Selasa, 30 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PAS semakin menyesatkan orang Melayu

Posted: 29 Nov 2010 11:46 PM PST

PAS perlu menyatakan pendiriannya berhubung konsep Islam yang diperjuangkan parti itu kerana masih membiarkan pihak tertentu termasuk bukan Melayu memprsendakan kesucian agama Islam.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sikap PAS berdiam diri berhubung pelbagai isu kebelakangan ini membuktikan mereka hanya memikirkan kuasa politik daripada kepentingan Islam.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini pemimpin bukan Islam yang mewakili parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan sengaja mempersenda dan memperlekehkan umat Islam di negara ini.

"Tetapi PAS membisu, sebaliknya masih lagi membuat dakwaan dan propaganda kononnya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berjuang meningkatkan perkembangan syiar Islam di negara ini," katanya.

Tanggapan sedemikian kata beliau, merupakan satu pembohongan dan provokasi politik PAS dalam usaha mereka mengekalkan sokongan orang Melayu yang sekarang ini semakin merosot.

Beliau berkata, PAS sentiasa berusaha menyesatkan pemikiran umat Melayu dengan ideologi perjuangan sempit mereka terutama apabila menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

"Menjelang PRU, pelbagai fitnah dan fatwa akan dikeluarkan oleh PAS bagi meraih sokongan rakyat walaupun terpaksa mengkafirkan sesama Islam," tegasnya.

Syed Ali berkata, kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak terbukti berjaya meneruskan usaha kepimpinan terdahalu untuk membangun dan meningkatkan kualiti penghidupan umat Islam di negara ini.

Katanya, kerajaan yang ada hari ini juga berjaya menyerapkan kefahaman Islam di dalam pelbagai sektor sama ada pentadbiran awam mahupun swasta, perbankan, pendidikan, kebajikan dan usaha mensejahterakan rakyat.

Selain daripada itu jelas beliau, kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap penderitaan umat Islam di peringkat antarabangsa seperti menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk mangsa tsunami di Aceh dan Gunung Merapi di Inodenesia.

"Kerajaan BN sentiasa mengutamakan kepentingan pembangunan modal insan beteraskan penghayatan nilai-nilai Islam disamping turut meningkatkan kualiti pembanguan fizikal seperti pembinaan masjid dan surau serta sekolah-sekolah agama," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan BN dan UMNO tidak pernah meminggirkan kepentingan penganut agama lain sejajar dengan hak dan kebebasan beragama sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu kata Syed Ali, PAS sengaja mereka pelbagai fitnah dan dakyah palsu untuk mengabui mata rakyat kononnya mereka lebih Islam daripada UMNO.

"Apa yang tidak pernah UMNO buat untuk bangunkan umat Islam di negara ini ? jauh bezanya dengan PAS yang hanya memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik," ujarnya.

Katanya, pemimpin PAS juga tergamak menuduh ahli-ahli UMNO sebagai golongan kafir tetapi dalam masa yang sama mereka bersubahat dengan DAP yang sudahj jelas pemimpin mereka bukan Islam.

"Lebih mendukacitakan apabila pemimpin mereka menjanjikan syurga jika menyokong PAS, ini merupakan fatwa sesat yang perlu dibanteras," tegasnya.
Ketuanan Rakyat Anwar hanya untuk tutup kes liwat
Beliau mendakwa, pemimpin PAS akan bercakap soal pembangunan dan kepentingan orang
Melayu dan umat Islam apabila berada di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengghanu dan Kedah.

"Tetapi apabila berada di Perak dan Selangor, mereka kata PAS bukannya parti memperjuangkan Islam semata-mata tetapi juga untuk bukan Islam, ini adalah putarbelit untuk agenda politik," katanya lagi.

Syed Ali juga turut menyelar tindakan PAS yang bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sengaja memperlekehkan kedudukan Raja-Raja dan hak ketuanan Melayu.

Mengenai gagasan 'Ketuanan Rakyat" yang dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Syed Ali berkata ianya satu retrok politik Anwar untuk mengalih perhatian rakyat terhjadap kes liwatnya.

"Najib sudah mempelopri perjuangan rakyat menerusi konsep pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan dan ternyata mendapat reaksi positif daripada masyarakat pelbagai kaum di negara ini," katanya.


Syed Ali : Ambil iktibar titah Sultan Selangor

Posted: 29 Nov 2010 09:04 PM PST

UMNO Bahagian Cheras menyokong penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dukacita dengan sikap individu Melayu yang sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kekesalan Tuanku Sultan Selangor itu harus diberikan perhatian oleh semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik demi mempertahankan survival bangsa Melayu dan institusi Raja-Raja melayu.

Menurut beliau, titah baginda itu mencerminkan sikap dan pendirian sebenar Raja-Raja Melayu yang sayangkan rakyat dan tidak mahu orang Melayu hilang identiti di tanahair mereka sendiri.

"Pada hemat saya, baginda telah berulang kali mengingatkan semua pihak terutama parti pembangkang supaya tidak mempersoalkan hak keistimewaan Melayu, tetapi malangnya mereka terus menderhaka dengan memperlekehkan ingatan tersebut," tegasnya.

Golongan tersebut jelas beliau, sepatutnya diusir keluar daripada negara ini kerana sanggup mencerca dan menunjukkan perlakuan biadap semata-mata kerana didorong oleh nafsu politik.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan sudah jelas termaktub bahawa hak dan keistimewaan orang Melayu termasuk Raja-Raja Melayu tidak harus dipersoal atau dijadikan momokan untuk kepentingan agenda peribadi.
Jual harga diri untuk mengemis sokongan bukan Melayu
"Sedihnya hari ini, mereka yang mengaku sebagai orang Melayu, sanggup menjual maruah mereka dengan mencerca dan merendahkan kedudukan Raja-Raja Melayu kerana ingin mengemis sokongan bukan Melayu," tegasnya lagi.

Semalam, Sultan Selangor bertitah ada golongan tertentu mahu supaya sistem Raja Berlembagaan disemak dan dikaji semula atas alasan negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang tidak bersesuaian adalah tidak tepat.

Bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Wacana Raja Berpelembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di Shah Alam semalam, baginda turut mendedahkan ada suara lantang daripada golongan Melayu yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada ungkapan Raja-Raja Melayu dihapuskan.

Titah baginda lagi, kisah sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris juga tertera perkataan 'Tanah Melayu' dan 'Raja Melayu' dan ini menunjukkan penulis Barat berkenaan mengiktiraf bangsa Melayu yang memulakan sejarah di negara ini.

Menurut Syed Ali lagi, individu Melayu atau kumpulan tertentu yang mahu perkataan 'Melayu' dihapuskan itu adalah pengkhianat kepada tamadun dan peradaban sejarah negara ini.

Beliau menyifatkan perbuatan individu tersebut sebagai 'hamba' kepada kumpulan yang memusuhi ketuanan Melayu dengan berselindung disebalik pertubuhan politik.

Tanpa berselindung, Syed Ali merujuk kepada sikap biadap Presiden boneka Parti Keadilan rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang secara terbuka mahu supaya ketuanan Melayu ditinggalkan.

"Inilah permulaan kepada usaha untuk menghapuskan institusi beraja di negara ini dan sekaligus melenyapkan ketuanan Melayu. Hanya pengkhianat yang tergamak menghancurkan bangsanya sendiri," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut