Khamis, 2 Disember 2010

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Penyelewengan kerajaan Selangor - MB perlu telus dengan rakyat

Posted: 01 Dec 2010 05:15 AM PST

01/12/2010 6:10pm

SHAH ALAM 1 Dis. - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan PKR Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan yang dijadualkan, Jumaat ini.

"Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Hamizun berkata, memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata, memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. - Bernama

Fikir-fikirkanlah berapa banyak wang rakyat telah diseleweng oleh PKR.

Tiada ulasan:

Pengikut