Pengikut

Nuffnang

Rabu, 22 Disember 2010

DunSemarang

sumber :-

DunSemarang


Lawatan kerja YB Datuk Samsolbari Jamali

Posted: 21 Dec 2010 03:47 PM PST

21.12.2010.Selasa. Ayer Hitam, Dun Semarang.
IKS (industri Kecil Sederhana) kawasan Dun Semarang telah terkenal dengan kepelbagaian pengeluarannya. Dari Pengeluar Makanan Ringan hingga Pengeluar kenderaan Mini pengangkut hasil pertanian Desa.
Kerajaan Negeri Johor DT, telah memyumbang dan memberi bantuan IKS melalui Pejabat Pertanian Ayer Hitam.
Dua orang pengusaha IKS DunSemarang telah menerima bantuan.

Norhayati binti Kassim dari Kg pt Nipah, merupakan seorang Pengusaha kuih-muih dan kek. Beliau menerima bantuan peralatan oven dan mesin penguli tepung bernilan RM3990

Ramil bin Samingan Pt Hj Ali Tengah, pengusaha ukiran dan kraftangan menerima sumbangan mesin ukir moden bernilai RM 5000.00




Semasa majlis tersebut YB Datuk Samsolbari menyatakan, "Hanya kerajaan BN bersama UMNO Johor yang mengadakan program bantuan IKS seperti ini. kerajaan Negeri Johor memperuntukan RM 1.5 juta setahun dan program ini telah dilaksanakan selama 10 tahun".Beliau turut menyampaikan Sijil Kelulusan dari Pejabat Pertanian Johor kepada kedua-dua pengusaha IKS tersebut..


Sejajar dengan majlis tersebut,YB Datuk Samsolbari selaku Adun Dun Semarang meluangkan masa melawat mangsa kebakaran Kg Pt Haji Ali, yang berlaku semasa beliau masih di Tanah Suci. Beliau menyampaikan sumbangan derma orang ramai bagi meringankan beban mangsa.
(Terima kasih, Sumber berita dan foto oleh Pejabat UMNO AH, Edit by Ajey M69)

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian