Ahad, 20 Jun 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali ; DAP,PAS,PKR hipokrit

Posted: 19 Jun 2010 10:46 PM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendedahkan kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menggunakan hasil cukai judi, arak dan anjing untuk tujuan pembangunan prasarana di negeri itu.

Katanya, Mursydul Am PAS itu boleh 'menghalalkan' apa yang menguntungkan kepada mereka dan sebaliknya mengecam usaha kebaikan yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Inilah sikap berdolak-dalik pemimpin PAS dan saya sifatkan beliau sebagai tok guru yang memecahbelahkan umat Islam dan orang Melayu," tegasnya.

Oleh sebab itu jelas beliau, pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengagung-agungkan DAP yang menentang keras lesen pertaruhan judi bolasepak yang dikeluarkan kerajaan baru-baru ini.

"Saya berasa pelik, apabila DAP dalam satu kenyataan medianya menentang pemberian lesen tersebut, PAS dan PKR pula yang menyokongnya," katanya.

Sebaliknya tegas beliau, DAP hanya berbohong kepada rakyat kerana mereka juga menyedari bahawa judi adalah sebahagian daripada budaya hidup masyarakat Cina.

"Oleh sebab itu dalam soal kematian pun, orang Cina masih lagi berjudi kerana itu budaya mereka yang tidak konsep halal dan haram," tegasnya lagi.
Katanya, judi tetap haram kepada orang Islam dan walaupun perbuatan itu ditegah sekeras-kerasnya oleh agama tetapi masih juga ada yang melakukannya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras yang disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, di sini pagi tadi.

Turut hadir ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Ghani selaku wakil pemerhati daripada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

"Kalau ikhlas nak banteras judi, saya cabar mereka (pemimpin PAS) supaya tutup segera kedai-kedai judi seperti toto dan nombor ekor di seluruh Selangor," tambahnya lagi.

Syed Ali juga melahirkan kesal terhadap sikap pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR yang sentiasa mengagungkan keputusan dan pendirian DAP seperti berdemontrasi dan menghasut rakyat membenci BN dan UMNO.

"Saya sedih kenapa orang Melayu dalam PAS dan PKR masih tidak sedar taktik DAP yang berusaha untuk menghancurkan Islam dan melaga-lagakan kepimpinan Melayu," tegasnya.

Nama Jalan Ampang dicadangkan tukar kepada Jalan Tun Dr.Mahathir

Posted: 19 Jun 2010 10:13 PM PDT

UMNO Bahagian Cheras hari ini mencadangkan kerajaan menukarkan nama Jalan Ampang di Kuala Lumpur kepada nama Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mengenang sumbangan besar bekas Perdana Menteri itu kepada pembangunan negara.

"Kita minta Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO supaya mempertimbangkan cadangan ini, namakan Jalan Ampang kepada Jalan Tun Dr. Mahathir," tegas Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ketuanya, Jalan Ampang tidak ada kaitan dengan pemimpin negara dan bagi mengenang pengorbanan bekas Perdana Menetri, maka cadangan ini perlu disegerakan.


Lagipun kata beliau, setakat ini hanya beberapa batang jalan di Kuala Lumpur yang dinamakan dengan nama bekas pemimpin seperti Jalan Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Razak

Syed Ali menyatakan demikian berucap di majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras yang disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras, pagi ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukarkan kepada nama Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir Hasnmah Kuala Lumpur.

"Sehingga kini tidak ada mercu tanda yang diberikan nama Tun Dr. Mahathir, sedangkan pelbagai projek mega seperti KLIA, KLCC dan Menara KL adalah pembangunan yang dihasilkan di zaman beliau," ujarnya.

Beliau menyebut contoh beberapa lapangan terbang di negara asing seperti di Amerika Syarikat yang menamakan bekas pemimpin mereka seperti John Jennedy dan Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta.

"Apakah kita tidak pernah terfikir untuk memberi sedikit penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir yang jasanya terlalu besar untuk rakyat dan negara ini ?," soal beliau.

Beliau tidak mahu apabila seseorang pemimpin itu sudah tiada (meninggal dunia) barulah kerajaan akan mengenang jasanya.

Tiada ulasan:

Pengikut