DIGNITI MELAYU DI ABAD KE-21 Posted: 25 Dec 2010 06:53 AM PST Wednesday, December 15, 2010 DIGNITI MELAYU DI ABAD KE-21 RUHANIE AHMAD
Artikel ini difokuskan khusus kepada persoalan digniti Melayu kontemporari untuk menyanggah pelbagai polemik mengenai ketuanan Melayu yang kebelakangan ini dipolitikkan oleh sesetengah golongan di Malaysia. Ianya bertujuan supaya polemik berkenaan tidak berlarutan sehingga mengancam keselamatan dan perpaduan nasional yang dibina asasnya menerusi Perlembagaan Persekutuan.
Hipotesis artikel ini adalah: konsep ketuanan Melayu bukannya elitis, tidak diwujudkan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, atau untuk mencanggahi aspirasi melahirkan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Sebaliknya, konsep ini wujud untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan selama 446 tahun. Dalam ertikata lainnya, ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era pasca-merdeka.
Hakikatnya sedemikian kerana Persekutuan Tanah Melayu adalah entiti negara yang diwujudkan oleh para pemimpin multi-keturunan menerusi kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957. Malaysia juga terbentuk daripada permuafakatan multi-etnik di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura.
Maksudnya, sebelum Tanah Melayu dijajah mulai 1511 hingga 1957, bumi ini adalah gabungan negeri-negeri Melayu yang dikategorikan sebagai nation-state atau negara-bangsa kerana majoriti rakyatnya terdiri daripada satu rumpun bangsa yang sama, berkogsi sejarah dan warisan budaya yang serupa, serta berasal daripada wilayah geografi yang satu, iaitu kepulauan Nusantara (rujuk Buzan 1983:36-72).
Realiti sejarah
Hakikat ini diakui oleh pelbagai sejarawan asing dan tempatan. Purcell (1965:40) menegaskan "dari sejarahnya, Malaya adalah negara Melayu." Oleh sebab itulah "dasar British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua bersifat pro-Melayu dan menerima hakikat bahawa Tanah Melayu adalah untuk masyarakat Melayu" (Mohd Ashraf Ibrahim 2004:50).
Lantaran itu juga "pentadbir-pentadbir British memandang istimewa terhadap orang Melayu. Mereka menganggap orang Melayu sebagai penduduk bumiputera Malaya. Mereka mengakui bahawa orang Cina mempunyai peranan ekonomi yang penting tetapi ini bukanlah memberi orang Cina hak untuk memainkan peranan dalam politik. Malaya adalah tanah air orang Melayu" (Saunders 1978:35).
Selanjutnya, Tanah Melayu dan bangsa Melayu adalah negara dan bangsa yang telah mencipta tamadunnya di era Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu sudah wujud undang-undang syariah dan undang-undang maritim Melayu yang komprehensif.
Contohnya, "kurun ke-15 adalah satu peringkat di mana, secara umumnya, kegiatan ahli-ahli hukum berkisar kepada pengkanunan prinsip-prinsip shari'ah" dan "Undang-Undang Laut Melaka ialah kanun yang mengandungi hukum dan peraturan di laut yang berkaitan dengan tatacara dan undang-undang pelayaran serta penggunaan kapal" (Abdul Aziz Bari 2008:306-307).
Seluruh huraian di atas membuktikan Malaysia bukannya sebuah state-nation atau negara majmuk sejak sebelum era penjajahan. Sebaliknya, Malaysia hanya menepati kategori state-nation kerana kemerdekaannya diperjuangkan oleh bangsa Melayu menerusi UMNO, keturunan Cina menerusi MCA, dan keturunan India menerusi MIC, dan kewarganegaraannya pula merangkumi seluruh keturunan ini serta lain-lain kelompok etnik di Sabah dan Sarawak.
Sejarah silam juga membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai dignitinya yang tersendiri sejak berkurun lamanya. Lantas, bukan satu jenayah untuk membicarakan konsep ketuanan Melayu dalam konteks Malaysia kontemporari. Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud bersama sejarah bumi Melayu yang kini diidentitikan sebagai Malaysia.
Konsep ketuanan Melayu juga tidak boleh ditafsirkan sebagai instrumen penindasan atau pendiskriminasian terhadap rakyat bukan Melayu dan bukan Bumiputera. Sebaliknya, konsep ini diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program pemerintah supaya wujud keseimbangan dalam survival dan digniti warganegara Malaysia yang berbilang keturunan dalam era merdeka.
Perlembagaan Persekutuan
Perjuangan memajmukkan Tanah Melayu menerusi kemerdekaan tidak diterima sepenuhnya oleh majoriti bangsa Melayu di era pra-merdeka. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Perikatan terpaksa menghadapi cabaran serius daripada kalangan UMNO dan bangsa Melayu di luar UMNO yang mencurigai implikasi perjuangan memerdekakan negara bersama-sama keturunan Cina dan India di hari muka.
Tetapi, Tunku Abdul Rahman tetap bertegas. Beliau menegaskan "ada yang berkata kita (orang Melayu) hendak berlawan dengan Raja-Raja Melayu. Tetapi, tuduhan yang palsu ini tidak ada tempat dalam perjuangan kita kerana kita telah mengisytiharkan bersama-sama MCA bahawa kita akan menjaga dan memelihara taraf Raja kita dan juga agama kita yang maha suci" (Tunku Abdul Rahman 2009:76).
Kenyataan ini membuktikan bahawa kemerdekaan tanah air pada 1957 adalah perjuangan yang mengiktiraf keindukan Melayu, status Raja-Raja Melayu, serta kedudukan Islam sebagai agama orang Melayu. Ia juga membuktikan bahawa ketuanan Melayu diiktiraf oleh seluruh pejuang kemerdekaan yang multi-keturunan bukan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, tetapi untuk memanifestasikan kesinambungan sejarah kewarganegaraan Melayu di bumi Melayu dalam era pra-penjajah.
Antara buktinya, Perikatan secara sebulat suara memperakukan bahawa Islam dijadikan "agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu" (Ahmad Ibrahim1978:48). Perikatan juga menyetujui supaya Perlembagaan Persekutuan memaktubkan perkara khusus mengenai struktur kewarganegaraan rakyat jelatanya yang berbilang kaum "untuk mengelakkan kebimbangan mereka bahawa struktur kewarganegaraan ini akan dipinda jika ianya digubal menerusi undang-undang biasa" (Sinnadurai 1978:93).
Hakikat ini membuktikan bahawa perkara khusus mengenai Islam dan struktur kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara dua peruntukan penting yang dimaktubkan sebagai manifestasi permuafakatan bangsa Melayu, keturunan Cina, dan keturunan India dalam era menjelang merdeka.
Kedua-dua peruntukan ini bukannya dimaktubkan atas dasar ketuanan Melayu. Sebaliknya, atas dasar kesinambungan sejarah pra-merdeka dan atas dasar memelihara keselamatan masyarakat dan keselamatan nasional.
Lantas, apakah kaitannya konsep ketuanan Melayu dengan kedua-dua peruntukan ini sehingga wujud pihak yang mencadangkan supaya konsep ini digantikan dengan konsep ketuanan rakyat kononnya "supaya anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah"? (rujuk Suara Keadilan 27 November 2010, Utusan Malaysia 28 November 2010, Berita Harian 28 November 2010, Bernama 2 Disember 2010 dan the Malay Mail 2 Disember 2010).
Dasar afirmatif
Konsep ketuanan Melayu juga sering dikecam menerusi perspektif dasar afirmatif kerajaan yang berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, tidak ramai antara kita menyedari hakikat bahawa dasar-dasar berkenaan adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan insan, keselamatan ekonomi dan keselamatan nasional Malaysia selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan digniti kepada insan manusia (rujuk mukadimah the Universal Declaration of Human Rights 1948).
Lantaran itu, segelintir parti siasah yang mendakwa sebagai jaguh hak asasi manusia sejagat semestinya menginsafi hakikat bahawa bangsa Melayu dan Bumiputera adalah kelompok warganegara Malaysia yang kehilangan digniti ekonomi dan sosialnya akibat polisi-polisi penindasan sistemik penjajah yang silih berganti selama 446 tahun.
Lantas, apa faedahnya dibangkit dan diungkit soal kuota 30 peratus yang dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera menerusi Dasar Ekonomi Baru apabila kedua-dua kelompok ini langsung tidak pernah mempersoalkan kuota 70 peratus yang dinikmati oleh bukan Melayu dan kapitalis asing di Malaysia selama ini?
Oleh sebab itulah orang Melayu dan Bumiputera menyifatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai dasar afirmatif yang berindukan perkara ini "sebagai sesuatu yang suci, manakala sesetengah orang bukan Melayu mempersoalkan peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat hingga ke hari ini. Mengikut mana-mana tafsiran yang munasabah, manka peruntukan tersebut di dalam Perlembagaan adalah bahawa kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Melayu yang lemah dari segi ekonomi hendaklah dilindungi dan digalakkan berbanding dengan orang bukan Melayu yang lebih maju" (Faaland, Parkinson & Rais Saniman 2002:16).
Sebagai balasan kerana diberikan perlindungan menerusi Perkara 153 "orang Melayu mengadakan konsesi yang berpadu mengikut kuasa politik dengan memberikan kewarganegaraan Persekutuan kepada orang bukan Melayu. Sebagai tambahan, orang bukan Melayu dijaminkan bahawa mereka bebas menjalankan perniagaan tanpa diganggu, dan mereka juga boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya serta warisan bahasa mereka sendiri, dan boleh hidup secara berasingan" (ibid: 17).
Demikianlah hakikatnya semangat yang lahir daripada konsep ketuanan Melayu yang dijelmakan menerusi Perikatan dalam era menjelang kemerdekaan tanah air. Konsep tersebut tidak pernah membakar atau menyemarakkan sentimen perkauman di Malaysia sebelum munculnya konsep Malaysian Malaysia dalam tempoh 1963-1965 yang mempertikaikan seluruh perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai Bahasa Melayu, Agama Islam, dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera (rujuk Ghazali Ismail 1990).
Setelah Singapura tersingkir daripada Malaysia pada 1965, konsep Malaysia Malaysia diteruskan perjuangannya oleh DAP sebagaimana terkandung dalam the Setapak Declaration yang diperakukan dalam kongres DAP pertama pada 29 Julai 1967. Deklarasi tersebut "menjadi prinsip panduan perjuangan DAP sejak kelahirannya" (salinankarbon.com 14 Julai 2009).
DAP mengaplikasikan prinsip deklarasi ini dalam PRU 1969 dengan "menyerang MCA kerana menyerahkan hak-hak keturunan Cina kepada UMNO menerusi Perikatan. Pletfom DAP ketika itu adalah Setapak Declaration of Principles yang secara prinsipnya menentang hegemoni Melayu dan menyokong konsep Malaysian Malaysia" (Comber 2001:65).
Ini membuktikan bahawa isu mengenai struktur kewarganegaraan Malaysia, Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-Raja Melayu, dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera hanya menjadi isu politik akibat kemunculan konsep Malaysian Malaysia yang kemudiannya diperjuangkan oleh segolongan parti pembangkang di Malaysia.
Contohnya, sepanjang kempen Pilihan Raya Umum 1969 "segolongan calon pembangkang telah menyerang Perlembagaan menerusi perspektif perkauman. Mereka memutarbelit dan menyalahtafsirkan sesetengah peruntukan dalam Perlembagaan, terutamanya Perkara 152 dan 153. Mereka mendesak supaya Perkara 153 yang memberikan perlindungan kepada keistimewaan Melayu dimansuhkan" (Tun Abdul Razak Hussein dalam Majlis Gerakan Negara 1969:v).
Kesimpulan
Kesimpulannya, ketuanan Melayu adalah konsep yang memanifestasikan kesinambungan sejarah dan tamadun Melayu sebelum tanah air ini dijajah selama 446 tahun. Ia bukannya konsep yang menglorifykan bangsa Melayu. Sebaliknya, adalah konsep yang memberikan digniti kepada bangsa Melayu sama seperti digniti keturunan bukan Melayu di negara asal masing-masing.
Dalam ertikata lain, konsep ketuanan Melayu tidak menggugat survival bukan Melayu di Malaysia. Sebaliknya, konsep Malaysian Malaysia yang dijelmakan semangatnya ke dalam the Setapak Declaration 1976 yang terbukti telah menggugat keselamatan insan, keselamatan politik, keselamatan ekonomi, keselamatan masyarakat, dan keselamatan nasional di Malaysia.
Maka, adalah meleset untuk menyifatkan konsep ketuanan Melayu bertujuan mengagung-agungkan bangsa Melayu dan bercanggah dengan kewujudan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Konsep ketuanan Melayu lahir untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan Bumiputera yang jadi daif serba-serbinya akibat penjajahan. Konsep ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era kontemporari. |
|
PERSOALAN STRATEGIK MENJELANG PRU13 Posted: 25 Dec 2010 06:51 AM PST Friday, December 10, 2010 PERSOALAN STRATEGIK MENJELANG PRU13
RUHANIE AHMAD
Banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan pada tahun 2011 walaupun tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada Mac 2013. Spekulasi ini mengundang pelbagai persoalan strategik mengenai kesiap-sediaan BN menghadapi PRU berkenaan.
Pertama, dalam keadaan BN mutakhir ini tidak mempunyai majoriti yang mantap di peringkat parlimen apakah faktor-faktor yang menyebabkan BN berhasrat mengadakan PRU13 tahun depan dan cukup yakin untuk memenangi dengan majoriti lebih selesa daripada PRU12?
Kedua, oleh sebab BN tidak menguasai kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan menerusi PRU12, apakah faktor-faktor yang memungkinkan keputusan sebaliknya jika PRU13 diadakan tahun depan?
Ketiga, oleh kerana PRU adalah proses di mana parti pemerintah menyerahkan kembali kuasanya kepada rakyat bagi membolehkan mereka memutuskan sama ada mandat kekuasaan tersebut akan diserahkan semula atau sebaliknya, adakah BN akan mengadakan PRU13 pada 2011 jika ianya belum yakin mengenai pola sokongan pengundi terhadapnya?
Lantaran itu wajar dipersoalkan seluruh faktor yang mendorong kemungkinan BN mengadakan PRU13 pada 2011 dan juga pola sokongn pengundi kepada BN dalam PRU berkenaan. Persoalan ini perlu membabitkan BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pengendali PRU13 di peringkat negeri, dan rakyat jelata selaku pengundi.
BN selaku pemerintah
Persoalan di peringkat ini difokuskan kepada aspek berikut: Satu, sudahkah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak mengatasi majoriti sebab kenapa BN gagal mendapatkan kelebihan suara yang besar di peringkat parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor, di samping gagal menawan semula Kelantan daripada PAS, dalam PRU12?
Dua: adakah pelbagai dasar, strategi, dan program pembaharuan sosio-politik dan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan BN sejak awal 2009 (1Malaysia rujuk Utusan Malaysia 27 Jun 2009; NKRA rujuk pmr.penerangan.gov.my; dan Model Baru Ekonomi rujuk Bernama 2 Mei 2009) sudah menerima legitimasi penuh daripada segolongan besar rakyat? Atau, adakah keseluruhan transformasi ini masih boleh menyebabkan sokongan majoriti pengundi terhadap BN mungkin terhakis menerusi PRU13?
Tiga: adakah persepsi rakyat terhadap kerajaan BN yang terhakis sewaktu pemerintahan sebelumnya sudah mampu dipulihkan ke tahap yang selesa untuk membolehkan PRU13 diadakan dalam tempoh terdekat ini?
Empat: adakah kecelaruan dalam Pakatan Rakyat (PR) serta kontroversi dan kesembronoan pemimpin tertingginya mutakhir ini menyebabkan majoriti pengundi berasa muak terhadap PR sehingga diterjemahkan dalam bentuk undi yang memihak kepada BN dalam PRU13?
Seluruh persoalan di atas memerlukan kajian teliti, terperinci, dan komprehensif oleh jentera-jentera risikan politik dan sosio-ekonomi kerajaan BN di semua peringkat. Kesemuanya memakan masa untuk memperolehi kesimpulan muktamadnya.
Kerajaan BN akan mendapat gambaran sebenar sokongan pengundi terhadapnya menerusi kajian di atas. Berikutan itu, BN perlu melakukan pelbagai program koreksi sekiranya wujud kelemahan, dan melaksanakan konsolidasi yang lebih rapi jika keputusannya cukup menggalakkan.
Jika kesemua ini diambilkira, adakah logik PRU13 diadakan tidak lama lagi? Sebaliknya, tidakkah ini membayangkan bahawa spekulasi PRU13 diadakan pada 2011 adalah sesuatu yang sukar untuk dirasionalkan sebab-sebabnya?
Komponen BN
Kepimpinan BN sebelum ini meninggalkan legasi negatif kepada sesetengah komponennya, terutama sekali di Malaysia Semenanjung. Lantaran itulah tercetus nada-nada sumbang yang menjejaskan permuafakatan serta wibawa BN. Walaupun ditegur oleh Najib dan kepimpinannya, nada-nada tersebut kelihatan belum reda, malah seolah-olah masih menggelegak dan terus membara.
Manifestasi serta impak perkembangan ini terpancar menerusi keputusan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Sarawak sepanjang tempoh 2008 hingga 2010.
Hanya PRK di Sabah dan Kelantan baru-baru ini sahaja memberikan hasil positif kepada BN. Ini boleh dijadikan indikasi bahawa segolongan pengundi mungkin sudah muak dengan apa yang sedang berlaku dalam PR. Tetapi, tidakkah indikasi ini perlu dipastikan semasak-masaknya sebelum tergesa-gesa diadakan PRU13?
Pada waktu yang sama, UMNO, MCA, MIC, dan Gerakan selaku komponen terbesar di Malaysia Semenanjung masih dan sedang menjalani fasa transformasi untuk mengukuhkan jenteranya dan memulihkan kredibilitinya supaya sokongan bukan Melayu terhadap BN mampu dipulihkan. Selagi usaha ini masih samar-samar dan belum menunjukkan indikasi positif, adakah wajar PRU13 diadakan pada tahun 2011?
Apa yang diumumkan oleh Najib mengenai kepelbagaian keanggotaan BN di samping usaha mewujudkan Rakan Muda BN dan Kelab Sahabat BN baru-baru ini adalah sebahagian contoh utama mengenainya (rujuk Utusan Malaysia 20 November 2010 dan 27 November 2010).
Selanjutnya, sudahkah UMNO selaku tunggak BN, khususnya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan, diperkukuhkan semula organisasi dan komitmen perjuangannya untuk menang dengan cemerlang dalam PRU13?
Najib mengumumkan akan melakukan pembaharuan dalam hiraki kepimpinan UMNO. Ini belum dilaksanakan dan ini juga memerlukan masa untuk mengukuhkan legitimasi hiraki kepimpinan yang baru.
Sementara itu, penangguhan pemilihan kepimpinan UMNO yang diumumkan baru-baru ini tidak boleh dijadikan petanda bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Langkah itu mungkin untuk membolehkan UMNO melakukan pembaharuan menyeluruh dan besar-besaran.
Dan, oleh kerana tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka berakhir pada pertengahan 2011, adakah wajar PRU13 dilakukan serentak dengan PRU13? Bukankah lebih praktikal diadakan PRU DUN Sarawak sebelum PRU13?
Mengambilkira seluruh persoalan di atas serta kedudukan PR yang jelas sedang kucar-kacir, adakah benar tahun 2011 merupakan waktu terbaik bagi BN mengadakan PRU13? Tidakkah wujud kebijaksanaan lain untuk membuktikan bahawa seluruh komponen BN masih memerlukan penggemblengan kekuatan dan permuafakatannya menjelang PRU13?
Persepsi pengundi
Persepsi pengundi terhadap pemerintahan BN adalah determinen penting kepada sesuatu PRU atau PRK. Determinen ini sukar untuk diapa-apakan bagi sesuatu PRK. Tetapi, ia boleh diperbaiki jika didapati kurang menyakinkan menjelang sesuatu PRU.
Oleh itu, sesiapa sahaja, berasaskan perkembangan yang wujud mutakhir ini, boleh meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 2011. Tetapi, apa faedahnya PRU13 tahun depan jika keputusannya belum dipastikan lebih memihak kepada BN?
Dalam konteks ini, apakah persepsi pengundi terhadap BN dan PR? Adakah kenyataan dan perilaku sembrono PR menguntungkan BN? Adakah segolongan pengundi akan terus menyokong PR walaupun ianya terbukti kucar-kacir di Selangor dan penuh kontroversi di Pulau Pinang?
Banyak perkara perlu dijalankan mengenai hal ini. Sudahkah BN menjalankan kajian menyeluruh terhadap sikap dan persepsi pengundi terhadapnya di peringkat nasional, negeri, kawasan pilihan raya dan kawasan peti undi? Apakah sistem pembacaan serta pemantauan sikap ini sistematik dan efektif?
Maka, terbuktilah di sini bahawa BN memerlukan masa secukupnya untuk mendapatkan kepastian terhadap persoalan di atas kerana proses pembacaan sikap dan pemantauannya adalah rumit dan panjang. Mustahil BN akan mengadakan PRU13 sebelum usaha-usaha ini dibereskan.
Hakikatnya demikian kerana persepsi dan sikap pengundilah yang akan dijadikan asas penggubalan manifesto PRU BN dan juga bagi panduan dalam pemilihan dan penentuan calon-calon BN di peringkat Parlimen dan DUN.
Dalam PRU13, BN tidak boleh menyediakan manifestonya secara sembarangan kerana PRU12 membuktikan "kad laporan BN" (Bernama 21 Februari 2008) yang seolah-olah mempersendakan kebijaksanaan pengundi, merupakan antara faktor yang menigkatkan kemuakan pengundi terhadap BN dalam PRU12 (rujuk kuda-kepang.blogspot.com. 22 Februari 2008).
Contohnya, 'kad laporan' BN dalam PRU12 mendakwa prestasi kerajaan BN dalam ekonomi membuahkan perdagangan antarabangsa yang rancak dan menguntungkan. Maksudnya, ekonomi negara ketika itu sihat dan indeks kesejahteraan rakyat berada dalam tahap cukup selesa (Utusan Malaysia 8 Februari 2007, 16 Februari 2007, dan 22 Februari 2008).
Bagaimanapun, keputusan PRU12 membuktikan bahawa dakwaan itu meleset dan pengundi berasa marah dengan ilusi ekonomi yang dibentangkan oleh kerajaan BN kepada mereka.
Demikian juga dengan soal rasuah. Jika dalam manifesto BN bagi PRU11 pada tahun 2004, soal anti-rasuah mendominasikan agenda kerajaan BN, elemen ini langsung tidak disebut dalam 'kad laporan' BN bagi PRU12. Ironi ini juga membawa padah kepada BN (rujuk laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia 7 November 2003, 12 Disember 2003, 13 Januari 2004, 9 Februari 2004, 13 Februari 2004, 15 Februari 2004, 16 Februari 2004, 18 Februari 2004).
Begitu juga dengan proses memilih dan menentukan calon. Dalam PRU12, dakwaan dan desas-desus bahawa pemilihan dan penentuan calon kononnya hanya dilaksanakan oleh segelintir insan di keliling kepimpinan tertinggi ketika itu, gagal dinafikan untuk mengukuhkan sokongan pengundi terhadap BN (rujuk Kamalamir dalam Malaysia Today 18 Februari 2008).
Pada waktu yang sama, terdapat dakwaan bahawa "ada golongan muda telah membuat percubaan untuk mengambil alih kepimpinan negara secara terurus dan terancang melalui PRU12" tetapi gagal akibat tsunami politik yang melanda negara (rujuk Utusan Malaysia 11.3.2008).
Seluruh persoalan dan hujah ini membuktikan bahawa persepsi dan sikap pengundi perlu diurus dan diperbaiki menjelang sesuatu PRU. Proses pemilihan calon juga wajar dilaksanakan secara telus bagi memastikan konsensus kepimpinan semua peringkat BN.
Kesimpulan
Oleh kerana tempoh Parlimen ke-12 hanya akan berakhir pada MAC 2013, mengapakah BN diramalkan akan mengadakan PRU13 pada tahun 2011?
Persoalan-persoalan strategik terhadap BN selaku parti pemerintah, komponen BN selaku pelaksana PRU13, dan rakyat selaku pengundi bagi PRU13, menggambarkan bahawa BN masih memerlukan masa bagi memantapkan kekuatannya menjelang PRU13.
Lantas, logikkah untuk meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan tahun depan? Jika ramalan itu tepat, apakah peluang BN dalam PRU berkenaan? |
|
1 MALAYSIA UNTUK BINA NEGARA BUKAN POLITIK. Posted: 25 Dec 2010 06:40 AM PST 1Malaysia diharamkan di Selangor: Siapa yang desperado?Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ronnie Liu, exco yang menjaga PBT supaya semua papan tanda yang ada 1Malaysia diturunkan. Alasannya ia melanggar undang2 kecil perbandaran dan daerah. Baca komen blog Double Y yang memberi komen semalam:
Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.
Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara.. Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia. Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor. Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat. Selain itu, kami lihat Ronnie Liu cuba menunjukkan relevennya dengan membuat satu drastik bagi menyelamatkan kerjaya politik dan mengekalkan aliran kewangan haramnya. Mungkinkah Ronnie Liu cuba mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat dengan tondakan luar tabii ini? Mungkinkah ini satu usaha untuk menimbulkan sesuatu sebagai sumbangan terakhirnya sebelum digugurkan dari jemaah exco? Kalau ini semua tidak ada kemungkinan dan ia usaha yang disedari oleh kerajaan Selangor, ini bermakna mereka sudah terdesak dan hilang akal. Sampai logo1 Malaysia pun dia orang takut!!! |
|
APAKAH DASAR SEBENAR PAS? Posted: 25 Dec 2010 06:34 AM PST Oleh: Kawan Lama Pakataan dan kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang yang dilaksanakan kepimpinan Tertinggi PAS yang diterajui oleh TG Nik Aziz sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan penolakkan dan keengganan untuk bekerjasama dengan UMNO juga bukan sesuatu yang baru. Lebih menghairankan,penolakkan kerjasama dengan UMNO adalah berlandaskan kepada dasar kedua-dua parti yang berbeza.
Manakala apakah asas yang digunakan oleh TG Nik Aziz mengenai gabungan bersama DAP di bawah pakataan pembangkang? Penulis percaya ramai di kalangan barisan veteran PAS dan penyokong PAS tidak gemar dengan tindakan dan keputusan TG Nik Aziz dan kepimpinan Tertinggi PAS untuk bersekongkol dengan DAP. Kalau dahulu PAS mempersoalkan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen yang bukan Melayu/Islam khususnya MCA, kenapa menerima untuk bersama DAP?
Selain itu, ramai juga di kalangan mereka yang terkilan dengan cara TG Nik Aziz menolak unjuran TG Hj Hadi untuk berkejasama dengan UMNO tak lama dulu. Alasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz adalah berasaskan dasar PAS dan UMNO berbeza. Malahan TG Nik Aziz sendiri menyatakan kalau UMNO meletakkan dasarnya seperti PAS, maka beliau sanggup untuk membubar PAS dan menyertai UMNO. Segar dalam ingatan kita bagaimana 'tegangnya' situasi dalam barisan kepimpinan Tertinggi PAS. TG Hj Hadi 'terpaksa' membuat kenyataan yang sedikit berbeza demi tidak mahu dilihat 'menginkari' perintah TG Nik Aziz. Sudah lupakah kita kepada teguran keras dan memalukan TG Nik Aziz kepada Timbalan Presiden PAS, YB Nasaruddin?
Masih ingat lagikah sejarah isu kafir mengkafir yang jalankan oleh PAS sejak awal penubuhannya,1952? Kumpulan agama/ulamak dalam UMNO telah keluar dan menubuhkan parti PAS. PAS sedar mereka hanya mampu untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu yang rata-ratanya menyokong dan bersama dengan UMNO. Justeru itu, PAS telah merangka dan melaksanakan kempen mengkafirkan UMNO. Alasan yang diberikan adalah disebabkan UMNO bersekongkol dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC di bawah lambang Perikatan.
Pada tahun 80-an, PAS telah memperkukuh dan memperhebatkan kempen mengkafirkan UMNO melalui Amanat Haji Hadi. . Antara perkara yang tidak dapat dilupakan adalah PAS telah menyatakan bahawa sembelihan orang UMNO haram dimakan. Berimamkan iman yang dilantik oleh kerajaan yang diterajui UMNO tidak sah maka wujudnya kes sembahyang dua imam. Pernikahan yang dilakukan oleh Kadhi lantikan kerajaan tidak sah dan sekiranya telah bernikah, maka hubungan tersebut dikategorikan sebagai melakukan zina dan macam-macam lagi. Implikasinya, perceraian meningkat, hubungan kekeluargaan runtuh, orang Islam khususnya yang ramainya terdiri di kalangan orang Melayu berpecah.
Untuk makluman, PAS dah lama pun bersama-sama dengan parti bukan Islam lagi chauvinis Cina DAP. Pada PRU 1969, PAS telah bersama-sama DAP, Gerakan (sebelum bersama BN pada 70-an) dan PPP. Parti Buruh (Labour Party), Tan Chee Koon yang mempunyai pengaruh komunis dan radikal telah dibubarkan telah beramai-ramai menyertai DAP. Penubuhan DAP adalah kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP Lee Kuan Yew yang telah keluar daripada Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan.
Dalam kempen PRU 1969 ini, PAS telah menyerang UMNO kepada orang Melayu manakala DAP mensasarkan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina. Sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan bahan kempen dalam usaha untuk menanamkan semangat membenci masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Usaha mereka ini berjaya dan pembangkang telah mendapat menafikan penguasaan Perikatan (BN) dalam Parlimen dan Pulau Pinang jatuhke tangan Gerakan. Apakah kesan yang ditinggalkan dalam kempen yang bersentimen agama dan kaum oleh pihak pembangkang? Keharmaonian dan kesejahteraan kaum serta kestabilan negara menjadi galang gantinya – insiden 13 Mei 1969.
PAS yang keluar daripada UMNO atas dasar tidak puas hati kerana UMNO tidak betul-betul melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Lupakah terhadap hujahan-hujahan yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran (surah al Imraan ayat 28) yang cuma dibacakan setengah ayatnya sahaja untuk menunjukkan UMNO itu kafir ? Namun tindakan PAS yang sanggup bersama-sama dalam perjuangan DAP chauvinis Cina yang terang-terang tidak akan menerima dasar pembentukan negara Islam dan perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam PAS, bagaimana pulak? Lantaran itu, penulis agak hairan juga kenapa dan mengapa pada hari ini penyokong dan pengikut taksub PAS begitu periaya-iya mempertahankan DAP?
|
|
Posted: 25 Dec 2010 06:04 AM PST Berita gembira bagi peneroka Felda
Pembangkang nampaknya kena fikir 100 kali kalau nak cuba main lagi dakwa Felda bangkrap.
Kalau begitulah keadaannya macam mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu boleh umum Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100.9 juta.
Bayaran itu akan dibuat kepada seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.
Najib memberitahu menerusi satu kenyataan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara akan menerima bonus itu. "Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya.-25/12/2010 |
|
Posted: 25 Dec 2010 05:46 AM PST GEMPAR !!! SAH USTAZ SAIDI DI LANGGAR OLEH PUAK PAS !!!
Ustaz Saidi menunjukkan Kenderaannya yang di langgar Lari oleh Pihak yang cuba menamatkan riwayat Beliau.
Gambar di atas dan di bawah ini merupakan gambar kenderaan Ustaz Saidi saksi yang mendedahkan penangkapan adun Selising dalam Koch Kereta Api.Gambar kenderaan nya yang telah terlibat dalam kemalangan pada hari Selasa 21hb iaitu beberapa hari yang lepas.
Kemalangan ini berlaku di jalan Dalam Rhu sekitar jam lebih kurang 11.15 pagi yang mana waktu kejadian Ustaz Saidi dalam perjalanan untuk ke rumah rakannya.Dalam perjalanan itu Ustaz Saidi ada terlihat sebuah Toyota Avanza yang mengekori beliau namun tidak di endahkan sangat memandangkan sejak pendedahan Isu Adun Selising yang di tangkap dalam Koch Kereta Api dengan seorang Wanita Isteri Orang itu beliau memang menjangkakan akan di ekori.
Dalam perjalanan ke rumah rakannya itu Ustaz Saidi membuat satu pusingan di sebuah simpang jalan dalam Rhu dan secara Tiba tiba Motokar Avanza yang mengekori beliau telah Melanggar dengan kuat di bahagian hadapan Sisi kanan tempat pemanduaan.
Pelanggaran itu menyebabkan hentakkan kuat di kepala Ustaz Saidi dan tidak sedarkan diri. Ustaz Saidi kembali sedar di Hospital dan apabila pulang ke lokasi kejadian di lihat kenderaan nya sedemikian rupa.
Apakah Motif Utama sehingga kenderaan Avanza yang mengekori beliau itu melanggar nya? Suka suka? Bergurau? Ataupun memang berniat untuk MEMBUNUH!!!
Syukur Kuasa Allah menyelamatkan beliau pada hari kejadian dan ini sebenarnya juga telah membuatkan pihak yang ingin menghapuskan beliau Ustaz Saidi tidak senang duduk dan pastinya akan membuat kerja Jahat mereka ke atas ustaz Saidi. NAK TAHU APA YANG DI DEDAH KAN OLEH USTAZ SAIDI ??? LIHAT VIDEO DI BAWAH
Untuk makluman juga Rakan saya Azmy Awang Kelana juga telah mendapat ugutan Bunuh melalui panggilan talifon kerana isu Adun Selising ini,Rakan Blogger saya Papa Gomo juga telah mendapat makluman bahawa ada kumpulan samseng yang kononnya datang dari Kelantan mencari Beliau di KL.Tujuan apa mereka cari Papa Gomo tidak lah dapat di nyatakan.
PENAKUT KER SAMPAI ADA UGUTAN BUNUH ??? TAKUT KER SAMPAI LANGGAR USTAZ SAIDI ??? TAKUT KER RAHSIA TERBONGKAR ???
POST BY WAYNE... |
|
Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS Posted: 25 Dec 2010 05:19 AM PST Sunday, November 21, 2010 Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS Fatwa-fatwa ringkas oleh pemimpin PAS yang bertentangan dengan AKIDAH ISLAM dan bercanggah dengan hukum seperti yang disediakan oleh Datuk Dusuki Ahmad dan disiarkan dalam Bicara Agama (kelolaan Astora Jabat):
1. Tuduhan kafir kerana memerintah negara secara berkongsi/berikat dengan parti-parti yang ahlinya bukan Islam.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1964. Mereka berhujah dengan ayat 28 surah Al-Imran. Tetapi tindakan mereka hari ini melibatkan diri dalam Barisan Alternatif yang ikut serta parti DAP telah menghalalkan fatwa mereka sebelum ini.
2. Membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.
Tuduhan ini bermula dalam kempen pilihanraya umum 1978 sebaik saja PAS keluar daripada BN, dan berterusan sehingga sekarang.
Haji Hadi juga dalam ucapannya pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu telah menegaskan: " Kita tidak payah menukar agama. Kita menjadi kafir dengan mengatakan polotik suku agama suku."
Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berkata bahawa Islam dan politik itu berpisah, kerana ajaran Islam meliputi semua bidang kehidupan termasuk politik. Tetapi pemisahan yang berlaku adalah dari segi perlaksanaan menurut keahlian seseorang yang melaksanakan bidang-bidang kehidupan yang berbeza.
Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah. Melalui wahyu, baginda bertindak sebagai pendakwah, dan pada masa yang sama sebagai pemimpin negara, panglima perang, hakim, imam sembahyang dan lain-lain.
Tetapi selepasa wafat Nabi Muhammad, ketika itu negara Islam sudah meluas dan bilangan rakyatnya sudah ramai, maka tugas-tugas pentadbiran hal-hal keduniaan ini terpaksa diagih-agihkan kepada yang layak dan berkemampuan,
Seorang yang menjadi kadhi tidak mungkin pada masa yang sama menjadi panglima perang. Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Semuanya terpaksa dipisahkan mengikut keahlian masing-masing.
Nabi sendiri pun telah memisahkan tugasnya diantara tugas-tugas kerasulan (Ar Risalah) dengan tugas kepimpinan manusia (Siasah Linnas Wa Riasah Ad-Daulah).
3. Menuduh kerajaan BN ini kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1969 dan berterusan sihingga ke hari ini. Mereka berlandaskan kepada ayat-ayat al-Quran 44, 45 dan 47 surah al-Maidah yang membawa maksud : " Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka orang yang berkenaan sama ada kafir atau fasik atau zalim."
Menjalankan hukum Allah mestilah bermula dengan diri sendiri. Maksudnya setiap orang Islam ditegah hasad dengki, cemburu, iri hati, benci dan lain-lain sifat-sifat mazmumah (keji). Hukum Allah menghendaki begitu. Hadi Nabi menegaskan: "Dirikan daulah Islam dalam diri kamu sebelum kamu dirikan dalam negara kamu."
Walaubagaimanapun, hukum Islam berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal telah dilaksanakan dengan sempurna menurut kemampuan yang ada.
4. Menuduh kerajaan BN memperjuangkan Assabiyah. Setiap perjuangan Assabiyah adalah kafir.
Tuduhan ini bermula menjelang pilihanraya umum 1982. Mereka berhujah dengan sebuah hadis yang membawa maksud: " Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah."
Sebenarnya maksud assabiyah yang dikehendaki oleh hadis ialah menolong bangsa sendiri dan pada masa yang sama menzalimi kaum yang lain. Hal ini tidak berlaku dalam kerajaan BN.
5. Berkelahi dengan penyokong BN adalah diharuskan.
Fatwa ini dibuat oleh Hadi Awang dalam ceramahnya secara terbuka pada 24 September 1983 di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu. Dia berhujah dengan ayat al-Quran 251 dari surah Al-Baqarah. Fatwa ini dapat difahami dengan mudah sebagai menyeleweng dan jahat.
6. Mengeluarkan hukum dengan mendakwa bahawa jika seseorang itu mati kerana melawan UMNO maka matinya adalah syahid.
Fatwa ini terbit dari ceramah Hadi Awang pada 7 April 1983 di Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Ucapan ini telah dicetak dan disebarkan dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kemumin dan Dewan Undangan Negeri Selising, Kelantan pada September 1983.
Menurut Ustaz Omar Khalid, seorang bekas pemimpin PAS, katanya: Dia sendiri pernah mendengar Tuan Guru Nik Aziz ada berkata: Jika melawan UMNO, tiba-tiba mati, maka matinya itu dikira syahid. (Parti Islam Antara Realiti dan Fantasi). Peristiwa Mamali pada tahun 1985, adalah kesan yang dipengaruhi oleh fatwa syahid tersebut.
7. Sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam.
Fatwa ini bermula dari risalah kecil tulisan almarhum Khaidir Khatib yang disebarkan menjelang pilihanraya umum 1969. Sehingga hari ini fatwa ini berjalan sebara berterusan.
Kempen-kempen setiap kali menjelang pilihanraya pensyarah-pensyarah PAS mendakwa bahwa parti PAS sahaja yang memperjuangkan Islam. Bahkan Nik Aziz sendiri dalam suatu siaran TV baru-baru ini telah menegaskan demikian. Kesannya pengikut-pengikut PAS meyakini bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Fatwa ini secara sedara atau tidak sedar telah menguasai pemikiran rakyat, termasuk golongan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi dan kakitangan kerajaan. Timbul perasaan berdosa jika tidak menyokong PAS.
8. Kerajaan BN bukan saja enggan melaksanakan hudud, tetapi memperlekeh dan menentang sekeras-kerasnya hukum Allah.
Fatwa ini mula dicipta dan disebarkan menjelang pilihanraya umum 1995 sedangkan PAS sendiri tahu bahawa kewajipan menjalankan hukum hudud itu bukan perkara suruhan yang segera seperti sembahyang, zakat, dan puasa. Juga bukan perkara yang diutamakan berbanding dengan hukum-hukum berhubung dengan pembangunan minda dan fizikal ummah.
9. Membela Kroni. Menghalalkan carut-mencarut, mengharuskan maki hamun. Bahkan Allah sendiri mencarut.
Fatwa ini dikeluarkan oleh Tuan Guru Nik Aziz sendiri ketika dia membela kroninya, Shahnon Ahmad yang menulis buku Shit. Nik Aziz amat berani membuat fatwa seumpama itu sehingga sanggup mencemarkan kesucian dan kesempurnaan Allah.
Fatwa ini jelas bertentangan dengan hukum dan bercanggah dengan akidah. Surah Al-Hujarat ayat ke 11 dengan jelas menyatakan maksud ini.
Memang benar Allah pernah mencela orang munafik dengan kataNya mereka bisu, buta dan tidak ada otak. Tetapi celaan seumpama itu tidak bleh dianggap sebagai mencaci dan mencarut atau mencela dan mencerca, kerana kita tidak boleh mengkhitabkan atau mengaitkan perbuatan dan kata-kata keji kepada Allah Yang Maha Suci.
Kata-kata Allah itu adalah merupakan inzar (amaran) dan tahdid (ugutan) kepada orang kafir dan munafik. Bukan maki hamun dan mencarut. Kalaulah dikatakan maki hamun pun, kata-kata itu adalah ditujukan kepada orang kafir dan munafik. Tidak kepada orang yang sujud kepada Allah.
Ahli Sunnah Wal-Jammah telah membuat kesimpulan bahawa sekiranya terdapat kalimah-kalimah yang menyerupai sifat-sifat kekurangan, maka hendaklah ditakwilkan makna dan maksudnya supaya sesuai denga kesucian dan kesempurnaan Allah.
10. Fatwa-fatwa sampingan
Kesan daripada fatwa-fatwa di atas lahirlah fatwa-fatwa sampingan yang bergerak secara berbisik-bisik dari rumah ke rumah. Bahkan seringkali juga dilakukan secara terbuka di kawasan luarbandar dan pendalaman:
a) Tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO.
b) Diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang UMNO.
c) Tidak boleh belajar dan mendengar kuliah-kuliah dari guru-guru dan ustaz penyokong kerajaan BN
d) Tidak sah akad nikah dengan imam yang dilantik oleh Majlis Agama dibawah kerajaan BN.
dipetik dr ;ttp://fantrealika.tripod.com/Fatwa.htm
#Dengan adanya akal fikiran, maka berfikirlah terlebih dahulu sebelum bertindak dan rujuk orang-orang yang lebih berilmu daripada kita. Jangan terlalu mudah percaya akan sesuatu itu, tidak kiralah dari mana maklumat itu datang samaada dari pas, umno dll kerana semuanya adalah manusia biasa yang banyak membuat kesalahan.
#Sesungguhnya Allah maha mengetahui. |
|
Apa itu ‘kuasa Melayu’? Posted: 25 Dec 2010 05:17 AM PST Saturday, September 25, 2010 Apa itu 'kuasa Melayu'? Oleh Dr. Hassan Ahmad Utusan malaysia 22 Sept 2010
ORANG Melayu baru sedar bahawa 'kuasa Melayu' di negara ini akan pupus, atau setidak-tidaknya Melayu tidak akan berkuasa lagi di negeri ini. Beberapa tanda digunakan untuk membuat ramalan tentang kemungkinan pupusnya kuasa Melayu di negara ini. Hasil Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dianggap oleh orang Melayu sebagai salah satu tanda terhakisnya kuasa politik Melayu apabila UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (BN) hilang kuasa majoriti 2/3 dalam parlimen dan jatuhnya negeri kuasa UMNO sejak kemerdekaan ke tangan Pas atau gabungan parti-parti Pakatan Rakyat, dan hilangnya pengaruh politik UMNO di Pulau Pinang. BN mula-mulanya kalah di Perak tetapi disebabkan tiga orang anggota DUN PR keluar parti dan menjadi anggota DUN mesra-BN, maka Mahkamah memutuskan bahawa BN-lah yang layak memerintah di negeri itu. Tetapi orang Melayu kekal memerintah di Kelantan, walaupun parti yang memerintah bukan BN/UMNO tetapi Pas.
Orang Melayu mungkin mengenang akan kuasa yang diwarisi oleh orang Melayu dari sejarah pemerintahan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Sejarah sebelum kemerdekaan menunjukkan bahawa sejak zaman berzaman, sebelum kedatangan penjajah Inggeris, yang memerintah di Tanah Melayu bukan orang lain tetapi orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu. Benar, sejak Perjanjian Pangkor tahun 1874, British mulai 'mencampuri' urusan pentadbiran negeri Melayu, terutama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Federated Malay States. Tetapi sejarah itu tidak menunjukkan bahawa kuasa pemerintahan Melayu jatuh sepenuhnya ke tangan kuasa baru, iaitu kuasa British. Tidak. Raja Melayu tetap bertahta (tidak diturunkan dari tahtanya) dan memerintah walaupun dengan 'nasihat' pegawai British. Di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah-Perlis) pentadbiran masih hampir sepenuhnya berada dalam tangan raja Melayu, menteri besar Melayu dan para pegawai pentadbir Melayu. British cuma menjadi 'penasihat'. Tetapi akhirnya kerana kelemahan raja-raja dan golongan bangsawan Melayu yang memerintah bersama-sama British itu, kuasa politik Melayu makin lama makin merosot sehinggalah sampai pada tahun 1946 apabila British kembali ke Tanah Melayu (selepas Jepun kalah Perang) untuk mentadbir semula Tanah Melayu dan kemudian cuba mengubah status Tanah Melayu atau 'British Malaya' menjadi 'koloni British' melalui rancangan Malayan Union-nya.
Orang Melayu seluruh Tanah Melayu bangkit menentang rancangan itu, kerana kalau tidak ditentang Tanah Melayu akan menjadi tanah 'Jajahan British', raja-raja Melayu akan hilang hak dan kedaulatannya dan akan dijadikan subject raja British dan bangsa Melayu menjadi 'rakyat British' sama seperti halnya dengan Hong Kong, tidak lagi sebagai rakyat raja Melayu atau negeri Melayu. Semasa seluruh bangsa Melayu di Tanah Melayu, termasuk Melayu di Singapura, bangkit menentang rancangan Malayan Union itu kaum-kaum lain tidak menyokong protes itu. Mereka mungkin itu adalah masalah orang Melayu, masalah raja dan negeri Melayu, bukan masalah mereka. Pada masa itu mereka bukan rakyat raja atau negeri Melayu. Mereka adalah 'orang asing' atau 'pendatang'. Jadi, mereka tidak turut membantah kerana menganggap Malayan Union itu ialah masalah Melayu bukan masalah mereka. Barangkali mereka suka Tanah Melayu menjadi koloni British dan mereka menjadi 'rakyat British' atau 'British citizens'.
Malayan Union yang gagal itu digantikan dengan kesatuan baru yang disebut Federation of Malaya yang diperintah oleh raja baru, iaitu the British raj (seperti di India) yang diwakili di Tanah Melayu oleh Pesuruhjaya British sebagai 'ketua eksekutif'. Tetapi Federation of Malaya itu sebenarnya ialah Federation of Malay States atau ringkasnya Persekutuan Tanah Melayu, bukan Persekutuan Malaya. Ini menunjukkan bahawa 'negeri Melayu' tidak dihapuskan seperti yang cuba dihapuskan oleh British melalui rancangan Malayan Union-nya. Ada 'Negeri Melayu' bererti ada raja Melayu, ada kerajaan Melayu. Kita menyebut 'sejarah' ini untuk menangkis pendapat yang mengatakan bahawa sebelum kemerdekaan 'Negeri Melayu' atau 'Kerajaan Melayu', atau dengan kata lain 'kuasa Melayu' sudah tidak ada lagi. Maka orang pun percaya - dan ini termasuk para pemimim Melayu - bahawa dalam tahun 1957 lahirlah sebuah 'negara baru' yang disebut negara Federation of Malaya (kemudian dalam tahun 1963, menjadi 'Persekutuan Malaysia'), tidak lagi 'persekutuan tanah Melayu' atau 'persekutuan negeri-negeri Melayu'. Ini suatu penghinaan kepada bangsa Melayu yang sudah mempunyai negeri atau negara atau kerajaan sejak sekurang-kurangnya abad ke-13 lagi.
Kemerdekaan
Selepas kemerdekaan, UMNO yang pada waktu itu mampu memerintah tanpa bergabung dengan kaum-kaum lain, sanggup berkongsi dengan kaum-kaum lain untuk memerintah negeri ini selepas British meninggalkan Tanah Melayu, demi 'perpaduan kaum' (konon!). Dalam PRU pertama (1956), UMNO memenangi lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen. Calon-calon dari parti komponen Perikatan, iaitu MCA dan MIC, kalau saya tidak silap, semuanya atau hampir semuanya menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu.
Itulah agaknya yang dimaksudkan oleh Melayu sebagai 'kuasa Melayu', iatu kuasa politik Melayu. Tetapi mengapakah sekarang orang Melayu takut 'kuasa' itu akan hilang? Apakah yang mereka takut: hilang kuasa UMNO atau hilang kuasa Melayu? Dalam Parlimen, orang Melayu masih merupakan golongan majoriti, kalau kita ambil kira kerusi UMNO, kerusi Melayu Pas, dan kerusi Melayu dari PKR. Kuasa Melayu untuk terus menjadi pemerintah di negeri ini tidak semestinya bererti kuasa UMNO sahaja. Hari ini, sudah mulai banyak orang Melayu yang berkata, apa untungnya rakyat biasa Melayu jika UMNO terus memerintah. Mereka melihat sebahagian orang Melayu yang berkuasa dalam UMNO sudah tidak ada semangat dan jiwa Melayunya lagi, seperti ibu bapa mereka yang berarak menentang Malayan Union. Mereka dilihat tidak berani lagi 'memperjuangkan' nasib bangsa Melayu; UMNO baru ini dilihat semakin menyerah dan bertolak ansur dengan apa sahaja kehendak dan tuntutan orang bukan Melayu, termasuk hal-hal yang mereka tidak tuntut namun diberikan juga, konon untuk mengambil hati orang bukan Melayu, sedangkan tuntutan Melayu dituduh sebagai tuntuan 'rasis'. Sama ada ini hanya persepsi orang Melayu terhadap UMNO sekarang atau ini memang kebenaran, UMNO kenalah kaji dengan jujur dan secara rasional untuk mengetahui sebabnya yang sebenar. Maka dalam keadaan nasib Melayu yang tidak menentu ini, lahirlah NGO Melayu yang dituduh 'rasis', iaitu Perkasa. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perkasa lahir kerana mereka menganggap UMNO tidak lagi sanggup atau mampu mempertahankan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Dalam PRU yang lepas banyak penyokong tradisional UMNO lari ke parti-parti lain, khususnya Pas. Apa sebabnya? Apakah mereka sudah kecewa dan hilang kepercayaan kepada UMNO sebagai parti yang dapat membela nasib mereka atau apakah mereka percaya bahawa Pas dapat menjadi parti Melayu sebagai alternatif kepada UMNO? Dasar-dasar apakah yang dibawa oleh Pas yang menarik perhatian mereka?
Masalah
Saya rasa masalah 'kuasa Melayu' tidak terletak pada mana-mana parti politik Melayu atau pada soal 'kuasa politik' parti semata-mata. Kuasa politik bukan ditentukan oleh parti politik tetapi oleh rakyat, oleh pengundi. Sama ada kita suka atau tidak suka inilah demokrasi. Kuasa politik bukan terletak pada UMNO, atau Pas, atau DAP atau PKR tetapi pada rakyat. Dan rakyat hari ini, terutama golongan muda - ini termasuk pengundi Melayu yang masih merupakan pengundi majoriti di negara ini - nampaknya tidak lagi memilih parti hanya berdasarkan sentimen kaum tetapi berdasarkan soal sama ada parti itu dapat memerintah negara dengan adil, saksama, seimbang, bersih, cekap dan amanah. Mereka melihat apakah parti itu dipenuhi oleh golongan manusia yang perasuah, orang yang hanya mementingkan diri sendiri, kekayaan sendiri dan kesenangan kaum keluarga dan sahabat handai mereka, atau apakah parti itu dipimpin oleh orang-orang yang bersih dari segala macam rekod moral yang buruk, orang yang bercakap bohong, orang yang lebih mementingkan ekonomi 'pasaran bebas', ekonomi mesra pasaran, daripada ekonomi atau pasaran mesra-rakyat. Sehubungan ini saya teringat membaca suatu artikel dalam majalah Newsweek baru-baru ini yang menceritakan dasar ekonomi negeri China. Seorang pegawai tinggi kerajaan China berkata: In China we make the market economy to serve the people and the State, not the market, maksudnya, 'Di negeri China ekonomi pasaran diarah berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak untuk pasaran'. Barangkali kerana inilah China sekarang sedang berkembang untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi dunia mengalahkan negara-negara Barat dan Jepun.
Kalau sesebuah parti Melayu diketahui oleh rakyat semua kaum sebagai parti yang 'bersih', yang akan memerintah dengan adil tidak kira kaum, saya kira semua kaum akan tertarik dengan parti itu. Ini soal prinsip, soal moral, bukan soal perkauman.
Jadi, soalnya, apakah dan siapkah yang salah jikalau 'kuasa Melayu' akan hilang. Jawabnya ialah, yang salah ialah orang Melayu sendiri, bukan kaum-kaum lain. Diberi kuasa yang banyak oleh rakyat, terutama pengundi Melayu, kuasa itu tidak digunakan dengan baik dan bijaksana; kuasa itu disalahgunakan, sehingga berlaku beberapa banyak skandal berlaku, skandal rasuah, skandal jenayah, skandal ekonomi. Selama 50 tahun orang Melayu mempunyai kuasa untuk mempertahankan hak dan kepentingan Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan, dalam soal dasar bahasa, dalam soal budaya dan lain-lain lagi, tanpa menjejaskan kepentingan kaum-kaum lain yang juga perlu diperjuangkan oleh penguasa-penguasa politik Melayu itu dengan adil dan saksama, sebagaimana dituntut oleh Perlembagaan, tetapi sejak mutakhir ini nampaknya keadaan orang Melayulah yang semakin terdesak. Maka lahirlah badan bukan kerajaan Melayu seperti Perkasa untuk mewakili suara dan keadaan rakyat Melayu yang terdesak itu. Kemiskinan di kalangan orang Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan kemiskinan di kalangan kaum lain juga makin meningkat. Jurang perbezaan antara golongan terkaya dengan golongan majoriti yang susah semakin membesar. Jikalau dasar ekonomi negara ini mesra-rakyat, keadaan ini sepatutnya tidak berlaku. Kita sibuk memajukan keadaan fizikal negara tetapi lupa memajukan keadaan moral rakyat dan negara serentak atau selaras dengan kemajuan materialistik.
Nasihat saya kepada orang UMNO ialah, tumpukan perhatian kepada reformasi atau transformasi moral dan budaya politik dalam UMNO. Ini akan menjadi asas atau 'model' untuk membolehkan UMNO menjadi 'pejuang bangsa Melayu' yang kredibel dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan dan sosial merentas kepentingan peribadi anggota-anggota parti itu sendiri. Saya tidak berkata bahawa 'moral' anggota-anggota dan kepimpinan parti-parti lawan semuanya bersih, hebat, cemerlang, Tidak. Yang penting ialah UMNO sebagai parti Melayu yang terbesar (atau masih terbesar?) hendaklah memperbaiki dan menampilkan imejnya sebagai parti yang benar-benar berjiwa 'kebangsaan', parti yang dapat menjadi pilihan utama rakyat, tidak sahaja rakyat Melayu tetapi juga rakyat bukan Melayu berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kesaksamaan merentas kepentingan kaum dan kepentingan peribadi para anggota parti. Akhir kata, 'kuasa Melayu' tidak bererti kuasa untuk orang Melayu yang berkuasa melakukan apa sahaja menurut nafsu mereka, memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan memusnahkan hak dan kepentingan bukan Melayu. Kuasa Melayu bererti kuasa untuk mentadbirkan negara dengan cekap, adil, bijaksana, bersih, bertanggungjawab untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan etnik atau kepentingan golongan dan orang-orang perseorangan yang berkepentingan peribadi. Kuasa Melayu tidak bererti kuasa anti-bukan Melayu, atau hanya kuasa pro-Melayu, tetapi kuasa untuk semua rakyat, kuasa untuk mewujudkan kemajuan, kesejahteraan, kemakmuran untuk semua rakyat. Kalau ini maksud kuasa Melayu, tidak ada sebab mengapa rakyat mesti takut kepada kuasa ini. Yang kita takut ialah, jika kuasa Melayu ini diberikan kepada atau jatuh ke tangan orang Melayu yang tidak layak menerimanya dan tidak mampu menggunakannya dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan negara. |
|
Agenda Ketuanan Cina Komunis Dalam Konvension Pakatan !!! Posted: 25 Dec 2010 05:10 AM PST Seperti dijangkakan konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan Ahad depan akan mengelakkan isu-isu sensitif yang mungkin meretakkan hubungan ketiga-tiga parti komponen itu.
Bercakap kepada wartawan di inu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Lim Kit Siang sepakat berkata agenda utama mereka adalah "membincangkan isu-isu yang sudah dipersetujui".
Ditanya sama ada isu negara Islam akan dibangkitkan pada konvensyen di Pulau Pinang itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan hanya membincangkan isu yang telah dipersetui secara sepakat. "Kita telah bincangkan pada mesyuarat tadi. Hadi ada bersama, Mustafa Ali juga ada dan mereka jelaskan bahawa isu yang akan difokus adalah isu bersama," kata Anwar. "Kenapa perlu dibawa isu yang kita tidak ada kesefahaman bersama? Keputusan kita bergantung kepada konsensus.
Ditanya wartawan mengenai isu pelantikan timbalan perdana menteri Cina jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, Abdul Hadi berkata mereka akan membuat keputusan berdasrkan perlembagaan negara. "Kita belum menang ataupun ambil alih kuasa, jadi kita belum boleh lagi. Kita tidak boleh bincangkannya lagi tapi kita akan buat ikut perlembagaan (negara)," katanya.
Komen
Pakatan Rosak hanya akan menegakkan ketuanan cina komunis! ketuanan rakyat ialah ketuanan cina komunis! tak ada agenda lain! bagi anwar aljuburi pengkhianat bangsa, agama dan negara yang penting angan angan nak jadi PM...itu sajer!
Sementara itu PAS tetap akan menjadi kuda padi tunggangan enak DAP dan nuar untuk mengejar cita cita mereka! PAS hanya bertindak sebagai balaci, hamba dan sahya politik kepada cina komunis DAP dan Nuar Peliwat Malang...
Lu Fikir La Sendiri!!! |
|
FUKATAN RAKYAT UMPAN GURU-GURU PULAK. Posted: 25 Dec 2010 05:03 AM PST 1 hari tak perlu 100 hari Bunyinya macam hebat sangat Pakatan bilamana berkata nak kasi imbuhan sebanyak RM 500 kepada guru-guru. Sampai kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran goyah dengan kenyataan Nuar Berahim berhubung perkara RM 500 ini.
Kenapa nak tunggu sehingga 100 hari..kasi saja sekarang kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan..kita lihat sama ada kerajaan negeri Pakatan mampu melaksanakan atau tidak perkara yang diwar-warkan ini.
Bila Pakatan kata nak tunggu 100 hari terkenang pulak dengan Nuar Berahim dengan kes liwatnya. Memang suka tangguh-tangguh. Kalau betul anak jantan buat sahaja sekarang tak perlu nak tunggu 100 hari.
Cikgu-cikgu dekat luar sana jangan jadi bodoh nak percaya cakap Pakatan. Lepas beri RM 500 pada guru banyak pulak golongan lain yang akan menuntut RM 500 pada kerajaan. Polis,tentera, bomba, Pertahanan Awam tidakkah berkhidmat kepada negara? Adilkah jika kita sekadar memberi pada guru imbuhan RM 500 itu?
Itu sekadar strategi Pakatan nak menarik perhatian guru-guru. Lepas ini Pakatan akan berjanji pula kepada pihak lain..Beri pada semua pihak sekadar nak tarik undi lama lama memang sah akan bangkrap dan muflis.
Adakah anda di luar sana akan memufliskan negara dengan mendengar janji kosong Pakatan? |
Usah Cuba Merasuah, Guru Ada Maruah Saya menerima panggilan dari seorang rakan sekampung yang agak tidak berjumpa baru-baru ini. Rakan saya ialah seorang guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun dengan pelbagai pengalaman di pelbagai tempat. Beliau bermula sebagai seorang guru Sek Rendah yang menyambung pelajaran semasa berkhidmat dan sekarang bertugas di sebuah Sekolah Menengah di Selangor. Dia menghubungi saya hanya untuk melahirkan RASA TERSINGGUNG DAN TERHINA DENGAN SALAH SATU JANJI PAKATAN PEMBANGKANG BARU BARU INI. MENURUT BELIAU JANJI UNTUK MENAIKKAN GAJI GURU SEBANYAK 500 RINGGIT SEBAIK SAHAJA MEMERINTAH MENGGAMBARKAN BETAPA RENDAHNYA 'NILAI DAN MARUAH' WARGA PENDIDIK DI MATA PEMBANGKANG. HASIL PERBUALAN SAYA DENGAN BELIAU MENDATANGKAN BEBERAPA DAPATAN YANG INGIN SAYA KONGSIKAN 1. Bukan semua guru mendidik semata mata kerana gaji atau pendapatan. Guru kebanyakannya berkhidmat kerana kasih kepada anak bangsa. 2. Walaupun tidak kaya, kebanyakan guru hidup selesa dan bersyukur dengan tahap kehidupan sekarang 3. Guru berkhidmat dengan 'hati dan roh'. Pembangunan manusia tidak akan berlaku jika guru tidak ikhlas 4. Guru bersyukur dengan kemudahan untuk menyambung pelajaran bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan 5. Guru bukan golongan yang boleh 'DIGULA GULAKAN' dengan janji material kerana sampai ke satu peringkat umur, guru lebih fokus kepada mencari keredhaan ALLAH. Pandangan rakan saya bahawa Pakatan memilih guru untuk digoda atas beberapa sebab :- 1. Guru merupakan kakitangan kerajaan yang paling ramai 2. Guru dari sudut sejarahnya memang merupakan golongan yang rela bekorban dan berjuang 3. Guru amat rapat dengan masyarakat dan umumnya mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi Bagaimanapun rakan saya menegaskan, berdasarkan pengalaman beliau sendiri beliau yakin warga guru tidak akan terperangkap dengan janji ini. Menurut beliau ada perkara yang tidak disedari oleh ramai orang iaitu kebanyakan anak guru berjaya dalam hidup. Kebanyakan anak guru berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sebahagiannya kerana 'keikhlasan guru' mendidik. Akhirnya rakan ini menegaskan bahawa nampaknya ada kecenderungan baru pihak tertentu untuk memaksa sokongan orang ramai tetapi dalam masa yang sama menghina dan merendahkan maruah rakyat. Perbualan ini mengingatkan saya kepada ramai guru saya, memang benar ada di antara mereka mendidik, mengajar dengan sepenuh jiwa raga mereka. Nampaknya silap besar Pakatan Pembangkang. Umpan yang mereka lontarkan menjadi racun kepada mereka sendiri. Dan Kuala |
KIT SIANG MARAH PAKATAN SELANGOR. Posted: 25 Dec 2010 04:58 AM PST KIT SIANG MARAH PAKATAN SELANGOR. ronie liu arahkan semua PBT haramkan logo 1malaysia. kalid gagap kata ia bakal berkuat kuasa 1selangor. faekah lewinsky kata 1malaysia aniaya anwar.
KIT SIANG KATA KAT DORANG..LU BOLO PUNYA OLANG ! |
|
MP Padang Serai-Gobi keluar PKR? Posted: 25 Dec 2010 04:54 AM PST Media Baru Adalah Untuk Semua
Walaupun Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan "berjanji" tidak akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun dilihat mengkritik keras ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi 'Twitter' sejak dua tiga hari lalu, namun janji itu juga pernah dibuat oleh MP Pakatan sebelum ini seperti yang pernah dilakukan oleh MP Bayan Baru Zaharin Hashim.
Petanda bahawa MP PKR itu akan keluar PKR apabila Mesej mengecam kepimpinan kedua-dua Anwar dan Azmin memuncak sejak petang semalam.
Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak sejak awal pagi ini.
Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.
Ini bukan kali pertama andaian sedemikian dibuat membabitkan pemimpin itu.
"Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.
Pelbagai pihak termasuk kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dan orang perseorangan mengulas pandangan Gobalakrishnan yang turut dikenali sebagai "Gobi" sejak semalam.
Antara yang mengulas ialah Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda MIC T Mohan.
Seorang pemegang akaun bernama "RaymondJim" berkata, "Ngobalakrishnan, anda seharusnya membawa (perkara) ini kepada parti anda dan bukannya membazir ruang pencetus berita di sini hanya kerana keluhan peribadi anda."
Menjawab komen itu, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR ini berkata, "apa yang saya sampaikan menerusi Twitter, sebenarnya sudah lama saya bangkit dalam parti, Anwar pun tahu, Azmin pun tahu."
"Malangnya Anwar tidak melakukan apa-apa," kata beliau yang sekali lagi menolak tanggapan pihak luar PKR bahawa akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat sebagaimana persekitaran disaksikan awal tahun ini.
"Saya sangat pasti, Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor akan bersetuju jika ekuiti ekonomi masyarakat India Malaysia perlu dipertingkatkan," kata salah satu mesej Gobalakrishnan hari ini.
Katanya, Azmin, salah seorang pemimpin pengasas PKR tidak pernah memihak kepentingan masyarakat India sejak 2002 lagi meskipun "saya menderita, saya bersabar."
"Ini masanya ahli-ahli politik semasa tampil bersama demi kebaikan masyarakat India Malaysia yang sudah dilupakan," kata Gobalakrishnan yang juga ketua PKR Padang Serai.
"Masyarakat India seperti juga masyarakat Cina telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara," tulis Gobalakrishnan lagi, yang turut mengecam layanan tidak adil dan tidak memadai bagi pembangunan sekolah rendah Tamil dan kuil di Selangor.
"Kerajaan-kerajaan negeri ada kuasa untuk pembangunan dan akta berkaitan dengan tanah adalah alat yang TKS (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) dan kesemua Menteri Besar perlu gunakan untuk mempertingkatkan rakyat Malaysia yang miskin," kata Gobalakrishnan dalam mesej susulan.
Khalid merupakan pemimpin PKR dan mengetuai kepimpinan negeri sejak Mac 2008.
"Tiada sekolah Tamil dan kuil harus ditutup atau dipindahkan jika pembangunan diadakan," katanya dalam mesej tambahan sambil menambah, "komuniti lebih penting daripada cinta saya kepada pemimpin parti."
Masyarakat India merupakan ahli kedua terbesar dalam PKR yang ditubuhkan pada 1999, setahun selepas Anwar dipecat oleh Umno dan Tun Dr Mahathir Mohamad setahun sebelum itu.
Awal tahun ini PKR telah kehilangan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).
Melainkan Zulkifli yang dipecat, wakil rakyat lain memutuskan untuk keluar PKR.
Mereka kemudian membentuk Konsensus Bebas.
Sebelum kelima-lima keluar dan dipecat, mereka memulakan kritikan ke atas PKR dan Pakatan Rakyat dengan mengecam keras kepimpinan Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.
Gobalakrishnan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan yang baru berlalu tetapi tewas.
Malah ketika proses pemilihan sedang berjalan, Gobalakrishnan pernah mempertikaikan perjalanan proses pengundian dan memberi kata dua kepada jawatankuasa pemilihan pusat agar memperbaiki kecacatan dan kepincangan yang wujud.
Dalam salah satu mesej Twitter, Gobalakrishnan berkata, "saya sudah lama bertolak ansur."
"Parti perlu menuju ke arah yang betul, parti perlu menghormati suara-suara (yang dibangkitkan), tetapi kita tidak seharusnya mensabotaj parti," katanya.
Malah ada pandangan yang meminta Gobalakrishnan agar kembali ke pangkuan MIC dan membuat keputusan sebelum pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang, Johor, yang akan diadakan akhir bulan depan.
"Cakap berapi! Esok lusa Anwar bagi jawatan terus senyap? Bukan boleh percaya PKR ini! Drama lebih!," demikian seorang pemegang akaun bernama "YuseriYusoff".
Seolah-olah mengandaikan parti kemungkinan mengambil tindakan disiplin sebagaimana kes Zulkifli, Gobalakrishnan menulis, beliau sewajarnya diberikan ruang untuk menjawab jika dikenakan tuduhan disiplin.
"Keterangan saya perlu didengar jika mahu dipecat dan dibenarkan bercakap, jika tidak ia akan seperti Anwar dinafikan pembelaan dalam perbicaraan APCO," kata Gobalakrishnan yang mengakui bahawa pemimpin-pemimpin PKR nasional ada kuasa untuk mengambil tindakan.
"Tetapi mereka mesti jawab mengapa mahu mengambil tindakan (disiplin)," kata beliau.
Pada 8 Mac 2008, Gobalakrishnan memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 11,738 undi. Beliau menewaskan Boey Chin Gan (MCA-BN). |
|
KALAU DUA DUA MERAJUK, ANA KAHWIN TIGA... Posted: 24 Dec 2010 04:57 PM PST (Sekadar gambar hiasan)
Berikut adalah senarai pemimpin-pemimpin PAS yang beristeri melebihi daripada satu :
Menteri Besar Terengganu, Hadi Awang. Beliau ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga adalah anak dara (18 tahun) yang terpedaya dengan `kewarakannya'.
Mohamad Sabu ada dua isteri. Isteri keduanya dirampas daripada rakan karib sendiri melalui kaedah berkhalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu.
Hassan Abdullah ada empat isteri. Isteri pertama yang tinggal di Kampung Dangar Pasir Mas telah diceraikan kerana berusia lebih 50 tahun. Untuk mencukupkan kuota, beliau mencari ganti di kalangan anak dara, kini beliau sedang dalam proses untuk menceraikan isteri keduanya yang sudah mencecah usia lewat 40-an untuk digantikan dengan anak dara juga.
Takiyuddin Hassan ada dua isteri. Bakal isteri ketiga dalam proses. Khabarnya dari Negeri Sembilan dan bekerja di Kelantan.
Buniyamin Yaakob ada tiga isteri. Isteri kedua dan ketiga dikahwininya selepas membuntingkannya terlebih dahulu. Seorang anaknya adalah anak luar nikah.
Wakil Rakyat Pas DUN Selising, Pasir Puteh ada dua isteri. Isteri kedua bakal dikahwininya selepas keputusan Mahkamah Syariah Pasir Puteh nanti. Beliau kini dalam perbicaraan kerana berzina dengan isteri sahabatnya dalam gerabak keretap |
|
MEERRY X'MAS Posted: 24 Dec 2010 04:52 PM PST PPUBJ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krimas kepada rakyat Malaysia yang beragama Keristian. |
|
WAJIB BACA : MALAM PERTAMA Posted: 24 Dec 2010 04:48 PM PST Adab-adab malam pertama
Oleh ZUARIDA MOHYIN
DALAM Islam, pernikahan adalah perkara yang agung dan suci. Al-Quran menyebutnya sebagai mitsaqan ghalizan atau ikatan yang kuat. Malah Islam tidak hanya mengatur persoalan hubungan suami dan isteri secara umum. Ia juga mengkaji pelbagai persoalan yang dianggap bersifat peribadi.
Semuanya bertujuan mewujudkan kebahagiaan suami dan isteri dalam hidup berumah tangga.
Menurut penulis buku berjudul Indahnya Malam Pengantin, Ummu Nayla, perkataan itu hanya disebutkan tiga kali dalam al-Quran iaitu, pada perjanjian Allah SWT dengan para Nabi-Nya iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW (dalam surah al-Ahzab ayat tujuh).
Yang kedua semasa Allah mengangkat bukit Thur ke atas kepala Bani Israel dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa ayat 154).
Sementara yang ketiga apabila Allah menyatakan perihal ikatan pernikahan (surah an-Nisa ayat 21).
Menyentuh soal pernikahan, salah satu perkara yang sering menjadi topik perbualan atau perbincangan malah juga paling banyak mitos berkaitannya ialah bab adab malam pengantin atau malam pertama.
Hakikatnya, pengetahuan berkenaan cara melalui atau melayari malam pertama yang indah dan penuh keberkatan adalah amat penting. Ini kerana, hubungan intim yang dilakukan pada malam tersebut, menentukan kemesraan hubungan intim pada hari-hari akan datang, seterusnya membina keharmonian rumah tangga.
Selain itu, hubungan intim yang dilalui pada malam pertama itu diharap akan dapat melahirkan anak-anak soleh dan solehah, yang mampu menegakkan Islam di muka bumi.
Justeru, setiap umat Islam terutamanya yang bakal bernikah, lebih-lebih lagi pada musim-musim cuti persekolahan hujung tahun ini, perlu memahami adab malam pertama dari perspektif Islam.
Semoga dengan memahaminya, malam pertama dapat dilalui dengan indah dan penuh berkat serta meninggalkan kesan yang mendalam pada hati kedua-dua pasangan mempelai.
Realitinya, ilmu berkaitan malam pertama tidak diajar secara menyeluruh dan tidak mencukupi, apa lagi yang dijelaskan dari sudut pandangan Islam.
Ini berkemungkinan kerana hal ini dianggap sesuatu yang perlu dipelajari sendiri atau diturunkan oleh orang tua-tua kepada bakal-bakal pengantin. Ditambah, topik ini bukannya yang biasa dibincangkan secara terbuka atau terang-terangan.
Padahal, setiap orang yang mahu dan bakal bernikah serta melalui malam pertama perlu mempunyai ilmu yang cukup agar malam pertama dilayari bukan semata-mata aktiviti fizikal tetapi juga sebagai aktiviti mental.
Apabila persetubuhan hanya berfungsi sebagai aktiviti fizikal, apa yang diperoleh oleh pasangan itu hanyalah kenikmatan semasa orgasma. Tidak ada ketenangan hati dan ketenteraman jiwa semasa menjalani kehidupan bersama dalam rumah tangga.
Oleh itu, suami dan isteri perlu menyedari ada keindahan lain di luar daripada persetubuhan yang dapat menyempurnakan kebahagiaan rumah tangga.
Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata: "Allah menciptakan kehadiran suami dan isteri sebagai bentuk kebahagiaan. Kehadiran suami ataupun isteri lebih indah daripada jimak."
Semoga kehadiran suami mempunyai makna yang berharga bagi isteri. Mari kita sama-sama contohi rumah tangga Ali bin Abu Talib dan Fatimah az-Zahra.
Rumah tangga mereka mempunyai gambaran yang mempesonakan. Ali berkata: "Apabila aku memandang isteriku, Fatimah az-Zahra, hilang kesusahan dan kesedihanku."
Sesungguhnya setiap daripada kita sebenarnya mengharapkan serta sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT agar perkahwinan yang dibina kekal ke akhir hayat. |
|
SJKC MULA DIMINATI OLEH BUMIPUTERA. Posted: 24 Dec 2010 04:44 PM PST 55,976 murid bumiputera belajar di SJKCKUALA LUMPUR 16 Dis. - Seramai 55,976 atau 9.15 peratus daripada 612,064 murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara terdiri daripada golongan bumiputera. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perangkaan pada tahun ini menunjukkan Sarawak mempunyai murid bumiputera paling ramai di SJKC iaitu 16,430 orang diikuti Sabah (12,138 orang). ''Jumlah di Johor adalah 4,917 orang, Selangor (4,863 orang), Kedah (2,533 orang) dan Pahang (2,457 orang)," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada sidang Dewan Rakyat hari ini. Teresa ingin tahu pecahan murid Melayu, India, Iban dan Kadazan di sekolah rendah Cina di Malaysia. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jumlah keseluruhan murid bumiputera di SJKC itu termasuk mereka yang mengikuti pendidikan prasekolah. |
|
INFO KESIHATAN Posted: 24 Dec 2010 04:38 PM PST Kolesterol tinggi digeruni Selepas pemeriksaan, kolesterol darah saya didapati berada pada tahap tinggi. Kini saya sedaya upaya memilih makanan sihat. Selain itu apakah nasihat untuk mereka yang mengalami kolesterol tinggi? JAWAPAN Masalah kolesterol tinggi bukanlah penyakit tetapi memberi komplikasi yang digeruni iaitu meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti. Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti: * Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan. * Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL). * Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL * Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL * Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan. Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal. Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan. Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati member |
|
BN MELAKA SIAP SEDIA LEBIH AWAL. Posted: 24 Dec 2010 04:25 PM PST BN NEGERI MELAKA SEDIA HADAPI PILIHANRAYA UMUM????? 1. Negeri Melaka telah melancarkan Bilik Gerakan Pilihanraya Negeri sebentar tadi di Jalan Hang Tuah, Melaka.
2. Perasmian yang disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Datuk Hj Mohd Ali bin Hj Mohd Rustam, merangkap Ketua Menteri Melaka.
3. Majlis turut dihadiri oleh semua Ketua dan ahli parti kompenan Barisan Nasional. Bilik Gerakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya Umum yang akan datang.
4. Bilik Gerakan ini juga akan menjadi pusat segala persedian dan perlaksanaan gerak kerja untuk PRU. Ini juga adalah persedian awal BN Negeri Melaka untuk menghadapi PRU yang dijangkan akan berlaku tidak lama lagi.
5.Selepas ini, semua peringkat Parlimen, DUN dan Cawangan di Negeri Melaka akan menubuhkan bilik gerakan BN masing-masing.
Syabas BN Negeri Melaka. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
|
ANTARA HELAH POLITIK DAN NIAT IKHLAS..... Posted: 24 Dec 2010 04:20 PM PST Apco: Rakyat menanti penjelasan Anwar
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menafikan fakta serta surat rasmi yang dikeluarkan Apco Worldwide bahawa firma itu tidak terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia dan One Israel.
Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, rakyat menanti penjelasan secara terbuka oleh Anwar mengenai surat penafian yang dikeluarkan oleh firma itu.
"Anwar tidak seharusnya hanya ke pasar malam, mengadakan siri jelajah untuk terus menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel. Beliau perlu jelaskan mengenai surat penafian Apco kerana rakyat sedang menanti keterangannya.
"Dia perlu adil kepada semua pihak, perlu adil kepada rakyat. Kalau dia kata teraniaya, sebenarnya dia belum teraniaya tetapi dia yang menganiaya dirinya sendiri sekiranya tidak tampil memberi penjelasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin mendedahkan surat yang diterimanya daripada Apco yang menafikan firma itu terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia.
Selain itu, beliau turut mengemukakan akuan bersumpah penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak iaitu Robert M. Shrum.
Dalam akuan bersumpah itu, Robert yang juga terlibat dalam mencipta slogan One Israel menafikan Apco mempunyai kaitan dengan slogan yang digunakan negara Yahudi itu.
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad pula berkata, Anwar bukan seorang pemimpin yang hebat sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya pandai mencari salah orang lain.
Dalam isu Apco katanya, beliau dilihat sengaja memutar belit isu dan mencari salah kerajaan bertujuan menutup kelemahan dirinya sebagai seorang pemimpin dan mengalih pandangan rakyat daripada memberi tumpuan kepada perbicaraan kes liwatnya.
"Anwar bukan seorang pemimpin. Dia hanya aktivis yang pandai cari kesalahan orang lain sahaja. Untuk menutup kelemahan dirinya dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun dia tahu perkara itu salah di sisi undang-undang," katanya.
Beliau juga yakin Anwar tidak akan menjawab pendedahan Mohamed Nazri sebaliknya akan terus bersandiwara kerana sememangnya itu wajah sebenar beliau dalam kerakusan untuk meraih kuasa dan sokongan rakyat.
"Dia akan terus bersandiwara bukan sahaja dalam isu Apco malah dalam kes liwat yang dihadapinya.
Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, tindakan Anwar mengaitkan 1Malaysia dengan Apco hanya helah politik ketua pembangkang itu dan bukan cetusan murni untuk membaik pulih kelemahan dalam kerajaan.
"Tindakan Anwar bertujuan menimbulkan keraguan supaya rakyat membenci kerajaan. Pemikirannya juga hanya berorientasi agenda politik pilihan raya, bukan untuk pembangunan negara," katanya.
Menurutnya, Dewan Rakyat telah membuat keputusan tepat menggantung kehadiran Anwar selama enam bulan kerana tindakannya menuduh 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel adalah berniat jahat yang mahu rakyat melihat Barisan Nasional (BN) bersifat seperti rejim Zionis.
"Tindakan Anwar itu cukup berbahaya dan subversif kerana dia cuba melakukan provokasi terhadap pemikiran rakyat untuk menolak gagasan 1Malaysia," katanya. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan