Apo Kono Eh Jang! |
- PAS hanya berani kritik pemimpin melayu..
- Jika Memali boleh, mengapa 13 Mei tidak boleh?
- Zaid Ibrahim, Parti Baru Dan Nasib Pakatan Rakyat
PAS hanya berani kritik pemimpin melayu.. Posted: 19 Nov 2010 06:50 PM PST Selama hampir 2 tahun lebih memerintah P.Pinang, Lim Guan Eng amat di puja oleh pengikut PAS dan PKR hanya kerana slogan Amar Maaruf Nahi Mungkar nya. Tambah-tambah apabila Lim Guan Eng dan DAP negeri memberi "gula-gula" politik berupa elaun RM 100 kepada warga emas, saguhati hamper kepada kariah kawasan dan juga sering menghadiri kenduri kendara pengikut PAS. Inilah yang membuatkan dia terus menerus dipuji oleh para pengikut PAS dan PKR. Ketaksuban mereka-mereka ini terhadap Lim Guan Eng bertambah lagi apabila apek Melaka ini membuat kenyataan yang dia akan masuk Islam selepas bapanya iaitu Lim Kit Siang meninggal dunia. Mungkin ini yang membuatkan Lim Guan Eng mendapat gelaran Khalifah dari para pentaksub PAS semua. Disebabkan semua ketaksuban inilah, pemimpin-pemimpin PAS di Pulau Pinang dan juga yang ada di seluruh negara langsung tak berani bersuara demi kepentingan bangsa melayu dan juga demi maruah Islam. Kalau dah bersuara pun pemimpin-pemimpin melayu PAS serta PKR tak berani, apatah lagi nak menegur segala perlakuan kafir DAP ini.. Apakah pemimpin-pemimpin PAS buta dengan apa yang sedang berlaku di negeri P.Pinang dibawah pentadbiran DAP dan Lim Guan Eng? Dimanakah slogan amar maaruf jika pada tahun lepas sahaja, kerajaan DAP P.Pinang telah meluluskan 96 premis rumah urut dan juga 1376 pusat hiburan awam! Dengan kelulusan pusat-pusat hiburan malam ini di P.Pinang, kerajaan DAP negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah berjaya mengutip hasil sebanyak RM880,677 bagi akhir tahun 2009. Kemanakah agaknya duit hasil ini disalurkan? Apakah ini yang pemimpin melayu PAS serta PKR panggil sebagai kerajaan negeri yang berpegang kepada agenda membenteras kemungkaran? Bukankah ini usaha-usaha yang dilakukan bagi menjadikan P.Pinang sebagai salah satu destinasi hiburan malam dan juga pusat kegiatan rumah urut? Inikah yang dibanggakanm oleh lebai-lebai cap ayam PAS P.Pinang? Patutlah Mujahid Rawa pernah mengusulkan supaya PAS menjadi lebih liberal didalam buku tulisan terbarunya. Agaknya inilah yang dimaksudkan oleh PAS liberal yang "menghalalkan" hiburan malam serta "meredhakan" pusat-pusat urut tumbuh berleluasa. Agaka hairan juga.., kemana pula Pemuda PAS yang dikepalai oleh Nasrudin Hasan Tantawi yang sebelum ini amat lantang membantah cadangan ETP bagi mewujudkan Hub hiburan di negara ini bagi menarik pelancong dari negara luar? Tak teringinkah dia untuk berdemonstarsi di hadapan rumah kediaman Lim Guan Eng pula? Jika sebelum ini Nasrudin Tantawi menyatakan bahawa rakyat akan menjadi malas dan bodoh jika terlampau banyak hiburan yang disajikan oleh kerajaan, apakah tindakan kerajaan DAP negeri dan juga Lim Guan Eng yang membenarkan puluhan rumah urut serta pusat hiburan malam ini sudah dihalalkan oleh Pemuda PAS? Jika Nasrudin serta Pemuda PAS begitu lantang dan berani mengkritik dan menghentam cadangan Hub Hiburan dari kerajaan pusat, mengapa pula Nasrudin tak langsung angkat muka apabila Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang secara terang meluluskan begitu banyak rumah urut dan juga pusat hiburan? Apakah Nasrudin dan Pemuda PAS hanya berani terhadap bangsa melayu sahaja tetapi langsung hilang telor apabila berhadapan dengan puak kafir? Mungkin Nasrudin memberikan alasan bahawa P.Pinang bukanlah negerinya dan masih ada Pemuda PAS negeri yang lebih dekat di P.Pinang ini. Jika begitu, dimanakah suara Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Yusni Md Piah didalam isu ini? Kalau dalam isu yang berkaitan dengan kerajaan pusat, bukan main lagi Ustad "popeye" ini buat demo di hadapan Masjid Batu di Permatang Pauh selepas Sembahyang Jumaat. Tapi kalau berkenaan kerajaan negeri Lim Guan Eng, dia hanya menikus di sebalik serban besar bakulnya sahaja. Itulah PAS…, dari ketuanya hinggalah para Pemudanya, semuanya hanya tahu cakap sahaja tentang keburukan pihak lain. Kalau kena di batang hidung sendiri, haram langsung tak bersuara! Oleh: Che Wan |
Jika Memali boleh, mengapa 13 Mei tidak boleh? Posted: 19 Nov 2010 05:40 PM PST Ramai yang tidak berpuas hati apabila peristiwa 13 Mei 1969 diperkatakan secara umum. Malah apabila Datuk Zaini Hassan menulis di Utusan Malaysia mengenai peristiwa 13 Mei, DAP mengutuk keras penulisan beliau. Tiada sebarang kata positif yang terbit dari mulut pihak pembangkang terhadap peristiwa yang dipercayai meragut ratusan nyawa rakyat Malaysia itu. Berlainan pula dengan peristiwa Memali pada 19 November 1985, PAS Kedah telah dan sedang menganjurkan karnival besar-besaran dan dianggarkan akan dikunjungi oleh lebih 50 ribu orang. Karnival yang bertujuan memperingati peristiwa Memali yang meragut 14 mangsa awam dan 4 anggota FRU itu bagaikan "pesta" yang perlu diingati oleh rakyat Malaysia, khususnya di Kedah. Karnival itu yang berlangsung di dalam kawasan sekolah "Madrasah Islahiah Diniah" itu, dikhabarkan adalah anjuran PAS Negeri Kedah. Penulis harap, Pemuda PAS Kedah agar jangan lupa menyediakan satu slot yang akan menjelaskan kemana "hilang" dan "ghaib"nya "tabung Memali" yang ditubuhkan PAS Kedah suatu ketika dahulu. Tabung itu bertujuan membela nasib balu dan mangsa tragedi Memali, dan apakah nasib mereka terbela dengan tabung itu? Setahu penulis, sekurang-kurangnya Kerajaan Pusat yang kesal dengan peristiwa itu dilihat lebih "membantu" dengan bantuan-bantuan tidak langsung yang dihulurkan kepada mangsa dan penduduk sekitar Memali dan Baling. Sila rujuk dengan penduduk setempat dan pembangunan sekitar Baling, khususnya Memali berkenaan hal ini. Tak usah mendabik dada dengan perkara yang anda tidak menjuarainya… Peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Memali merupakan tragedi berdarah yang pernah berlaku di negara kita. Kedua-dua perisitiwa ini mempunyai persamaan yang sangat signifikan untuk dikenang dan dijadikan sempadan agar tidak berulang lagi. Namun, mengapa peristiwa Memali ini diperingati dan di"pesta"kan oleh pihak PAS, manakala DAP pula menolak dan mengutuk sebarang usaha untuk memperingati peristiwa 13 Mei 1969? Mengapakah perlu ada "double standard" dalam hal memperingati kedua-dua peristiwa yang sangat mirip ini? Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku akibat provokasi melampau oleh pemimpin politik pembangkang dan penyokongnya sambil menghina hak-hak keistimewaan Melayu setelah memenangi pilihanraya dan menafikan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Puncanya adalah "tindakan melampau yang keterlaluan" lalu mengakibatkan pertumpahan darah berasaskan sokongan politik. Manakala peristiwa Memali 19 November 1985 juga berlaku akibat tindakan melampau oleh penyokong-penyokong PAS yang bertindak ganas bersenjatakan parang dan sabit. Musa Hitam yang ketika itu bertanggungjawab ke atas negara kerana memangku jawatan Perdana Menteri berikutan Tun Dr. Mahathir sedang berada di China, telah bertindak balas di"luar batas kewajaran" dan mengakibatkan peristiwa berdarah itu mengorbankan 14 orang awam yang diketuai oleh Allahyarham Ibrahim Libya dan 4 anggota FRU. Pada penulis, tragedi ini adalah sangat malang kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam dan sepatutnya dapat dielakkan. Al-Fatihah untuk semua mangsa peristiwa Memali yang beragama Islam. Penulis tidak mempersoalkan sekiranya peristiwa Memali ini diperingati oleh mana-mana pihak. Sekurang-kurangnya, doa dan tahlil boleh disedekahkan kepada para mangsa "syuhada" peristiwa Memali itu, sekiranya mereka syahid. Namun penulis mempersoalkan, mengapakah cadangan memperingati peristiwa 13 Mei 1969 ditentang habis-habisan oleh DAP dan sekutu-sekutu mereka? Antara alasan mereka ialah "takut jika sentimen perkauman menghantui rakyat semula dan mengundang pepecahan kaum". Alasan dangkal dan bodoh ini sukar untuk penulis terima sama sekali. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana bahaya sentimen perkauman yang dimainkan oleh pihak pembangkang yang mencetuskan ketidak puasan hati antara kaum. Dan apabila peristiwa 13 Mei ini berlaku, keharmonian kaum di negara kita berjaya dipertingkatkan dan rakyat berbilang kaum hidup di Malaysia dengan aman dan sepakat. Bukankah impak peristiwa ini lebih baik dari keadaan sebelum peristiwa ini berlaku? Jadi mengapa perlu takut pada sebarang usaha memperingati tarikh 13 Mei 1969 ini? Namun penulis percaya, jika NGO seperi PERKASA atau mana-mana pihak yang cuba menganjurkan "karnival besar-besaran" bagi memperingati peristiwa 13 Mei diadakan, pastinya pihak yang menganjurkannya akan dituduh sebagai "pelampau", "perkauman" dan "tidak sensitif dengan perasaan" pihak segelintir pihak lain. Penganjur akan dikutuk, dimaki dan dihamun sesuka hati tanpa sebarang komen positif yang rasional! Ini membuktikan kedangkalan cara pemikiran pihak pembangkang di negara kita, sama ada PAS, DAP mahupun PKR. Jelas sekali mereka mengamalkan dasar "wal haramu mu, wal halalu ku..". Sebarang perkara yang mereka lakukan adalah tepat dan rasional, manakala pihak lain yang melakukan perkara yang sama seperti mereka akan dianggap "haram" dan tidak dapat diterima akal dungu mereka. Inikah sikap yang akan membawa mereka ke Putrajaya? Jelas sekali peristiwa 13 Mei dan peristiwa Memali ini di"double standard"kan oleh pihak pembangkang di negara kita. Cara pemikiran yang tidak sihat ini sepatutnya tidak wujud di negara membangun yang menuju kemajuan ketamadunan seperti Malaysia ini. Apa yang penulis kesalkan, pihak pembangkang di Malaysia seakan-akan mundur kebelakang dari arus ketamadunan rasional pemikiran. Yang pastinya, kemerosotan tahap pemikiran ini begitu jelas setelah Anwar Ibrahim mengetuai barisan pembangkang ini. Noktah! Oleh: dukeofmontecristo |
Zaid Ibrahim, Parti Baru Dan Nasib Pakatan Rakyat Posted: 19 Nov 2010 03:58 PM PST Zaid Ibrahim semalam mengumumkan keluar dari PKR dan memilih 16 December sebagai tarikh rasmi keluar dari parti tersebut (macam kerja pejabat pulak kena bagi notis satu bulan dulu). Alasan Zaid memilih tarikh tersebut ialah kerana Anwar suka dengan 16 September, dia suka dengan 16 December – sama bodoh dengan alasan dia masuk PKR dulu (sebab Ronaldo hijrah ke Real Madrid dari MU). Bukan setakat keluar, Zaid juga akan menubuhkan parti baru. UMNO/BN tidak perlu risau dengan penubuhan parti baru ini kerana ia dijangka menyedut keahlian daripada PKR yang beratus ribu (walaupun yang datang mesyuarat kurang 20,000). Dengan tahap liberal tinggi oleh Zaid Ibrahim, kemungkinan bahawa melayu liberal, cina liberal dan india liberal yang gagal dalam cubaan menguasai PKR, akan lebih mudah untuk menyertai parti Zaid Ibrahim nanti. Liberal-liberal ini memang ramai dan sinonim dalam PKR, maka itu kita yakin parti baru Zaid akan menarik minat mereka yang ada dalam PKR atau sedikit dari DAP, tetapi tidak dari UMNO atau komponen lain dalam BN. Dengan saiz keahlian PKR yang tak berapa besar itupun (walaupun cakapnya besar beratus ribu), berapakah lagi yang tinggal agaknya bila Zaid menyedut mereka masuk ke dalam parti barunya nanti? Cakap soal penubuhan parti baru ini, Pakatan Rakyat yang diserahkan kepada Zaid untuk 'menyelaraskannya' pun masih tak dengar apa cerita sehingga sekarang. Kalau ikut tarikh penubuhan (lisan oleh Anwar), April 2008, Zaid masuk PKR, June 2009, Zaid dah keluar pun PKR November 2010 (rasmi 16 Dec) tapi Pakatan Rakyat masih tak nampak bayang. Yang Zaid senang-senang pulak nak tubuh parti baru ya walhal Pakatan Rakyat bukan parti baru, hanya penggabungan parti parti pembangkang sedia ada. Nampak sangatlah bukan susah sangat nak tubuh Pakatan Rakyat tapi sebab ianya (Pakatan Rakyat) satu pembohongan Mega Anwar Ibrahim maka itulah ia tidak tertubuh sehingga sekarang. Sebab kita yakin ianya pembohongan, padanlah DAP tak pernah mempromosikan mana-mana perkara dalam Dasar Pakatan Rakyat di hadapan orang cina sebab dasar itu cakap nak kekalkan perlembagaan sedia ada (antaranya keistimewaan melayu) sedangkan DAP nak ubah kepada hak keseramataan untuk semua. Kita cabar mana-mana pemimpin parti pembangkang, dengan ketiadaan Zaid yang hanya bagi nafas baru kepada pembohongan Pakatan Rakyat ini (tubuhnya tak jugak), siapa yang akan menguruskan Pakatan Rakyat ini? Sila jelaskan bila Pakatan Rakyat ini hendak dirasmikan sebagai sebuah alternatif kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang. Jangan bagi alasan masalah dengan ROS macam dulu, Zaid pun senang-senang nak tubuh parti baru sebelum next election, takkan nak tubuh Pakatan Rakyat ini bertahun-tahun tak boleh selesai? Punyalah akrabnya Zaid dengan Pakatan Rakyat ini dulu sampaikan nampak muka Zaid, ingat bunga raya, nampak muka Zaid, ingat warna oren. Sukar rasanya nak bayangkan muka orang lain. UMNO/BN seperti yang disebut, tidak perlu risau dengan penubuhan parti baru oleh Zaid. Kita dah banyak tengok parti-parti serpihan ini ditubuhkan sejak dari dulu lagi, ada yang bertahan sekejap, ada yang bertahan lama dan ada yang tak bertahan langsung (tinggal nama saja). Yang perlu kita risaukan ialah Zaid keluar PKR dan cerita nak tubuh parti baru ini hanyalah satu drama supaya kerajaan BN rasa kuat dan adakan pilihanraya umum dalam jangka masa terdekat. Asas untuk kita cakap itu ialah kerana ada merasakan segala kecelaruan yang berlaku dalam PKR hari ini nampak 'keterlaluan sangat' sampaikan pemilihan Timbalan Presiden yang tiada apa kuasa itu pun (semua kuasa dipegang Anwar) dibawa ke mahkamah dan alasan Zaid keluar PKR sebab konon apa Azmin cakap, apa Anwar cakap (siap ada notis 1 bulan lagi) yang nampak remeh sangat di mata kita. Kita semua bukan tak kenal Anwar, kalau 1 negara boleh ditipunya pasal 16 September, apa lah sangat dengan kecelaruan dalam PKR ini. Pendek kata jangan take for granted la tapi assumingla semua ini benar belaka, tak salah untuk kita bercerita. Oleh: Adamyan |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan