Ahad, 7 November 2010

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Bantulah Mangsa Banjir

Posted: 07 Nov 2010 07:26 AM PST







Berbaktilah Kepada Mangsa Banjir

Salam Semua,

1. Kedah, Perlis dan Kelantan sedang diuji dengan bencana Banjir terburuk dalam sejarah negara kita.

2. Seramai 32,066 orang daripada 7,938 keluarga masih berada di 83 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang sehingga pagi tadi.

3. Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, setakat ini sebanyak 90 pusat penempatan mangsa banjir di seluruh negeri beroperasi berbanding 100 semalam.

4. Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengurus dan membantu mangsa-mangsa banjir memulihkan semula kehidupan mereka selepas banjir.

5. Jawatankuasa khas itu akan menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang boleh diberikan kerajaan dengan cepat untuk memudahkan mangsa banjir meneruskan kehidupan selepas mengalami banjir.

6. Kak Midah mengharapkan bantuan segera dapat dilakukan oleh semua pihak sebagaimana saranan Perdana Menteri tanpa memilih fahaman politik. Pada saat begini bantuan makanan menjadi pilihan utama selain keselesaan tempat penginapan.

7. Berbaktilah untuk mangsa-mangsa banjir dengan ikhlas, mereka memerlukan bantuan kita disini. Mereka pasti menghargai segala bantuan yang kita hulurkan disaat mereka memerlukan.

8. Jagalah kesihatan dimusim banjir dan awasi anak-anak kita. Moga Allah SWT melindungi dan memelihara kita dari bencana alam yang lebih dasyat seperti di Indonesia. Bersyukurlah menjadi warga Malaysia.

Kak Midah
Sg Rapat

Tiada ulasan:

Pengikut