Apo Kono Eh Jang! |
- Guan Eng kata kontraktor UMNO dayus, lembik dan bodoh!!
- Pluralisme: Bukan saja suka seks songsang, fahaman songsang pun dia sokong!
- PAS Bodoh, Menang Pun Belum Dah Suruh BN Janji
- Campur Tangan YDPA- Kasihnya Ayah
Guan Eng kata kontraktor UMNO dayus, lembik dan bodoh!! Posted: 15 Dec 2010 06:27 AM PST Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng semakin chauvinist dan juga ultra kiasu apabila membuat kenyataan bahawa kontraktor UMNO semuanya DAYUS, LEMBIK dan BODOH! Dia membuat kenyataan tersebut di satu sidang akhbar bersama pemimpin Pakatan P.Pinang. Didalam sidang media tersebut, Lim Guan Eng dengan begitu berani menuduh bahawa kontraktor yang mempunyai kaitan dengan UMNO semuanya dayus, lembik dan bodoh. Ini katanya, kontraktor UMNO langsung tak tahu bersaing dan hanya mengharapkan projek dari UMNO sahaja. Didalam sidang akhbar yang sama juga, Lim Guan Eng juga mengatakan bahawa para pemimpin UMNO hanya tahu cari makan dengan duit rasuah. Setiausaha agung DAP ini jelas telah membuat tuduhan tanpa sebarang bukti dan tuduhan yang dibuatnya ini tak harus dipandang mudah oleh pemimpin UMNO. Lihat sendiri video tersebut DISINI ==>>> watch?v=e9nVrFQDWVQ Nampaknya sekarang ini pemimpin DAP semakin berani memaki hamun bangsa melayu. Mungkin selepas ini cina kiasu ini akan memberi alasan bahawa dia hanya maki hamun kontraktor UMNO dan juga pemimpin UMNO, tetapi dia lupa yang kontraktor serta pemimpin UMNO itu adalah bangsa melayu! Jadi, secara tak langsungnya Lim Guan Eng telah mengatakan bahawa melayu dayus, lembik dan bodoh hanya kerana mencari makan di negara tanah tumpah darahnya sendiri. Cina ini juga berani mengatakan pemimpin UMNO cari makan dengan duit rasuah tanpa sebarang bukti. Buktikan jika ini benar!! Pernahkah pemimpin UMNO menuduh yang bukan-bukan kepadanya? Kini jelas bahawa cina kiasu DAP amat memusuhi UMNO kerana parti UMNO telah menjaga dan memartabatkan hak bangsa melayu. Lim Guan Eng amat irihati dengan kontraktor-kontraktor melayu yang bernaung dibawah UMNO sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja bagi menutup periuk nasi mereka. Di P.Pinang, Lim Guan Eng tahu jika kontraktor UMNO dihalang dari mendapat sebarang projek, segala tender akan dimenangi oleh kontraktor melayu yang menjadi kroni dan talibarut kepada DAP. Dengan cara ini saja penguasaan ekonomi melayu dan bumiputera P.Pinang dapat dihapuskan. Perlu diingat, Guan Eng jelas menunjukkan sifat gila kuasanya apabila tak berlaku adil didalam negeri. Apakah kontraktor melayu UMNO bukan sebahagian dari rakyat P.Pinang? Ini amat berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional apabila membahagikan semua sumber perniagaan dan peluang untuk maju kepada semua rakyat tanpa mengira parti. Hari ini apabila cina kiasu ini menjadi Ketua Menteri, dia maki hamun melayu-melayu UMNO kerana dia berasa sudah amat berkuasa. Cuba bayangkan jika jenis-jenis manusia sebegini diangkat menjadi pemimpin utama negara…, pasti akan habis semua melayu dipijak dan dimaki hamun jika tak sebulu dengannya. Inilah bahayanya jika puak komunis seperti DAP ini diberikan kuasa. Mereka tak akan tahu dari mana asal mereka dan takkan sedar tempat mereka yang sebenar. Itupun masih ada lagi menteri melayu kita yang terhegeh-hegeh di Parlimen menyambut kedatangan kaum kiasu ini yang secara terang menghina bangsa melayu dan Islam! Jika dibiarkan semua ini berterusan, lambat laun puak-puak ini akan mula memijak-mijak kepala bangsa melayu dan juga memaki hamun anak-anak melayu tak kira masa! Mahukah kita semua lihat ini berlaku didepan mata kita? Oleh: Pak Long |
Pluralisme: Bukan saja suka seks songsang, fahaman songsang pun dia sokong! Posted: 15 Dec 2010 04:37 AM PST Penulis fikir, Anwar Ibrahim hanya tertarik pada seks luar tabi'i atau songsang sahaja. Namun ternyata jangkaan penulis meleset. Rupa-rupanya Anwar Ibrahim juga tertarik dan mengamalkan fahaman agama songsang yang membawa ke arah murtad! Ini sudah jadi kes berat. Ini soal akidah dan kepercayaan. Namun, itulah hakikat yang perlu kita tahu tentang perjuangan Anwar yang turut sama membawa fahaman songsang "pluralisme" di Malaysia. Fahaman Pluralisme boleh ditafsirkan sebagai sebuah fahaman yang membawa maksud "kesamarataan di dalam agama". Fahaman "toghut" Pluraslisme ini dipelopori oleh John Hick, yang juga merupakan seorang ahli falsafah barat yang bukan beragama Islam. Fahaman ini menjurus kepada bahaya akidah umat Islam kerana ianya bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Dr. Muhammad 'Uthman El-Muhammady menjelaskan tentang fahaman Pluralisme pada sebuah program pembentangan kertas kerja yang bertajuk 'Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas' pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan semalam. Tokoh cendekiawan Islam negara itu menggesa agar fahaman Pluralisme ditentang dari diamalkan di Malaysia demi menjamin masa depan akidah umat Islam. Di dalam penghujahan beliau, beliau menerangkan bahawa "mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi' serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat". Justeru itu "kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti. Sedangkan, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam". Selain itu, Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Yusri Mohamad di dalam program yang sama turut menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan fahaman Pluralisme serta melarang segala amalan yang berkaitan dengannya. Dr. Yusri juga mengesyorkan agar individu dan kumpulan yang menyebarkan fahaman ini diberi nasihat serta teguran, dan jika mereka ingkar tindakan undang-undang perlu dikenakan. Apa kaitannya Pluralisme dengan Anwar Ibrahim? Menurut Dr. Yusri, Anwar Ibrahim dalam satu siri ucapannya di London pada 18hb. Mac 2010 membawa tajuk yang berbunyi Relogion and Pluralisme in a Divided World. Jelas sekali dalam ucapan Anwar itu, dia begitu mendokong fahaman pluralisme. Selain itu, Institut Kajian Dasar (IKD) yang begitu sinonim dengan Anwar begitu mengagungkan perjuangan Jaringan Islam Liberal yang berpengkalan di Indonesia. Jaringan ini diterajui oleh Ulil Absar Abdullah yang juga seorang pejuang fahaman Pluralisme yang kuat di sana. Hasil kerjasama Anwar dan Ulil Absar Abdullah ini, maka tertubuhlah Pusat Graduan Timur (EGC) dibawah kelolaan IKD. EGC telah menerbitkan beberapa buah siri buku yang menyokong kuat fahaman Pluralisme seperti "Islam dan Pluralisme", "Agama dan Kebebasan Berfikir", "Hukum Barat Pun Islam" dan "Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam". Menurut Dr. Yusri, fahaman yang dibawa oleh buku-buku terbitan EGC ini sangat merbahaya untuk dibaca oleh umat Islam di Malaysia, di mana ianya mampu menggugat fahaman Islam sebenar dan menggoyah akidah para muslimin dan muslimat. Selain itu, tindakan Anwar juga sangat menjurus ke arah fahaman Pluralisme. Sebagai contoh, isu penggunaan kalimah Allah. Anwar dengan jelas melepaskan hak eksklusif umat Islam Malaysia dengan membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh golongan bukan muslim. Itu tandanya Anwar menerima dengan baik dan mengamalkan fahaman Pluralisme di dalam kehidupan sehariannya. Apakah Anwar sedang menuju ke arah murtad? Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang tertinggi martabatnya. Tiada yang lain melainkan Islamlah yang paling suci berbanding agama-agama lain di dunia ini. Itulah yang sepatutnya menjadi pegangan semua umat Islam di negara ini. Dengan berputiknya fahaman Pluralisme yang mendokong aliran kesamarataan agama yang dibawa oleh Anwar ini, maka dikhuatiri akidah umat Islam di Malaysia akan terancam dan terpesong. Penulis merakamkan setinggi penghargaan kepada para panel program wacana "Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Permurtadan Ummah" kerana telah berjaya membongkar sebuah agenda jahat yang dipelopori oleh anasir-anasir musuh Islam. Malangnya fahaman songsang ini dibawa oleh seorang penggemar seks songsang yang sedang menghadapi dakwaan jenayah songsangnya di mahkamah. Jelas sekali Anwar songsang segala-galanya! Oleh: dukeofmontecristo |
PAS Bodoh, Menang Pun Belum Dah Suruh BN Janji Posted: 15 Dec 2010 02:38 AM PST Dulu lagi penulis dah cakap, ramai orang yang bodoh dungu dan kurang akal saja yang akan sokong PAS. Ketua kepada segala puak ini yang mengetuai Lajnah Akal Kurang ialah Mahfuz yang SRP pun tak lepas tapi dek sebab mulut macam racun, merasa jadi YB. Sejak Ahad lepas, dalam keseronokan kita bercakap tentang pendedahan Wikileaks mengenai Anwar the sodomizer, Mahfuz ntah datang dari mana atau sedar dari lena muncul dengan isu 'kemungkinan' BN akan merampas kuasa jika pembangkang menang dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam memegang tugas sebagai YB (disamping kelulusan yang tak tinggi), sempat juga Mahfuz bertapa menuntut ilmu nujum ya. Tapi pedulikanlah itu, Mahfuz memang sudah ditakdirkan bodoh sejak azali dan tidak pula berusaha mengubah nasibnya ke arah yang lebih pandai sikit. Sesuai dengan taraf pendidikannya, kita sangka isu bodoh yang dibangkitkan Mahfuz akan berhenti setakat itu saja. Tapi siapa sangka, nik aziz jadi ungka, ada pulak seekor tapir bernama Fadhil Othman mewakili Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang meneruskan kebodohan Mahfuz itu apabila meminta BN kotakan janji tidak akan merampas kuasa jika pembangkang menang kelak. Bergoncang usus penulis membaca 'desakan' paling tidak masuk akal oleh Pemuda PAS WP ini. Masa dan saat ini, kerajaan yang memerintah masih lagi kerajaan BN, pilihanraya juga belum pasti bila akan diadakan. Oleh itu kenapa disaat BN masih memegang kuasa, Pemuda PAS nak mintak kita kotakan janji jangan rampas kuasa kalau pembangkang menang kelak? Pembangkang menang pun belum tentu, kami nak kotakan apa? Kita yakin, budak nama Fadhil Othman ini taraf pendidikkannya sudah tentu melebihi Mahfuz SRP. Dengan yang demikian, kita tak faham kenapa Fadhil Othman merendahkan maruahnya dengan menyokong statement bangang keluar dari mulut MP bodoh? Mahfuz tu orang tak gelakkan dia sebab ketika dia mengeluarkan statement itu dia bergelar YB, bergelar Dato, gaya dan cakap ada la style sikit-sikit. Selain dari gaya dan cara pemakaiannya, semua berkenaan dengan Mahfuz adalah perkara yang hina-hina belaka. Justeru, penulis tidak faham, malah langsung tak faham kenapa kenyataannya menjadi ikutan oleh yang tinggi sikit taraf pelajarannya, walaupun tinggi itu merujuk kepada SPM!!! Logik pun tiada, dikala kami memerintah, kami diminta mengotakan janji untuk tidak merampas kuasa dari pembangkang. Apakah jadi resmi kita merampas kuasa semua ni? Yang di Perak itu bukan rampas kuasa tapi kuasa berubah tangan, dek majoriti dalam dewan yang berubah ke pihak BN. Kalau diikutkan, dengan PAS, DAP dan PKR bertanding atas lambang masing-masing, tidak layak membentuk kerajaan dibanding BN yang bertanding satu lambang. Tapi oleh kerana penentuan siapa menjadi kerajaan bergantung kepada sokongan majoriti dalam dewan (bukan parti apa yang bertanding), maka kita ikutlah peraturan itu. Tapi untuk menyedapkan hati Mahfuz dan pengikut bongoknya macam budak Fadhil ini, aku mewakili BN berjanjilah tidak akan merampas kuasa dalam pilihanraya umum akan datang kerana kamilah pihak yang mempunyai kuasa itu dan apa susah-susah nak rampas benda yang akan jadi milik kami. Puas hati? Oleh: Adamyan |
Campur Tangan YDPA- Kasihnya Ayah Posted: 15 Dec 2010 12:46 AM PST Sebagai seorang bapa kepada beberapa orang cahayamata lelaki, penulis terharu dengan usaha bapa Saiful Bukhari Azlan dalam memastikan kes anaknya diselesaikan dengan cepat. Berkongsi perasaan sama (walaupun situasi berbeza) untuk melihat penyelesaian segera kepada tekanan yang sedang dihadapi si anak, penulis dapat mendalami perasaan bapa Saiful Bukhari demi menuntut keadilan untuk anaknya. Usaha En Azlan Mohd Lazim memohon perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung melalui sepucuk surat yang diserahkan semalam adalah sebahagian usaha untuk memastikan perbicaraan membabitkan anaknya sebagai mangsa dengan Anwar sebagai pemangsa, diselesaikan dengan segera. Tidak nampak cara lain lagi dah bagi keluarga Saiful Bukhari Azlan dalam memastikan perbicaraan kes liwat itu diselesaikan dalam kadar yang segera melainkan meminta campur tangan DYMM Yang Dipertuan Agung. Semua proses mahkamah telah disalahgunakan pemangsa dalam mencari alasan penangguhan. Tidak cukup dengan itu, ada juga alasan penangguhan yang disebabkan oleh peguam bela tertuduh terutama yang OKU itu. Memanglah si bacul Anwar ini menyusahkan orang, daripada penipuan mega sampailah kepada hal yang membabitkan masa depan seorang pemuda. Tidak cukup dengan melakukan perlakuan terkutuk luar tabie, mengelat dari proses mahkamah, dia juga menyusahkan keluarga mangsa yang hidup dalam tekanan akibat penangguhan yang berpanjangan. Macam manalah bodoh-bodoh di luar sana menyifatkan si bacul ini sebagai Anugerah Tuhan. Ini bukan anugerah, ini malapetaka. Anwar memang banyak duit, dia mampu membiayai berbelas peguam bela dalam mengendalikan kesnya, kuasa kewangannya hampir tidak terbatas. Lawatan demi lawatan ke luar negara membuktikan kebenaran itu. Dia ibarat watak orang kaya jahat dalam filem tamil, rumah besar agam, ada pengikut taksub yang sanggup mati deminya dan undang-undang yang seolahnya berada di dalam tangannya. Dengan sumber kewangan tidak terbatas ini, dia menyusahkan ramai orang termasuk keluarga mangsa yang hidup dalam tekanan. Sudah hampir 3 tahun kes ini berjalan tapi masih tidak nampak jalan penyelesaian. Ada kes yang lebih awal dan lebih berat pun dah selesai tapi kes Anwar belum masuk 50% pun sudahnya lagi. Diluar dia bercakap megah, konspirasilah, fitnahlah, tapi bila diberi peluang membuktikan apa yang dia bercakap megah tadi di mahkamah, dia mencari alasan untuk menangguhkannya pulak. Kalau benar fitnah, kalau benar konspirasi, buktikanlah di mahkamah, cakap bersembur air liur saja mana cukup. Kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang Encik Azlan sekeluarga dalam menghadapi pemangsa bernama Anwar ini. Janganlah takut, berdirinya kami dibelakang En Azlan bukan berniat tidak baik sebagaimana yang berlaku dalam kes anak En Azlan, tapi sebagai tanda yang kami akan menyokong kuat En Azlan sekeluarga dalam memastikan binatang ini disumbat ke dalam penjara – tempat dimana yang paling layak untuknya. Allah swt juga sudah menunjukkan kuasanya, tidak cukup dengan kuasa dari dalam, kuasa dari luar juga bersama-sama dengan kita En Azlan. Yang penulis maksudkan ialah Wikileaks, Lee Kuan Yew, ONA dan SID. Oleh itu janganlah bimbang menghadapi binatang Anwar ini ya, teruskan mencari keadilan di mahkamah. Sumber: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan