Apo Kono Eh Jang! |
Kondom Patut Diberikan Pelepasan Cukai? Posted: 15 Oct 2010 06:45 AM PDT Pembentangan budget 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi memang memberi banyak inisiatif kepada rakyat. Dari jaminan kerajaan bahawa tol tidak akan dinaikkan selama 5 tahun sehinggalah kepada penngecualian cukai pelbagai barangan yang biasa digunakan dalam kehidupan sehari-hariam termasuk pakaian dalam yang mencetus ketawa dikalangan Ahli-ahli Yang Berhormat, memang memberi kelegaan kepada golongan rakyat terutama yang berada dalam kumpulan sederhana ke bawah. Bagi kakitangan swasta, pengenalan tabung pencen dan penubuhan Majlis Konsultansi Gaji Kebangsaan ke arah pengenalan gaji minimum juga memberikan sedikit sinar harapan untuk sektor-sektor industri yang masih lagi membayar gaji dibawah paras kemiskinan kebangsaan. Walaupun tanpa bonus, kakitangan kerajaan masih bertuah kerana kerajaan sudi membayar sebanyak RM 500 pada bulan Disember nanti untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Sekurang-kurangnya mengurangkan sedikit beban yang ditanggung para ibu bapa terdiri kakitangan awam di musim persekolahan akan datang. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak barangan, barangan hasil getah seperti kondom tidak banyak diberikan inisiatif pelepasan cukai seperti barangan kegunaan harian yang lain. Dulu kita tak nampak kepentingannya tapi sebab semalam dalam satu perbicaraan kes liwat, mahkamah diberitahu oleh pakar patologi Hospital Kuala Lumpur bahawa mangsa dalam kes tersebut, Saiful Bukhari telah diliwat sebanyak 8 KALI tanpa menggunakan kondom oleh pemangsanya, maka ada kesedaran mungkin perlu kerajaan bagi pelepasan cukai untk barangan hasil getah macam kondom ini. Dari segi kesihatan, hubungan seks melalui anus ini memang berisiko tinggi untuk menyebarkan penyakit berjangkit seperti AIDS, Siflis dan lainnya kerana anus mempunyai kadar serapan cecair yang tinggi. Fakta-fakta ini semua tersebar luas dalam internet, tak semestinya jadi doktor baru nak tahu. Kita simpati dengan Saiful Bukhari dalam kes liwat seperti perbicaraan semalam kerana mengalami nasib malang yang bertimpa-timpa. Sudahla menjadi mangsa liwat, tidak pula pemangsa memakai kondom bagi melindungi mangsanya daripada jangkitan penyakit dan kecederaan lain. Sekadar menggunakan KY Jelly hanya melancarkan penembusan tetapi tidak menghalang penyebaran penyakit berjangkit yang disebutkan di atas. Pemangsa dalam kes Saiful Bukhari ini adalah seorang berprofile tinggi, mampu mengupah sebegitu banyak peguam untuk membela dalam kes-kes sivil dan jenayah yang dihadapinya disamping lawatan-lawatan keluar negara yang kerap, takkan nak beli kondom pun tak mampu? Ini betul-betul kes naya tau. Dalam hal ini menunjukkan gelojoh, gelojoh ini samalah macam gelojoh nak jadi Perdana Menteri. Dah tak kira apa dah, walau nasib anak bangsa tergadai, asalkan dapat mencapai hasrat dan cita-cita nak jadi Perdana Menteri. Kalau dikaji dari segi sejarah awal kejatuhannya sekitar tahun 1998 dulu pun disebabkan oleh gelojoh nak jadi Perdana Menteri juga sampai tak sabar-sabar nak jatuhkan Perdana Menteri ketika itu menggunakan cara kotor. Sebagai rakyat, kita wajib menolak pemimpin yang gelojoh macam ini. Sementara salah tak salah meliwat tu menunggu keputusan mahkamah, perkembangan semasa ini tidak menghalang kita untuk membuat justifikasi sendiri jenis manusia apa macam ni? Kalau dia sanggup merisikokan mangsanya disebalik perbuatan terkutuk dan dilaknati tuhan itu, apakah pula nasib kita sebagai rakyat nanti kalau dia terpilih menerajui kepimpinan negara nanti. (Oleh: Adamyan) |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan