PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS |
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA Posted: 14 Nov 2010 06:24 PM PST Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada tahun ini kita umat Islam di Malaysia dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan aman dan tenteram serta dengan kegembiraan,walaupun disebalik kejadian banjir yang berlaku di Utara Negara. Hari Raya Aidiladha tahun ini memang sepatutnya meriah. Dan kita bersyukur dengan ertikata yang sebenar. Alhamdullillah. Segala puji bagi Allah s.w.t. Dan kita berdoa supaya negara kita terus aman dan menjadi lebih makmur. Dan kita berdoa juga supaya orang Islam di negara lain akan terlepas daripada diseksa, ditindas dan dibunuh. Setakat yang kita mampu akan kita hulurkan bantuan kepada mereka. Insya-Allah dengan usaha yang lebih gigih negara kita akan menjadi lebih kaya dan lebih ramai daripada kita yang akan mengeluarkan derma seperti yang kita lakukan kepada Gaza. Kita tidak lupa bahawa kita selamat dan aman kerana pasukan keselamatan kita rela berkorban dan menjalankan tugas mereka walaupun di Hari Raya. Rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada mereka. Di samping kita bersyukur kepada Tuhan kita tetap akan kenang dan hargai jasa pasukan keselamatan kita, iaitu polis, tentera, bomba dan pasukan-pasukan lain yang terlibat. Akhir sekali,kami dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di Malaysia.Saya berdoa kita semua akan dilindungi oleh Allah s.w.t. dalam tahun Hijrah 1431 yang bersamaan dengan tahun 2010 ini. |
You are subscribed to email updates from PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan