umno bahagian cheras |
‘Memang tepat Muhyiddn kekal Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan’ – Syed Ali Posted: 27 Dec 2010 08:56 PM PST "MEMANG tepat Tan Sri Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Pesrekutuan kerana beliau mampu mempercepatkan proses transformasi politik khususnya di peringkat akar umbi untuk mengembalikan semula kegemilangan UMNO di negeri ini," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Katanya, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan sokongan kepimpinan UMNO di peringkat bahagian di Wilayah Persekutuan akan berupaya menyuntik semangat baru di kalangan ahli-ahli parti. "Era kegemilangan UMNO sudah bermula dan saya percaya Muhyiddin mampu mengembalikan semula tahap sokongan rakyat khususnya warga kota terhadap UMNO dan Barisian Nasional (BN) amnya," ujar beliau. Menurutnya, UMNO di Wilayah persekutuan khususnya memerulukan seorang tokoh yang berkelibar untuk mengubah lanskap politik di Wilayah Persekutuan yang tercalar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu. Justeru itu kata beliau, keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO mengekalkan Muhyiddn membuktikan pengalaman, ketokohan dan sikap mesra rakyat beliau amat diperlukan di negeri ini. "Saya menyifatkan langkah mengekalkan Muhyiddin sebagai Pengerusi Perhubungan adalah tindakan bijak kearah memantapkan dan seterusnya mengukuhkan UMNO termasuk BN sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang," tegasnya. Kemampuan Muhyiddin jelas beliau, memberi kekuatan kepada UMNO untuk merampas semula beberapa kerusi Parlimen di Wiayah Persekutuan yang telah dikuasai pembangkang sebelum ini. Muhyiddin mesra rakyat Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menambah, Muhyiddin yang dibantu oleh Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang turut dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan merupakan gandingan yang boleh memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO. "Gandingan tersebut yang sudah semestinya mendapat kerjasama seluruh kepimpinan UMNO di negeri ini juga turut mendapat sokongan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi," tambahnya. Semalam Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan perubahan teraju kepimpinan UMNO peringkat negeri yang membabitkan Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang. Manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak terus kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Datuk Seri Noh Omar kekal sebagai timbalannya. Beliau menambah, dengan perlantikan semula Muhyiddin dan Raja Nong Chik, seluruh ahli-ahli UMNO hendaklah meningkatkan usaha kepada gerakkerja parti di peringkat bahagian dan cawangan sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang. "Sekarang spekualsi mengenai perkara itu (Pengerusi Perhubungan) sudah terjawab, maka saya menyeru kepada seluruh warga UMNO di Wilayah Persekutuan supaya mengukuhkan saf perjuangan untuk kepentingan parti," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from umno bahagian cheras To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan