Datuk Haji Yussof Haji Mahal |
- Yussof Lawat Mangsa kebakaran Patau-Patau 2, Bersama KPE Perbadanan Labuan - Gesa Bantuan Segera Dihulurkan
- Umno Labuan Ikrar Dokong Saranan PM - Program Bantu Pelajar Sekolah Diteruskan Selaras Dengan Konsept 1Malaysia
- Pelbagai Isu Didebatkan Di Parlimen - Telah Memperlihatkan Hasil
- Isu Kanun Tanah Negara Di Labuan Selesai - Kelonggaran Untuk Lebih Dari Satu Nama
Posted: 24 Dec 2010 10:25 AM PST LABUAN – DatukYussof Mahal turun padang menziarahi keluarga yang ditimpa musibah rumah musnah dijilat api di Kg.Patau-patau 2, 7 Disember lalu. Yussof yang turut sedih melihat keadaan rumah mangsa telah menyeru agensi berkaitan seperti Perbadanan Labuan, Baitulmal Labuan untuk menilai bentuk bantuan yang dapat disalurkan demi menjaga kebajikan keluarga mangsa kebakaran tersebut. Dalam pada itu difahamkan bahawa Jabatan Kebajikan Labuan telah menghulurkan bantuan berupa keperluan asas kepada keluarga mangsa. |
Posted: 24 Dec 2010 10:10 AM PST LABUAN -- UMNO Bahagian Labuan akan terus mendukung segala usaha dan saranan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri. Datuk Yussof Mahal yang juga Ketua Penerangan Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional Labuan berkata, Program Juara Rakyat yang diadakan adalah salah satu cara para pemimpin BN untuk meluangkan masa 'Turun Padang' mendekati rakyat dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat, berilmu dan bermaklumat. Menurut beliau Program Juara Rakyat ini merupakan salah satu inisiatif bersama antara pemimpin BN dan rakyat yang mana akan memperutuhkan lagi perpaduan dikalangan pemimpin dan rakyat. Yussof turut menyarankan warga Labuan untuk menjadi ahli dalam Skim Prihatin 1 Wilayah Persekutuan yang telah diilhamkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Katanya juga, skim itu bertujuan mengurangkan kesedihan dan meringankan beban mereka yang kematian ahli keluarga. "Skim Prihatin atau khairat kematian ini amat unik kerana ia terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama selagi memenuhi syarat yang ditetapkan. "Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku pengurus skim akan menyumbang RM2,500 kepada penama setelah membayar yuran RM5 yang hanya perlu dilunaskan sekali sahaja seumur hidup. "Setakat sebanyak 1300 borang telah diedarkan dan mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat. Skim ini hanya akan dibuka sehingga 31 Disember tahun ini," kata Yussof. Syarat untuk mendapat khairat itu ialah: 1. Berusia antara 21 tahun hingga 75 tahun 2. Bermastautin di Wilayah Persekutuan 3. Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan 4. Mengemukakan dua orang penama. Dalam pada itu, Yussof telah mengagihkan 300 buah beg sekolah kepada para pelajar sekolah rendah di sini. Beg-beg itu disumbangkan oleh Pemuda Umno dan Cawangan Umno Labuan. Pada majlis itu beliau turut memberi sumbangan RM3,000 kepada 4 orang mangsa kebakaran rumah di kampung Patau-Patau pada 2 minggu yang lepas. Turut menghadiri program tersebut adalah Naib Ketua Umno Bahagian Labuan Tuan Haji Bashir Haji Alias, dan Penasihat Ibu Tunggal Labuan Hajah Rokiah Ibrahim. |
Pelbagai Isu Didebatkan Di Parlimen - Telah Memperlihatkan Hasil Posted: 24 Dec 2010 09:48 AM PST KUALA LUMPUR-- Datuk Yussof Mahal meneruskan usahanya memperdebatkan pelbagai isu kepentingan warga Labuan pada sidang Parlimen tanpa khuatir dilabel sebagai "Outspoken MP". Apa yang penting, isu dan kepentingan Labuan dapat diketengahkan di peringkat persekutuan dan seterusnya diberi perhatian. "Bukan bersuara untuk mendabik dada, tetapi cuba sedaya-upaya memperlihatkan agenda kerajaan 1Malaysia untuk semua peringkat dapat direalisasikan." Setiap sidang parlimen bermula, pelbagai isu dalam bentuk soalan lisan dan bertulis yang belum sempat diberi perhatian akan terus diajukan. Dan syukur alhamdulillah kita dapat lihat hasilnya. Sebagai contoh, isu sekolah menengah agama yang telah diberi perhatian dan direalisasikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Meneteri yang melihat keperluannya di Labuan. Sesi pengambilan akan bermula pada Jan 2011, dan ini adalah salah satu usaha kita di Parlimen yang kita tidak pernah rasa jemu mengetengahkan isu ini. Sekolah Menengah Agama Lubok Temiang ini akan menjadi katalis kepada pelajar islam untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat menegah tanpa perlu ke Kota Kinabalu atau di negeri lain yang jauh dari tempat lahir mereka. "Saya bersyukur dengan semangat yang diberi kepada saya oleh pemimpin masyarakat dan warga Labuan selain Jabatan Agama Islam WP Labuan (JAWI) yang turut memainkan peranan dalam hal ini." Selain itu, isu pembangunan pelancongan dan industri minyak dan gas. Kini, Petronas Methanol dan Kementerian Pelancongan pada dasarnya telah bersetuju untuk mempertingkatkan pembangunan pelancongan di Labuan sebagai salah satu pemacu ekonomi dan sumber pendapatan penduduk tempatan, manakala Petronas Methanol akan membuka peluang kepada usahawan tempatan samada yang berpengalaman atau baru berjinak dalam industri ini bermula awal tahun 2011. Ini adalah untuk warga Labuan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga di negeri-negeri lain. Sokongan dari semua pihak adalah perlu bagi membantu merealisasikan agenda kita dalam memajukan Labuan dan seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi. |
Isu Kanun Tanah Negara Di Labuan Selesai - Kelonggaran Untuk Lebih Dari Satu Nama Posted: 24 Dec 2010 09:39 AM PST LABUAN--Isu Kanun Tanah Negara yang telah berkuatkuasa pada 1 Jan tahun ini telah selesai dengan satu keputusan sebulat memberi kelonggaran kepada persyaratan pemilikan tanah. Datuk Yussof Mahal berkata keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan antara beliau dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dengan dihadiri oleh Ketua Setiausahanya yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Ahmad Phesal Talib pertengahan tahun ini. "Oleh yang demikian isu yang dipolitikkan oleh pihak tertentu adalah tidak boleh diterima dan tidak berasas," katanya. Keputusan ini juga telah disiarkan diakhbar tempatan, selain melalui perjumpaan dengan pemimpin masyarakat. Sebelum ini selepas dikuatkuasakan, hanya satu nama dibenarkan untuk tanah keluasan satu ekar dan selepas keputusan itu dibuat, kebenaran telah diberikan lebih dari satu nama, dan ini hanyalah untuk pemilik tanah di Labuan. "Janganlah hanya kerana ketidakpastiandengan isu berkenaan, ada pihak tertentu sengaja menarik perhatian masyarakat mempolitikkan isu ini untuk mendapatkan populariti." |
You are subscribed to email updates from Datuk Haji Yussof Haji Mahal To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan