Rabu, 10 November 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MB Kedah kena sampuk penyakit Anwar Ibrahim

Posted: 10 Nov 2010 05:17 AM PST

Amat mengejutkan dan memalukan, itulah ayat yang boleh diberi kepada YB Dato Seri Dr Azizan Menteri Besar Kedah yang melenting dan menghamburankan kata-kata kesat kepada wartawan media hari ini. Beberapa bulan yang lalu peristiwa yang sama berlaku di dewan parlimen sewaktu wartawan cuba menemubual YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

Melenting dan panas telinga adalah tanda orang yang bersalah.  Dr Azizan ternyata malu besar kerana gagal mengambil tindakan segera dalam membantu mangsa banjir. Jika ada pun mereka hanya memilih bulu, banyak laporan diterima menyatakan Pas merampas balik barang bantuan yang telah diberikan apabila menyedari mereka bukan daripada orang Pas atau penyokong Pas.

Lebih memalukan apabila Menteri Besar hanya memberi 48 tin ikan sardin dalam tin kepada mangsa banjir. Bayangkan 48 tin bukannya 4800 tin. Tidak hairanlah dalam kejadian bencana alam yang menimpa sebahagian penduduk Kedah di Daerah Sungai Petani awal Oktober lalu , beliau hanya memberi bantuan sebanyak RM 20 .00 sahaja. Inikah yang dibanggakan oleh Pas kononnya Pas adalah 'Parti Berkebajikan', sedangkan pada hakikat sebenarnya tidak berlaku sepertimana yang diwar-warkan. Pas hanyalah beretorik umpama cerita dongeng zaman 'Tok Nadoq'.

Kejadian hari ini ialah suatu helah untuk melarikan diri daripada disoal lebih banyak oleh wartwan, jalan yang paling mudah ialah dengan memaki hamun wartawan dan terus meninggalkan sidang media , jalan mudah untuk beliau lari daripada segala masalah yang bakal timbul.

Cuba kita lihat menteri-menteri Umno , adakah mereka memaki hamun wartawan? Mungkin semua wartawan akan menyatakan tidak pernah berlaku, Inikah pemimpin yang akan mentadbir negara kita, Presiden Bush yang kena baling kasut pun tetap cool menghadapi wartwan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantuan Ehsan bagi Mangsa Banjir di Kedah

Posted: 09 Nov 2010 11:15 PM PST

Bantuan Ehsan Bagi Mangsa Banjir Di Kedah
ALOR SETAR - Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat pertamanya Jumaat ini bagi membincangkan mengenai pemberian bantuan ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jawatankuasa itu terdiri daripada 30 angggota termasuk wakil-wakil rakyat kawasan terlibat dan ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan bagi menentukan mekanisme pemberian bantuan ehsan dan cara mengedarkan borang untuk diisi oleh mangsa-mangsa banjir bagi mengenalpasti pihak yang layak menerima bantuan ehsan itu.

"Cadangan saya kita edarkan borang itu rumah ke rumah mangsa banjir. Ia akan kita laksanakan dalam masa seminggu. Selepas mereka memulangkan balik borang, kita akan tapis sebelum kita serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Daripada MKN ia akan dibawa kepada Kabinet...kalau Kabinet luluskan semua yang layak akan dapat bantuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi membersihkan kawasan yang dilanda banjir oleh sukarelawan BN dan Kelab Putera 1Malaysia serta Pelajar-pelajar IKBN Jitra

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata Umno negeri juga akan menyalurkan barangan makanan kepada mangsa banjir yang telah pulang ke rumah, yang dirasakan cukup untuk tempoh seminggu.

"Kita juga dah beritahu kepada kepada sukarelawan kita supaya memaklumkan bahawa bantuan makanan akan diberikan kerana kita sedar keadaan mangsa banjir memang susah walaupun banjir dah reda.

"Esok kita akan gerakkan lagi Pemuda, Wanita dan Puteri untuk beri bantuan sampai habis semua rumah yang terlibat menerima bantuan yang sewajarnya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SABAH PKR SECRETARY PLANS TO QUIT?

Posted: 09 Nov 2010 04:44 PM PST

Wednesday November 10, 2010
Sabah PKR secretary 'fed-up' and plans to quit
Stories by WANI MUTHIAH, SIRA HABIBU, LEE YUK PENG, RACHAEL KAM, KAREN CHAPMAN, A. RUBAN, P. ARUNA and MUGUNTAN VANAR

KOTA KINABALU: Sabah PKR secretary Mursalim Tanjul is set to quit the party as he is "fed-up" with the excessive internal politicking.

However, Mursalim, a well-liked leader from northern Sabah, did not want to say his reason was the on-going feud between Datuk Seri Anwar Ibrahim and Datuk Zaid Ibrahim.

"I am tired of all the politicking. I just want to quit," he said, adding that he would hand over his resignation letter in the next two or three days.

Asked if it was because of the latest feud in PKR, he replied: "I won't want to say so.

"I would like to say I have been neglecting my business, which is doing badly. I have to take a rest from too much politicking."

Mursalim, who is Kudat PKR division chief, said he had met his division committee members and told them that he planned to call it quits.

"I want to thank everyone for their support, whatever happens we are still friends," said Mursalim.

During the just-concluded Batu Sapi by-election, he was punched at the Sandakan airport by a rival faction member over the choice of PKR candidate Ansari Abdullah for the by-election.

Sabah PKR is divided between Ansari, who is aligned to Anwar, and vice-president Datuk Dr Jeffrey Kitingan, aligned to Zaid.

Dr Jeffrey opted not to contest in the current party polls but gave his support to Zaid.

APA KATA ZAID :'Jangan turunkan darjat perjuangkan Anwar saja' .

Posted: 09 Nov 2010 04:26 PM PST

'Jangan turunkan darjat perjuangkan Anwar saja'
Okt 19, 10 5:54pm
 
PKR tidak patut menurunkan darjat parti itu menjadi sebuah parti yang hanya memperjuangkan keadilan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia tidak adil bagi rakyat yang ingin diwakili, kata calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

"Kita bukan sahaja sebuah parti 'Reformasi', sebagai nama bagi sebuah gelombang di hujung 1990-an, tetapi juga sebuah parti yang menuntut reformasi tulen dan sanggup untuk mereformasi diri.

"Saya menitikberatkan masa depan proses perubahan," kata Zaid (kiri).

Katanya, PKR harus menguntungkan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat dan bukannya menjadi satu "hambatan".

"Kita perlu memperjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pada masa yang sama juga terdapat banyak ketidakadilan yang menimpa rakyat negara ini yang memerlukan perhatian kita.

"Rakyat rata-rata mendesak mahukan keadilan ekonomi dan keadilan sosial dan hak supaya diberi layanan dengan hormat dan bermaruah mengikut kedaulatan undang-undang," katanya bekas menteri yang juga penyelaras Pakatan Rakyat itu.

"Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.
pkr headquarters nominations zaid ibrahim"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan," katanya.Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan

Poster lelaki terbakar diarak ke rumah Anwar
Fadzly Esa
Nov 9, 10
11:51pm
 
Sekumpulan penyokong Hindraf menyerbu rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara sambil membawa poster seorang lelaki yang membakar diri kerana tidak puas hati dengan perobohan stor sebuah kuil di Puchong.

Dipimpin penyelaras pertubuhan itu W Sambulingam, kumpulan 20 orang itu berhimpun di depan pagar rumah bangglo Anwar sambil membakar lilin sebagai simbol memperingati 'pengorbanan' lelaki India tersebut.

Mula berkumpul seawal jam 8.30 malam, mereka mempamerkan kain rentang dan gambar mangsa itu sambil melaungkan slogan "Mana janji pkr?" "Mana janji Anwar?" dan "Pakatan janji kosong".

Kumpulan itu dilihat cuba mengaitkan masalah berkaitan isu kuil dengan janji-janji pilihan raya Pakatan Rakyat - antaranya berhubung pemberian hak tanah untuk rumah ibadat kepada penganut Hindu - yang didakwa tidak ditunaikan.

Berucap dalam perhimpunan ringkas kira-kira setengah jam itu, Sambulingam yang pemimpin Parti Hak Asasi Manusia Malaysia (HRP) mendesak Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang menjamin hak kaum itu di negeri-negeri Pakatan.

Menurut Sambulingam, mereka mengadakan perhimpunan di rumah ketua pembangkang itu kerana suara mereka melalui demonstrasi di depan pejabat PKR di Petaling jaya Mac lalu didakwa tidak diendahkan.

Bukan sahaja hak tanah untuk rumah ibadat, tuntutan lain mereka meliputi hak untuk tanah kubur Hindu, sekolah jenis kebangsaan (Tamil) dan setinggan India.

Sebelum itu, bibit-bibit ketegangan timbul apabila tiada wakil Anwar keluar untuk menerima memorandum daripada Hindraf.

Kecewa dengan perkara itu, kumpulan itu hanya menyelitkannya di pagar rumah Anwar.

Bagaimanapun, perang mulut tercetus sebentar apabila seorang yang tidak dikenali mencapai memorandum itu dan meronyokkannya.

Bagaimanapun, kira-kira 20 anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Sentul dapat mengawal keadaan itu. Tiada tangkapan dan kekerasan berlaku.

ZAID IBRAHIM BERTANDING PRESIDEN PKR ?

Posted: 09 Nov 2010 04:08 PM PST

"Kita tidak boleh ada pemimpin lemah... 16 September kita salahkan BN, terlepas Kerajaan Negeri Perak kita salahkan BN, ahli Parlimen meninggalkan parti kita salahkan BN. Sudah tiba masanya kita akui kita ini sebenarnya yang lemah," jelasnya.

Selain itu, beliau mendakwa kelemahan Anwar juga semakin terserlah apabila hanya 6,000 ahli parti keluar mengundi dalam pemilihan PKR dan pada masa yang sama parti itu kini dilihat semakin tidak bermaya untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.

SU: Zaid mungkin punca tak ramai mengundi
Salhan K Ahmad
Nov 9, 10
5:41pm
 
Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata peratusan keluar mengundi yang rendah bagi pemilihan pucuk pimpinan PKR mungkin berpunca daripada kenyataan dan tulisan oleh calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

saifuddin nasution"Saya fikir itu juga sebab kenapa undinya berkurangan. Saya rasa penilaian tentang dia telah dibuat oleh anggota parti," katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membandingkan peratusan keluar mengundi yang rendah bagi pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR, berbanding dengan pemilihan di peringkat cabang.

Katanya, jawatankuasa pemilihan tidak boleh dijadikan kambing hitam atas keadaan itu, mahupun ke atas jumlah undi yang rendah diperolehi Zaid.

"Hakikatnya, daripada 87 cabang, Zaid telah menang di sebanyak 38 cabang. Itu jumlah yang tinggi.

Saifuddin berkata, jumlah itu mengatasi jumlah cabang yang menyokong dua lagi pencabarnya - Azmin Ali (37) mahupun Mustaffa Kamil Ayub (11).

azmin aliKeputusan di satu lagi cabang - Kubang Pasu - merekodkan jumlah sokongan yang seri bagi Zaid dan Azmin (kanan).

"Tapi Azmin masih menang sebab mobilisasi jentera Azmin lebih daripada calon lain.

"Kalau ada manipulasi, mustahil Datuk Zaid menang di 38 cabang," katanya.

Ketika ditanya, beliau juga berkata seramai 11,670 anggota telah mengundi di 87 cabang yang telah menjalankan pemilihan bagi pucuk pimpinan tertinggi PKR setakat ini.

zaid ibrahimBeliau sebelum itu diminta mengulas dakwaan Zaid (kiri) pagi ini bahawa hanya lebih 6,000 orang sahaja yang telah keluar mengundi.

"Mungkin dia dapat maklumat salah daripada jentera dia.

"Saya rasa inilah masalah dia, masalah matematik," katanya.
Saifuddin juga berkata, jawatankuasa pemilihan pusat akan bermesyuarat secepat mungkin untuk menentukan sama ada akan menerima kenyataan Zaid di blog sebagai dokumen rasmi untuk menarik diri daripada pemilihan yang sedang berlangsung.

"Hakikatnya Datuk Zaid sudah terima pencalonan yang kini masuk separuh masa pemilihan," katanya.

Tegasnya, parti itu setakat ini belum menerima sebarang notis rasmi daripada Zaid berhubung penarikan diri daripada pemilihan yang sedang berlangsung.

Jelasnya, keputusan mengenai status Zaid dalam pemilihan ini perlu dibuat sebelum kertas undi dicetak menjelang hujung minggu ini.

PKR juga setakat ini masih belum menerima notis daripada Mustaffa untuk menggantung pemilihan.


Sambil menyelar sikap berpura-pura Anwar, beliau berkata, adalah mustahil bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengetahui tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku kerana seluruh ahli akar umbi bercakap mengenai perkara tersebut.

Anwar dan Azmin terlalu 'bermimpi' sehingga menyebabkan parti itu hilang fokus dan kelihatan tidak bermaya untuk terus memperjuangkan prinsip keadilan seperti yang dilaungkan.

Anwar bersama 'anak emasnya', Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai punca kepada segala masalah.

"Masalah yang kita hadapi sekarang adalah manifestasi kepada kelemahan Anwar sendiri, justeru itu jika PKR mahu menjadi lebih baik, kita perlu kepimpinan baru yang mampu memberi kekuatan, nafas serta fokus yang baru bagi mengatasi kelemahan-kelemahan parti.

ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding.

Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding.

Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului.

Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini.

Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini.

Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah.

Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri.

Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik.

Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat.

Selasa November 9, 2010
"Jawatankuasa Pemilihan Parti Akan Tentukan Kesahihan Penarikan Diri Zaid," - Saifuddin

Oleh AU YEONG HOW

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismial berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu akan menentukan sama ada pengumuman penarikan diri calon timbalan presiden, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dalam pemilihan parti sekarang menerusi blog dan televisyen adalah memadai.

"Datuk Zaid jawab di televisyen tadi bahawa beliau tidak akan tulis surat mengenai penarikan dirinya kerana anggap bahawa laporannya dalam blog adalah memadai.

"Jadi JPP akan membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan rasmi mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Sidang akhbar itu diadakan khas untuk menjawab siri tuduhan dan dakwaan bahawa berlakunya penyelewengan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang sedang berjalan sekarang.

Saifuddin berkata, sekiranya JPP berpendapat kenyataan di blog dan televisyen ada tidak mencukupi, maka nama Zaid akan terus tertera pada kertas undi.

Sehubungan itu, kata beliau, JPP mesti membuat keputusan secepat mungkin sama ada menerima penarikan diri Zaid sebelum proses pengundian bersambung semula pada minggu depan.

Jelasnya, ini mesti disahkan sebelum proses cetakan kertas undi berwarna bermula.

Sementara itu, Saifuddin juga memberitahu, sehingga hari ini, beliau tidak menerim

Tiada ulasan:

Pengikut