Isnin, 15 November 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


UMNO belum lagi lemah hingga terpaksa berbaik dengan PAS – Syed Ali

Posted: 14 Nov 2010 08:09 PM PST

MENGAJAK PAS menyertai UMNO pada masa sekarang seperti mengesahkan UMNO takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Apakah kerana kita takut maka kita terpaksa berbaik dengan PAS ?, pada saya UMNO tidak wajar berbuat demikian kerana kita masih kuat dan mampu kekal sebagai peneraju kerajaan Barisan Nasional (BN), katanya.

Katanya, UMNO yang menjadi teras kekuatan BN merupakan parti yang masih relevan untuk masa depan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

"UMNO tidak lemah dan tetap menjadi pilihan orang Melayu kerana ia terbukti berjaya membawa banyak perubahan kepada bangsa, agama dan rakyat pelbagai kaum," tegasnya.

Sebaliknya kata beliau, PAS hanyalah sebuah parti tidak berperinsip dan sudah menyimpang jauh daripada perjuangan Islam yang sebenarnya apabila bersekongkol dengan DAP.

Beliau menjelaskan, jika PAS merupakan parti terbesar orang Melayu sudah tentu mereka tidak sanggup menjadi 'kuda politik' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Inilah parti perosak kepada umat Islam, talibarut DAP dan PKR yang guna agama untuk agenda politik," tegasnya.

Katanya lagi, pemimpin PAS telah melebelkan pelbagai gelaran kepada ahli-ahli UMNO termasuk sebagai kafir dan tidak akan masuk syurga semata-mata bagi mengukuhkan perjuangan politik sempit mereka.

Sehubungan itu katanya, UMNO sesekali tidak perlu untuk mengulangi mengajak PAS menyertai UMNO kerana perbuatan itu hanya sia-sia.

"PAS sudah jelas menolak kepada penyatuan umat dan berdendam kepada UMNO," katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan yang dilaporkan mengajak PAS menyertai UMNO.

Menurut Syed Ali lagi, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik aziz Nik Mat dengan sifat angkuhnya telah menentang keras perpaduan orang Melayu UMNO dengan PAS sebelum ini.

"Pemimpin PAS termasuk Nik Aziz lebih rela menjadi alat kepada DAP daripada berbaik dengan UMNO, jadi tidak ada faedahnya perkara itu dibangkitian semula," tegasnya.

Beliau memberitahu, Nik Aziz secara jelas telah menyelewengkan perjuangan sebenar PAS sehingga umat Islam di negara ini berpecah.

"Bekas pemimpin PAS, Ustaz Mohd. Nor Idris pernah mengecam tindakan Nik Aziz bersubahat dengan DAP dalam satu pertengkaran kecil antara mereka berdua semasa kempen pilihan raya kecil DUN Galas baru-baru ini," katanya.

Menurutnya, Ustaz Mohd. Nor dilaporkan menempelak Nik Aziz kerana menuduh ahli-ahli UMNO sebagai kafir tetapi dalam masa yang sama PAS bersekongkol dengan kafir DAP.

Beliau berkata, pemimpin UMNO juga harus memiliki sifat keberanian untuk berdepan dengan pelbagai provokasi dan ancaman dlakukan pihak pembangkang.

Tiada ulasan:

Pengikut