Pengikut

Nuffnang

Ahad, 24 Oktober 2010

UMNO Cawangan Bukit Ampang

sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


GALAS DAN BATU SAPI

Posted: 23 Oct 2010 10:12 PM PDT


Pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas merupakan salah satu cara rakyat membuktikan kepada kepimpinan negara bahawa mereka mendukung dan amat bersetuju dengan perancangan dan transformasi yang teliti untuk masa hadapan rakyat. Dengan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri serta kerjasama yang erat oleh timbalannya serta menteri kabinet menunjukkan betapa bersungguhnya kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan rakyatnya mendapat bekalan makanan yang secukupnya sewaktu krisis ekonomi global dan ingin melihat rakyatnya hidup dengan aman dan damai.

Apa sahaja masalah yang timbul dalam negara Barisan Nasional pasti akan memerah keringat mencari jalan untuk keluar dari permasalahan tersebut. Ini telah dibuktikan selama 61 tahun UMNO memerintah, parti keramat inilah yang mencetus pelbagai dasar dan menyuarakan setiap rintihan dan keluhan orang Melayu dan kaum lain melalui Barisan Nasional.

Kini kami menyeru kepada pengundi di Galas dan Batu Sapi untuk bersama Perdana Menteri dalam memastikan transformasi negara ini berjaya dan pastinya kita sebagai rakyat akan merasa perubahannya suatu hari nanti. UNDILAH BARISAN NASIONAL untuk memudahkan kerajaan melaksanakan dasar di tempat anda. BUKTIKAN KEPADA KEPIMPINAN NEGARA BAHAWA ANDA JUGA RAKYAT YANG PERLUKAN PERUBAHAN.

HIDUP BARISAN NASIONAL
!!
HIDUP UMNO!!

UNDI BARISAN NASIONAL!!
UNDI UMNO!!



-Jentera media UCBA


PERHIMPUNAN AGONG UMNO SELESAI DENGAN BAIK DAN LANCAR

Posted: 23 Oct 2010 10:03 PM PDT


Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Perhimpunan Agong UMNO 2010 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh disiplin dan penuh intipati citarasa umat Melayu. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan dan ketabahan kepada Presiden dan Timbalan Presiden serta Barisan Kepimpinan Pusat untuk melaksanakan transformasi politik demi untuk umat Melayu dan rakyat keseluruhannya. Kami akan menyahut seruan ini sedaya yang mampu demi agama bangsa dan negara. Salam Perjuangan dari Kami UMNO Cawangan Bukit Ampang.

-UCBA

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian