Apo Kono Eh Jang! |
Kit Siang TPM – Nik Aziz Konar 180 darjah Posted: 09 Dec 2010 05:37 AM PST Nik Aziz merepek lagi. Menyedari yang sokongannya kepada perlantikkan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet impian Anwar Ibrahim jika pembangkang berjaya memerintah negara, mendapat kecaman berterusan baik dari dalam apatah lagi luar PAS, dia dikatakan memusing sedikit ayat tersebut iaitu bersetuju Kit Siang sebagai TPM dengan syarat Kit Siang taat kepada ajaran Islam (devout to Islam). Kenyataan terbaru campur merapu Nik Aziz mengundang kecaman balas oleh Karpal Singh yang meminta Nik Aziz meluangkan sedikit masa mengkaji perlembagaan Malaysia dan menunjukkan dimana perlantikkan seorang bukan Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri berlawanan dengan perlembagaan (NST, 8/12/2010). Untuk makluman, Karpal memang begitu, dia hanya ingat perlembagaan bila ada hak bukan melayu yang dipersoal tapi bila hak melayu dipersoalkan (termasuk oleh dia sendiri), dia buat-buat lupa yang perkara itu pun ada sebut dalam perlembagaan. Anwar Ibrahim pula di petik artikel sama sebagai menyifatkannya sebagai pandangan peribadi Nik Aziz, sesuai dengan kedudukkannya sebagai seorang muslim tetapi kemudian menambah tidak boleh menerima pendapat yang menyatakan seseorang tidak boleh menjadi TPM hanya kerana dia tidak beragama Islam. Pendek kata si Anwar tak bersetujula dengan Nik Aziz. Nik Aziz ni lupa yang kewujudan DAP itu untuk memberi hak samarata kepada semua rakyat Malaysia (mencontohi Singapura). Oleh itu apa barang kau nak si Kit Siang masuk Islam pulak? Taat pada agama Islam tu maksudnya masuk Islam lah, mana ada kafir taat kepada agama Islam. Buat masa sekarang, meminta Kit Siang masuk islam sama mustahil dengan minta Anwar berhenti meliwat. Tiada indikasi menunjukkan bahawa Kit Siang itu mentaati Islam, malah perkara 4 Perlembagaan Malaysia (Islam sebagai agama rasmi) pun dia nak hapuskan, lagi mau mintak dia masuk Islam? Bila penulis selak-selak beberapa akhbar harian hari ini (tidak termasuk yang tiada merit seperti Harakah), ada beberapa sidang editorial yang merujuk putar belit Nik Aziz dalam isu perlantikkan Kit Siang sebagai TPM ini sebagai usaha untuk mengislamkan semula PAS yang sejak kebelakangan ni dilihat terlalu liberal dalam nak mendapatkan sokongan bukan Islam. Usaha ini untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada PAS yang dilihat semakin ditolak orang Islam seperti ditunjuk dalam keputusan beberapa pilihanraya kecil akhir-akhir ini, terbaru di Galas dimana PAS tewas dengan majoriti meningkat. Bila membaca putar belit terbaru Nik Aziz ni, penulis berpendapat dan yakin ramai juga berpendapat yang serupa bahawa PAS hanya ingat Islam bila dia rasa kuasa PAS berada dalam bahaya. Apa pun kenyataan Nik Aziz semuanya demi menyelamatkan politik PAS pada masa dan ketika itu. Maklum, pilihanraya umum lambat lagi dan masa yang ada digunakan Nik Aziz untuk memperkukuhkan kekuatan PAS walaupun menggadaikan teras perjuangan sendiri seperti dalam hal melaksanakan hudud dan retorik lainnya. Yang penulis hairan dengan macai pembangkang semua, dah macam ni pun masih nak sokong Nik Aziz ke? Bawak-bawak la bertaubat. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan