohmahan yang dilemparkan kepada wakil rakyat pembangkang yang keluar parti dan menyokong kerajaan Barisan Nasional, di mata rakyat ia sebenarnya membuktikan bahawa Pakatan Rakyat kini sedang mengalami krisis kepimpinan yang amat buruk.

Jika keadaan ini berterusan dan ia memang dijangka tak akan berhenti setakat ADUN Malim Nawar ini...., impian Anwar, Lim Kit Siang dan Hadi Awang untuk menawan Putrajaya pasti hancur di tengah jalan.

Nak menjaga kebajikan wakil parti masing-masing sendiri pun tak berkemampuan, bagaimanakah Pakatan Rakyat mahu mengambil alih teraju pemerintahan dan menjaga kebajikan rakyat?

(Oleh: pak_long)


Kemungkinan PRU Ke-13 dipercepat

Posted: 19 Jun 2010 08:48 PM PDT

TUN Dr Mahathir Mohamad menyarankan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 perlu diadakan lebih awal dengan alasan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan rakyat ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan Parlimen Hulu Selangor serta kedudukan ekonomi negara yang semakin memberangsangkan.

Faktor lain ialah perkembangan mutakhir yang menyaksikan ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti dan menyertai UMNO serta beberapa anggota DUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang juga keluar parti dengan menyatakan sokongan terhadap BN, ditambah pula kemelut berlaku dalam PKR.

Begitu juga isu dan konflik politik yang berlaku di kalangan pemimpin PKR dan PAS Selangor. Maka memang dirasakan BN dan Perdana Menteri perlu mengambil peluang ini untuk memperbaharui mandat baru daripada rakyat.

Pada pandangan pemimpin BN dan UMNO, selagi komposisi Parlimen yang diasak sebilangan ahli Parlimen pembangkang (termasuk sesetengah ahli Parlimen BN juga) yang kurang bersikap 'parliamentarian', yang semacam merosakkan nama baik Parlimen dan perbahasan yang pada keseluruhannya tidak menguntungkan atau tidak memberi banyak faedah kepada rakyat, maka pertimbangan mempercepatkan PRU Ke-13 kelihatannya adalah wajar.

Inilah kesempatan terbaik buat Perdana Menteri memilih bakal wakil rakyat terbaik berasaskan 'pemimpin mendahului rakyat dan pencapaian diutamakan'. Hal ini dilihat tidak perlu mengambil kira akan kekalahan BN di Sibu yang mungkin dianggap sesuatu yang kurang impak berbanding faktor ekonomi yang sudah pulih dan sokongan secara umum rakyat terhadap BN dan Najib yang semakin meluas.

Pada hemat saya, saranan Dr Mahathir perlu dinilai secara serius kerana jika BN mengambil langkah terburu-buru, natijahnya akan memakan diri sendiri seperti berlaku ketika PRU Ke-12 yang sepatutnya tidak perlu diadakan pada 2008 kerana mandatnya boleh dilanjutkan sehingga akhir 2009.
Kecuali PRU Ke-6 pada 1982, semua PRU sejak merdeka diadakan sekitar empat tahun dan yang terpendek tempoh mandatnya ialah tiga tahun lapan bulan (1978-1982). Justeru, tidak janggal sekiranya Najib mahu mengadakan PRU Ke-13 pada bila-bila masa, mungkin awal tahun depan, iaitu tempoh mandat tiga tahun saja daripada tarikh PRU 2008.

Apapun, pada hemat saya, Perdana Menteri atau kerajaan yang ada mempunyai kuasa penuh untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa yang pada pendapatnya wajar dan sesuai dengan kehendak kerajaan dan parti yang beliau pimpin.

Persoalan pokok di sini bukanlah lama atau cepatnya tempoh mandat pilihan raya umum itu, tetapi dari segi pertimbangan politik yang memerlukan kewajaran dan rasional bagi mengadakan PRU lebih awal.

Pertimbangan serius perlu dilihat, termasuk apakah kepemimpinan Najib benar-benar mendapat sokongan rakyat? Selain itu, apakah dengan pemulihan ekonomi dapat membantu melonjakkan lagi sokongan rakyat terhadap BN dan UMNO?

Pertimbangan sedemikian penting difikirkan. Soal mengadakan PRU Ke-13 – cepat atau lambat – tidak timbul kerana ia pasti diadakan juga, walaupun sehingga mandatnya mencecah lima tahun pada 2013, popular atau tidak popular BN dan kepemimpinan UMNO, PRU mesti diadakan juga, kecualilah jika kita mahu sistem Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) sekali lagi.

Pandangan sesetengah penganalisis nampaknya lebih melihat kepada kritik atau isu dibawa pembangkang, sedangkan kritikan dalam BN dan UMNO sendiri, pada hemat saya perlu juga diambil kira secara serius sebelum keputusan mengadakan PRU Ke-13 dibuat.

Sejarah menunjukkan kritikan atau isu dalam BN dan UMNO perlu ditangani dengan tuntas atau cekap. Bukan semua kritikan di kalangan ahli BN atau UMNO menentang kepemimpinan. Ini yang gagal difahami sesetengah pemimpin UMNO. Jika kritikan dalaman gagal diselesai, tidak mustahil UMNO sekali lagi berdepan masalah seperti sebelum ini.

Mengenai sokongan akar umbi di luar bandar, pemimpin UMNO khususnya perlu meneruskan usaha merakyatkan parti sehingga terjalin hubungan mesra rakyat. Soalnya adakah rakyat sekarang sudah mula menerima BN dan UMNO? Saya masih ragu-ragu tahap sokongan rakyat, terutama di bandar dan luar bandar.

Dalam beberapa pilihan raya kecil, sokongan orang Melayu terhadap BN dan UMNO tidaklah memberangsangkan, walaupun menunjukkan peningkatan. Justeru, transformasi UMNO bukan saja harus ditumpukan kepada pimpinan peringkat atasan dan negeri, malah juga pada peringkat bahagian dan cawangan.

Jika semua faktor di atas dapat diambil kira dengan baik, tidak salah Najib mengadakan PRU Ke-13 lebih cepat. Beliau mahukan mandat semua rakyat, itu sudah menjadi lumrah politik demokrasi. Perdana Menteri berasakan bahawa mandat yang diberikan rakyat sejak 2008 lalu perlu diperbaharui.

Beliau perlu mendapat sokongan padu rakyat dan juga perlu mendapat semula kuasa kerajaan memerintah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan jika tidak pun Kelantan. Agak keterlaluan dikatakan mandat PRU Ke-12 adalah mandat yang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Najib hanya meneruskan mandat itu yang sepatutnya berakhir pada 2013.

Perlu diingat, apakah semua isu rasuah perlu diselesaikan terlebih dulu, baru PRU Ke-13 hendak diadakan? Itu tidak mungkin. Yang penting, sudah ada kesungguhan kerajaan membanteras segala macam isu seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan ia sudah cukup sebagai suatu kewajaran mengadakan PRU Ke-13, jika mahu ia dipercepatkan.

Walau apapun faktor dikemukakan sebagai asas mengadakan PRU, pada hemat saya, faktor ekonomi adalah yang terpenting. Ini adalah realiti politik demokrasi di Malaysia. Jika ekonomi lemah, lazimnya sokongan rakyat akan berkurangan.

Sebab itu, sekali lagi Dr Mahathir melihat faktor ekonomi sebagai asas cadangan beliau supaya PRU Ke-13 diadakan sekarang. Sebagai ahli akademik, saya juga berasa demikian. Sebabnya, kemerosotan BN/UMNO pada PRU Ke-3 (1969), Ke-10 (1999) dan Ke-12 (2008), jelas memperlihatkan faktor ekonomi yang kurang memberangsangkan ketika itu sebagai faktor nombor satu, selain faktor bukan ekonomi dalam mempertimbangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Dengan ekonomi makin berkembang, Keluaran Kasar Negara (GNP) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat, dengan petanda gaji kakitangan swasta dan kerajaan akan naik, harga barang stabil, subsidi kekal dan pelbagai lagi petunjuk politik, maka kewajaran mengadakan PRU Ke-13 sekarang mungkin berasas.

(Oleh Ahmad Atory Hussain)


Pasir: Kita Semua Ditipu Oleh Kerajaan Negeri

Posted: 19 Jun 2010 05:07 PM PDT

1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat mengemaskini blog ini walaupun ada beberapa isu yang perlu ditulis. Ini kerana saya berada di luar kawasan bercuti bersama anak-anak sempena cuti sekolah.

2. Isu penyelewengan dan salah urus hasil pasir negeri Selangor terus diperkatakan walaupun Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat)telah membuat pendengaran terbuka dan cuba membersihkan pentadbiran kerajaan negeri.

3. Tidak cukup itu, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa menggunakan Setiausaha Politiknya, Saudara Nik Nadzmi Nik Ahmad untuk menukar posisi kerajaan negeri dengan mendakwa saya memberi maklumat yang salah mengenai jumlah kutipan royalti pasir sebelum Kumpulan Semesta Sdn Bhd ditubuhkan. Terdapat juga beberapa bloggers yang "berkhidmat" dengan kepimpinan Selangor menuduh saya pembohong.

4. Untuk kebaikan dan demi perbahasan yang sihat, saya akui ada kekeliruan maklumat yang saya dapat antara hasil royalti pasir dengan hasil semua royalti batuan. Oleh kerana tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan negeri saya telah tersilap nyata hasil batuan dan mineral keseluruhan dengan royalti pasir.

5. Saya tidak mempunyai data setepatnya kerana data 2007 hanya dapat dikira pada 2008 di mana pentadbiran kerajaan negeri telah berubah pada bulan Mac. Justeru saya terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa. Rumusan saya mengenai hasil pasir negeri Selangor adalah bersandarkan jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan UsAhawan YB Yaakop Sapari DUN Selangor 2008.

Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI : Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkaitan dengan soalan Bangi yang juga dibangkitkan oleh Sungai Panjang.

Setelah saya berada di pejabat EXCO, saya mendapat taklimat daripada pegawai. Saya bertanyakan berapakah pendapatan royalti daripada hasil batuan kerajaan negeri. Pegawai memberitahu bahawa pendapatan sekitar dua puluh satu juta dan hasil daripada royalti pasir sekitar tujuh belas juta. Bila saya bertanya kepada REHDA berapakah demand dengan izin untuk pasir seluruh Selangor setahun. Jawapannya sekitar lima puluh juta metrik tan.

Kalau satu tan dikenakan royalti tiga ringgit sepatutnya kerajaan negeri mengutip seratus lima puluh juta matriks setahun, tetapi kenapa tujuh belas juta. Hasil perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, akhirnya kerajaan negeri memutuskan supaya hasil batuan ini diuruskan sendiri oleh Kerajaan negeri.

Ekoran daripada itu kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah syarikat di bawah MBI namanya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. dan syarikat ini akan mengendalikan hasil batuan di kerajaan negeri dengan itu sistem pengurusan hasil batuan negeri akan lebih teratur. Senarai syarikat-syarikat yang lepas yang telah mendapat, ada senarai dalam senarai yang diberikan masih ada enam syarikat lagi yang masih beroperasi sampai bulan dua belas. Saya dapati syarikat-syarikat ini ada yang berkait rapat sebahagian besar dengan pemimpin-pemimpin politik kerajaan terdahulu.

Untuk soalan ketiga, berdasarkan jangkaan yang kita ada kita menganggarkan sekurang-kurangnya seratus dua puluh juta yang akan dikutip daripada hasil batuan negeri Selangor dan semua hasil-hasil ini kita akan berikan kepada rakyat sebagai janji kita dalam manifesto menjadikan Selangor sebuah negara maju, bersih dan berkebajikan. Terima kasih. [Petikan Hansard 23 Oktober 2008]


6. Sekarang kerajaan yang sama menyatakan bahawa hasil royalti pasir semasa BN hanya RM 2.9 juta. Adakah saya yang berbohong atau kerajaan negeri?

7. Tidak cukup dengan itu, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapan pembentangan Bajet Selangor 2010 menyatakan:

(84) Kelima, bagi pelaksanaan program MES seterusnya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan syarikat, iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi melaksanakan Program Meningkatkan Hasil Batuan dan Mineral. Sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang telah dijelaskan oleh KSSB kepada Pejabat Tanah dan Galian berjumlah RM 4,678,021.84 berbanding dengan jumlah yang diterima pada tahun yang lalu iaitu RM735,000 pada 2008. Ini tidak termasuk keuntungan yang dihasilkan oleh KSSB sendiri. [Hansard DUN Selangor, 10 November 2009]

8. Manakala dalam satu Kenyataan Akhbar oleh Sekretariat Akbar, Pejabat Menteri Besar Selangor "KERAJAAN NEGERI AGIH KEUNTUNGAN JUALAN PASIR KEPADA JKKK" bertarikh 9 Mac 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan KSSB telah mencatat keuntungan kira-kira RM 20 juta sepanjang tahun lalu.

9. Sebaliknya menurut Pengarah Eksekutif KSSB, Ir. Ramli Abd. Majed dalam pendengaran Selcat baru-baru ini bahawa "keuntungan KSSB sebelum cukai pada 2009 ialah RM10 juta dan setelah ditolak cukai, syarikat itu memperoleh RM8 jutadalam sesi pendengaran SELCAT baru-baru ini kita mendapat maklumat bahawa."

10. Lihat Tan Sri Khalid sendiri memberi pelbagai kenyataan yang mengelirukan dan seolah-olah mahu membohongi rakyat. Kalau saya yang tidak mempunyai kuasa dan sumber tersalah maklumat mungkin masuk akal. Namun apabila mereka yang mempunyai kuasa dan maklumat boleh mengubah statistik hasil pasir sesuka hati tentu menimbulkan tanda tanya kemungkinan ada skandal yang sangat besar dalam industri ini.

11.Jika saya yang di luar pentadbiran dianggap tidak memahami pentadbiran perlombongan pasir, maka apakah kesimpulan yang wajar kita buat kepada mereka yang berkuasa dan mempunyai maklumat tetapi memberi kenyataan yang berbeza dan berbelit-belit?

12. Saya hairan, Nik Nazmi mengambil masa mengulas kenyataan saya tetapi tidak sedikit pun meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dalam blog saya yang membabitkan kenyataan yang sama.

13. Misalnya mengapa Khalid umum KSSB untung RM 20 juta tahun lalu tetapi kenyataan KSSB hanya RM 10 juta sahaja. Kemana hilang RM 10 juta lagi?

14. Kerajaan negeri juga perlu menjawab mengapa syarikat "untung atas angin" seperti KSSB hanya membayar royalti sebanyak RM 4 juta sedangkan mereka untung RM 10 juta. KSSB hanya menguruskan tender sahaja sedangkan tanah milik kerajaan dan penentuan tanah yang boleh di lombong pasir dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Galian. Pernahkah sesiapa antara kita berjumpa dengan kaedah perniagaan broker yang mana keuntungan lebih besar daripada keuntungan pelanggan mereka? Inilah kali pertama dalam sejarah syarikat yang hanya menguruskan pemilihan tender untung lebih besar daripada pemilik harta.

15. Kerajaan negeri juga tidak menjelaskan mengapa pemberian bonus kepada pegawai KSSB begitu besar biarpun belum cukup setahun bekerja. Menteri Besar tidak boleh lepas tangan kerana KSSB berada di bawah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Apakah Tan Sri Khalid memberitahu kita bahawa pemberian bonus tersebut dilakukan tanpa pengetahuan dan kelulusan beliau?

16. Nik Nazmi juga menyatakan saya tidak memanfaatkan potensi besar industri pasir Selangor. Ini memang benar. Kerajaan negeri semasa BN telah membuat keputusan tidak membenarkan perlombongan pasir atas tanah kerajaan atas faktor alam sekitar dan kestabilan tanah. Perlombongan pasir akan menyebabkan tanah menjadi berlubang dan meningkatkan kos jika mahu menambak semula. Ini mengakibatkan tanah milik kerajaan negeri akan jatuh nilai dan pada masa hadapan mungkin banyak tanah di Selangor tidak boleh dibangunkan.

17. Bacalah kenyataan pengarah KSSB sendiri jika perlombongan pasir dilakukan secara intensif di Selangor seperti mana matlamat kerajaan bijaksana pimpinan Khalid Ibrahim, "jika 66 juta metrik tan pasir digali, akhirnya Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal." [Sesi Pendengaran Selcat, JUN 2010].

18. Dahulu semasa BN, kerajaan negeri hanya membenarkan perlombongan pasir atas tanah persendirian. Itu pun mendapat banyak tentangan daripada badan bukan kerajaan NGO) berasaskan alam sekitar. Anehnya sesetengah penggerak NGO ini hari ini berada dalam kerajaan negeri memejam mata sahaja terhadap pemusnahan alam sekitar akibat kegiatan perlombongan pasir secara intensif ini. Siapa yang akan menanggung kos baik pulih tanah kawasan perlombongan pasir ini pada masa akan datang?

19. Oleh kerana Nik Nazmi mendakwa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengatasi masalah curi pasir, saya juga ingin mencabar agar kerajaan negeri Selangor agar mendedahkan statistik operasi membanteras perlombongan pasir secara haram sejak 2006 sehingga 2009 dari segi jumlah tangkapan, dakwaan, penyitaan jentera dan kompaun yang telah dikenakan.

20. Saya juga mendapat maklumat bahawa pengurusan KSSB ada membuat rayuan kepada pihak berkuasa bagi mengurangkan kompaun yang dikenakan ke atas beberapa syarikat di bawah pengawasannya. Jika benar, apa rasional dan logik KSSB membuat rayuan pengurangan kompaun bagi pihak kontraktor? KSSB menjaga kepentingan rakyat dan negeri atau kepentingan kontraktor?

21. Kita juga tertanya-tanya apakah motif kerajaan negeri mahu menghadiahkan RM 5, 000.00 kepada JKKK dan Ketua Kampung jika mereka berjaya membantu menangkap pencuri pasir. Apakah ia satu usaha mengatasi kecurian pasir atau usaha membaiki imej sahaja di samping mahu memberi wang lebih kepada jentera politik akar umbi Pakatan? Jika benar mahu maklumat mengapa saksi-saksi yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kapar tidak dibenarkan memberi keterangan kepada Selcat?

22. Sehingga satu penjelasan yang munasabah dibuat oleh kerajaan negeri, isu pasir ini menunjukkan betapa isu salah tadbir, penyalahgunaan kuasa dan yang paling teruk pembohongan telah menjadi barah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

(Oleh: Dr. Mohamad Khir Toyo)


Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin


Reformists must come to the fore

Posted: 18 Jun 2010 05:00 PM PDT

The five-year Malaysia Plans have tended to get things right as far as the big picture is concerned. A cursory glance at the recent five-year development plans show an acute sense of awareness on the part of the Government on the general direction in which the economy must move. It was no different with the 10th Malaysian Plan (10MP), Dato' Sri Najib Tun Razak's first since becoming Prime Minister. The broad thrusts and priorities of the 10MP are sound - spurring private sector economic activity towards a high-income economy, government transformation, inclusive development, fighting for talent and rewarding innovation, among other big ideas. No one can argue with these priorities. Even in Parliament, members from both sides of the divide agree that these are sensible strategic initiatives to extricate the country from the doldrums of the mediocre middle that we currently find ourselves in.

Pengikut