APA PAS BUAT DI GUA MUSANG ? Posted: 23 Oct 2010 06:26 PM PDT Penduduk Orang Asli menunjukkan tanah yang mereka usaha selama ini dirampas kerajaan negeri dan diserah kepada syarikat swasta luar Kelantan untuk ladang rakyat.
Sokongan terhadap PAS diibaratkan 'menang sorak kampung tergadai', apabila ada kepemimpinan parti itu semakin rakus merampas tanah rakyat, membabitkan keluasan lebih 30,000 hektar di Hulu Kelantan sejak memerintah 20 tahun lalu. Malah, janji Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, untuk membenarkan rakyat meneroka tanah kerajaan bagi tujuan pertanian ketika mula memegang tampuk pemerintahan pada 1990 kerana menganggap tanah itu tanah Tuhan, kini semakin dilupakan. Timbalan Ketua UMNO bahagian Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah, berkata mengikut laporan diterima setakat ini, sudah berpuluh syarikat luar Kelantan diberi kelulusan membangunkan tanah terbabit dan ada banyak lagi menunggu masa untuk berbuat demikian. Beliau mendakwa, kebanyakan tanah yang dirampas itu sudah diusahakan rakyat dengan pelbagai tanaman, termasuk di perkampungan Orang Asli tanpa membayar sebarang pampasan. "Kalau nak diikutkan janji Nik Aziz ketika mula menerajui Kelantan selepas pilihan raya umum 1990, akan selesai semua hak milik namun lain pula yang berlaku apabila tanah berkenaan dirampas untuk diserahkan kepada syarikat luar. "Faktor rampas tanah itu memberi tekanan hebat kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk menolak PAS kerana bimbang lebih banyak tanah penduduk dirampas selepas ini," katanya kepada Berita Harian, di sini, semalam. Nozula yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, berkata rakyat mula memihak kepada Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil itu kerana tidak tahan kerenah pemimpin PAS yang mempunyai kepentingan diri terutama membabitkan pengambilan tanah.
Beliau berkata, boleh dikatakan kebanyakan penduduk yang bergantung kepada punca hasil tanaman hilang pendapatan kerana tanah mereka dirampas tanpa terlebih dulu mendengar rayuan penduduk.
"Kebanyakan tanah sudah dibayar deposit untuk geran hak milik, namun tidak memprosesnya disebabkan lebih mengutamakan syarikat luar dengan menyediakan pajakan selama 99 tahun," katanya.
"Apa yang kita khuatir, sejak kebelakangan ini banyak kawasan tadahan air bukit yang menjadi keperluan penduduk termasuk perkampungan Orang Asli tercemar kerana kegiatan pembukaan tanah hutan serta pembalakan tidak terkawal," katanya.
Beliau berkata, masalah utama ialah membabitkan penduduk Orang Asli kerana mereka bukan saja dihimpit hakisan ekoran kegiatan pembukaan tanah syarikat perladangan tetapi air tadahan bukit turut tercemar.
"Ini bukan cerita dongeng, malah perkara benar berlaku di merata tempat di kawasan ini menyebabkan pengundi DUN Galas sudah merasa bosan dengan janji pemimpin PAS yang dilihat tidak mengotakan apa yang dijanjikan berkaitan dengan isu tanah," katanya. |
|
ANTARA SAUDAGAR MIMPI DAN REALITI UMNO.... Posted: 23 Oct 2010 06:18 PM PDT Realisasi agenda PAS ganti Umno
ANGIN SYURGA DARI PAS?
Harakahdaily | KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.
REALITI UMNO : BAGAIMANA NAK GANTI UMNO BERTANDING PUN TAK CUKUP KERUSI.....
Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
REALITI UMNO : NAK TANYA PAS, AHLI UMNO DARI SABAH TU APA? ASABIAH KE?
"Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden," ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.
REALITI UMNO : PAS PUN MENGALAMI MASALAH TAPI SEMBUNYI BAWAH KARPET......?
Berikut ialah resolusi penuh. Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.
REALITI UMNO : UMNO DI AMBANG PENGUKUHAN, PAS YANG TENGGELAM PUNCA BILA BERGABUNG DENGAN PKR/DAP?
Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan "Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad" dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:
REALITI UMNO : JIHAD DENGAN PKR DAN DAP DULU?
Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.
REALITI UMNO : UMNO DAHULUKAN RAKYAT SEPANJANG MASA ....
Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti'jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.
REALITI UMNO : PELIK JUGA ORANG PAS BERPERANGAI BEGITU, NI KENA JANGKITAN DARI MANA?
Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala', thiqah dan intima' terhadap pimpinan dan jemaah. Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.
REALITI UMNO : AKAN PERTAHANKAN PUTRAJAYA.....
Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.
REALITI UMNO : DAH LAMA UMNO BUAT.....
Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.
REALITI UMNO : UMNO MEMARTABATKAN ISLAM DAH LAMA CUMA TAK CAKAP DEGAU-DEGAU....
Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.
REALITI UMNO : DULU, KINI DAN SELAMANYA PAS MEMANG KERAJAAN MENUNGGU...MENUNGGU BUAH TAK JATUH!
Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
REALITI UMNO : AJAR PENGIKUT BARING TENGAH JALAN, MACAM MANA NAK HORMATI PERLEMBAGAAN? PERKARA SENANG PUN TAK BOLEH IKUT? |
|
|
MELETAKKAN CALON YANG MENANG BUKAN POPULAR....PRU 13 Posted: 23 Oct 2010 06:02 PM PDT Kuota kerusi PRU: Umno, usah bawa idea hakis undi BNOleh G Manimaran October 23, 2010 Datuk Seri Najib Razak mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA 10 Oktober lalu. MCA, salah satu komponen tertua BN. — Foto Bernama ANALISIS, 23 Okt — Dalam mesej Twitter pagi tadi, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, "(saya) berharap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan penggulungan yang baik pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno." Apa yang dimaksudkan dengan "ucapan penggulungan yang baik" tidak pasti. Bagaimanapun membaca mesej yang tersirat, Timbalan Menteri Pelajaran ini kemungkinan ingin melihat kedua-dua pemimpin nombor satu dan dua Umno akan menyampaikan amanat penghujung perhimpunan yang akan terus mengekalkan keyakinan rakyat keseluruhan khususnya parti-parti komponen bahawa Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pemimpin untuk setiap rakyat, bukan Umno semata-mata. Perhimpunan Agung Umno yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan pembentangan usul agama dan pendidikan. Berdasarkan hasil perbahasan sejak Rabu lalu, pengertian di sebalik mesej pemimpin MCA ini bukan sesuatu yang sukar untuk difahami. Malam tadi, beliau antara lain menyebut bahawa Barisan Nasional (BN) tidak harus bercakap mengenai peruntukan kerusi buat masa sekarang. "Ia tidak akan membantu untuk mendapatkan lebih banyak undi bagi BN. Topik ini seharusnya dibincangkan bersama oleh komponen BN termasuk pengerusi BN," kata Wee lagi. Ia antara pandangan yang dizahirkan menerusi Twitter sebaik sahaja wakil Negeri Sembilan semalam menyarankan agar kuota pembahagian kerusi BN dikaji semula bagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang. Timbalan Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Jalaluddin Alias ini menegaksan bahawa sesebuah kawasan itu calon popularnya adalah orang Melayu, meskipun kerusi itu dimiliki oleh parti komponen lain, calon Umno perlu diletak untuk bertanding bagi memperolehi kemenangan. "Untuk menebus "pertukaran kerusi" itu, calon yang tidak bertanding pula masih boleh dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dengan pelantikan sebagai senator," kata beliau ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Perhimpunan Agung Umno 2010 semalam. Selain itu, Jalaluddin berkata peringkat akar umbi juga perlu diberikan peluang dalam menentukan calon yang akan bertanding untuk sesebuah kawasan. Wakil Umno mempunyai alasan sendiri mengapa membawa idea berkenaan ke pertemuan tahunan parti utama BN itu. Malah, sebelum ini pun sudah ada pandangan sesetengah pihak bahawa kuota itu wajar disemak semula khususnya bagi kawasan yang jelas majoriti penduduknya orang Melayu. Berdasarkan amalan sekarang ada sebilangan kawasan yang penduduknya majoriti Melayu tetapi masa pilihan raya calon MCA, MIC atau Gerakan yang bertanding. Situasi ini adakalanya dianggap mencetuskan protes sehingga mereka memangkah kepada pembangkang. Seorang lagi pengikut perhimpunan tahunan Umno, yang dikenali sebagai Kevinctg berkata, "jika Umno mahu MCA memenangi pilihan raya umum ke-13, mereka mesti melakukan perubahan, jangan jadi hero rasisme untuk meningkat naik." Katanya lagi, "daripada kajian yang dilakukan, 80 peratus suka dengan perkhidmatan MCA, Masalah besar mereka kecewa apabila MCA duduk diam apabila diserang oleh puak pelampau." "MCA tidak perlu menarik diri daripada BN, kita hanya perlu mengenal pasti pihak yang ekstrem, undi keluarkan mereka dalam pilihan raya umum ke-13, hanya kekalkan yang terbaik dalam Umno," kata beliau yang turut menulis bahawa "setiap kali anda menyerang, MCA akan hilang undi, khanys undi Cina." "Tolong jaga perasaan dan undi MCA. Jadi kamu jadi hero dan kami yang menderita," kata beliau yang menerima respons seorang pengguna Twitter bernama jwong1208 bahawa, "terdapat juga pemimpin-pemimpin baik dalam Umno, yang sememangnya sangat baik sebagai contoh Ahli Parlimen Tambun." Pengguna Twitter atas nama "ahmadlatif" berpendapat "kawasan majoriti Melayu harus diberi kepada Umno untuk bertanding." Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang antara lain menjadi 'serangan' perwakilan Umno menekankan "Perhimpunan Agung Umno seharusnya memfokus ke atas usaha memperbaiki hubungan." Awal bulan ini, Naib Presiden Umno Datuk seri Hishammuddin Hussein juga berkata, kuota pengagihan kerusi dalam pilihan raya akan datang antara parti komponen BN perlu dikaji semula secara menyeluruh dengan mengambil kira keadaan politik semasa sebagai jaminan mendapatkan sokongan rakyat. Menteri Dalam Negeri ini juga berpendapat perubahan itu perlu kerana landskap politik negara sentiasa berubah dan BN perlu bertindak berani mengikut keperluan semasa bagi menjamin kemenangan parti gabungan itu. Hishammuddin menekankan bahawa keputusan pilihan raya umum ke-12 tidak menggambarkan situasi sebenar kemahuan pengundi yang diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya. Pada 8 Mac 2008, BN dinafikan penguasaan kerusi majoriti di Parlimen — kali pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini. Berbanding 198 kerusi Parlimen dikuasai pada 2004, BN hanya mempertahankan 140 kerusi dua tahun lalu. Bakinya dimenangi oleh pembangkang — prestasi terbaik ikatan pembangkang sejak lima dekad lalu. MCA, MIC, Gerakan dan PPP menyaksikan kekalahan teruk. Selain itu, lima negeri pula dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Di kalangan komponen BN di Semenanjung, Umno hanya memperoleh 78 kerusi, MCA (15), MIC (tiga) dan Gerakan (dua) manakala PPP kalah di satu kerusi yang ditandinginya. Parti MCA dilaporkan hanya memperoleh kira-kira 10 peratus undi popular, MIC mendapat dua peratus dan Gerakan tidak sampai dua peratus. Dua tahun lalu pemerhati melihat bahawa ia jelas membuktikan bahawa para pengundi Cina dan India secara terang-terangan menolak wakil-wakil daripada ketiga-tiga parti itu. Ia hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandinginya sedangkan pada pilihan raya 2004 mereka menang 31 kerusi. MCA diberi kuota empat menteri, sembilan timbalan menteri dan empat setiausaha parlimen manakala MIC pula diberi satu jawatan menteri, tiga timbalan menteri dan dua orang setiausaha parlimen manakala Gerakan pula seorang menteri, tiga timbalan menteri dan dua setiausaha parlimen. Tetapi senario ini mengalami perubahan dua tahun lalu. Selain ketiadaan kuasa tawar-menawar, ketiga-tiga parti berkenaan juga 'tidak cukup calon' untuk mengisi kuota jika kuota 2004 diambil kira. Misalnya, MCA hanya mempunyai 15 kerusi Parlimen sedangkan kuota lama mereka adalah sebanyak 17 jawatan Kabinet dan kerajaan. Begitu juga MIC. Ketika mengulas isu ini beberapa minggu lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemimpin-pemimpin politik perlu menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen BN mengikut komposisi kaum. "Ia ada kebaikan dan keburukan... kalau orang India sudah tentu tidak ada satupun kawasan yang mereka majoriti. "Tetapi kita sanggup bagi dan kita sokong manakala kaum India yang menjadi minoriti pula akan beri sokongan pada Umno, MCA atau Gerakan," kata bekas presiden Umno ini. BN selama ini bergerak atas semangat kesepakatan. Dalam usaha Najib selaku Pengerusi BN mengamalkan pendekatan-pendekatan proaktif dan dinamik dalam mendapatkan sebanyak undi dalam pilihan raya umum ke-13, idea-idea mengkaji semula sistem kuota sememangnya tidak sesuai dengan persekitaran semasa. Salah satunya ialah konsep 1 Malaysia yang ditekankan Najib dalam pentas-pentas politik sepanjang 18 bulan lalu. Ia sebenarnya boleh membawa risiko menjauhkan pengundi bukan Umno. Selama ini komponen-komponen BN bergerak atas semangat kesepakatan BN. Jangan ukur hanya kerana prestasi dua tahun lalu. Setiap parti dalam BN - tidak kira Umno, MCA atau MIC pernah berhadapan dengan krisis dan masalah, sekali gus menyebabkan sokongannya mengalami gelombang turun naik. Cuba lihat sejarah pilihan raya umum yang terdahulu. Ia akan menjadi cermin dan bukti. Ada pemimpin BN yang mengucapkan terima kasih kepada orang Melayu dan Umno, dan begitulah sebaliknya atas sokongan yang diberikan. Kenyataan terbuka Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu ekoran keputusan pilihan raya 1990 adalah buktinya. Dalam satu reaksi sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pernah bersetuju dengan idea sistem kuota dikaji semula. Bagaimanapun ucapan beliau pada Persidangan Agung Tahunan Pemuda Rabu lalu boleh direnung di sini dalam melihat kepentingan menghargai semangat sepakat yang diwarisi BN selama ini. Ketua Pemuda BN ini berkata, tidak ada parti Melayu — baik Umno mahupun PAS — yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu. Di kebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak yang lain. Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, kata Ahli Parlimen ini. "Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya. "Kita harus belajar dari keputusan pilihan raya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu. "Sekiranya kita masih lagi berkhayal bahawa kita boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi Parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya. Sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu Umno akan hilang pada pilihan raya akan datang umpama pepatah Melayu bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi," katanya. Sebagaimana diperkatakan oleh beliau, sudah tentu tanggungjawab utama menarik sokongan bukan Melayu terletak atas bahu parti-parti komponen tertentu. Segala kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Jadi, Umno tidak harus terburu-buru dalam meminggirkan parti bukan Umno dengan meminta menyerahkan kerusi yang telah kalah. Umno juga tewas di banyak kawasan dua tahun lalu. Meminjam kata-kata Khairy, dalam menerima "naratif baru politik dan ekonomi", Umno dan kesemua komponen perlu terus berfikir panjang. Jika tidak, yang untung bukan Umno dan BN, tetapi Pakatan Rakyat yang bercita-cita dan sedang menyusun strategi dengan sifat keterbukaan untuk menuju ke Putrajaya. Umno jangan ke belakang, tetapi terus terima komponen BN dengan memberikan teguran, bukannya meminggirkan mereka dalam suasana masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Jangan pula harapan Presiden Umno rosak dan terjejas kerana idea perwakilan Umno yang tidak kondusif. |
|
Komen dua bekas PM terhadap ucapan Najib… Posted: 23 Oct 2010 05:50 PM PDT
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO hari ini tepat pada masanya bagi menjelas dan memperingat perjanjian yang sekian lama didokong antara pelbagai kaum dalam negara ini. Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya bertajuk "Mendaya Bangsa Menuju Kemakmuran" antara lain berkata kedudukan dan hak-hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta "terkunci kemas" dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi. Menurut Dr Mahathir, isi kandungan ucapan Najib itu penting bagi rakyat patuh kepada perkara-perkara dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. "Kita telah mempunyai satu formula yang berjalan dengan baik selama 50 tahun. Mengapakah kita mahu menukarnya? Mengapakah anda mahu menimbulkan ketegangan antara kaum," katanya.
Jelas Dr Mahathir lagi, mereka yang cuba meminda Perlembagaan Persekutuan sebenarnya tidak faham mengenai isi kandungannya.
"Sejak dahulu lagi, jika ada pihak yang hendak membuat perubahan ia tidak dibenarkan kerana perkara itu akan menimbulkan pertentangan antara kaum-kaum," katanya ditemui selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2010 pagi ini. Menurut beliau, jika rakyat Malaysia berpegang kuat kepada perjanjian asal, yang dipersetujui oleh pemimpin daripada pelbagai kaum sewaktu merdeka dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak akan ada pertikaian hak.
Sementara itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan ucapan Najib sebagai "ucapan penyedar" terhadap isu-isu Perlembagaan, kedudukan orang Melayu dan sebagainya yang kini "menampakkan wujudnya kekeliruan dan kecelaruan" dalam perbincangan.
"Tapi hari ini Presiden UMNO telah menjelaskan, dan saya percaya akan ada satu kesedaran mengenai situasi itu, jadi (tidak ada sebab) kita timbulkan perkara-perkara yang nak menakut-nakutkan, nak memomok-momokkan," kata bekas Perdana Menteri.
Abdullah berkata dengan kesedaran itu, ia akan menghindar pelbagai perbalahan yang mungkin timbul kerana tidak adanya pemahaman mengenai apa yang dimaktub dalam Perlembagaan.
"Inilah perkata yang kita namakan klausa gagasan politik yang telah berakar umbi dalam Perlembagaan Persekutuan... ertinya apa yang ada dalam Perlembagaan itu dimeteraikan dengan diadakan perjanjian dahulu serta diadakan muafakat pada masa itu antara semua pemimpin-pemimpin kaum," katanya. -21/10/2010 |
|
DIAM-DIAM UBI........TUN DAIM..... Posted: 23 Oct 2010 05:48 PM PDT Daim yang terus diam…
Mulanya ramai di kalangan wartawan di bilik media Perhimpunan Agung UMNO di aras dua PWTC tidak begitu perasan siapa 'orang tua' ni yang rasa macam pernah tengok… berada di situ petang Jumaat.
Bukan apa ini kerana orangnya sudah agak lama tidak kelihatan di khalayak ramai.
Hanya apabila tersedar itu Tun Daim Zainuddin ,bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO Malaysia ,barulah semakin ramai wartawan di situ mula menyapanya.
Lagipun beliau muncul di situ dengan stail kegemarannya yang simple sejak dulu lagi - berpakaian biasa dan sandal sahaja.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP,Datuk A Kadir Jasin yang menemani Daim secara berjenaka berkata," saya ajak Tun keluar dari 'dunianya' datang jalan-jalan di sini jumpa-jumpa orang."
Daim yang ditemui kemudian hanya sekadar mahu sembang kosong sahaja.
Beliau hanya geleng kepala ketika diajukan soalan politik termasuk ramalannya mengenai peluang Barisan Nasional masa pilihanraya umum ke-13 nanti.Ini kerana ramalan beliau BN akan menghadapi tsunami masa PRU ke -12 lalu agak tepat.
"I have given my report to PM ," itu saja katanya ketika ditanya lagi soalan itu.
Semasa di situ selain beramah mesra dengan wartawan beliau juga meluangkan masa melawat semua bilik media yang berpusat di situ sepanjang perhimpunan itu.-22/10/2010
|
|
UMNO DAHULUKAN RAKYAT Posted: 23 Oct 2010 05:39 PM PDT Hak Melayu : Penegasan Perdana Menteri, Penamat DAP Konsep Malaysian Malaysia DAP dah tamat dengan hakikat bahawa majoriti 2/3 saja tidak cukup untuk membuang keistimewaan Melayu dalam perlembagaan sekiranya tidak mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu. Tidak kita duga, rupanya Perdana Menteri sedar dan amat mengambil berat dengan tindakan segelintir pihak yang didalangi parti pembangkang tertentu, untuk cuba mengubah perlembagaan negara ini menjadi seperti mana yang mereka mahu ia ditafsirkan. Selama hari ini kita cuba berlembut dan mengelak daripada berbicara tentang isu hak keistimewaan Melayu ini dalam keadaan yang panas dan boleh mencetus ketegangan. Tapi semakin kita mengelak, semakin mereka mengasak. Tidak cukup dengan sindir-sindiran mengenai hak keistimewaan Melayu, mereka mempergunakan orang Melayu sendiri yang diketahui banyak makan jasa dengan mereka untuk mempersoalkan hak keistimewaan Melayu ini. Semua ini menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia semakin menyemarak dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram. Tindakan segelintir pihak yang cuba menulis semula perlembagaan mengikut tafsiran sendiri atas nama memberikan penerangan, sekadar menambah kepada masalah itu. Kita tahu, dalam diam DAP meracuni pemikiran masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina bahawa jika diberi kuasa, mereka mampu menjanjikan hak samarata kepada semua rakyat Malaysia di mana dalam proses itu, mereka akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu yang menjadi penghalang kepada proses tersebut. Sebab itu, dengan tidak semena-mena kita melihat undi masyarakat Cina berubah arah terus kepada pembangkang dalam PRU 2008. Kenaikan sokongan secara mendadak ini sudah tentu mesti bersebab dan kemudian kita mengetahui sebab itu adalah kerana DAP berjanji kepada orang Cina untuk menubuhkan kerajaan Malaysia yang hampir sama dengan Singapura. Kebetulan pula, majoriti golongan muda dan dewasa Malaysia, kurang mengambil tahu tentang sejarah asal usul perlembagaan negara. Mereka suka memikirkan bahawa apa yang ada kepada mereka hari ini adalah didapati secara automatik sedangkan hakikatnya dulu ia diberikan dengan bersyarat, syarat bahawa mereka mesti menerima hak keistimewaan Melayu sebagai ganti kewarganegaraan. Kesempatan inilah yang digunakan DAP untuk mengelirukan pemikiran mereka. Golongan ini diperbodohkan oleh DAP kononnya majoriti 2/3 memberikan mereka kuasa untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka kepada perlembagaan negara. Sekarang, dengan penegasan Perdana Menteri dalam perasman perhimpunan agung UMNO semalam, membuktikan kepada kita bahawa walaupun dengan majoriti 2/3, sesetengah perkara termasuk hak keistimewaan Melayu tidak boleh diubah tanpa mendapat persetujuan Raja-raja Melayu. Kebetulan DAP sering mencari masalah dengan Raja-raja Melayu terutama sejak kejatuhan kerajaan Cina Perak, jadi adakah pada pendapat orang Cina sekarang Raja-raja Melayu akan tunduk kepada kemahuan DAP seterusnya merealisasikan Malaysian Malaysia sekiranya mereka menguasai negara kelak? Dengan penegasan ini di samping institusi Raja-raja Melayu yang kukuh, DAP boleh melupakan hasrat untuk menjadikan negara ini sama seperti negara idola mereka, Singapura. Kita yakin, selepas ini mereka akan menyerang institusi raja berpelembagaan pula dengan pelbagai cara halus seperti mana mereka menyerang hak keistimewaan Melayu sekarang. Ketika itu, kita harapkan kerajaan dapat bertindak tegas ke atas golongan ini. Bagi golongan yang selama ini berharap DAP mampu membawa perubahan dengan memberi hak samarata ini pula bolehlah melupakan 'mimpi' tersebut kerana ia tidak mungkin berlaku walaupun DAP atau sesiapa saja mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen kerana kita amat yakin Raja-raja melayu tidak akan bersetuju dengannya. Tak kita sangka, rupanya DAP saudagar mimpi juga. |
|
UMNO DAHULUKAN RAKYAT...HIDUP UMNO Posted: 23 Oct 2010 05:37 PM PDT |
KEMBALIKAN SEMANGAT PATRIOTISME ...... Posted: 23 Oct 2010 05:33 PM PDT
Sejarah Mata Pelajaran Wajib Lulus Periksa – Muhyiddin KUALA LUMPUR 23 Okt – Mata pelajaran Sejarah kini menjadi mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dalam usaha meningkat jati diri serta kefahaman mengenai pembentukan negara kepada generasi muda. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan mata pelajaran itu mengambil masa berikutan beberapa perkara perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk penyediaan tenaga pengajar. "Kita kena bagi masa sedikit kalau tidak dia terkejut, jadi ini memerlukan tempoh masa untuk kita melatih guru dan juga menyediakan pelajar-pelajar kita untuk menghadapi sistem baru ini," katanya menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2010. Menurutnya, pelaksanaan itu dilakukan berikutan terdapatnya gesaan daripada wakil-wakil negeri ketika membahaskan ucapan dasar dan usul pendidikan. "Seperti yang dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah, pada masa ini, elemen Sejarah diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan dan akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah. "Dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara, dengan tujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya. Berhubung cadangan mengkaji semula sistem peperiksaan di sekolah, Muhyiddin berkata pentafsiran berasaskan sekolah bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang sebelum ini diumumkan mulai 2016, akan dipercepatkan ke tahun 2014. "PMR tidak akan kita teruskan lagi tapi digantikan dengan sistem yang berasaskan sekolah dan ianya akan kita mulakan pada tahun 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada asalnya kerana ada tuntutan daripada tuan-tuan supaya disegerakan. "UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) pula akan dikekalkan tapi ditambah baikkan dengan cara-cara lebih sesuai mengikut perkembangan masa dan kehendak perkembangan ekonomi kita. Tetapi kita masih perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha-usaha untuk melatih semula guru-guru dan sebagainya," katanya. Sementara itu, Muhyiddin berkata kementerian itu juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi membiayai aktiviti-aktiviti Yayasan Guru Malaysia Berhad untuk kebajikan guru-guru. "Tadi ada wakil daripada Sabah yang telah membangkitkan yayasan ini yang dikatakan tidak memberikan apa-apa insentif ataupun dividen, saya telah pun mengemukakan perkara ini kepada Perdana Menteri sebentar tadi supaya satu suntikan dana dapat diberikan dan setuju supaya peruntukan sebanyak RM10 juta diberikan kepada yayasan ini," katanya. Selain itu, Yayasan Guru Tun Hussein Onn, yayasan yang menjaga kebajikan guru telah diluluskan oleh Kabinet dengan peruntukkan kewangan sebanyak RM200 juta. -MediaUMNO
|
|
ALHAMDULILLAH, SYUKUR...... Posted: 23 Oct 2010 05:25 PM PDT Hampir 10,000 solat Jumaat di PWTC KUALA LUMPUR 22 Okt. – Lebih 10,000 jemaah yang terdiri daripada pemimpin UMNO, perwakilan, peniaga serta orang ramai membanjiri Dewan Tun Razak 4 di Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini untuk menunaikan solat Jumaat. Keadaan penuh sesak di dalam dewan menyebabkan jemaah bersolat di luar dewan, memenuhi ruang legar aras empat. Ini merupakan kali pertama solat Jumaat diadakan di Dewan Tun Razak, sepanjang 61 tahun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung. Sejak Ramadan, sembahyang Jumaat diadakan di surau Al Rahman PWTC di Aras Tiga. Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perwakilan menunaikan solat itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib dan imam. Dalam khutbahnya, Jamil Khir menyebut mengenai Perjanjian Hudaibiyah pada zaman Rasulullah dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut. Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui selepas selesai solat itu berpuas hati dengan kemudahan menunaikan solat Jumaat yang disediakan oleh pihak pengurusan PWTC. Seorang perwakilan dari Johor, Mohd. Uzir Shahid, 45, memberitahu, perkhidmatan itu merupakan antara yang terbaik disediakan pada perhimpunan kali ini. "Saya berharap kawasan untuk solat Jumaat diluaskan pada tahun depan memandangkan jumlah perwakilan semakin meningkat," katanya. Perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Abdul Latif Saiman, 45, pula berpendapat, solat Jumaat yang diadakan di PWTC memberi keselesaan kepada perwakilan yang uzur serta tidak berkeupayaan untuk bergerak ke masjid berdekatan. "Dengan adanya kemudahan seperti ini, ia akan memudahkan semua pihak," katanya yang juga berniaga pakaian pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Perwakilan Terengganu, Zaidi Muda, 36, pula menyifatkan solat Jumaat yang diadakan di PWTC menjimatkan masa para perwakilan yang sebelum ini perlu berhadapan dengan kesesakan jalan raya untuk pulang ke dewan bagi menyambung semula sesi perbahasan. Kakitangan kerajaan, Shabli Arshad, 50, sependapat dengan Zaidi dan amat berpuas hati dengan kemudahan untuk bersolat Jumaat |
|
TARIKH PRU 13 MASIH JADI TANDA TANYA.... Posted: 23 Oct 2010 05:23 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Okt.- Bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat meskipun terdapat gesaan daripada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak agar perubahan-perubahan parti dilakukan dengan segera. "Saya [... |
|
PEMUDA JASIN DAH MULA IT PADA 2008 LAGI..... Posted: 23 Oct 2010 05:12 PM PDT Keempat, zaman ini zaman moden. Kita mesti jadi juara dalam media baru juga. Jangan puak-puak sana saja. Kita mesti ada facebook. Mesti ada Twitter. Macam-macam mesti buat. Sebab itu saya kata kerajaan Melaka tumbang pada Portugis kenapa? Kerana dia dengan dia punya tombak, keris dan kapak. Portugis dengan meriam, senapang. Kalahlah kita. Zaman sekarang ini kita pakai facebook sebagai social network. Kita mesti jadi juara social network. Saya pun cubalah walaupun tak mahir sangat. Alhamdulillah facebook saya sudah setengah juta. Tun Dr. Mahathir (Mohamad) yang veteran pun dah mahir blog, facebook. Dia buat transformasi juga. Yang kelima, orang muda. Empat juta pengundi baru. Yang lama dah masuk dalam kotak, dalam bakul UMNO, bakul Pas atau bakul apa. Yang baru empat juta ini mesti jadi sasaran kepada UMNO menjurus kepada PRU-13. Itulah kita hendak. Bila Ketua Pemuda cadang buat think tank, saya setuju dan kita bantu. |
|
UMNO DAHULUKAN RAKYAT...HIDUP UMNO Posted: 23 Oct 2010 05:06 PM PDT UMNO dahulukan rakyat
| NAJIB ketika memberi ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di PWTC semalam. |
Bismillahirrahmanirahim Sidang perwakilan, sidang pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Syukur Alhamdulillah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi taufik dan inayahnya kepada kita semua sehingga Perhimpunan Agung kali ke-61 ini dapat dirangkum dan disempurnakan dengan selamat sampai kepada penghujungnya. Seperti mana yang saya sebut dalam ucapan dasar saya bahawa Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka ini dilangsungkan sebanyak 25 kali. Pada kali ini perhimpunan ini mencatat beberapa perkembangan yang amat signifikan lagi bersejarah. Yang pertama ialah buat kali pertama dalam sejarah UMNO solat Jumaat telah diadakan di dalam bangunan UMNO sendiri. Moga-moga petanda ini akan membawa keberkatan yang berkekalan. Insya-Allah. Dan saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha memberi kebenaran untuk solat Jumaat diadakan di dalam bangunan UMNO yang keramat lagi bersejarah ini. Yang kedua ialah buat kali pertama sebelum perhimpunan ini diadakan satu forum antarabangsa yang bertajuk 'Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru' yang melibatkan 400 peserta dari dalam dan luar negara. Sekaligus kita telah dapat mengetengahkan UMNO, usaha-usaha murni UMNO memimpin negara kita, memaju negara kita dan membawa perubahan yang besar kepada negara kita. Biar dunia lihat bahawa kejayaan ini kerana kemajuan UMNO selama ini. Saudara saudari sekalian, Pada awal ucapan, saya nak menyelesaikan urusan yang biasa saya buat pada penghujung ucapan saya. Saya ucap terima kasih pada Datuk Pengerusi Tetap Persidangan UMNO yang telah mempengerusikan persidangan ini dengan gayanya tersendiri dan amat menarik. Dan saya nak mengesahkan, saya turun bawah tadi jumpa dengan reporter akhbar Cina, saya tanya, "Betul ke Pengerusi Tetap kita cakap bahasa Hokkien?"' Dia kata betul. Walaupun bahasa Hokkien pasar tapi betul. Tahniah juga kepada Timbalan Pengerusi Tetap yang cekap membantunya. Saya juga ucap terima kasih kepada urus setia ibu pejabat, Setiausaha Agung (Datuk Tengku Adnan Mansor). Terima kasih kepada Setiausaha Kerja yang sihat walafiat, tak berhenti bekerja. Dan kepada semua kakitangan ibu pejabat, semua pihak, media, segala-galanya yang telah membantu persidangan kita berjalan dengan baik. Saudara saudari sekalian, Saya berasa begitu terharu bahawa ucapan Presiden saya pada kali ini mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan para perwakilan. Saya ucap terima kasih kepada Timbalan Presiden yang telah menyatakan bahawa ucapan itu ucapan yang tegas dan berani. Ada dua reaksi yang agak menarik perhatian saya. Yang pertama bila saya sedang ambil gambar dengan Exco Wanita, ramai wanita yang kata, ''Datuk, kami wanita puas dengar ucapan.'' Dia punya puas panjang sikit. Puas....Ini isteri saya tak marah. Bab ini dia tak marah. Bab lain jangan cuba. Yang kedua bila saya balik rumah, ada seorang teman lama dari Pahang tunggu tercegat di luar pagar rumah saya. Jadi saya gamit dia bila saya masuk. Saya kaji apa hajatnya. Tak ada. Dia kata selama ini dia bimbang masa depan anak cucu dia. Tapi bila dengar ucapan saya dia kata dia yakin masa depan anak cucu dia terbela. Dan itulah sebenarnya hakikatnya bahawa peruntukan-peruntukan yang menyangkut tentang kepentingan orang Melayu, bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita. Yang tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan saya tak nampak Raja-Raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini. Namun ada juga pihak, inilah kata kumpulan yang sebelah sana, dia pakar pusing. Dia pusing bab itu, dia pusing. Orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dia kata kalau sudah terkunci, tersimpul mati, jadi tak perlulah UMNO berkuasa sebab orang Melayu kalau ada kuasa pun orang lain boleh pertahankan sebab sudah ada peruntukan dalam Perlembagaan. Ini adalah satu pandangan yang tidak benar sama sekali. Ini kerana walhal peruntukan itu sudah terkunci kemas tapi kuasa politik perlu di dalam tangan UMNO untuk menterjemahkan prinsip semangat peruntukan Perlembagaan. Sebab itulah dalam ucapan saya, bab kedua ketiga penghujungnya sekali saya tutup ucapan saya dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan apa mesej itu. Jangan sampai dia benak. Dia benak ataupun orang Negeri Sembilan kata bangang. Saya tanya isteri saya, bangang itu apa. Bangang itu paling teruk sekalilah ataupun dia faham sengaja tak nak buat faham. Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kenyataan untuk mengelirukan rakyat jelata. Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain boleh, nak kata dia boleh? Dulu sibuk dengan reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi. Saya tak sebut, dia tau, dia faham. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dalam perhimpunan ini, soal Perlembagaan tak usah bangkit pada sesiapa lagi, habis tutup cerita, kita mara ke depan. Orang putih kata let's move on. Dalam perhimpunan ini saya lihat memang hasrat kita, hasrat saudara-saudara sekalian bahawa soal agenda Melayu, kedudukan bumiputera akan terus diperjuangkan oleh pimpinan UMNO dan kerajaan. Saya nak beritahu bahawa hal ini memang akan terus diperjuangkan oleh kita. Malah dalam persidangan MCA baru-baru ini, bila saya rasmikan, sebelah saya semua pimpinan MCA. Apa saya kata? Saya kata sekiranya majoriti dalam sebuah negara itu memiliki sebahagian kecil daripada kekayaan, itu tidak adil dan tidak menyumbang kepada kestabilan politik tanah air kita. Saya kata depan Presiden MCA, depan pimpinan MCA saya terangkan dengan jelas. Dalam UMNO, MCA dan MIC, dalam apa jua keadaan, kita mesti menegakkan keadilan sosial di dalam negara kita. Terima kasih perwakilan mengingatkan siapa pencetus Dasar Ekonomi Baru. Takkan saya, anakandanya, darah yang mengalir dalam badan saya, tidak akan meneruskan semangat dan prinsip perjuangan itu. Dalam majlis ini, saya nak bagi tahu, bahawa hasrat saudara-saudara sekalian supaya kita tubuhkan apa yang dikatakan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera atau pun MTAB. Saya nak beritahu bahawa pada hakikat sebenarnya, Majlis Tertinggi mengangkat agenda bumiputera sudah pun diwujudkan oleh kerajaan. Malah mesyuarat pertama telah diadakan sebulan yang lalu. Saya jadi Pengerusi, Timbalan Perdana Menteri jadi Timbalan Pengerusi, menteri-menteri yang berkenaan menganggotai termasuk tiga-tiga Naib Presiden, hak Jawa, hak Turki, hak lanun, semua ada. Ketiga-tiga ini sekarang saya tak panggil nama dia. Saya panggil dia Jawa, Turki, lanun, biar lekat triple ini, semua ada. Kami akan pastikan agenda bumiputera terus diperjuangkan. Malah ada satu perkembangan yang saya nak terangkan. Ini juga kaitan dengan program kita untuk menambah lagi penyertaan bumiputera yakni Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJJB) yang sekretariat dia bawah Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Saya nak beritahu bahawa pada tahun sudah dan tahun 2010, empat buah syarikat bumiputera yang market capitalisation berjumlah RM411 juta sudah pun disenaraikan di Bursa Saham. Syarikat-syarikat ini kami tak kenal siapa dia. Syarikat-syarikat ini diproses berdasarkan kepada kebolehannya untuk disenaraikan. Tetapi untuk disenaraikan dia mesti ada rekod baik lima tahun keuntungan dan Suruhanjaya Sekuriti nak tengok dari segi keuntungan akan datang. Jadi, apa yang diperlukan oleh syarikat-syarikat bumiputera ini bantuan sedikit oleh kerajaan, dalam bahasa Inggeris disebutkan The Last Mile, ini penghujungnya. Jadi, kita bantu, bila kerajaan bantu penghujungnya syarikat-syarikat ini boleh disenaraikan di Bursa Saham dan tahun sudah RM411 juta. Tahun akan datang insya-Allah 11 buah syarikat bumiputera dijangka disenaraikan dengan pasarannya hampir RM2 bilion. Memang seperti mana perwakilan kata, kita tak marah orang lain dapat keuntungan, kita tak marah orang lain kaya malah yang kaya itu pun kerana UMNO juga mereka kaya. Betul tak? Siapa bagi lesen beras? Siapa bagi lesen gula? Siapa bagi lesen IPP (projek loji tenaga bebas)? Siapa bagi lesen satelit? Tidakkah UMNO yang bagi. Kalau kita nak tolong bumiputera, jangan pula mereka marah kita nak tolong bumiputera, ini baru adil. Hak orang lain dapat dia senyap, hak kita nak bagi dia komplen, tak bolehlah macam itu, adilkah semua ini? Ini yang kita hendak, itu satu 1Malaysia. Terima kasih semua kerana sudah terima 1Malaysia sekarang ini sampai ada seorang perwakilan pakai 1Malaysia dekat songkok dia, ada keluar dalam gambar, ini jelas. Saudara-saudari sekalian, Kita pun ada program lain macam Ekuinas. Kita sudah labur dalam tiga syarikat bumiputera dengan nilai sebanyak RM350 juta. Malah dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan RMK-11, kerajaan memperuntukkan RM5 bilion untuk Ekuinas. Kalau ada syarikat bumiputera yang berpotensi jadi lebih besar, sampai ke peringkat persada antarabangsa, kita akan bantu Melayu Ekuinas. Ini supaya syarikat bumiputera bukanlah syarikat yang kecil, kerdil tapi syarikat besar bertaraf dunia global. Ini hasrat kita supaya Melayu berjaya, bumiputera berjaya di persada antarabangsa. Kita tidak lupa. Bukan sahaja orang usahawan, bukan sahaja golongan korporat tetapi perjuangan kita bak kata pemimpin-pemimpin tadi berbentuk inklusif, keterangkuman. Jadi, hak yang bawah pun kita mesti jaga sebab itulah kita perkenalkan gaji minimum. Siapa untung? Yang pertama posmen dah untung. Posmen dahulu hampir dekat paras kemiskinan. Sekarang ini dapat RM1,300, RM1,400 sebulan. Perjuangan siapa? Perjuangan UMNO. Bukan orang lain, UMNO. Siapa lagi? Imam masjid pun terkejut, tersentak, tidak terfikir-fikir boleh dapat RM750. Sebab itu ada imam yang dah letak jawatan hendak ambil semula itu. Datuk Seri Jamil Khir Baharom kata ada, ada dia hendak minta balik jadi imam. Siapa lagi? Guru-guru KAFA dapat, ketua kampung pun dapat, siapa ketua kampung? Separuh daripada ketua cawangan. Ketua Bahagian kena jaga ketua cawangan betul tak? Kalau tidak dia tidak sokong undi. Mulai tahun depan siapa lagi, pengawal-pengawal keselamatan yang kebanyakannya bekas tentera, ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dapat gaji RM700 insya-Allah dapat RM1,000 ke atas. Ini perjuangan UMNO. Ini kena beritahu, jangan sebab nak bagi air 20 milimeter padu percuma, besarnya punya cerita. Macam wakil Pulau Pinang sebut nak bagi RM50 guru KAFA pun macam nak tenggelam Pulau Pinang punya ceritalah. Tapi kita mesti tahu, mesti beritahu, mesti uar-uarkan bahawa segala-galanya adalah kerana hasil perjuangan UMNOlah memungkinkan perkara ini jadi kenyataan, bukan orang lain. Wakil Pemuda cadangkan supaya golongan muda yang baru keluar, baru nak kahwin, tak sabar nak kahwin tapi nak rumah (tetapi) tidak mampu, kerajaan telah isytiharkan bahawa kalau beli rumah bawah RM220,000 ke bawah tak payah bayar wang pendahuluan, dapat pinjaman 100 peratus. Wakil Pemuda cadangkan supaya hak RM3,000 itu jangan kira pendapatan sekeluarga, tapi kalau seorang RM3,000 ke bawah pun tak apa. Boleh saya nak kata, saya setuju dengan syor Pemuda. Inilah yang kita kata inklusif. Jangan jaga orang di atas sahaja, jaga di bawah, jangan main di atas sahaja, hak belakang pun jangan (Pengerusi Tetap mencelah), jangan itu, tak boleh lalu, tak boleh. Inilah yang kata UMNO ini keindahan. Cuma kita ini UMNO tidak pandai nak bawa cerita. Itu saja, tak pandai nak jual cerita, kurang sikit mahir, sebab apa? Kita ini mesti uar-uarkan di kampung, di bandar, di semua tempat, beritahu ini semua perjuangan UMNO. Bukan orang lain. Saudara saudari sekalian, Ramai yang sebut tentang transformasi UMNO. Jadi, saya nak sebut di sini bahawa model transformasi UMNO apa temanya. Saya fikir waktu persidangan ini, jurucakap, pensyarah semua saya menghayati hujah-hujah mereka. Saya tilik-tilik dan saya rasakan bahawa tema yang sesuai model transformasi UMNO ialah 'UMNO Dahulukan Rakyat'. Ini dia. Jadi sebenarnya, proses transformasi ini dah mula. Dia mula seperti yang Datuk Hishammuddin (Hussein) kata tadi dari waktu kita meminda Perlembagaan pada tahun sudah. Kita tidak tahu sangat signifikannya. Tapi dalam sejarah UMNO, ada tiga peristiwa yang sangat besar ertinya iaitu penubuhan UMNO, UMNO diharamkan dan pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun sudah. Ini tiga. Sebab apa? (Kerana) ia menukar sama sekali asas pemilihan, proses menentukan pemilihan UMNO yang lebih demokratik dan lebih inklusif termasuk jawatan Presiden UMNO pun. Nasib Presiden UMNO di tangan 140,000 perwakilan tidak boleh bersandar lagi kepada kuota. Dulu ada kuota. Ada 58 bahagian mencalonkan baru layak lawan Presiden. Tuan-tuan ingat senang dapat 58 bahagian. Berani 58 bahagian calon orang lain lawan Presiden? Tak ada, tak jadi. Saya betul-betul menyerah nasib saya, Tan Sri Muhyiddin (Yassin), naib-naib Presiden pada saudara-saudara sekalian. Untuk menentukan ini, kita kembalikan kepercayaan kepada ahli supaya ahli akan menentukan dia boleh buat kerja atau tidak boleh buat kerja. Kalau tidak boleh buat kerja, dia akan hantar signal. Kami tidak mahu terus berkuasa tanpa dilihat, dinilai sebagai pemimpin yang boleh berjasa dan berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Saya nak sebut sekali lagi, empat tonggak utama kemenangan kita. Satu, kepimpinan Barisan Nasional dengan dasarnya dan hala tujunya mesti diterima rakyat. Kedua, kepimpinan di peringkat negeri pun penting juga. Ketiga ialah parti sama ada parti kita dalam keadaan disenangi, diterima oleh rakyat. Keempat ialah calon, saya kata minta 'winable candidate'. Empat ini mesti. Ingat, kalau keempat-empat ini jadi positif macam bah besar di Pekan, Pahang. Tuan-tuan dan puan-puan tahu bila bah besar di Pekan, Pahang? Tahu? Tak tahu? Ia jadi besar bila air turun dari hulu bertembung dengan laut air pasang, ia jadi limpahan banjir besar. Kalau kita nak menang besar, keempat-empat ini mesti menjurus kepada yang positif, baru kita menang besar macam bah besar di Pekan. Saya tahulah, saya ahli Parlimen Pekan. Air naik berapa kaki? (Pengerusi Tetap mencelah): Naik tinggi...(ketawa) banyak kaki... Datuk. Belah Yan (Kedah) dulu, air naik empat kaki saja. Pahang lagi besar. Jadi, kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa dia elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea. Jadi kita mesti lihat dan saya cuba fikir apa agaknya elemen-elemen model transformasi. Saya tak nak kata ini Presiden punya idea atau Timbalan Presiden sama dengan Presiden punya idea. Saya nak cantumkan, adunkan dengan perwakilan kerana kawan saya wakil Melaka kata, percayalah kepada kami. Betul tak? Betul. Saya nak percaya pada perwakilan dan ahli UMNO. Saya nak gariskan berdasarkan pada intipati ucapan saudara-saudari dalam perhimpunan ini. Yang pertama, nilai elemen yang pertama ialah tentukan bahawa maruah parti, kepentingan parti lebih besar, lebih tinggi daripada maruah kepentingan diri. Wakil Kelantan contohnya katanya Tok Pa (Mustapa Mohamed) Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, tapi bila kita ambil keputusan lantik Tengku Razaleigh sebagai pengarah Pilihan Raya DUN Galas, Tok Pa jadi timbalan kepada Tengku Razaleigh, kerana apa? Kerana dia nak menang. Maknanya bukan soal maruah diri. Bukan soal status diri, bukan soal kepentingan diri tapi diutamakan parti mesti menang. Nilai elemen kedua, saya ambil wakil dari Sabah, sahabat saya juga. Dia kata bahawa dalam parti ini yang penting bukan kumpulan tapi pasukan. Banyak beza kumpulan dan 'team'. Makna bila ada team adalah pemain, posisi kita tahulah, bola sepakkan. Semua orang tahu macam mana kita nak menang dalam bola sepak, cuma pasukan kita tak boleh nak menang. Itu saja. Maknanya kita mesti ada penyerang, menyerang. Jangan sumbat gol sendiri. Ada orang dia 'score' gol sendiri. Pilihan raya (umum) ada, pilihan raya kecil ada. Ada setiausaha bahagian, pilihan raya tak jadi calon pukul 10 malam dah tidur. Ada yang tak ada di kawasan pun ada. Betul tak? Betul. Tak jadi calon tak nampak muka. Langsung tak nampak. Cari, hilang. Ada yang sponsor pergi Medan. Itulah kata ada yang bentes kaki. Orang Kelantan kata 'cah keting'. Kalau tidak kita menang di Manek Urai. Belum masuk bab Datuk Seri Shafie (Apdal) kata banyak yang tak daftar. Yang tak daftar inilah bentes kaki, cah keting. Yang hilangkan diri, yang merajuk semua ada. Sebab itulah kita belum ada lagi aspek 'esprit de corps' yang kuat. Dalam transformasi model ini kita mesti memperkukuhkan 'esprit de corps' dalam parti kita di semua peringkat. Janganlah kalau kerja dalam kumpulan kalau tidak ikut rentak, geng atau 'clique' kita, kita nak cantas dia. Walhal dia boleh buat sumbangan pada parti, betul tak? Ini jadi perangai kita. Jadi transformasi model politik jangan pakai lagi perangai macam ini. Yang ketiga, saya ambil daripada perwakilan juga. Memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Sebab itu kita buat program Juara Rakyat. Kita nak bersifat inklusif. Juara rakyat jangan kita sama kita geng kita. Ada satu bahagian buat kejohanan boling sesama dia. Tak jadi juara rakyatlah. Jadi juara boling saja. Tapi claim pada UMNO. Jadi macam mana rakyat? Kita mesti macam perwakilan kata jangan menunjuk-nunjuk. Dia kata jangan nak buat sekelip mata tukar rumah besar, kereta besar, cuma isteri tak nak besar. Ini perwakilan cakap. Bukan saya cakap. Jadi inilah yang mesti kita buat. Biar rakyat pandang dia suka tengok pemimpin UMNO. Kita dapat memenangi hati dan pemikiran rakyat. Keempat, zaman ini zaman moden. Kita mesti jadi juara dalam media baru juga. Jangan puak-puak sana saja. Kita mesti ada facebook. Mesti ada Twitter. Macam-macam mesti buat. Sebab itu saya kata kerajaan Melaka tumbang pada Portugis kenapa? Kerana dia dengan dia punya tombak, keris dan kapak. Portugis dengan meriam, senapang. Kalahlah kita. Zaman sekarang ini kita pakai facebook sebagai social network. Kita mesti jadi juara social network. Saya pun cubalah walaupun tak mahir sangat. Alhamdulillah facebook saya sudah setengah juta. Tun Dr. Mahathir (Mohamad) yang veteran pun dah mahir blog, facebook. Dia buat transformasi juga. Yang kelima, orang muda. Empat juta pengundi baru. Yang lama dah masuk dalam kotak, dalam bakul UMNO, bakul Pas atau bakul apa. Yang baru empat juta ini mesti jadi sasaran kepada UMNO menjurus kepada PRU-13. Itulah kita hendak. Bila Ketua Pemuda cadang buat think tank, saya setuju dan kita bantu. Yang keenam, UMNO mesti menuju sifar masalah. Ada masalah lagi? Ada. Dalam perhimpunan ini pun ada. Ramai. Ada juga bahagian yang datang jumpa saya sebab masalah bahagian. Sebab apa? Sebab ada dua kumpulan. Bahagian yang boleh kita menang. Kerusi yang boleh kita menang. Tapi kita kalah. Sebab apa? Sebab UMNO tidak dapat menyelesaikan masalah dalaman di peringkat bahagian itu. Jadi, saya mintalah kita semua bantu cari penyelesaian. Yang kaki hantuk, kaki batu 'ronson', jawatankuasa mandi, tak usah buat kerja ini. Dan yang ketujuh, UMNO mesti dahulukan rakyat, saya sebut tadi. Ini penting sangat, dahulukan rakyat. Tengoklah, kalau kita buat apa-apa bantuan, nak bagi saham Felcra di bahagian ini pun tengoklah, jangan bagi anak saudara kita. Anak saudara kita yang dah jadi peguam nak saham Felcra, nak buat apa? Bagi kepada orang yang memerlukan bantuan, biar UMNO dilihat parti yang adil dan inklusif, dahulukan rakyat, rakyat sentrik. Insya-Allah, UMNO akan berjaya kalau kita letakkan rakyat yang kita dahulukan rakyat sepanjang masa. Saudara-saudari sekalian, Saya dah cuba gariskan bahawa transformasi politik amat perlu kita lakukan. Mulai tahun hadapan, saya ambil keputusan, sama-sama dengan Timbalan Presiden, kami akan turun ke negeri-negeri. Kami akan berjumpa dengan UMNO dan rakyat. Saya hendak UMNO sediakan yang sebaik-baiknya. Sediakan untuk lawatan kami berdua supaya mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Boleh ke tidak? Balik ini buat persiapan. Kita nak tengok persiapan yang diberi. Saya nak belek, saya nak tilik, saya nak tengok. Saya nak beritahu bahawa dalam masa yang terdekat ini, saya akan buat perubahan kepada kepimpinan UMNO di peringkat tertentu. Mula dengan susunan yang akan datang ini, akan lengkaplah persediaan kita. Saya akan runding dengan Timbalan Presiden, runding dengan Jawa, Turki, lanun apa formula yang sebaik-baiknya. Saya nak kita bekerja kuat, sebab orang Melayu dan negara tak boleh harap pada orang lain melainkan UMNO sahaja. Jadi, kita turun padang dan sentiasa berada atas padang. Jadi rajin, jangan malas, Boleh menang kita di Galas. Jangan jadi batu api, Boleh menang di Batu Sapi. Bersusah-susah mendaki bukit, Tanah yang kontang digali lembah, Walau berkecai bumi di langit, Hak Melayu takkan dirubah. Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat pulut berisi inti, Biar bergoncang dihentam badai, Bahtera UMNO tak kan berhenti. Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |
|
DALAM PR LAGI BANYAK ABU LAHAB? Posted: 23 Oct 2010 05:05 PM PDT Zahid Hamidi: Ada Abu Lahab dalam Umno... Jimadie Shah Othman Okt 23, 10 4:00pm Kongsi 90 Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara "enam Abu" yang terdapat di zaman Rasulullah, terdapat juga Abu Lahab dalam parti itu.
Bagaimanapun, katanya, parti pembangkang juga tidak terkecuali daripada penyertaan Abu Lahab di kalangan mereka.
"Abu yang keempat ialah Abu Lahab. Golongan ini ada di kalangan kita dan juga di pihak pembangkang. Mereka akan menentang apa sahaja kebaikan yang kita lakukan.
"Mereka tetap keras hatinya tidak menerima apa yang kita bawa walaupuan ia baik dan membawa faedah kepada rakyat," katanya yang juga menteri pertahanan dan pengerusi perhubungan Umno Pulau Pinang.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya dalam perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Zahid menjelaskan, lima lagi Abu ialah:
* Abu Bakar yang taat kepada perjuangan. Abu jenis ini didambakan oleh Umno. * Abu Talib yang di barisan hadapan mempertahankan Rasulullah tetapi "belum mendaftar". Golongan ini hendaklah dipastikan menjadi ahli dan pengundi. * Abu Suffian yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam setelah memeluk agama itu. Abu ini umpama anggota parti pembangkang yang kembali ke pangkuan Umno. Abu jenis ini hendaklah didekati. * Abu Hurairah yang menulis hadis. Golongan ini diumpamakan golongan media dan penulis blog dalam Umno. * Abu Jahal yang mengakui kebenaran tetapi enggan mengikutinya. Golongan ini diumpamakan sebagai orang yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara maju hasil kerja Umno dan BN tetapi tetap enggan menerima Umno.
Menyimpulkan penggulungannya, Zahid mengajak anggota parti itu menjadikan kisah enam Abu itu sebagai pedoman.
"Sesungguhnya iktibar daripada sirah yang berkaitan dengan mereka yang pernah dekat dengan Rasulullah, jika kita telusuri kisahnya, kita beriktibar daripadanya, insya-Allah kita akan dapat satu pedoman yang akan membantu kita meneruskan perjuangan suci ini," kata Ahmad Zahid lagi.
Dalam sejarah Islam, Abu Lahab - bapa saudara Nabi Muhammad - merupakan antara musuh utama Islam yang menjadi satu-satunya tokoh kafir Quraish yang dilaknat Allah melalui sebuah suruh yang khusus. |
|
RAMAINYA NAK JADI YB! Posted: 23 Oct 2010 05:02 PM PDT RELEVAN KAH PARTI POLITIK INI KEPADA PENDUDUK 28 JUTA ORANG? 20 parti politik baru tunggu kelulusan ROS Okt 23, 10 8:11pm Kongsi 22 Sebanyak 20 parti politik baru di negara ini masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk didaftarkan, demikian menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ketua Pengarah JPPM Datuk Md.Alias Kalil berkata sehingga ini mereka masih belum meluluskan permohonan pendaftaran parti politik baru itu.
"Walaupun semua permohonan itu telah mematuhi kriteria yang ditetapkan, tetapi ROS memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji setiap permohonan itu," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penutupan kursus pengurusan bagi 53 pertubuhan di Kapit hari ini.
Adalah difahamkan antara 20 parti politik baru itu, dua daripadanya adalah dari negeri Sarawak iaitu Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) dan Parti Peace.
Md Alias juga berkata ROS tidak sewenang-wenangnya membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan tanpa memberi peluang dan masa yang cukup untuk memperbetulkan masalah atau peraturan dalam peertubuhan tersebut.
Setakat ini, sebanyak 2,843 pertubuhan berdaftar di Sarawak dan tahun lepas 37 pertubuhan dibatalkan dan sehingga bulan lepas tahun ini, kurang 10 pertubuhan dibatalkan pendaftarannya.
Sementara itu, pada sidang sama, pembantu khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Loo Yeng Peng berkata Kementerian Dalam Negeri sedang dalam proses meminda atau memansuhkan beberapa akta termasuk Akta Kediaman Terhad, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat.
"Ini kerana akta seperti Akta Kediaman Terhad di mana seseorang yang disyaki melakukan kegiatan jahat dibuang daerah tidak berkesan ekoran dengan kemajuan teknoloji maklumat dan komunikasi (ICT) dan Internet," katanya.
Loo berkata demikian ketika menjawab permintaan Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi, yang hadir pada majlis itu, supaya kementerian itu menghentikan tindakan membuang daerah penjenayah ke Kapit dan bandar di kawasan pedalaman seperti Song dan Belaga.
Alexander berkata jika orang jahat tidak sesuai di tempat asal mereka maka mereka juga tidak sesuai di Kapit, Song atau Belaga atau mana-mana tempat di negeri itu.
|
|
SELOKA PAU 2010 - DARI YAB DS PRESIDEN Posted: 23 Oct 2010 04:59 PM PDT Jadi rajin, jangan malas,
Boleh menang kita di Galas.
Jangan jadi batu api,
Boleh menang di Batu Sapi.
Bersusah-susah mendaki bukit,
Tanah yang kontang digali lembah,
Walau berkecai bumi di langit,
Hak Melayu takkan dirubah.
Nyiur gading puncak mahligai,
Ketupat pulut berisi inti,
Biar bergoncang dihentam badai,
Bahtera UMNO tak kan berhenti.
Demi Islam, demi Melayu, demi Malaysia. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan