Apo Kono Eh Jang! |
Jamin: Liwat – RM20k, Jual Tanah Bawah Nilai – RM750k Posted: 10 Dec 2010 03:41 AM PST Bangga betul tuan AG kita mengumumkan keberaniannya mencadangkan ikat jamin sebanyak RM 1 juta ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Khir Toyo (DSKT) dalam menghadapi pertuduhan rasuahnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam. Tuan AG dilapurkan Berita Harian sebagai berkata ""Lihat saja kadar jaminan RM1 juta yang saya cadangkan. Rakan sekerja saya sendiri terkejut,". Suka betul ya tuan AG berjaya mengenakan ikat jamin yang tinggi terhadap DSKT (RM 750k) sehingga terpaksa meminjam daripada saudara mara untuk mengelak dipenjara sementara menanti tarikh perbicaraan. Tahniah tuan AG kerana berjaya menyusahkan orang yang banyak berjasa, jauh nak dibandingkan dengan kejayaan pejabat tuan AG dalam kes-kes berkaitan jenayah yang memanjang je kalah. Tapi kita mau bertanya dimana pelir tuan AG dalam hal jaminan kes liwat Anwar Ibrahim? Hanya RM 20,000 sahaja yang ditawarkan pendakwa kepada mahkamah dalam kes yang berkaitan jenayah pemerkosaan liwat. Apakah tuan AG hanya berani tunjuk tegas dengan pemimpin yang sedang mengalami kemorosotan dalam karier politiknya pasca pilihanraya umm 2008 tetapi kecut telur berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang diketuai OKU Singhnya? Kes liwat yang menjahanamkan masa depan seorang pemuda hanya dikenakan jaminan sebanyak RM 20,000 dan lebih dari itu Anwar bebas keluar masuk negara menjalankan aktiviti politiknya seolah menikmati kebebasan dalam erti kata sebenarnya. Ironiknya, tuan AG tergerak memberi komen "tutup mulut" hanya setelah Anwar mengeluarkan kenyataan menyifatkan pendakwaan DSKT di mahkamah hanya satu sandiwara politik. Bergetar pelir tuan AG apabila Anwar memperlekehkan pendakwaan yang diketuainya dalam kes DSKT, lantaran tidak mahu mengalah, tuan AG tampil dengan istilah-istilah subjudice, prejudis dan ntah apa lagi yang berkudis. Banyak hati yang menanah melihat pilih kasih tuan AG dalam pengendalian dua kes berprofil tinggi ini tidak dipedulikan, sebaliknya ego dan keinginan menunjukkan kuasa mengatasi segalanya. Anwar ahli politik pembangkang yang boleh cakap apa pun, yang tuan AG terikut rentak tari dia sekali tu apahal? Nak masuk politk juga ke? Tak cukup dengan itu, tuan AG juga bangga mengumumkan hanya memerlukan masa antara 2 ke 3 minggu untuk membuktikan kes DSKT. Hanya kerana DSKT menulis untuk mempercepatkan proses undang-undang yang dikenakan ke atasnya , maka tuan AG terlebih memandang tinggi keupayaan pasukan pendakwaan pimpinannya untuk menyelesaikan kes ini dengan mudah. Jika handal sangat, kenapa kes Anwar sampai sekarang belum masuk 50% pun, betullah hakim yang memutuskan tapi kebijaksanaan pihak pendakwaan mengatasi pembelaan juga memainkan peranan. Dan setakat yang kita semua nampak, pasukan pendakwaan dari pejabat tuan AG gagal menahan arus penangguhan yang digerakkan pasukan pembelaan Anwar. Agaknya tuan AG terlupa, jika DSKT bercakap sedikit mengenai kesnya di dalam blognya, Anwar pula bercakap secara panjang lebar mengenai kesnya tidak jauh daripada bilik yang membicarakannya, iaitu diluar mahkamah. Tak cukup dengan itu sehingga ke luar negara pun ada. Bukan sekali tapi banyak kali daripada "Siapa liwat Siapa" sehingga kepada konspirasi politik - semuanya ketika proses keadilan masih berjalan. Yang ini tuan AG taknak tegur ke prejudice tak subjudice? Mana pelir tuan AG nak mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar? Apa kes ni tuan AG? Tunjuk berani pada yang diwakili seorang dua peguam tapi kecut telur dengan yang dikeliling 12 ke 13 orang peguam? Apa yang disebut DSKT dalam blognya hanyalah sedikit penerangan yang perlu untuk dijelaskan kerana isu yang melingkari sebelumnya bahawa hartanah yang menjadi pertikaian itu bernilai RM 24 juta, yang memulakan pun ahli politik lain dari DAP bernama Ng Suee Lim. Sebagai ahli politik dan pemimpin yang dipilih rakyat, adalah perlu baginya mempertahankan diri. Cerita hartanah dibeli dibawah nilai sebenar ini hanya diketahui ramai setelah DSKT dihadapkan ke mahkamah saja, sebelum ini yang kita tahu isu M 24 juta itu saja, jadi wajiblah DSKT unutk memberi penjelasan. Jika mahu menegur pun boleh sekadar megutus surat kepada peguam beliau, bukan bercakap megah di depan media. Apa yang subjudice pasal RM 24 juta tu, itu bukan kesnya pun. Sekarang dan pada bila-bila masa DSKT boleh minta tuan AG disqualify daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kesnya kerana jelas tuan AG sudah tidak bebas dan memihak (bias). Tapi penulis yakin itu tidak akan berlaku kerana DSKT bukan bacul macam Anwar yang nak mengelak daripada pendedahan demi pendedahan kesnya disebut dalam mahkamah. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
kyrie shoes
golden goose
fear of god clothing
hermes outlet online
air jordan travis scott
bape hoodie
hermes
kyrie 8 shoes
fear of god essentials hoodie
palm angels tracksuit
Catat Ulasan