Pengikut

Nuffnang

Khamis, 2 Disember 2010

demi agama bangsa dan negara

sumber :-

demi agama bangsa dan negara


BUKAN MELAYU sebagai TPM???

Posted: 02 Dec 2010 01:59 AM PST

Nik Aziz : Tidak kisah jika penasihat DAP (Lim Kit Siang) jadi TPM
DSAI : Beri peluang kepada kaum lain pegang jawatan (TPM)

Ini lah reaksi kedua-dua orang ketua politik puak pembangkang. Mereka ini melayu, mereka ini beragama Islam tetapi mereka tidak kisah jika jawatan penting No.2 negara diserahkan kepada bukan melayu. Apa yang mereka mahukan ialah UMNO (parti orang melayu beragama islam) tidak berkuasa, dendam kesumat dan kebencian yang dalam menyebabkan mereka dah buta mata hati. Bagi mereka, tak kisahlah apa nak berlaku pon janji 'kepuasan nafsu' mereka terlaksana.

APA YANG TINGGAL UNTUK MELAYU?? Persoalan ini mungkin dipandang sinis oleh puak2 pembangkang malah mereka tanpa selindung menuding jari ke arah UMNO kononnya selama 53 tahun memerintah negara UMNO lah yang 'menggadaikan' harta orang melayu walhal mereka sedar perjuangan UMNO lah yang menyebabkan fasal yang diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk hak orang melayua, agama islam dan bahasa melayu masih kekal hingga ke saat ini. Orang melayu telah lama berkorban untuk orang bukan melayu. Perkara asas seperti hak kewarganegaraan diberikan kepada bukan melayu atas dasar semangat pengorbanan dan kecintaan terhadap negara yang tidak rela terus berada dalam genggaman penjajah. Biarpun perit, pedih, sakit, terhina, teraniaya dan sebagainya orang melayu masih kekal sifat kesabarannya. Orang melayu tahu, jika ianya untuk kebaikan anak cucu cicit..'biar putih tulang, jangan putih mata' redha mereka korbankan.

Orang bukan melayu khususnya orang-orang cina terus dibenarkan menguasai kek ekonomi negara walaupun kerajaan mampu menyekatnya jika mahu tetapi kerajaan BN dikuasai UMNO memahami kepentingan hak asasi kemanusiaan malah dalam Islam juga tiada halangan maka perkara ini bukan kudis kepada UMNO malah UMNO terus mencari jalan bagaimana membantu orang melayu mencari rezki dari sudut perniagaan. Wujudnya DEB, MARA, TEKUN, BANK RAKYAT, BANK AGRO dan lain2 membuktikan pemimpin melayu sedaya upaya melaksanakan agenda melayu walaupun tahu risiko untuk menentang 'kuasa ekonomi' orang cina amat perih kerana orang cina mempunyai rangkaian seluruh dunia.

Isu pendidikan juga tidak ketinggalan, orang cina dan india masih lagi berpeluang menggunakan sekolah jenis kebangsaan (cina) atau (tamil) yang bahasa pengantar adalah bahasa cina dan tamil. Walaupun didesak agar mempraktikkan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa malaysia, tetapi ada beberapa pihak orang bukan melayu yang menolaknya dengan alasan ianya akan memusnahkan bangsa bukan melayu. Inipun orang melayu 'lembut hati'.

Kebimbangan orang melayu makin terserlah bila 'mamat2' ni dengan jelas menyokong usaha menaikkan orang bukan melayu jadi TPM. DSAI dengan retorik politiknya tidak menumpukan kepada bangsa cina atau india tetapi spin kepada kaum2 lain seperti kadazan, iban atau kaum2 dari sabah sarawak. Taktik 'silap mata' beliau jelas menaikkan moral kaum2 ini yang terus berbunga harapan kononnya DSAI akan bagi jawatan TPM kepada mereka. Maka desas desus PRU sabah sarawak akan kuat menyokong DSAI bertiup kencang. PKR yang dilihat sebagai parti individu jelas bukannya harapan yang baik kepada orang melayu, maka orang melayu perlu pertahankan 'Kedaulatan Melayu'.

Bumi ini bumi melayu, tuannya pasti orang melayu. Jika tanah air ini jatuh ke tangan bukan melayu...kemana melayu hendak menuju??? China, India, Arab, Indonesia, Thailand, Filipina..??

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian