Sabtu, 9 Oktober 2010

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Isu Air: MB Kedah memang bodoh piang…!!!

Posted: 08 Oct 2010 10:40 PM PDT

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempelawa Azizan Razak untuk membuat laporan kepada pihaknya berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah itu bahawa berlaku penyelewengan yang membabitkan isu air ketika di zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Kedah sebelum ini. Azizan Razak juga mendakwa bahawa dia mempunyai asas dakwaan, maklumat dan rekod-rekod penyelewengan Kerajaan BN Kedah itu. Namun apabila ditanya sama ada dia telah melaporkan kepada SPRM mengenai perkara tersebut untuk siasatan dan dakwaan rasmi, dia mengaku bahawa dia belum lagi memfailkan laporan rasmi kepada agensi pencegah rasuah tersebut.

Pelik, tapi benar. Pelik benar perangai Azizan Razak ini. Dia mengaku bahawa dia mempunyai bukti lengkap yang boleh disabitkan kesalahan berkenaan penyelewengan isu air di Kedah. Jika benar dakwaannya itu, mengapa dia tidak laporkan terus kepada SPRM? Mengapa pula perlu Azizan melaporkannya kepada media dan surat khabar? Ya, mungkin Azizan cuba meniru "style" Anwar Ibrahim yang suka rakyat sahaja yang menjadi hakim sebagaimana Anwar lakukan terhadap Saiful Bukhari berkenaan kes liwatnya. Padahal, dia cuma menimbulkan persepsi tanpa bukti, fitnah dan syubhah di kalangan masyarakat.

Penulis mem"bayang"kan bahawa kes ini adalah se"umpama" rumah Azizan dimasuki perompak. Perompak itu telah mengaut segala harta benda di dalam rumah Azizan. Setelah Azizan balik ke rumah, dia terkejut dan segera membuat pemeriksaan terhadap harta bendanya yang telah dirompak dan dia telah mendapat bukti-bukti kukuh bahawa rompakan tersebut dilakukan oleh Yusrin, iaitu "bekas" menantunya sendiri. Namun, tindakan Azizan hanyalah memanggil tukang tulis fitnah dari "Haramkah" dan Suara "ketidakadilan" dan menuduh Yusrin merompak rumahnya. Walaupun fakta sebenar rompakan itu dilakukan oleh si Sanusi "Setpol"nya sendiri dan Yusrin tiada kena mengena langsung dalam ini cerita, nama Yusrin juga yang busuk! Bodohnya tuan rumah yang bernama Azizan ini, kan? Laporkan saja pada polis, habis cerita. Kalau Yusrin salah, sila tangkap, dakwa dan hukum. Susah sangatkah nak laporkan ikut saluran yang sesuai ni?

Jika benar Azizan punya maklumat & rekod lengkap. Sila laporkan kepada SPRM secara "direct". Bekalkan segala maklumat itu dan penulis percaya bahawa ramai di kalangan rakyat mahu tahu apakah benar dakwaannya itu atau hanya satu lagi episod fitnah mainan politik PAS. Jika benar pun perkara ini berlaku, biarlah yang bersalah itu dihukum undang-undang negara. Penulis yakin bahawa tidak kira sama ada PAS, UMNO atau lain-lain parti mahu mereka-mereka yang melakukan penyelewengan dihukum dengan setimpal.

Jika benar kesalahan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO Kedah sendiri dan dia bersalah, penulis sendiri mengucapkan terima kasih kerana membantu UMNO Kedah membuang "tahi" yang terpalit di badan UMNO Kedah selama ini. Tapi, itu tidak mencerminkan keseluruhan UMNO Kedah, bukan? Namun, jika mahu juga mempolitikkan isu ini bahawa UMNO parti yang seleweng, maka dengan rasminya semua penyokong Pakatan Rakyat juga adalah peliwat dan penyalahguna kuasa seperti Anwar! Cubalah politikkan jika tak mahu senjata makan tuan!

Pada penulis, Azizan hanya cuma beromong kosong. Dia cuba mencari publisiti murahan setelah kekeringan isu sejak beberapa lama. Sebenarnya dia sedang "lelah" menangkis serangan luar dan dalam. Serangan luar dari UMNO dan serangan dari "dalam PAS" sendiri. Azizan masih "tercungap-cungap" mempertahankan survival politik dan egonya sebagai Menteri Besar PAS Kedah yang pertama! Bukan senang nak dapat "title" tu! Dia sendiri pun tak percaya boleh menang di Kedah. Masa umum PAS menang di Kedah tempohari pun dia sedang tidur berkain pelikat dirumahnya. Dan kini, adalah agak sukar baginya mempertahankan "title" itu berikutan ramai "candidate" PAS yang berangan-angan gilakan kerusi MB itu!

Dato' Ir. Nawawi Ahmad, selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah mengulas dakwaan Azizan itu. Malah Nawawi sendiri mencabar agar Azizan melaporkan kes penyelewengan ini kepada SPRM. Beranikah Azizan menyahut cabaran Nawawi? Apakah Azizan "anak jantan" yang pantang dicabar? Jika benar jantan, sila laporkan segera dan berikan segala maklumat, rekod dan bukti-bukti berkaitan. Jangan pula serahkan buku akaun Kulim Hi-Tech yang merudum susut itu, malu pulak PAS Kedah nanti!

(Oleh: dukeofmontecristo)

Tiada ulasan:

Pengikut