Isnin, 27 Disember 2010

Pemuda Johor Bahru

Pemuda Johor Bahru


Majlis Sumbangan Pakaian & Peralatan Sekolah anjuran Pemuda UMNO JB & Pemuda MIC JB

Posted: 27 Dec 2010 09:05 PM PST

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru serta Pemuda MIC Bahagian Johor Bahru telah berganding bahu menjayakan Majlis Sumbangan Pakaian dan Peralatan Sekolah pada hari Ahad, 26 Disember 2010 di Dewan Kg Dato’ Onn Jaafar, Larkin, Johor Bahru.

Majlis tersebut merupakan satu daripada pelbagai program dan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Pergerakan Pemuda UMNO serta Pergerakan Pemuda MIC Bahagian Johor Bahru. Seramai lebih kurang 200 pelajar Sekolah Rendah di dalam Kawasan Parlimen Johor Bahru yang kurang berkemampuan telah diberi sumbangan beg sekolah dan baucer membeli pakaian sekolah bagi meringankan beban ibu-bapa mereka dalam menghadapi penggal persekolahan 2011 yang bakal bermula tidak lama lagi.

Sdra. Khalid Mohamed selaku Ketua Pemuda UMNO JB merangkap Pengerusi Pemuda BN JB telah merasmikan majlis. Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ S.Balakrishnan, Ketua MIC JB, Saudara S.Deva, Ketua Pemuda MIC JB, Puan Hajjah Salmah Bte Saffar, Ketua Wanita UMNO JB serta barisan Pegawai & Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Johor Bahru.

Penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru anjuran Pergerakan Permuda UMNO Cawangan Kampung Dato' Onn Jaafar sebelum sumbangan disampaikan. Syabas diucapkan kepada Saudara Mohamed Rizal Bin Husin, Pemangku Ketua,  Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan KDOJ atas kejayaan kejohanan futsal yang dianjurkan.

Tanda jalinan persahabatan yang erat antara Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dengan MIC Bahagian Johor Bahru. Semoga kesepakatan dan SEMANGAT 1MALAYSIA yang ditunjukkan akan diterjemahkan dengan kejayaan mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen Johor Bahru dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

Terima kasih sekalung budi kepada semua penaja dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merencana dan melaksanakan program tersebut.

Bersatu dan bermuafakat, pasti membawa rahmat…
Barisan Nasional, Barisan  menjuarai rakyat…

1MALAYSIA… ORAY MALAYSIA…

Share/Save/Bookmark

Tiada ulasan:

Pengikut