Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung selama lima hari bermula 19 hingga 23 Oktober ini padat dengan pelbagai agenda yang telah diatur sebagai gerak kerja bagi melancarkan perjalanan persidangan tahunannya.
Dalam sidang medianya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perancangan rapi berkaitan persidangan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.
"Kali ini Perhimpunan Agung UMNO akan dimulakan dengan Forum Antarabangsa yang diadakan atas kaedah untuk bertukar-tukar pandangan khususnya tentang permasalahan di peringkat antarabangsa," katanya.
Jelasnya lagi, forum tersebut akan memaparkan tema 'Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru' dengan melibatkan lebih 400 peserta dari dalam dan luar Negara termasuk kedutaan asing dalam negara, ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Exco, parti-parti komponen, Kelab UMNO Luar Negara dan para penganalisis politik.
"Forum tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penutupnya oleh Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak," maklumnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Beliau turut memberitahu bahawa persidangan tahunan tersebut seperti biasa, akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan.
"Taklimat tertutup ini akan dihadiri oleh ahli MT, exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian di Dewan Merdeka."
Beliau turut memberitahu, solat Jumaat sewaktu perhimpunan agung itu berlangsung akan diadakan di Surau Ar-Rahman PWTC yang boleh memuatkan sekitar 6,000 orang pada satu-satu masa.
Turut hadir Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh; Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri, Nor Azitah Abdul Rahman dan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda, Saiful Hazizy Zainul Abidin.
Seramai 2,543 orang perwakilan Perhimpunan Agung sementara, 793 perwakilan untuk Perhimpunan Agung Wanita UMNO, 795 perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO dan 776 Perhimpunan Agung Puteri UMNO.
Tiga usul akan dibahaskan dalam perhimpunan tersebut melibatkan usul ucapan dasar Presiden, ekonomi dan usul pendidikan dan agama.
Berikut adalah aturcara sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2010:-
Tajuk: "The Creation of Global Citizen: Media Liberalization and New Political Realities"
Tarikh: 18 – 19 Oktober 2010
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC
Butiran Forum:
PERASMIAN FORUM ANTARABANGSA 2010
Tarikh: 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Dirasmikan : Timbalan Presiden UMNO
Ucaptama : YABhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad
- FORUM ANTARABANGSA 2010 (HARI KE-2)
Tarikh : 19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC
Penutupan : Presiden UMNO
- PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)
Tarikh: 19 Oktober 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
- PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 19 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Dirasmikan: Timbalan Presiden UMNO
- PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 20 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: i. Pergerakan Wanita
(Dewan Tun Hussein Onn, PWTC)
ii. Pergerakan Pemuda
(Dewan Merdeka, PWTC)
ii. Pergerakan Puteri
(Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC)
- UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Dirasmikan : Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak
Presiden UMNO
- JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010
Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1
- PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 (HARI KE-2)
Tarikh: 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
- PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (HARI KE-3)
Tarikh: 23 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan