Rabu, 1 Disember 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Oh nona Azizah; kamu sebenarnya Melayu ke ?

Posted: 30 Nov 2010 11:36 PM PST

SEORANG penyokong gerakan reformasi jalanan ketika bermulanya penentangan terhadap UMNO mengeluh dan bertanya : "Nona Azizah tu Melayu ke?

Saya tertarik kepada soalan itu kerana pada kebiasaannya apabila seorang perempuan itu bernama Azizah, maka secara tidak langsung ia akan dikatakan Melayu walaupun raut mukanya ada iras Cina atau pun Iban.

Lainlah kalau perempuan itu dipanggil nama Ah Moi atau Muraisamy, tentu budak sekolah dah dapat agak ia tentunya Cina dan India.

Sebaliknya, jika dipanggil 'Nyonya Azizah' bermakna Azizah itu berketurunan Cina baba dari Melaka.

Tetapi dalam filem Penarik Beca, Seniman Agung P. Ramlee menggambarkan watak Azizah itu adalah wanita Melayu bersopan santum dan ada harga diri.

Kenapa pengikut Anwar bertanya soalan sedemikian ?

Jawabnya ialah kerana kalau Nona Azizah itu Melayu dia tidak akan mempersoalkan hak ketuanan Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Lagipun hak dan keistimewaan tersebut sudah termaktub didalam perlembagaan negara dan diwarisi sejak turun temurun.

Andai kata Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka masih wujud, maka Nona Azizah itu sudah pastinya akan di lebelkan sebagai Si-Kitul dan akan dibaling batu.

Si-Kitul itu adalah lelaki separuh Melayu yang sanggup jadi talibarut kepada Portugis sehingga Melaka akhirnya dijajah oleh kuasa Barat.

Begitu juga andainya Hang Tuan masih hidup, dia juga sudah tentu akan menangis kerana kata-kata hikmatnya; 'Takkan Melayu hilang di dunia' kini mula dilacurkan oleh bangsanya sendiri.

Kalau dah mula orang ramai was-was dan bertanya soalan nona Azizah benar-benar Melayu ke? Bermakna sifat Melayu memang tidak ada dalam jiwanya.

Kalau orang itu benar-benar Melayu, sudah tentu dia tidak buat perangai macam orang gila meroyan yang tergamak menghina bangsanya sendiri.

Oleh sebab itu apabila soalan 'Nona Azizah tu Melayu ke ?,' bermakna juga beliau sudah tidak layak lagi berada dalam negara ini, yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. – Syed Ali Alhabshee.

Anwar lukai hati Haji Hadi, DAP bertepuk tangan, Wan Azizah penderhaka

Posted: 30 Nov 2010 07:55 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

NAMPAKNYA Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim buat onar sesama mereka sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR). Kali ini dia seperti sengaja melukai hati para pemimpin PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam keadaan PKR diselubungi awan hitam kerana kekecohan dalaman, isu ketuanan Melayu dan penderhakaan kepada Raja-Raja, Anwar tiba-tiba umumkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Lim Kit Siang tentunya tersenyum sakan manakala para pengikutnya yang majoritinya kaum Cina akan bertepuk tangan, tetapi dalam masa yang sama penyokong PAS mula terkedu dan langsung tidak menduga Anwar begitu ke depan dalam membuat keputusan dasar.

Haji Hadi tidak menampakkan reaksi terkejut dengan langkah ke depan Anwar itu, cuma sekadar berkata itu hanya pandangan peribadi Anwar dan bukannya mewakili keputusan PR kerana dalam perlembagaan tidak menetapkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri atau timbalannya.

Itu kata dan luahan spontan Haji Hadi, tetapi jauh di dalam lubuk hatinya tiada siapa yang dapat menduga dan tiada siapa yang mampu membacanya. Tokoh agama PAS itu bukannyua orang yang gelojoh dan kemaruk jawatan sepertimana Anwar. Haji Hadi sekadar mampu tersenyum.

Yang peliknya, Anwar tidak pula berani memukul canang siapa akan menjadi Perdana Menteri bergandingan dengan Kit Siang. Memang semua orang sudah dapat membaca bahawa Anwar sebenarnya yang gilakan kerusi Perdana Menteri, tetapi agaknya dia masih ada sedikit lagi perasaan malu untuk mengatakan : "Aku lah bakal PM dan kit Siang TPM". Agaknya begitulah.

Anwar akan pengsan jika PR mahu Nasharuddin Mat Isa jadi TPM

Memang Anwar berkuku besi dalam PR tetapi jika suratan takdir majoritinya menolak Anwar sebagai PM dan mereka memilih Hai Hadi sebagai PM dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai TPM, barangkali Anwar akan bertambah sawan dan jatuh pengsan.

Itu hanya pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi jika demikianlah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sebagai manusia kita tidak mampu untuk mengubah sebarang sedetik pun ketetapan Illahi. Kita harus redha dengan qada dan qadar-Nya.

Bagaimanapun pada saya, itu semua taktik Anwar yang sengaja memukul gendang supaya orang menjadi riuh dan terlupa terhadap kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar sememangnya seorang yang licik, putarbelit dan cekap memanipulasikan keadaan. Beliau akan lakukan apa sahaja supaya kes liwatnya tidak menjadi perhatian umum. Malah dia mahu kes liwatnya digugurkan, oleh sebab itu dia sanggup mengemis ehsan daripada kuasa asing terutama Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Saya melihat PKR sekarang sekadar parti riuh rendah yang langsung tidak berlatarbelakangkan ciri-ciri demokrasi, sebaliknya dkuasai secara diktator dan dimanopoli oleh kaum keluarga Anwar dan budak-budak suruhannya, yang sifatnya seperti burung tekukur.

Budak suruhan PKR seperti burung tekukur

Saya juga tertarik dengan gelagat ala-samseng yang berlaku dalam PKR kebelakangan ini, yang seperti menggambarkan bahawa parti itu majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu, yakni India. Maknanya orang Melayu (kecuali Anwar dan segelintir budak suruhannya) sekadar melukut ditepi gantang, walaupun parti tersebut diasaskan oleh orang Melayu yang berdendam kepada UMNO.

Justeru itu, saya berharap orang Melayu yang masih lagi berada di dalam PKR supaya sedar dan insaf bahawa perjuangan mereka hanya sia-sia, sekadar menyedapkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Eloklah mereka keluar daripada PKR dan menyertai UMNO, parti yang terbukti berjaya menjadikan orang Melayu sebagai tuan di negara ini; atau paling tidak pun menjadi ahli PAS.

Presiden boneka PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu cuba menonjolkan dirinya sebagai tokoh politik yang berbisa apabila berucap mahu supaya ketuanan Melayu ditinggalkan dan sekaligus kedudukan Raja-Raja Melayu dipersoalkan.

Ucapan berapi Wan Azizah itu malangnya tidak mendapat tepukan bersemangat daripada orang Melayu PKR, sebaliknya hanya orang India yang bertepuk tangan kerana seronok, kerana Wan Azizah yang separuh Melayu itu yang perlecehkan bangsanya sendiri.

Ramai yang berpendapat skrip ucapan Wan Azziah telah diolah dan disunting oleh suaminya, Anwar yang beliau sifatkan sebagai anugerah Tuhan. (saya tambah : tetapi didakwa kerana dikatakan terbabit dalam kes liwat, perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T).

Wan Azizah telah menjadi Si-Kitul yang sanggup menjual tanahairnya sendiri semata-mata untuk berkuasa. Wan Azizah telah bertukar sebagai pengkhianat bangsa yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu dan keseluruhan umat Melayu di negara ini.

Malah Presiden boneka PKR itu juga telah mengkhianati Haji Hadi yang masih tetap mempertahankan kedudukan Raja –Raja Melayu, sepertimana taatnya Haji Hadi kepada Sultan Terengganu. Datuk Nik Aziz Nik Mat juga barangkali terluka dengan ucapan Wan Azizah kerana secara tidak langsung turut menghiris perasaan Sultan Kelantan yang baru manaiki tahkta, Sultan Mohamad ke-1V.

Jika Haji Hadi dan Nik Aziz bersetuju dengan ucapan Wan Azizah, saya cabar mereka berdua supaya keluarkan kenyataan bahawa mereka juga mempersoalkan relevannya Sultan Terengganu dan Sultan Kelantan.

Wan Azizah; Si-Kitul modern patutnya dinyah keluar kerana menderhaka kepada Raja

Tetapi ucapan Wan Azizah sudah tentu mendapat pujian melangit daripada Kit Siang dan para pemimpin DAP, yang sememangnyanya sentiasa memusuhi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO.

Akibat daripada ucapan itu, Sultan Selangor bingkas bertitah melahirkan rasa kesal dan dukacita baginda dengan mereka yang masih mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Oleh sebab itu, saya berpendapat sudah sampai masanya Wan Azizah dan suaminya, Anwar yang didakwa sebagai anugerah Tuhan itu dihalau keluar daripada tanahair ini, kerana mereka sudah jelas tidak menyukai dengan sistem dan nilai-nilai yang ada di negara ini.

Apa untungnya jika negara masih lagi menyimpan penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu?

Tiada ulasan:

Pengikut