Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 17 Disember 2010

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


DATUK SULAIMAN TAHA (ADUN TENANG) KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 16 Dec 2010 03:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.05 Tenang, Johor, Datuk Sulaiman Taha dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 59 tahun dirawat di Hospital Ampang Puteri, Selangor kerana penyakit kencing manis sejak 24 November lalu terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan bagi menjalani rawatan lanjut.

Allahyarham meninggalkan isteri Seri Noraini Yaakop, 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Petang semalam, Bernama melaporkan Allahyarham berada di dalam keadaan stabil. Menurut agensi berita itu, Setiausaha UMNO Bahagian Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, berkata, wakil rakyat BN itu yang dimasukkan ke hospital berkenaan kerana perlu menjalani rawatan lanjut.

Abdul Razak dilaporkan sebagai berkata, Allahyarham menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.

Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.

Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham memperolehi 6,367 undi dengan majoriti 2,492 undi bagi menewaskan calon Pas, Md Saim Siran (3,875). Beliau menewaskan Md Saim dengan majoriti 5,517 undi pada PRU 2004.

Beliau adalah Ketua Bahagian UMNO Labis sejak 2001, pernah menjadi Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (1994-1997) dan Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia (1987-1993). Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga adalah Leftenan Kehormat Angkatan Relawan (Rela) sejak 2006.

Sumber Berita -MediaUMNO

Al Fatihah . Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras mengambil kesempatan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sanak saudara Allahyarham Datuk Sulaiman Taha. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Amin.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian