Isnin, 13 Disember 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Hoki dapat semangat baru

Posted: 13 Dec 2010 10:07 AM PST

Link artikel: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm

SUKAN hoki negara mendapat suntikan baru dalam program pembangunan pemain pelapis apabila kerajaan bersedia menambah peruntukan sebanyak RM3 juta dalam masa tiga tahun di bawah Projek Hoki 1MAS.

Projek Hoki 1MAS yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak di Stadium Tun Razak, Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam, bakal menelan pembelanjaan sebanyak RM2 juta setahun di bawah kelolaan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Begitupun, setelah melihat peningkatan skuad negara yang memberangsangkan, terbaru memenangi pingat perak pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou bulan lepas, Najib akhirnya mengumumkan bahawa program pembangunan ini akan disuntik dengan peruntukan RM1 juta lagi bagi setiap tiga tahun demi memastikan kecemerlangan tersebut berterusan.

"Sejak Malaysia beraksi pada separuh akhir Piala Dunia 1975 di Kuala Lumpur, tidak dinafikan bahawa hoki mula dilihat sebagai antara sukan yang amat berpotensi dan semakin diminati ramai," kata Najib pada Majlis Perasmian Projek Hoki 1MAS semalam.

"Malah setelah kita memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998 dan terbaru pingat perak di Sukan Asia, ia membuktikan bahawa sukan ini berada di standard tersendiri dan wajar diberi perha- tian.

"Cuma ketika ini, sukan hoki di Malaysia perlu diberi nafas baru, suntikan dan rangsangan untuk terus mencipta kejayaan di pering- kat lebih tinggi lagi.

"Justeru, demi memastikan kesinambungan ini berterusan, maka kerajaan bersedia menambah peruntukan kepada Projek Hoki 1MAS sebanyak RM3 juta bagi tiga tahun pertama dan sekiranya projek ini menunjukkan hasil, kerajaan mungkin akan menambah lagi peruntukan tersebut pada masa hadapan," ujar beliau lagi.

Menurut Najib, projek bagi melahirkan lebih ramai pemain pelapis pada masa hadapan amat penting kerana ia akan menjadi teras kepada kejayaan-kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

"Saya kagum dengan semangat melawan dan sikap tidak putus asa pemain negara ketika kita mene- waskan India (4-3) pada separuh akhir di Sukan Asia baru-baru ini," kata Najib.

"Walaupun kita kalah kepada Pakistan (0-2) di final, namun pujian wajar diberikan kepada pemain-pemain kita yang tidak menyerah kalah dan berjaya mencipta sejarah baru dalam hoki dengan memenangi pingat perak.

"Begitupun, kita tidak boleh terus dibuai dengan pencapaian ini dan hanya menumpukan perhatian terhadap skuad dan pemain yang kita ada sekarang.

"Sebaliknya, kita perlu ada teras yang kukuh di peringkat bawah kerana tanpa teras tersebut (pelapis), tidak akan ada kejayaan di peringkat tertinggi seperti ini. Jadi kita kena tumpukan kepada pembentukan teras yang kuat," ujar beliau lagi.

Turut hadir pada majlis berke- naan ialah Presiden PHM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta pemain dan bekas pemain hoki kebangsaan era 70-an.

Projek Hoki 1MAS merupakan program pembangunan jangka panjang di peringkat remaja dengan matlamat melahirkan pemain-pemain pelapis yang berkaliber dan mampu mewakili Malay- sia di peringkat antarabangsa menerusi sistem latihan dan struktur pembangunan yang tersusun di peringkat akar umbi.

Program ini telah bermula Julai lepas dengan melibatkan 840 pemain di 14 buah negeri seluruh negara dan dijangka meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun dengan sasaran melahirkan 2,100 pemain berkaliber sehingga tahun 2015
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS : NEGARA ISLAM PAS BERI HELAH LAGI.

Posted: 13 Dec 2010 06:11 AM PST

Elak bincang dasar negara Islam Pas, bukti pakatan berbeza ideologi

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Tindakan pakatan pembangkang yang mahu isu-isu sensitif seperti dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas dielakkan ketika konvensyen pakatan itu minggu depan jelas membuktikan mereka masih terikat dengan ideologi berbeza.
Sambil menyifatkan pakatan tersebut sebagai pakatan 'kongsi gelap', Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, isu sedemikian sememangnya tidak akan dapat dibincangkan oleh pakatan berkenaan dan ia dilihat jauh berbeza dengan kesepakatan BN.
Menurut beliau, sejak dari awal lagi, pakatan pembangkang sudah saling tipu- menipu antara satu sama lain dan mereka hanya menunggu masa untuk berpecah.
"Seorang kata hendak tubuh negara Islam, yang seorang lagi kata 'langkah mayat aku dahulu' dan seorang lagi kata hendak rampas kuasa 16 September.
"Saya yakin, akhirnya pakatan 'kongsi gelap' ini, bila mereka hendak 'agih-agihkan harta rampasan' dan apabila pengagihan tidak betul, mereka akan bergaduh.
"Tunggu sahajalah waktu mereka akan pecah seperti gunung berapi yang hendak meletus dan menjadi serpihan,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan program Titian Kasih Ketiga anjuran Pemuda BN Parlimen Subang di Sungai Buloh, dekat sini hari ini.
Pada majlis tersebut, seramai 305 pelajar dan murid sekolah menerima sumbangan berupa bantuan persekolahan termasuk wang tunai RM100.
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengelak daripada memperkatakan isu-isu sensitif termasuk dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas.
Pas yang sebelum ini lantang memperjuangkan dasar berkenaan bagaimanapun dilihat membisu dan akur dengan perkara tersebut.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata, perkara yang berlaku dalam pembangkang sebenarnya jauh berbeza dengan BN yang memutuskan apa jua perkara berbangkit secara konsensus.
"Dalam BN, walaupun ada yang menyuarakan pendapat masing-masing, tetapi akhirnya kita akan bermesyuarat dan dalam mesyuarat, kita putuskan secara konsensus.
"Inilah kesepakatan dalam BN yang diamalkan sejak dari awal lagi dan ia berterusan,'' jelasnya.
Ditanya tentang kerakusan Anwar untuk berkuasa, Tengku Adnan berkata, ia sebagai satu usaha untuk membolehkan beliau melakar sejarah bahawa tuduhan liwat ke atasnya dapat dihapuskan.
"Beliau (Anwar) bukan hendak perjuangkan rakyat dan bukannya sayangkan negara ini. Kalau sayangkan negara, sudah tentu beliau tidak akan ke luar negara dan memburuk-burukkan tanah air,'' tegasnya.
Mengenai pendedahan WikiLeaks bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah hasil kerja 'perangkap' musuh politiknya, beliau berkata, WikiLeaks boleh mengeluarkan apa jua dakwaan.

Pas tetap perjuang negara Islam

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menafikan laporan portal berita propembangkang bahawa beliau meminta semua pihak supaya jangan membangkitkan lagi isu penubuhan negara Islam yang menjadi perjuangan parti tersebut.
Sambil menjelaskan bahawa sudah banyak kali kenyataannya disalah tafsirkan, Mustafa berkata, apa dimaksudkan supaya jangan dibangkitkan lagi adalah dalam konteks konvensyen pakatan pembangkang yang akan berlangsung di Pulau Pinang, minggu depan.
"Soal negara Islam hanyalah istilah tetapi perjuangan Islam tetap menjadi dasar Pas. Perkara ini bukan isu kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) faham dengan dasar yang sekian lama diperjuangkan oleh Pas. Islam akan terus jadi pegangan Pas.
"Jangan kita hanya melihat pada istilah, istilah ini jika silap ditulis atau dilaporkan ia akan memberi maksud yang berbeza. Apa yang saya perkatakan pagi ini (hari ini) adalah dalam konteks konvensyen pakatan pembangkang nanti, bukan soal tidak mahu menubuhkan negara Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysian Insider bahawa Pas meminta semua pihak supaya jangan lagi membangkitkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pegangan parti itu sekiranya pembangkang menguasai kerajaan Pusat.
"Benda ini (negara Islam) sudah tidak ada isu, tak usah nak bangkitkan lagi isu ini. Tak usah nak bangkitkan lagi," lapor Malaysian Insider yang mendakwa memetik kenyataan Mustafa selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pusat Pas di Markas Pas, Taman Melewar, hari ini.
Menurut portal itu lagi, ketetapan tersebut dibuat kira-kira seminggu selepas Mustafa yang sebelum ini mengarahkan semua pemimpin Pas supaya jangan menyentuh isu-isu semasa, dipercayai berkait dengan dasar negara Islam serta jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk bukan Melayu.

PPUBJ : Yang mana satu penyokong PAS nak ikut, sekejap kata OK sekejap KO....fening....fening...

JAWAPAN KEPADA ISU TPM BUKAN ISLAM

Posted: 13 Dec 2010 05:46 AM PST

Islam prasyarat utama TPM bukan Melayu
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
zainul.rijal@abubakar.my
2010/12/13
Pemegang jawatan perlu laksana tanggungjawab pertahan agama ikut Perlembagaan

SEGENAP lapisan masyarakat di Malaysia heboh memperkatakan cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan.
Cadangan ini bukan perkara lazim diamalkan rakyat Malaysia kerana tradisinya Perdana Menteri (PM) dan TPM terdiri daripada kalangan orang Melayu beragama Islam.
Saya mengambil kesempatan ini menerangkan dari sudut undang-undang dan Perlembagaan berkaitan kelayakan menjadi PM dan TPM ini. Ruangan saya ini tidak terikat dengan kepentingan mana-mana parti politik ataupun badan siasah lain.

Jawatan TPM tidak disentuh di dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun jawatan ini tiada dalam Perlembagaan, ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Oleh itu, pelantikan TPM tidak melanggar Perlembagaan itu sendiri. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah "Supreme head of the Federation. Baginda adalah Ketua Negara tetapi bukan Ketua Kerajaan. Kuasa eksekutif terletak dalam tangan PM.

YDPA bertindak atas nasihat Kabinet diketuai PM. Kewujudan jawatan TPM secara konvensyennya dibuat kerajaan. Jawatan TPM penting kerana TPM adalah orang nombor dua dalam kerajaan. Malah, jika PM di luar negara atau sakit, TPM memangku jawatan PM.
Kuasa melantik PM atas budi bicara YDPA sendiri. Tidak ada sesiapa boleh memaksa baginda melantik Menteri Besar (MB). Ia bukan kuasa yang dimiliki mana-mana pihak atau kerajaan.

Jika kita melihat dalam Perlembagaan, memang benar tidak disebut dengan jelas bahawa PM dan timbalannya mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu. Oleh kerana tiada syarat spesifik seorang PM dan TPM adalah Melayu, saya berpandangan orang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau TPM.

Namun timbul pula persoalan adakah seseorang bukan Islam boleh dilantik menjadi PM atau TPM? Bagi mencari jawapan terhadap persoalan ini kita perlu meneliti sumpah yang diambil oleh YDPA semasa menaiki takhta baginda. YDPA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersumpah dalam jadual keempat Perlembagaan Persekutuan akan memelihara Islam pada setiap masa.

Oleh itu, adalah langsung tidak masuk akal sekiranya orang bukan Islam dilantik menjadi PM atau TPM. Bagaimana seorang bukan Islam dapat melaksanakan sumpah YDPA memelihara Islam pada setiap masa?

Malah pada pandangan saya orang Melayu yang tidak mengamalkan Islam juga adalah tidak layak dilantik menjadi PM atau TPM. Seorang yang tidak mempercayai atau memahami Islam sudah pasti akan gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Sumpah YDPA ini adalah kewajipan berperlembagaan bagi pihak kerajaan melaksanakan Islam pada setiap masa sebagaimana sumpah YDPA itu. Dalam perspektif yang berlainan pula jika orang bukan Melayu pula yang komited dan beragama Islam, beliau layak dilantik menjadi PM atau timbalannya kerana ia tidak langsung akan menjejaskan kewajipan Berperlembagaan YDPA itu.

Melantik bukan Islam sebagai TPM perlu diberi pertimbangan dari pelbagai aspek terutama apabila TPM menjadi pemangku PM. Sudah pasti pemangku PM bukan Islam ini mendapati beliau sukar menjalankan tugasnya dengan baik.

Begitu juga semasa persidangan Majlis Raja-Raja, orang bukan Islam akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugasnya. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat banyak perkara berkaitan dengan Islam dan kedudukan istimewanya. Sudah pasti Ketua Kerajaan bukan Islam tidak dapat melaksanakan hak keistimewaan orang Melayu/Islam ini mengikut acuan perundangan.

Jawatan TPM walaupun tiada disebut dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah jawatan yang tidak penting. Pemegang jawatan ini adalah orang nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Oleh itu, jika sesuatu terjadi kepada Ketua Kerajaan sudah pasti TPM akan mewarisi jawatan terbabit. Oleh yang demikian, jawatan ini amat penting di dalam dan di luar negara.

Disebabkan itu, saya berpandangan seorang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau timbalannya dengan syarat orang bukan Melayu itu adalah seorang mukmin yang tegas melaksanakan ubudiahnya kepada Allah SWT.

Namun saya tidak bersetuju sekiranya jawatan itu dilantik dikalangan orang bukan Islam kerana ia akan menyanggah sumpah yang dilafazkan YDPA. Orang Islam yang gagal menjayakan sumpah YDPA tidak layak menjadi PM walaupun beliau seorang yang berilmu dan berpengaruh.

Ruangan ini bukan bertujuan mencari salah sesiapa. Tetapi sekadar berkongsi ilmu dalam aspek perundangan sebenar, tidak dimainkan oleh emosi ataupun ketaksuban kepada seseorang pemimpin.

Saya juga tidak berhasrat menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa menjadi kelaziman PM dan TPM Malaysia adalah orang Melayu, namun tradisi ini boleh diubah dengan melantik orang bukan Melayu yang beragama Islam sebagai PM dan TPM.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui zainul.rijal@abubakar.my

Konsep 'Plea Bargaining' Di Mahkamah Tidak Lama Lagi

Posted: 12 Dec 2010 11:54 PM PST

Link artikel: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/13/mstar_berita/20101213151504&sec=mstar_berita
 
KUALA LUMPUR: Konsep 'plea bargaining', atau tawaran terhadap pengakuan bersalah bagi mengurangkan pertuduhan dan hukuman; yang akan membolehkan tertuduh dalam kes-kes jenayah memperolehi hukuman yang diringankan 50 peratus daripada hukuman maksimum, akan dilaksanakan secara rasmi oleh mahkamah tidak lama lagi.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata konsep itu akan dapat menyegerakan penyelesaian kes-kes jenayah di samping mengurangkan kes-kes tertunggak, dan menurutnya penyelesaian kes-kes sedemikian ketika ini berjalan dengan pantas.

Beliau berkata pihak pendakwaan dan yang dituduh dalam kes-kes di mana hukumannya adalah mati, boleh memohon 'plea barganing' sebelum mahkamah meneruskan perbicaraan.

"Dengan cara ini lebih banyak orang kena tuduh akan mengaku bersalah, oleh itu kes berkenaan tidak perlu melalui perbicaraan penuh, dan kes-kes jenayah akan dapat berjalan lebih lancar," katanya pada satu persidangan media selepas majlis perasmian Persidangan Kedua Hakim-hakim di sini Isnin.

Persidangan tiga hari yang dihadiri oleh 128 hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan itu antara lain disasar untuk mengkaji semula semua kes-kes dan mengenal pasti punca kelewatan perbicaraan, di samping berkongsi pengalaman antara para hakim.

Zaki berkata konsep 'plea bargaining' itu akan diguna pakai untuk pesalah kali pertama sahaja, dan para hakim dan peguamn sedang diberi taklimat berhubung konsep itu.

Katanya garis panduan berhubung konsep itu sedang disediakan oleh pejabat Peguam Negara, dan mereka akan berbincang dengan mahkamah serta majlis Peguam mengenai perkara itu sebelum ia dilaksanakan.

Beliau berkata pindaan dalam Seksyen 172 Akta Kanun Acara Jenayah 2010 bagi memasukkan konsep 'plea bargaining' itu sudah diluluskan oleh Parlimen Jun lepas.

Sebelum pindaan itu, mereka yang dituduh yang ditawarkan 'plea bargaining' itu tidak dijamin hukuman ringan 50 peratus daripada hukuman maksimum.

Sementara itu Hakim Mahkamah Persekutuan, yang juga Hakim Pengurus bagi Mahkamah Jenayah, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata 'plea bargaining' perlu ditawar dalam masa 30 hari selepas seseorang itu didakwa, dan sekiranya tiada pilihan diterima selepas 90 hari, perbicaraan penuh akan dijalankan.

Beliau berkata sebaik sahaja hukuman diumumkan, kedua-dua pihak tidak lagi boleh merayu terhadap keputusan di mahkamah lebih tinggi, kecuali atas alasan teknikal.

Menurutnya di bawah pindaan itu, hakim juga boleh memanggil yang dituduh secara tertutup, bagi memastikan permohonan dibuat secara sukarela.

Zulkefli berkata ketika melaksanakan satu penyelesaian yang memuaskan hati dalam sesuatu kes, adalah menjadi tugas mahkamah untuk memastikan bahawa proses 'plea bargaining' itu dilaksanakan secara sukarela oleh pihak-pihak yang terbabit.

Katanya konsep itu sudah dilaksanakan di mahkamah ketika ini, namun ekoran pindaan kepada undang-undang, perkara itu nanti akan menjadi lebih rasmi dengan dilengkapi garis panduan serta prosedur standard
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WikiLeaks sahkan Singapura terus cemburu Malaysia, kata Ibrahim Ali

Posted: 12 Dec 2010 11:01 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim mendakwa pendedahan WikiLeaks mengenai penilaian Singapura tentang iklim politik Malaysia mengesahkan sikap iri hati berterusan republik itu terhadap negara ini.
Pada sidang media pertama selepas kembali daripada cuti sakit selama dua bulan ekoran pembedahan jantung, presiden Perkasa itu berkata, Singapura sudah lama menyimpan dendam terhadap Malaysia.

Justeru katanya, kenyataan pegawai-pegawai kanan Singapura sebenarnya menunjukkan "belang" sebenar republik itu yang berpisah dari Malaysia pada 1965.

"Saya yakin bahawa mereka  (Singapura) sebenarnya cemburu dengan Malaysia kerana mereka tidak gembira dalam banyak hal.

"Saya tidak terkejut dengan laporan WikiLeaks mengenai Singapura... mereka yang sebenarnya mengamalkan  politik sempit," kata beliau kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Pengikut