Razlan's |
Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar ! Posted: 07 Nov 2010 06:29 AM PST Pada Perhimpunan Agung 2010 yang lepas, ramai pihak yang terkejut dengan Ucapan dasar oleh YAB Presiden UMNO. Para hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan selama hampir 2 jam itu. Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri. Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan. Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain. Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain. Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama. Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini. Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini. Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda. Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan. Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya. Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ? Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ? Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar. Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden ! Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita. Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya. |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan