Jumaat, 8 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Ingatan Najib supaya Melayu pertahankan kuasa bukan satu ugutan – Syed Ali

Posted: 07 Oct 2010 09:02 PM PDT

INGATAN Datuk Seri Mohd. Najib Razak supaya orang Melayu bersatu mengekalkan kuasa bukan merupakan satu ugutan untuk mempertahankan kekuasaan UMNO, jelas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Sebaliknya tegas beliau, Presiden UMNO itu mengingatkan demikian kerana bimbang kuasa orang Melayu akan hilang di tanahairnya sendiri akibat perbuatan sesetengah pihak yang sanggup mengorbankan hak Melayu kerana agenda politik.

Katanya, Najib hanya memberikan perhatian kepada masa depan orang Melayu yang dihuatiri hilang segala-galanya sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan jika negara ini dikuasai parti pembangkang.

"Sebagai Presiden UMNO, sudah tentu Najib bertanggungjawab dan memikul amanah bagi memastikan kedudukan orang Melayu tidak terhakis," ujarnya.

Beliau dengan tegas menolak tuduhan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub bahawa Najib terus cemas sehingga mahu orang Melayu mempertahankan kuasa politik hanya menyerlahkan hala tuju UMNO yang menuju kegelapan.

Salahudin juga turut mendakwa sekarang ini trend orang melayu menolak UMNO yang menyebabkan Najib semakin bimbang terhadap kuasa UMNO, seperti disiarkan akhbar milik PAS – Harakah dalam edisi terbarunya.

Katanya, kenyataan Najib baru-baru ini yang melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan orang Melayu bukan satu ugutan bagi menjamin kekuasaan UMNO.

Beliau berkata, ugutan dan ingatan merupakan pengertian yang jauh berbeza dan Naib Presiden PAS itu sepatutnya lebih memahami apa yang tersirat disebalik kebimbangan Najib.

"Orang Melayu hanya mempunyai UMNO yang memperjuangkan hak dan masa depan mereka, sedangkan PAS memutarbelitkan isu agama dengan berterusan bersubahat dengan DAP, parti rasis yang memusuhi agenda Melayu," tegasnya.

Katanya, Salahudin sebenarnya tidak mempunyai alasan untuk mengatakan PAS mempertahankan agenda Melayu kerana parti itu hanya memirkan kuasa politik walaupun terpaksa menjadi kuda tanggangan DAP.

Syed Ali menyelar sikap PAS yang tidak memperlihatkan kesungguhannya untuk membela nasib orang Melayu sebaliknya lebih ghairah berselindung disebalik agama untuk meraih sokongan politik.

Katanya, Salahudin cuba mengelirukan rakyat dalam isu tersebut bertujuan mencemarkan kewibawaan dan reputasi Najib selaku Perdana Menteri sebagai modal kempen menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Mengulas tuduhan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pilih kasih kerana menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas ketika persidangan DUN Kelantan, Syed Ali berkata ;

"Sudah menjadi tabiat PAS menyifatkan semua orang tidak betul jika tidak memberi keuntungan kepada parti itu,".

Katanya, tuduhan PAS kepada SPR bukan perkara baru malah sudah menjadi lumrah bila setiap kalinya berlaku pilihan raya di negara ini.

Tiada ulasan:

Pengikut