PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO 2011 Posted: 30 Nov 2010 08:50 PM PST Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa pemilihan parti tahun hadapan di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) ditangguhkan 18 bulan berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan UMNO. Katanya, penangguhan ini dibuat agar seluruh perhatian terarah kepada pemantapan untuk memperkukuh parti selain tidak mahu ada sebarang pergelutan politik berlaku. "Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini, Selasa malam. Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. "Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi." Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini. "Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat," jelasnya. Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti. "Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini." Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah. "Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK." Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan pengumuman tersebut adalah merupakan satu peringatan dari Yang Amat Berhormat Presiden Parti Datuk Seri Najib kepada pemimpin - pemimpin di semua peringkat agar memberi tumpuan menyusun gerak kerja di peringkat akar umbi. Kesimpulannya, Yang Amat Berhormat Presiden UMNO suruh buat kerja bukan buat buat kerja..! |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan