Jumaat, 17 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali dakwa Anwar rancang supaya wakil rakyat pembangkang digantung

Posted: 17 Dec 2010 01:16 AM PST

RAKYAT jangan mudah terpedaya dengan isu penggantungan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) semalam kerana ia adalah muslihat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, insiden tersebut sememangnya sudah dirancang terlebih dahulu oleh Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan membawa beberapa sepanduk ke Parlimen.

"Secara logiknya, mereka sudah tahu tindakan yang bakal dikenakan, oleh sebab itu awal-awal lagi mereka membawa sepanduk yang antara lain mengecam Parlimen," tegasnya.

Beliau hairan bagaimana wakil rakyat pembangkang boleh menyusup masuk sepanduk-sepanduk semasa sesi perbahasan dan digunakan semasa berlaku kekecohan dan juga di luar dewan.

"Pada hemat saya, pihak keselamatan boleh membendung kejadian tersebut kerana ianya jelas melanggar peraturan dan mencemarkan kemuliaan Parlimen," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, rakyat tidak perlu berasa khuatir dengan permainan kotor Anwar kerana beliau sememangnya kaki 'putar alam'.

"Rakyat perlu sedar ini semua taktik jahat di sebalik penggantungan tersebut," tambahnya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh katanya, sengaja mahukan Parlimen mengambil tindakan keatas beliau bagi membolehkannya menjadikan isu tesrebut sebagai modal politik untuk memburukkan kerajaan Barsian Nasional (BN) dan UMNO amnya.

Malah katanya, Anwar berbuat demikian untuk 'mencuri masa' dalam perbicaraan kes liwatnya kerana antara yang terbabit dalam penggantungan tersebut ialah peguam utamanya, Karpal Singh.

"Inilah taktik keji Anwar yang sanggup memperalatkan Dewan Rakyat untuk kepentingan peribadi dan agenda politik pembangkang," tegasnya.

Syed Ali menyifatkan tunjuk perasaan yang diadakan oleh wakil rakyat pembangkang dan penyokong mereka sebagai menghina dan mengotori kemuliaan sistem demokarsi berparlimen di negara ini.

Beliau mendakwa Anwar bersifat hipokrit dengan sengaja memainkan isu Apco tetapi pada hakikatnya dia sebenarnya alat kepada kuasa asing termasuk pro-rejim Israel.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak media termasuk stesen penyiaran RTM supaya menayangkan semula tindakan wakil rakyat mengusung sepanduk anti-Israel di Parlimen semalam supaya diketahui seluruh dunia.

"RTM boleh salurkan rakaman perbuatan mereka itu ke saluran CNN supaya diketahui oleh masyarakat dunia siapa sebenarnya Anwar," katanya.

Semalam, Parlimen meluluskan usul tanpa bahas perggantungan Anwar dan tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang berhubung isu Apco yang dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia.

Syed Ali juga mendedahkan Anwar cuba memerangkap simpati daripada PAS dan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam gerakan perang saraf mereka.

"Aktiviti sekumpulan pelajar IPTA perlu diawasi kerana ada di kalangan mereka merupakan agen propaganda Anwar," katanya.

Beliau bimbang jika pelajar-pelajar IPTA dibenarkan berpolitik kesannya akan mengugugat perpaduan orang Melayu.

Ini katanya, tindakan perangsaraf pembangkang terutama PKR dan PAS dilihat lebih aggresif berbanding dengan BN dan UMNO.

Tiada ulasan:

Pengikut