Isnin, 13 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Anwar cuba heret PDRM untuk tutup kes liwat – Syed Ali

Posted: 12 Dec 2010 09:18 PM PST

DATUK Seri Anwar Ibrahim dikatakan sekali lagi cuba mengheret Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menutup salahlaku seksnya ekoran pendedahan WikiLeaks yang berasaskan kepada sumber perisikan Singapura dan Australia.

Penasihat Umum Parti Keadilan rakyat (PKR) itu dikatakan mendakwa PDRM membocorkan rahsia kes liwatnya sedangkan pihak berkuasa Malaysia tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut.

"Anwar sengaja mengaitkan pelbagai pihak khususnya pihak berkuasa dalam kes berkenaan kononnya beliau diperangkap," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

Semalam, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mengetepikan pandedahan WikiLeaks sambil mendakwa sumber pendedahan tersebut adalah daripada Cawangan Khas (SB) PDRM.

WikiLeaks, merupakan laman web yang telah mengejutkan dunia dengan pendedahan rangkaian oprasi sulit ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Beliau menyifatkan dakwaan Anwar itu sebagai mengarut dan cuba mengheretkan pembabitan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Dakwaan Anwar kononnya PDRM bocorkan rahsia liwat adalah satu pembohongan besar bertujuan memalukan negara ini diperingkat antarabangsa," katanya.

"Persoalannya, adakah PRDM yang bocorkan atau pun pemimpin DAP, seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang? Tidak mustahil DAP sengaja membocorkan rahsia 'aktiviti' Anwar itu untuk kepentingan mereka," tegasnya.

Syed Ali tidak menolak kemungkinan tersebut kerana DAP tidak bersetuju dengan PKR yang mahukan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa, sedangkan mereka bercita-cita untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
sumber perisikan Singapura - Australia

"Hubungan DAP dan PKR semakin tegang kerana masing-masing berebut untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," uajrnya.

Menurut Syed Ali lagi, andaian itu kukuh kerana peguam utama yang mengendalikan kes liwat Anwar adalah Karpal Singh dan beliau sudah tentu mengetahui 'banyak rahsia' yang menyelubungi kehidupan Anwar termasuk dalam kes liwatnya yang pertama tidak lama dulu.

Sebelum itu, akhbar yang berpengakalan di Australia, The Sun-Herald telah mendedahkan kabel Jabatan Pertahanan Negara AS pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar sememangnya terbabit dalam perbuatan yang dituduh itu walaupun beliau menafikannya.
Syed Al yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, dakwaan WikiLeaks bahawa Anwar telah diperangkap dalam kes liwatnya adalah tidak berasas dan berniat jahat untuk mencemarkan reputasi pendtabiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Kalau dikatakan ada konspirasi atau perangkap ke atas Anwar, adalah mustahil untuk menggunakan taktik yang sama untuk kali kedua, walaupun kes liwat pertamanya dulu pun terbukti bukan satu pakatan," jelasnya.

Katanya, ketika Anwar mengemis sokongan luar dalam masa yang sama juga beliau mengambil kesempatan memburukkan negara ini dan terus melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan tidak berasas kepada kerajaan BN.

"Oleh sebab itu, Jika Anwar berpegang kepada kebenaran dan keadilan perundangan serta yakin tidak melakukan perbuatan yang dilaknatkan oleh Allah SWT, , dia tidak perlu takut terhadap tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut