Jumaat, 22 Oktober 2010

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


DILUAR LINGKARAN : UMNO DAN TRANFORMASI.

Posted: 21 Oct 2010 07:05 PM PDT

Umno and transformation — Lim Sue Goan
October 22, 2010

OCT 22 — Transformation, which refers to changes and innovation, has become a very popular word nowadays.

Umno has never lacked the drive for reform since it was founded 64 years ago.

The 2008 political tsunami has also awakened Umno's hibernating genes of reform. From party president Datuk Seri Najib Razak, deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin to Youth chief Khairy Jamaluddin, we can see that Umno leaders have been actively promoting transformation within the party. They have been trying to lead the party towards a non-racial political path and implement the 1 Malaysia spirit.

You may say that it is a strategy of Umno's to prepare for the next general election but it is always good to change for the better, and to progress to meet the people's demand.

From a positive perspective, abandoning racial politics to promote non-racial politics that takes care of all the people will also be able to curb racial extremism and reduce racial issues, so that everyone can focus on economic transformation.

We can see the track record of Umno's reform from the party history. In 1951, one of Umno founders Datuk Seri Onn Jaafar proposed to open up party membership to non-Malays. However, the idea was rejected.

After Tunku Abdul Rahman took over as party president, he worked together with Chinese and Indians and successfully secured national independence. His moderate, liberal, fair and non-racial style was what we called reform. Unfortunately, he was eventually ousted, too.

After the May 13 incident, Tun Abdul Razak succeeded the Tunku as Umno president and prime minister. Razak adopted a series of new policies, including actively promoting a national education policy, announcing a new economic policy, foster cooperation among political parties and formed the BN coalition.

The third prime minister Tun Hussein Onn was known as the "Father of Unity". His hard-line style in curbing corruption and upholding the laws has left a deep impression on the people.

However, from the 1980s, a series of events, including a party crisis in 1987, a judicial crisis in 1988, the Asian financial crisis in 1997, the sacking of Datuk Seri Anwar Ibrahim from Umno and dismissal as deputy prime minister in 1998, as well as the authoritarian leadership style caused the Umno genes of reform to "hibernate". And racial thinking among party members is deep-rooted.

In October 2003, Tun Abdullah Ahmad Badawi took over as Umno boss and prime minister, but fell from the peak of the 2004 general election to the bottom of the 2008 general election. Basically, Umno did not change much in that five years but money politics got worse.

After Najib came to power, the party election procedures have been amended and the nomination quota system has also been abolished. The drive for another reform then started again.

Umno leaders must learn from history. Why did the reforms carried out by former leaders fail? How could the party promote a transformation mindset among its more than a million members?

People can change, and Khairy is the best example. Khairy had tried to take the radical path as he was too anxious to move up in the political ladder. However, he has regained confidence in recent years. After asking Umno Youth to abandon the racial agenda and the Malays to discard their "siege mentality" last year, he took another step this year by asking Umno to take the moderate path and urging the government to amend the Universities and University Colleges Act (UUCA).

Najib's "new political model" should have such confidence, too. Malays are competitive now, so stop drawing an equal mark between Malays and Umno.

If Umno is able to do that, its reform will succeed. — mysinchew.com

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

GUNA DANA SENDIRI.

Posted: 21 Oct 2010 07:02 PM PDT

PNB guna dana sendiri biaya projek Menara Warisan Merdeka...bukan duit pelabur atau kerajaan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB)- Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Rabu memanggil satu sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukan sebenar projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang cuba dijadikan satu isu oleh pembangkang sebagai projek yang membazir .

Projek yang melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat ditapak sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011.

Hamad Kama Piah menjelaskan PNB tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan untuk projek berkenaan.

Sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan PNB sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," katanya.

Selasa ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas taklimat Presiden kepada perwakilan UMNO di PWTC,Najib mempertahankan projek berkenaan tidak membazir sebaliknya akan menjana ekonomi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang diminta mengulas mengenainya menyokong projek berkenaan.

Pembangkang mendakwa projek itu tidak perlu dan wang berkenaan boleh disalurkan untuk projek lain yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat.

DAP kata ia hendak mengunakan suara rakyat untuk menyekat projek itu.

Hamad Kama Piah menjelaskan projek menara di kawasan seluas 19 ekar dijangka siap pada tahun 2020.

Beliau menolak kritikan pembinaan menara setinggi 100 tingkat itu.Menurutnya ia dengan sendirinya akan mencetuskan ' excitement'.

Katanya PNB beli tanah itu pada harga RM310 juta pada tahun 2000 dari Danaharta dan projek Menara Warisan itu diluluskan oleh lembaga pengarah PNB pada tahun 2004.

Beliau menjelaskan PNB tidak membina projek itu lebih awal bagi memastikan ia menguntungkan.

Hamad Kama Piah menduga projek itu akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

Menurutnya pembinaan menara 100 tingkat itu dijangka dimulakan tahun depan.

Katanya PNB akan fokus pada pembinaan menara itu yang dianggar menelan belanja antara RM2.5 ke RM3 billion dulu. 20/10/2010

BERITA SEBELUM INI


Menara Warisan: Dahulu Jambatan Pulau Pinang dan Menara KLCC pun kena hentam - Najib


Dalam sejarah politik negara ini, pembangkang sentiasa hentam sakan apa sahaja projek dilaksanakan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang.

Dahulu masa Tun Dr, Mahathir Mohamad mahu buat jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas atau KLCC, bekas perdana menteri itu teruk kena serang dan dikritik.

Kini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak umum projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM 5 billion di lokasi Stadium Negara dan Stadium Merdeka, beliau turut kena hemtam oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu bukan projek pembaziran tetapi menguntungkan.

Sambil menyindir pihak yang mengkritik projek itu, Najib berkata, masa Dr Mahathir umum projek jambatan Pulau Pinang dahulu, ramai yang 'serang' tetapi sekarang orang Pulau Pinang yang meminta jambatan kedua.

"Begitu juga apabila buat menara berkembar, ia telah dipertikaikan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan UMNO yang akan menghadiri Perhimpunan Agung parti itu di PWTC, petang Selasa.

Menurut Najib, rasional pembinaan menara 100 tingkat itu bagi menunjukkan pembangunan Malaysia sebagai Negara moden dan maju.

Selain itu, projek tersebut bakal mencetuskan kesan ekonomi berganda melalui kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh diagihkan bagi mengerakkan ekonomi.

Pusat perniagaan di situ kelak katanya, akan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumi di satu tempat yang bakal menjadi tarikan.

Menurut Najib, projek itu juga dicadangkan PNB kepada kerajaan.

"Saya tidak mengarahkan PNB tetapi PNB yang cadangkan. Ini yang sangat diingini pengurusan PNB," tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden UMNO yakin kacau bilau dalam pemilihan PKR kerana libatkan ramai ahli mengundi tidak akan berjangkit dalam UMNO.

Berdasarkan pindaan perlembagaan UMNO, kira-kira 140,000 ahli layak mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.

Najib berkata, UMNO ada cara sendiri dan akan uruskan dengan baik apabila tiba masanya.

"Kita tak boleh ambil iktibar apa yang berlaku (dalam PKR). Kita ada cara kita sendiri," katanya.

Beliau mengakui perubahan itu tidak mudah dan tidak boleh dipandang ringan tetapi percaya ahli-ahli UMNO lebih berdisiplin kepada parti.-19/10/2010.


Dr Mahathir sokong projek Menara Warisan RM5 billion


Projek Menara Warisan Merdeka berharga RM5 billion yang diumum dalam Bajet 2011 yang hendak dibina dilokasi Stadium Negara dan Stadium Merdeka sekarang terus menjadi sasaran pembangkang menghentam kerajaan.Bagi mereka projek mega itu tidak perlu dan satu pemborosan wang rakyat.

Namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melihatnya begitu.Baginya projek berkenaan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta menjana ekonomi.

"Saya percaya kerajaan mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk melaksanakan pembinaan menara tersebut. Soal 100 tingkat atau sebaliknya bagi saya tidak timbul kerana apa yang lebih penting berbelanja untuk menjalankan projek seperti ini adalah baik.

"Projek ini mampu memberi faedah dari segi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selain peluang-peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat,'' katanya pada wartawan selepas ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.

Projek yang akan dikendalikan oleh PNB itu antaranya melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat yang kelak lebih tinggi dari Menara Petronas.

Para pemimpin pembangkang dan sebilangan laman web begitu galak sekali menghentam cadangan prohek berkenaan.

Bagi mereka wang untuk projek berkenaan lebih baik digunakan untuk projek melibatkan rakyat seperti membaiki sistem pengangkutan dan sebagainya.- 18/10/2010

Pas Mungkir Janji, Calon Dua Kali Kalah Bukan Orang Asli

Posted: 21 Oct 2010 06:37 PM PDT

Pas Mungkir Janji, Calon Dua Kali Kalah Bukan Orang Asli

KUALA LUMPUR 22 Okt. -Sebelum ini, heboh satu dunia, Pas akan calonkan Orang Asli sebagai calon parti mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas.
Bagaimanapun, setelah harapan menggunung diletakkan pada masyarakat Orang Asli , akhirnya Pas tidak menunaikan janji. Seperti biasa Pas hanya berlakon, bersandiwara. Pas mengolok-olokkan Orang Asli.
Calon Pas bukan Orang Asli tetapi calon yang sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang. Calon kitar semula ini kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihanraya untuk kerusi parlimen Gua Musang.
Beliau ialah pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad, calon yang ditolak oleh pengundi Gua Musang!
Dr Zulkefli, 44, memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.
Beliau bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Musang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Dr. Zulkifli tinggal di Kuala Krai bagaimanapun berulang alik ke kliniknya di Ciku, di sini .
Beliau kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Melayu Berpecah, Islam Bukan Agama Rasmi

Posted: 21 Oct 2010 06:24 PM PDT

Melayu Berpecah, Islam Bukan Agama Rasmi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Datuk Idris Haron mengingatkan kemungkinan agama Islam bukan lagi menjadi agama rasmi negara ini, jika orang Melayu terus berpecah serta bertelagah sesama sendiri untuk mencapai cita-cita politik kumpulan dan peribadi masing-masing.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, berkata  perpaduan di kalangan Melayu sekarang tidak  seperti dahulu adalah berpunca daripada beberapa faktor sehingga menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu sendiri.

"Melayu sekarang dilihat  tidak sekuat seperti dahulu, kekuatan Melayu dahulu adalah disebabkan perpaduan, perpaduan  untuk mendapat kemerdekaan, perpaduan untuk menghalau penjajah dari negara ini, sebab itu Melayu kuat ketika itu kerana bersatu padu.

"Tetapi pada hari ini, Melayu yang adalah Melayu yang berbeza, Melayu yang mempunyai dua prinsip iaitu satu kumpulan adalah mereka yang berpegang kuat kepada prinsip asal berasaskan perpaduan seperti ketika hendak memerdekakan negara dahulu, dan satu lagi adalah Melayu yang gila kuasa," katanya ketika dihubungi UMNO-online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tidak mustahil agama rasmi negara ini bukan lagi agama Islam walaupun umat Islam di negara ini ramai.

Dalam kenyataan itu Dr Mahathir berkata, perkara itu boleh berlaku kerana sikap orang Melayu sendiri, orang Melayu ketika ini berpecah sesama sendiri dan kerana sudah tidak wujudnya  perpaduan di kalangan mereka.

Idris berkata, apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir adalah benar berikutan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu, ketiadaan perpaduan itu berpunca daripada fahaman politik yang berbeza sehingga ada yang sanggup mencampur aduk perpaduan kaum dengan politik.

"Sudah ada pihak yang mencadangkan supaya diadakan pertemuan demi untuk perpaduan orang Melayu tetapi tidak mendapat sambutan daripada Pas, malah ada puak yang memberi pelbagai alasan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku demi kepentingan puaknya.

"Jadi apabila tiada perpaduan, maka kita tidak akan ada majoriti kerana orang Melayu sudah berpecah kepada beberapa kumpulan, jadi apabila tiada majoriti apa sahaja boleh berubah, dasar, perlembagaan dan ada kemungkinan jika Melayu terus berpecah agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi," katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka, berkata apa yang dinyatakan itu bukannya isu perkauman tetapi isu kehidupan dalam sesebuah negara yang mempunyai kekuatan majmuk, kekuatan kepelbagaian dan di dalam hukum masyarakat ini, majoriti akan membuat dasar.

Idris berkata, pemimpin-pemimpin Melayu di kalangan parti pembangkang perlu mengenepikan soal politik dan fahaman apabila membincangkan perkara mengenai perpaduan orang Melayu dalam usaha mempertahan kesucian Islam di negara ini.

"erikutan tiadanya perpaduan di kalangan umat Islam menyebabkan ada di kalangan pemimpin bukan Islam mempersendakan kesucian Islam dengan menjadikan modal untuk berpolitik bagi mendapatkan sokongan, jelasnya. 

-MediaUMNO.

Kata Kunci YAB DS Najib

Posted: 21 Oct 2010 06:20 PM PDT






YAB DS Najib Tun Razak, kemudian meneruskan puisinya bagi menggambarkan perpaduan dan agama di negara ini.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Setia dan sabar tiada sempadan.
Maruah dan agama dihina jangan,
Hebat amuknya tak kenal lawan.


Daripada perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung,
Syarak dipakai adat dijunjung.
Hidupnya mengabdi kepada rakyat,
Taat setia membela umat.

Di akhir petikan puisi itu, Najib membacakan rangkap yang menyimpulkan Melayu sebagai:

Dijadikan induk kuat berdiri,
Umat sentosa bertuahlah negeri.

"Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni.

"Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat," kata Najib.

Presiden Umno itu berkata keperibadian bangsa Melayu itulah yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk dan sikap itu juga yang menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

Kata Kunci YAB DS Najib

Posted: 21 Oct 2010 06:14 PM PDT


Kata Kunci YAB DS Najib

Saya sangat bersetuju dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (baca di sini) yang mahu setiap daripada ahli UMNO untuk bersatu-padu mempertahankan Putrajaya. Saya fikir, ini adalah mesej paling penting yang menandakan pilihan raya umum yang ke-13 semakin hampir. Ramalan para pemerhati politik mendakwa - selewat-lewat pilihan raya umum ke-13 adalah penghujung April 2011 - sekiranya ini benar, kerja kita sebagai ahli UMNO perlu digandakan.

Tiada jalan pintas untuk menang dan tiada jalan mudah untuk berjaya. UMNO perlu mengembalikan semangatnya yang telah hilang dalam PRU-Ke 12 yang lalu. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, kekuatan UMNO semakin pulih dan luka yang dialaminya pun semakin sembuh. Tanda-tanda UMNO mampu bangkit di DUN Galas semakin jelas - sekiranya DUN Galas kembali ke pangkuan UMNO, maka tidak mustahil PRU-Ke 13 bakal menyaksikan UMNO kembali kukuh dan kuat. Untuk mengambalikan kekuatan UMNO terdapat lima jalan yang jelas, iaitu :

1. Tiada tempat dan kedudukan untuk para perasuah di dalam UMNO

2. Mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, eloklah rasanya mengundur diri daripada menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang, berundur secara terhormat demi kebaikan parti dan umat.

3. UMNO perlu menekankan soal agama. Kuatkan penghayatan agama dalam kalangan ahli UMNO, InsyaAllah, Allah akan bersama kita semua.

4. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan Hak Istimewa Orang Melayu dan Perlembagaan Negara - tiada kompromi dalam hal tersebut.

5. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti berhati-hati dalam apa-apa juga tindakan mereka, tersilap langkah, ia bisa sahaja menjadi modal politik pembangkang untuk "menghentam kerajaan"

Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?

Posted: 21 Oct 2010 06:10 PM PDT

Thursday, October 21, 2010

Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (kiri) bersalaman dengan Bendahari Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR) William Leong Jee Keen (tengah) selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan pilihan raya Parlimen Batu Sapi yang akan datang di salah sebuah restoran, dekat sini,hari ini.Memerhatikan ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew (kanan).

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan "sumber rujukan" oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya "sedikit masa lagi".

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

PAS KETEPIKAN HUSSEIN AWANG DAN ABDULLAH HUSSIN.

Posted: 21 Oct 2010 05:59 PM PDT

Sebenarnya Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.

Sebagaimana yang telah dedahkan oleh blog Parpukari di sini, Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.

Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calun, ialah Abdullah Husin.

Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.

Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk Majlis malam tadi untuk membantah pencalunan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.

Malays Do Not Wish To Take All

Posted: 21 Oct 2010 05:53 PM PDT


KUALA LUMPUR Oct 21 – Umno has always recognised the roles played by other races in developing the country and accepted the fact that the Malays were destined to live in the same country with other races and share its future.

Parit Sulong Umno chief Datuk Ahmad Zahri Jamil said in achieving the goal, all quarters should make sacrifices and put aside their personal interests.

"Everyone were required to make sacrifices, but nobody, not even one ethnic group, was asked to sacrifice everything.

"The Malays do not wish to take all," he said when tabling a motion of thanks on the President's speech at the Umno General Assembly 2010 at Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, here today.

Ahmad Zahri said to enable all races to prosper, it was only right for the majority of the people who had been left out to be given proper attention.

"Assistance and support to the poor and the majority of people should be increased, instead of giving more and more opportunities to the few who are already successful," he said.

Ahmad Zahri also proposed six major issues to be discussed by the delegates:

* Create awareness among party members on the political landscape which should be handled wisely and using a new approach;
* Demand that the Supremacy of the Constitution be upheld;
* Recognise the importance of Barisan Nasional's (BN) leadership so that the government transformation plan and the economy could be implemented and developed based on the Constitution;
* Support the President's determination to transform the country to a developed nation with a high-income economy by 2020 through the Government Transformation Programme, Economy Transformation Programme and the 10th Malaysia Plan.
* Call on Umno and BN component party leaders and members to take immediate action to strengthen unity among themselves in a bid to make a change to restore the people's faith in BN; and
* Urge all Umno and BN members to focus on efforts to get the full mandate of the people in the next general election.

Meanwhile, Kapar Wanita Umno chief Norliza Ahmad proposed that the basic elements of unity, which had helped form the country 53 years ago and was stated in the Federal Constitution, be given more attention and inculcated among the younger generation.

She said this was important to ensure that these young people would become good leaders of the future.

"The younger generation makes up 43.3 per cent of the population and they are the ones who will shape, change and lead the country in the future.

"So, they have to accept with open heart the landscape of the multi-racial population and accept it as an advantage to the country," she said when seconding the motion of thanks on the President's speech.

UMNO Membership Reaches 3,528,925 Nationwide

Posted: 21 Oct 2010 05:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 21 – Up until yesterday, Umno has a total of 3,528,925 members through its 20,342 branches nationwide.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, when presenting the party's report at the 61st Umno general assembly at the Putra World Trade Centre (PWTC), here today, said Johor had the highest number of members with 493,495 people.

He said the Kemaman Umno division in Terengganu recorded the highest number of members with 42,455 people, while the Felda Air Tawar 2 branch in Kota Tinggi, Johor, remains a branch with the highest number of members.

Tengku Adnan said various methods were carried out to empower Umno and ensure it remains strong, which includes implementing training courses periodically for members from all levels.

Since the last Umno assembly in October last year, 19 courses were held for Umno headquarters staff and 164 other courses involving divisions, information and training, he said.

He said all Umno divisions and branches were asked to carry out membership selection from Jan 15 to Apr 15 to ensure the Umno membership entry method was transparent.

"However, following complications in the process, the management committee has agreed to accept any objections or changes," he added.

Tengku Adnan said besides the 2,543 delegates, the assembly also involved 63 delegates representing 19 parties from 19 countries including Bangladesh, China, Singapore and Indonesia, as well as 54 delegates from 71 Overseas Umno Clubs.

Also involved were 1,207 media representatives of which 56 were from the print and electronic media and 12 from the international media.

The event held at the Dewan Merdeka started at 9.30am upon arrival of Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak accompanied by his deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, with delegates seen arriving as early as 8am.

Transform Mindset To Remain Relevant

Posted: 21 Oct 2010 05:45 PM PDT

Transform Mindset To Remain Relevant

KUALA LUMPUR, Oct 21 – A delegate's reference to a history 'lesson' on the fall of the Melaka Sultanate 500 years ago, was among the highlights of the 61st Umno general assembly today.
Melaka representative Datuk Mohd Said Yusof said Umno as the biggest party representing the Malays must ensure that istory does not repeat itself because of leaders who are hypocrites, egoistic and greedy.
"The fall of the Melaka Sultanate to the Portuguese was not because they had modern weapons and ammunition like canons, guns and ships…but because there was a split among the Malay leaders and rulers. The Sultan at that time was more interested and focused on Tun Fatimah that he did not take any interest or cared for the people.
"I hope we can learn from the 1511 history because the Malays have since emerged to fight for their rights and independence after being suppressed by those who ruled us," he said when debating Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak's speech at the Umno General Assembly here today.
Mohd Said also urged Umno leaders to be humble and not become egoistic and show offs when meeting the people.
"In those days the leaders were humble when going to meet the people but these days leaders are more interested in showing off their Porsche Cayenne, expensive suites. How can the people accept them…maybe they will even accuse them of being corrupt," he said.
Kuala Krau, Pahang, Umno division deputy chief Syed Ibrahim Syed Ahmad urged party members to transform their mindset to remain as the pioneers to drive the party progressively.
"Members must acquire knowledge which is a key to transformation, in line with the Prime Minister's call to unite and help in the transformation process," he said.
Terengganu representative Saiful Bahri Baharuddin said the aggressive initiative by the opposition to register new voters should not be considered 'business as usual' but rather serve as a warning as Umno's survival depends on such numbers (vote).
"If Umno members still love the party, religion, race and future, members must counter such moves so that it will not come back to haunt them. We do not want somebody else to take over the administration in Putrajaya.
Saiful said there are 11.2 registered voters in the country and another 4.3 million eligible voters who have yet to register and that includes 1.9 million Malay voters.
He said according to statistics on new voter registration from January to June, DAP had registered 55,321, followed by Umno 54,000, PAS (38,000), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (13,000) MCA and MIC with 3,000 and 1,000 respectively.
Meanwhile, Federal Territories representative Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff said there were DAP and Parti Keadilan Rakyat (PKR) members within component parties of Barisan Nasional (BN) to create a split.
Selangor representative Datuk Mohd Bashro Mat Johor who is also the Subang Umno division chief said the Umno leadership must not only pick candidates from division chiefs but also provide an opportunity to others who qualify.

'Pindaan Perlembagaan hanya dengan kelulusan Majlis Raja-Raja'

Posted: 21 Oct 2010 05:40 PM PDT

 

'Pindaan Perlembagaan hanya dengan kelulusan Majlis Raja-Raja'


2010/10/22

Dr Shamrahayu Abdul Aziz
Dr Shamrahayu Abdul Aziz
KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan kedudukan Melayu hanya boleh dibuat dengan kelulusan Majlis Raja-Raja walaupun memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz (kanan), berkata sebarang pindaan membabitkan kedudukan Melayu, termasuk Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, perlu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua pertiga majoriti pada bacaan kali kedua dan ketiga.
"Selepas itu, pindaan berkenaan perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan Perkara 38 (Majlis Raja-Raja) Fasal 4 dan Fasal 5 dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Fasal 4, Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan menyebut: "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Fasal 5, Perkara 38 pula menyebut: "Majlis Raja-Raja perlu dirujuk sebelum membuat apa-apa perubahan mengenai dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153".

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyentuh perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengenai kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera hanya boleh dipinda selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja yang dianggotai sembilan Raja Melayu walaupun mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen.
Shamrahayu menjelaskan pindaan kepada undang-undang dan perlembagaan di Parlimen boleh dilakukan melalui empat cara iaitu dengan mendapat majoriti mudah di Parlimen, majoriti dua pertiga, majoriti dua pertiga dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri/Gabenor Sabah dan Sarawak (pindaan membabitkan negeri terbabit) dan majoriti dua pertiga dengan kelulusan Majlis Raja-Raja bagi pindaan membabitkan kedudukan Melayu.

UCAPAN DASAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Posted: 21 Oct 2010 05:22 PM PDT


Maqasid Dan Manhaj Perjuangan

UCAPAN DASAR
KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2010
20 OKTOBER 2010, 8.30 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC

"MAQASID DAN MANHAJ PERJUANGAN"

Yang Berbahagia Dato' Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Majlis Tertinggi
- YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
- YBhg Dato' Zainal Abidin Osman
- YB Dato' Dr Mohd Puad Zarkashi
Yang Berhormat Dato' Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
Para Perwakilan dan Pemerhati

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kerana dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita semua berkumpul di Dewan Merdeka yang penuh bersejarah di pagi yang berbahagia ini bagi urusan Perhimpunan Agung tahunan kita, selaras dengan lunas-lunas demokrasi, perlembagaan dan tradisi parti.

2. Kita bersidang sekali lagi bagi menilai dan membahas bukan sahaja pencapaian kita dan parti kita bahkan hala tuju dan garis panduan perjuangan seterusnya. Di atas landasan ini, adalah diharapkan agar apa yang kita kerjakan diterima sebagai ibadah dan semoga kita dilimpahkan taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

3. Sebagai sebuah organisasi politik yang berteraskan pencapaian, halatuju Pemuda UMNO perlu diukur dengan beberapa petunjuk prestasi, selaras dengan saranan YAB Timbalan Presiden semasa ucapan perasmian beliau pada tahun lepas. Secara khususnya, antara petunjuk prestasi politik yang menjadi kayu ukur kepada keberkesanan kita adalah pertambahan ahli dan juga sokongan pengundi muda terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

4. Sukacita saya maklumkan bahawa semenjak penggal baru ini, Pemuda UMNO adalah penyumbang keahlian baru yang terbesar kepada parti, berbanding sayap-sayap lain dan parti induk sendiri, dengan pertambahan sebanyak 41,663 ahli, yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan ahli baru. Walaupun kita boleh merasa bangga dengan perkembangan ini, saya harap usaha Pemuda di setiap cawangan dan bahagian akan dapat dipertingkatkan lagi, kerana ada sesetengah bahagian yang hanya umpama melepas batuk di tangga dengan penambahan bilangan yang begitu kecil sekali. Setiap bahagian perlu mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan jumlah pertambahan ahli baru seterusnya mendaftar mereka sebagai pengundi.

5. Sebagai parti gerakan massa, kita sememangnya memerlukan penglibatan besar dari anak-anak muda di peringkat akar umbi. Saya tidak mahu dengar lagi kes-kes di mana terdapat mereka yang mahu menyertai UMNO terpaksa menunggu beberapa tahun kerana karenah birokrasi dan juga sabotaj politik daripada mereka yang merasa terancam dengan kedatangan bakat baru. Saya telah berjuang untuk memastikan Ketua Pemuda Cawangan dapat menandatangani borang keahlian baru demi memudahkan anak muda menyertai UMNO. Pindaan ini perlu dimanfaatkan dengan usaha yang menyeluruh dan berterusan agar kekuatan jumlah keahlian kita dapat ditambah.

6. Kita telah melihat bermulanya bibit perubahan positif pengundi muda dengan beberapa siri pilihanraya kecil. Di Manek Urai, Bagan Pinang dan juga Hulu Selangor, keputusan dari saluran-saluran muda menunjukkan satu anjakan penerimaan generasi muda kepada UMNO dan Barisan Nasional. Di Hulu Selangor contohnya, kita telah memenangi 30 saluran pengundi muda pada pilihanraya kecil yang lalu berbanding hanya 11 dalam pilihanraya umum 2008. Pastinya ada beberapa faktor yang membawa kepada perubahan ini. Tetapi apa yang dapat kita halusi daripada semua keputusan ini adalah kebangkitan UMNO dan Barisan Nasional dalam pertimbangan pilihan politik generasi muda, antaranya, hasil dari usaha Pemuda dalam memenangi hati mereka.

7. Harus diingat bahawa kira-kira 80 peratus atau hampir 3 juta daripada pengundi baru pada pilihanraya umum akan datang terdiri dari pengundi muda. Peratus undian mereka dijangka naik daripada 41 peratus pada pilihanraya umum ke-12 kepada 49 peratus pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Ini selari dengan dapatan kajian kita yang menyatakan bahawa 75 peratus orang muda merancang untuk keluar mengundi pada pilihanraya akan datang. Pada masa yang sama, kajian kita juga mendapati bahawa 62 peratus daripada mereka adalah kelompok atas pagar yang hanya akan memilih parti dan calon yang dianggap terbaik.

8. Kita mesti menerima hakikat bahawa pengundi muda sekarang boleh menilai antara retorik dan servis, wayang tinggi atau usaha yang jujur dan ikhlas. Politik yang seringkali hanya bermodalkan retorik, demonstrasi, membuat laporan polis dan mendesak kerajaan untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan pemikiran politik kita, walaupun sesuai dalam konteks tertentu, tidak lagi digemari oleh anak-anak muda. Kemungkinan besar, cara berpolitik begini hanya akan mengakibatkan mereka pergi lebih jauh dari kita.

9. Peredaran zaman juga menuntut kita mencorakkan kepimpinan muda yang lebih terbuka dan progresif, yang disegani oleh setiap lapisan masyarakat dan juga semua kaum dan agama. Ini juga konsisten dengan politik moderat atau siyasah wasatiyyah yang diamalkan oleh YAB Presiden UMNO sendiri. Politik kontemporari juga tidak lagi mengizinkan kita untuk bergantung kepada politik teka-teki di mana strategi dicongak hasil telahan sendiri tanpa merujuk kepada pandangan dan buah fikiran kumpulan sasar. Kebangkitan pengundi muda menuntut cara dan halatuju baru.

10. Pendekatan ini telah kita lunaskan melalui satu proses penglibatan ataupun engagement process yang sebelum ini tidak pernah dibuat oleh Pemuda secara tersusun, sistematik dan terperinci. Bermula dari idea cetusan Presiden sendiri, Pemuda Barisan Nasional telah mewujudkan Makmal Generasi Muda atau BN Youth Lab untuk lebih memahami hati naluri anak muda Malaysia serta aspirasi, harapan dan kebimbangan mereka.

11. Beberapa saranan telah dicetuskan dalam Makmal ini yang merangkumi pelbagai aspek seperti perumahan, pendidikan, penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan harga barangan. Alhamdulillah, semasa pembentangan Belanjawan 2011, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengiktiraf suara anak muda negara yang di bawa oleh Pemuda BN dengan memasukkan ke dalam belanjawan beberapa cadangan penting dari Makmal Generasi Muda:-

Pertama: Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan memiliki rumah dengan lebih mudah;

Kedua: Penubuhan Dana Belia 1Malaysia bagi tujuan pembangunan generasi muda dan pelaksanaan program bercirikan semangat 1Malaysia dengan peruntukan RM20 juta;

Ketiga: Komitmen Kerajaan ke arah gaji minimum melalui penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara;

Keempat: Peruntukan dana RM474 juta bagi meningkatkan kemahiran melalui pelbagai institusi latihan bagi golongan bukan siswazah seperti lepasan sekolah; dan

Kelimanya: Perluasan skop pelepasan cukai sedia ada bagi perbelanjaan menghantar ibu bapa ke pusat jagaan harian serta kos penjagaan mereka.

Bahkan, buat pertama kalinya dalam sejarah, inisiatif Pemuda disebut dan diberikan pengiktirafan dalam ucapan belanjawan negara. Ini adalah sesuatu yang amat kita hargai. Yang lebih penting lagi, ramai anak-anak muda yang telah kita bantu melalui pelaksanaan dasar-dasar ini. Dalam isu gaji minimum, lebih daripada 6 juta pekerja muda akan diangkat martabatnya dengan pendapatan yang lebih setimpal. Manakala Skim Rumah Pertamaku pula memberi harapan dan juga peluang kepada ramai orang muda yang mungkin sebelum ini tidak mampu memiliki rumah sendiri. Saya juga telah dibanjiri dengan ratusan pesanan penghargaan di atas usaha Pemuda yang telah menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada mereka. Inilah dia perjuangan kita, pejuangan sejati demi generasi muda. Pemuda sebagai hati naluri, wadah aspirasi, jurubicara dan juara kepada semua anak Malaysia.

Selain itu, Pemuda Barisan Nasional juga telah menganjurkan Rally 1Malaysia yang berjaya menghimpunkan 15 ribu anak muda berbilang kaum. Kita juga telah memulakan Jelajah 1Malaysia yang bukan sahaja bertujuan menggabungkan penyertaan anak-anak muda dengan program-program bercirikan perpaduan, bahkan akan menjelajah ke serata negara bagi membaik pulih ribuan rumah keluarga miskin.

12. Suka juga saya umumkan bahawa gelombang gerak kerja Pemuda yang seterusnya adalah bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan generasi muda. Kita tidak mahu pada ketika negara menuju ke arah status berpendapatan tinggi, masih ramai yang masygul dan melarat kerana tiada pekerjaan. Untuk itu, kita akan padukan agenda ini dengan pelbagai inisiatif yang meliputi perjuangan bagi skim insurans pengangguran generasi muda bagi mereka yang diberhentikan, penumpuan ke arah latihan bagi meningkatkan kemahiran dan penganjuran ekspo kerjaya bagi menemukan antara majikan dan pencari pekerjaan.

13. Dalam iltizam kita untuk menghayati dan menjuarai aspirasi orang muda, kita juga telah mengusulkan supaya Akta Universiti Kolej Universiti 1971 dipinda bagi membolehkan mahasiswa menceburkan diri dalam politik. Apa guna kita memukul canang bahawa orang muda adalah aset penting dan bakal pewaris kepimpinan negara jika hasrat mereka untuk diberikan kebebasan berpolitik kita kekang dan pandang serong? Sekali lagi, saya bersyukur atas pendirian dan sikap terbuka Presiden yang setuju mempertimbangkan cadangan ini. Pemuda bukan hanya mahu memberikan ruang kepada golongan cerdik pandai untuk menyumbang melalui politik tetapi lebih dari itu, mengiktiraf dan memartabatkan golongan ini yang sememangnya mengharapkan kepimpinan dari kita.

14. Bak kata Presiden, era 'kerajaan tahu segalanya' sudah berakhir. Mungkin dahulu, kita boleh menyuruh anak-anak muda untuk bersyukur dengan pembangunan yang dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional. Saya masih ingat tatkala saya di bangku universiti, kami diminta bersyukur dan berterima kasih, dan disuakan dengan dasar-dasar kerajaan tanpa diberikan ruang dan peluang untuk memberi input atau pandangan – semuanya sudah ditetapkan. Ini yang dimaksudkan dengan era 'kerajaan tahu segalanya'. Hari ini, sekiranya kita menggunakan pendekatan yang sama dan cuba memikat hati orang muda dengan formula hutang budi politik, sudah pasti kita tidak akan diterima.

15. Ini bukan kerana orang muda buta akan sejarah atau tidak mengenang jasa orang lama, tetapi mereka tidak mahu terperangkap dan menjadi tebusan kepada sejarah. Walaupun generasi muda perlu diperingatkan tentang detik-detik hitam seperti peristiwa 13 Mei, mereka tidak mahu diugut atau dimomok-momokkan dengan ancaman bahawa jika mereka tidak ikut cakap kerajaan, pertumpahan darah antara kaum pada 13 Mei akan berulang lagi. Sudah menjadi lumrah jiwa muda, paksaan dalam membuat sesuatu pastinya tidak akan berakhir dengan baik, malah mungkin mengundang pemberontakan.

16. Perkara ini disentuh oleh Presiden sewaktu beliau berucap di sesi balairaya Makmal Generasi Pemuda BN. Beliau menyebut tentang political milieu atau persekitaran politik yang baru. Dalam dunia politik hari ini, kita tidak boleh menang hanya dengan bertongkatkan kuasa. Sebagai contoh Presiden menyebut tekanan yang diberi oleh mereka yang masih berpegang kepada taktik lampau dalam menangani kenyataan dan tindakan yang dianggap sensitif. Desakan mereka dalam menangani apa sahaja adalah untuk menangkap orang yang berkenaan dengan menggunakan kuasa yang ada.

17. Pastinya ada waktu dan masanya untuk kita menggunakan kuasa terutamanya apabila keselamatan negara diancam oleh puak-puak pengganas dan pelampau. Tetapi untuk kita bertindak menggunakan kuasa semata-mata setiap kali kita didepani dengan kenyataan yang menguji kesabaran pastinya tidak akan menyelesaikan masalah. Kita mungkin dapat menahan seorang dua tetapi bagaimana pula dengan ratusan ribu penyokong mereka yang lain? Akhirnya kita yang mendapat musibah kerana terkesima dengan sorak kuasa yang ada, akhirnya kampung kita yang tergadai.

18. Apa yang diperlukan hari ini adalah politik yang berteraskan pemikiran dan idea. Gelanggang siasah semasa tidak lagi memberi ruang kepada pertembungan kuasa semata-mata tetapi juga persaingan minda dan pertempuran idea – a battle of ideas. Suka tak suka, mereka yang mencabar ideologi politik kita perlu kita depani di pentas politik yang bertunjangkan ilmu, agar mereka dapat kita tewaskan dengan kekuatan hujah dan ketajaman intelek, bukannya bergantung kepada kuasa eksekutif semata-mata.

19. Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya fikiran mereka. Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi. Terdapat hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia dan 84 peratus daripada mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah. Pemikiran mereka dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan Menteri dalam Buletin Utama atau Warta Perdana tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi. Dunia anak muda begitu berbeza sekali – hari ini, dunia mereka dunia siber; dunia yang dipenuhi pelbagai maklumat dan interaksi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

20. Justeru, usaha mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan berpaksikan pemikiran dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu. Kita tidak boleh menyumbat mereka dengan propaganda berat sebelah. Kita perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai partisipasi belia dan remaja; dan bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah atau top down. Anak-anak muda ini mempunyai idealisme dan pandangan tersendiri dan cara untuk memenangi hati golongan ini adalah dengan melibatkan mereka secara langsung dalam proses pembinaan negara.

21. Bawalah mereka bersama dengan kita sepertimana pendekatan Rasulullah SAW terhadap pengikutnya. Walaupun Baginda dipilih oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, kepimpinan Baginda tidak pernah menunjuk sikap bongkak dan sombong sehingga tidak mendengar pandangan orang lain.

22. Firman Allah SWT di dalam Surah Ali Imran, ayat 159 mengingatkan kita:

Yang bermaksud: Maka adalah sebahagian daripada rahmat dari Allah (yang melimpah-limpah) bahawa engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (para Sahabatmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah (cacat-cela) mereka, dan pohonkanlah keampunan bagi mereka; dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan-urusan (yang penting). Kemudian. Apabila engkau telah berazam (membuat keputusan), maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

23. Rata-rata generasi muda merasa gembira dengan kepimpinan Presiden parti yang bersifat inklusif, turut membuka ruang bagi mendengar pandangan golongan muda. Jelas keterbukaan Presiden memberi sinar harapan kepada orang muda bahawa mereka turut mempunyai hak dan peranan dalam mencorakkan masa depan negara.

24. Namun keterbukaan yang sama masih belum ditarikan oleh semua. Masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang partisipasi yang lebih luas lagi untuk orang muda. Malah, ruang untuk memperkasa dan menghakupayakan anak-anak muda dalam UMNO masih lagi sempit. Orang muda amnya amat berharap agar UMNO bersikap lebih terbuka kepada Pemuda. Didik dan bimbinglah kami, berilah tunjuk ajar serta pedoman agar kami tidak tersilap langkah. Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman. Berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan; upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab yang lebih berat lagi kerana saya percaya Pemuda hari ini bukan Pemuda yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia.

Pasang lilin jalan ke taman
Hari malam gelap gelita
Pemuda bukan tamak jawatan
Kami pejuang nusa dan bangsa

Buah kurma berlambak-lambak
Orang memesan sini dan sana
Keris bertempur disapu minyak
Pokok ditanam ditabur baja

25. Pada ucapan dasar sulung saya selaku Ketua Pemuda, saya telah menyentuh tentang masa depan orang Melayu dan Bumiputera. Mutakhir ini kedengaran suara yang mengatakan UMNO tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Oleh kerana terlalu tertumpu kepada landasan kenegaraan, agenda bangsa dianggap dipinggirkan. Kumpulan-kumpulan lain, yang tidak perlu mengimbangi antara aspirasi bangsa dan kepentingan negara cuba mengambil kesempatan untuk menjadi wira.

26. Justeru hari ini, saya berdiri di hadapan saudara dan tanpa terbetik sedikitpun keraguan, menegaskan bahawa agenda perjuangan bangsa Melayu dan Bumiputera tidak akan sekali-kali dipisah dari UMNO dan sudah tentunya tidak dari Pergerakan Pemuda. Hakikatnya, UMNO itu lahir demi memperjuangkan hak dan suara orang Melayu. Biarpun masa berlalu yang turut membawa perubahan kepada lanskap politik, namun wadah perjuangan dan denyutan nadi politik kita masih sejitu dan seutuh selalu, senada dan seirama dengan pejuang-pejuang terdahulu.

27. Persoalan sama ada UMNO merupakan satu-satunya landasan untuk memperjuangkan nasib anak bangsa tidak sepatutnya diungkit. Dulu kini dan selamanya, UMNO lah yang menjadi benteng, UMNO lah yang menjadi perisai dan UMNO lah yang akan meneruskan perjuangan demi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

28. Yang sepatutnya menjadi persoalan kita sekarang bukanlah matlamat perjuangan. Tanpa dipengaruhi emosi, kita harus berani memisahkan apa itu matlamat dan apa itu cara atau pendekatan. Kita harus memahami perbezaan antara maqasid atau objektif perjuangan dan manhaj atau cara dan pendekatan yang diamalkan. Perubahan yang dituntut kini bukan pada maqasid. Matlamat untuk memartabatkan orang Melayu tak pernah dilupa, jauh sekali dibuang. Apa yang perlu diubah adalah manhaj perjuangan atau cara yang digunapakai selama ini.

29. Ada yang mungkin bertanya, apakah manhaj yang sekian lama dilaksana itu perlu diubah? Bukankah pendekatan tersebut membawa segala kejayaan yang kita nikmati hari ini? Secara spesifik, bukankah pendekatan Dasar Ekonomi Baru (DEB) punca utama kemajuan orang Melayu dan kestabilan politik Malaysia pada hari ini? Kenapa perlu ada perubahan, meskipun dihadkan kepada manhaj dan bukan pada maqasid sekiranya pendekatan itu sudah terbukti menghasilkan kejayaan untuk Bumiputera selama ini? Mengapa perlu diperbaiki sesuatu yang tidak rosak?

30. Secara peribadi, saya melihat pencapaian DEB sebagai sesuatu yang amat membanggakan. Selain kemajuan ekonomi, keamanan negara dapat dipelihara sekian lama hasil keberkesanan DEB dalam membasmi kemiskinan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, disamping penyusunan semula masyarakat agar tidak lagi wujud pemisahan kaum yang ketara berdasarkan peranan ekonomi masing-masing. DEB telah mengurangkan kadar kemiskinan tegar rakyat daripada 50 peratus pada tahun 1970-an kepada 4 peratus ketika ini manakala kadar kemiskinan tegar Bumiputera dari 65 ke 5 peratus.

31. Usaha penyusunan semula masyakat melalui DEB telah melahirkan masyarakat perniagaan dan perindustrian serta para profesional Bumiputera. Kejayaan ini tidak dapat kita nafikan. Tetapi dalam apa juga dasar – waima dasar yang begitu penting kepada orang Melayu seperti DEB – sudah tentu ada kelemahannya. Dan apa juga dasar perlu dikaji semula setelah dilaksana sekian lama agar dapat dikemaskini sejajar dengan perubahan masa.

32. Dalam hal ini, kita perlu jujur dan jangan dipengaruhi emosi. Janganlah pula hanya semata-mata kerana kita menilai semula pendekatan atau manhaj agenda perjuangan bangsa, tuduhan pengkhianat dilempar. Jangan pula hanya kerana kita mahu meningkatkan lagi keberkesanan dasar atau mengenalpasti kelemahan pelaksanaan DEB, orang Melayu dihasut kononnya kerajaan BN tidak lagi peka dan prihatin terhadap nasib bangsa. Janganlah anak-anak muda Melayu ditakut-takutkan seolah-olah Melayu akan hilang dari muka bumi semata-mata kerana manhaj atau pendekatan perjuangan direkayasa untuk mencapai hasil yang lebih baik.

33. Sekiranya kita ikhlas dan mahu melihat pencapaian maqasid – matlamat – perjuangan bangsa, yakni Bumiputera yang maju dan berjaya atas kekuatan dan usaha sendiri, kita harus berani mengaku apa yang baik dan apa yang kurang baik dalam pendekatan kita. Apabila Model Baru Ekonomi diumumkan, ramai yang menzahirkan kebimbangan mereka bahawa agenda bangsa seolah-olah hilang dan lenyap, seumpama satu manifestasi lapuk yang tiada tempat dalam dunia tanpa sempadan. Terdapat segelintir orang Melayu yang merasa tercabar hingga beranggapan seolah-olah kita diserang dari pelbagai sudut sehinggakan usaha murni untuk mengkaji semula pelaksanaan dasar ini dipandang serong dan dianggap sebagai satu lagi cubaan untuk menghakis hak dan kedudukan istimewa Bumiputera.

34. Adakah kaum Bumiputera dapat terus melangkah maju sekiranya kita bersikap defensif dan hanya gah melaungkan kata-kata kononnya mempertahankan itu dan ini? Akan menjadi istimewakah orang Melayu hanya dengan kita memekik bertempik tentang kedudukan istimewa Melayu itu sendiri? Apakah dengan hanya kita memberi amaran kepada kumpulan-kumpulan pendesak tertentu supaya jangan bermain dengan api, Bumiputera akan berjaya? Atau adakah realitinya kita ini hanyut dibuai emosi sehingga kita lupa akan soal pokok – guruh berdentum, hujan tak ada; cakap besar, hasil tiada.

35. Apa yang perlu kita lakukan adalah mengakui kelemahan yang ada dan membina satu gagasan baru yang boleh melonjak kedudukan Bumiputera kepada satu tahap yang membanggakan. DEB sememangnya telah membawa pelbagai kejayaan tetapi ia tetap ada kelemahannya. Ekuiti Bumiputera telah meningkat jika dibandingkan dengan era pra-DEB tetapi pada era pertumbuhan ekonomi yang paling pesat sekitar tahun 1990an di mana peluang untuk mengagihkan kekayaan baru tersebut cukup luas, ekuiti Bumiputera telah susut daripada 20.6 peratus pada tahun 1995 kepada 19.1 peratus pada tahun 1999. Kita juga menyaksikan peningkatan jurang ketidaksamaan di dalam nisbah pendapatan Bumiputera dan etnik Cina dari nisbah RM1.74 pendapatan etnik Cina bagi setiap RM1 yang orang Melayu ada pada tahun 1990 ke RM1.81 pada tahun 1995.

36. Pada waktu itu, kita saksikan ramai jutawan Melayu yang diangkat dan diberi peluang melalui program penswastaan dan pemberian saham melalui pink form. Malangnya, saham yang diagih kepada Bumiputera untuk melonjakkan ekuiti bangsa dijual kerana ada yang mahu cepat kaya, mahu banglo mewah, mahu Mercedes mata bulat, mahu isteri muda sesuai dengan status yang baru. Mereka ini umpama lupa daratan dengan kekayaan yang jatuh ke riba. Pemberian yang sepatutnya menjadi amanah dan tangga membantu anak bangsa yang masih tidak menikmati apa-apa menjadi habuan dan milik sendiri. Sikap tamak haloba membuatkan mereka lupa kepada semangat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Semangat DEB untuk melahirkan lebih ramai tokoh korporat Melayu menyusuri kejayaan mereka yang dipilih tidak tercapai, disebabkan kerakusan yang mengaburi mata dan mendahului tanggungjawab kepada bangsa.

37. Inilah dianya antara ketirisan dan kepincangan yang melemahkan pelaksanaan DEB yang merupakan manhaj lama. Sepatutnya dengan segala kuasa dan dasar yang menyebelahi kita, orang Melayu tidak perlu lagi untuk bercakap tentang soal kuota pada hari ini. Kerana setelah sekian lama, bangsa kita sepatutnya sudah mampu berdiri gagah di atas dua kaki sendiri dan melepasi sasaran ekuiti 30 peratus, mencapai tahap pendapatan yang setanding dengan kaum lain serta berjaya menerokai sektor ekonomi yang menjana nilai yang tinggi. Malangnya kita perlu mengakui bahawa semua ini masih tidak tercapai.

38. Selaku Ketua Pemuda UMNO, saya banyak bergaul dengan anak-anak muda Melayu dari pelbagai lapisan masyarakat. Apabila saya ceritakan soal DEB dan perjuangan bangsa, mereka jawab: "Minta maaf. Apa yang saya dapat dari DEB?" Gaji mereka di bawah paras kemiskinan, ramai di kalangan mereka berhijrah ke bandar di mana kos sara hidup meningkat dengan lebih pantas dari pendapatan. Mereka Melayu, Bumiputera tetapi nikmat DEB tidak mereka rasai. Tanggapan mereka – persepsi yang mereka ada – DEB hanya menguntungkan segelintir Bumiputera elit yang ada kabel besar. Bagi golongan ini, sasaran ekuiti 30 peratus tidak bermakna kerana kebanyakkan mereka tidak pernah dan tidak mampu untuk membeli saham. Inilah juga satu contoh ketirisan di mana DEB, yang bertunjangkan kepada kesejahteraan semua, menjadi polisi yang dianggap elitis sehingga ramai di kalangan orang Melayu sendiri terpinggir dan tidak terbela.

39. Realiti ini menuntut kita membuat perubahan. Kita harus jelas bahawa Model Baru Ekonomi tidak mengetepikan agenda bangsa. Apa yang dilakukan adalah pengemaskinian terhadap cara pelaksanaan agar segala kelemahan DEB dapat diatasi. Mengapa kita perlu takut dengan agenda ekonomi yang berteraskan merit? Mengapa kita perlu gusar apabila mereka yang berkebolehan, yang genuine, diberi peluang untuk ke depan? Apakah kita terlalu dengki dengan bangsa sendiri yang rajin dan berbakat sehingga kita sanggup menghalang kejayaan mereka? Adakah kita umpama ketam di dalam bakul yang menarik turun sesama sendiri?

40. Manhaj baru mestilah berpandukan merit dan keperluan. Merit menekankan elemen daya tahan dan daya saing. Merit bemaksud anak Melayu yang mempunyai kebolehan, bakat dan potensi tinggi akan dicungkil, digilap dan diberi ruang untuk berjaya. Merit juga menuntut gelanggang sama rata dan sama luas agar petani yang paling inovatif, penjaja yang paling tekun, profesor yang paling ilmuan dan kontraktor yang paling kompeten diberi segala galakan tanpa disekat oleh kepentingan politik dan kekurangan kabel besar. Insya'Allah, dengan penerapan nilai dan budaya merit di dalam manhaj pengupayaan bangsa, orang Melayu akan mampu bersaing di persada global tanpa ditongkat lagi.

41. Prinsip keperluan bererti rakyat termiskin yang tiada harapan pembelaan kecuali melalui kerajaan tidak diabaikan. Bagi anak-anak muda yang merasakan bahawa mereka tidak memperoleh manfaat dari DEB selama ini, Model Baru Ekonomi wajib mengangkat martabat mereka. Jurang perbezaan pendapatan sama ada antara kaum mahupun dalam mana-mana kaum perlu dikurangkan. Tidak ada guna kita bercakap soal negara berpendapatan tinggi sekiranya golongan kaya jadi lebih kaya dan golongan miskin tetap sengsara. Model Baru Ekonomi yang berpandukan keperluan akan memastikan semua yang tercicir dalam pendekatan lama akan terbela.

42. Apa yang cuba disimpulkan di sini adalah antara matlamat dan cara. Pemuda UMNO merupakan harapan bangsa – dulu, kini dan selamanya. Tetapi harapan kita untuk bangsa adalah kejayaan yang hakiki dan kemajuan yang sejati. Kita mahu melahirkan naratif baru untuk orang Melayu yang tidak hanya sekadar tertumpu kepada mempertahankan hak, kedudukan dan keistimewaan. Kita perlukan naratif yang lebih berani demi mencapai kejayaan yang tidak kita kecapi sepenuhnya sebelum ini.

43. Sememangnya manhaj atau pendekatan itu terbina dengan onak duri dan cabaran di dalamnya. Adakalanya manhaj itu dipertikaikan dan mengambil masa yang panjang untuk diterima. Wajar kita menyingkap kembali sirah Islam yang menceritakan bagaimana ketajaman pemikiran dan pandangan jauh Rasulullah SAW di dalam perencanaan manhajnya bagi pengembangan agama Islam di dalam perjanjian Hudaibiyyah. Pada waktu itu, Suhail bin Amr, selaku wakil golongan Quraisy, menolak cadangan merujuk Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah di dalam perjanjian tersebut. Sungguhpun ditentang oleh para sahabat terutama Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah tetap akur, dan dengan penuh hikmah bersetuju dengan panggilan Muhammad bin Abdullah. Rasulullah turut mengambil keputusan untuk menangguhkan perjalanan ke Mekah dan menerima beberapa syarat yang seolah-olah mengalah dan tunduk kepada sekatan orang Quraisy terhadap kemasukan para Mukminin di situ. Tindakan Rasulullah ketika itu sama sekali tidak disenangi para sahabat. Namun apa yang pasti kerendahan hati, kemuliaan serta hikmah yang ditonjolkan oleh Rasulullah itu bukan sahaja telah menjana pengiktirafan daripada golongan Quraisy malahan membuka jalan dakwah, yang akhirnya, menjadi kunci kemenangan besar Umat Islam dalam membuka kota Mekah.

44. Oleh itu, marilah kita mengakui dan menginsafi bahawa naratif baru ini tidak sesekali mengubah matlamat kita. Apa yang ingin ditekankan ialah cara bagaimana Bumiputera dapat diperkasakan, melalui pembaharuan kepada suatu agenda bangsa yang lebih segar dan relevan. Hari ini, kita ketepikan manhaj lama yang tidak memberi kejayaan menyeluruh kepada kita dan menerima pendekatan baru bertunjangkan merit dan keperluan yang akan membina keupayaan dan kapasiti bangsa tanpa melembabkan kerancakan ekonomi negara. Kita mahu melahirkan lebih ramai usahawan, teknokrat dan profesional yang mempunyai swadaya dan tidak mengharapkan bantuan dan ehsan Kerajaan, yang berdikari, berdiri di atas kekuatan mereka sendiri. Kita bukan bangsa subsidi tetapi kita bangsa yang punya harga diri. Kita mahu mengantarabangsakan kemampuan bangsa agar tidak terbatas dengan kebergantungan kepada keistimewaan dan kuota di dalam sempadan negara tetapi mampu mekar dan berjaya di persada dunia.

45. Naratif baru ini tidak hanya terhad kepada agenda ekonomi bangsa. Pendekatan baru yang lebih progresif juga melahirkan orientasi politik yang baru. Kerisauan bangsa mutakhir ini juga menyentuh soal kuasa politik. Ada yang berpendapat Melayu akan hilang kuasa politik kerana kebangkitan orang bukan Bumiputera sebagai kuasa penentu pilihanraya. Kumpulan ini mencadangkan agar Melayu bersatu untuk menjamin kuasa di tangan bangsa pribumi.

46. Saya tidak menentang penyatuan politik orang Melayu. Malah Pemuda UMNO pernah mengalu-alukan muzakarah yang dicadangkan antara UMNO dan PAS. Tetapi saya juga sedar bahawa telah terpahat dalam sejarah yang Melayu itu jarang sekali bersatu. Dalam lipatan sejarah moden, kecuali dalam penentangan terhadap Malayan Union dan perjuangan kemerdekaan, orang Melayu acap berpecah terutama dalam pemahaman dan ideologi politik.

47. Apatah lagi sekarang di mana setiap kali cadangan penyatuan itu dibangkitkan, ia disambut dengan sinis oleh pihak lain termasuk PAS. Malah dalam soal asas agama dan bangsa pun, PAS sanggup menolak tangan yang kita hulurkan dengan ikhlas kerana ketaksuban mereka kepada kuasa – sehingga yang haram menjadi halal, yang mungkar menjadi ma'ruf.

48. Walaupun ini tidak bermakna saya menolak kemungkinan kita bersatu semula, tetapi kita harus menerima realiti hari ini bahawa undi orang Melayu itu sudah berpecah. Tidak ada parti Melayu – baik UMNO mahupun PAS – yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu. Di kebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus di satu pihak dan 50 peratus di pihak yang lain.

49. Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan dari semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Kalau kita mengharapkan undi orang Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas. Inilah hakikat dan realitinya.

50. Kita harus belajar dari keputusan pilihanraya umum yang lalu di mana jelas kita hampir kalah sebab hilang sokongan bukan Melayu. Sekiranya kita masih lagi berkhayal bahawa kita boleh menang tanpa sokongan mereka, 50 kerusi Parlimen BN yang sedia ada berada dalam bahaya. Sekiranya tidak ada usaha untuk mengamal kepimpinan yang inklusif lagi moderat, kepimpinan Melayu UMNO akan hilang pada pilihanraya akan datang umpama pepatah Melayu bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi.

51. Sudah tentu tanggungjawab utama menarik sokongan bukan Melayu terletak atas bahu parti-parti komponen tertentu. Segala kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tetapi dalam arena politik semasa – apatah lagi dengan gagasan 1Malaysia menjadi pegangan bersama – rakyat Malaysia mahu melihat semua parti BN mengamalkan pendekatan yang muhibbah, adil dan saksama. Kita tidak mahu menjadi pemimpin politik sesumpah sebagaimana yang wujud di pihak lawan, yang cakapnya tidak boleh dipegang. Lafaz janji yang hari ini ditutur kepada orang Melayu tanpa segan silu dipusing ceritanya bila ditutur kepada orang bukan Melayu.

52. Pada masa yang sama, janganlah pula memasang tanggapan bahawa pendekatan inklusif yang berjalan di atas landasan wasatiyyah ini adalah hanya suatu sandaran untuk menang pilihanraya. Sekiranya ia satu taktik politik semata-mata, matlamat untuk mewujudkan negara yang bersatu dan harmoni tidak akan tercapai. Politik moderat atau siyasah wasatiyyah ini perlu menjadi pegangan kita kerana keharmonian rakyat Malaysia adalah kunci kesejahteraan bersama.

53. Allah SWT berfirman dalam Surah Al Hujurat Ayat 13:

Yang bermaksud: Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).

54. Inilah saranan dan panduan hablun minannas atau hubungan sesama manusia yang dianjurkan oleh Islam. Bahawa di dalam perbezaan itu ada rahmat dan hikmahnya dan adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini untuk menjaga keharmornian dan hubungan baik semua pihak.

55. Lantaran itu, adakah terhakis kemelayuan kita sekiranya perjuangan kita adalah perjuangan untuk semua kaum dan agama, tanpa menggadai prinsip perjuangan asas? Apakah kita murtad kerana mengutuk kecaman atau serangan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap penganut agama lain? Apakah kita petualang bangsa kerana tidak bersetuju apabila orang bukan Bumiputera dipanggil pendatang dan penumpang? Jawapannya pasti tidak!

56. Dalam kita menyeru orang Melayu agar berjiwa besar dan menghayati politik kesederhanaan, sensitiviti Bumiputera juga perlu dijaga. Penghinaan agama Islam dalam YouTube baru-baru ini adalah satu contoh bagaimana kesabaran kita diuji. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan sasaran 30 peratus ekuiti perlu dihormati sebagai tiang seri dan aspirasi Bumiputera yang tidak menggugat hak mahupun merampas harta bangsa lain. Sekiranya kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan diminta dipelihara, sudah pasti kedudukan istimewa Bumiputera juga harus dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia. Bagaimana pula perasaan orang Melayu apabila sukar mendapat pekerjaan di syarikat swasta kerana tidak boleh bertutur bahasa Mandarin yang rata-rata menjadi syarat dalam iklan pekerjaan. Atau lihat sahaja pada 50 syarikat yang mempunyai modal pasaran terbesar di Bursa Malaysia, tiada seorang pun CEO anak bangsa Melayu yang menjadi peneraju syarikat-syarikat milik bukan Bumiputera di dalam kumpulan ini. Takkan tidak ada seorang Melayu pun yang layak sedangkan ramai yang berjaya mengurus syarikat bertaraf antarabangsa seperti Petronas dan CIMB?

57. Pada masa yang sama, kita juga mesti memahami perasaan orang bukan Melayu – apabila dipanggil pendatang atau disuruh balik ke China atau India, bagaimanakah perasaan mereka? Ini juga negara mereka. Ini tanah kelahiran mereka; malah ibu bapa serta nenek moyang mereka juga lahir di sini. Apakah perasaan pelajar bukan Melayu yang miskin tetapi dinafikan biasiswa kerajaan walaupun mendapat keputusan yang amat cemerlang? Sering kali kita juga mendengar rungutan bahawa pentadbiran kerajaan didominasi orang Melayu. Takkanlah segelintir sahaja orang bukan Melayu yang layak memegang jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam?

58. Apabila kita gagal untuk memahami dan menghayati perasaan kaum lain, tembok yang memisahkan kita akan menjadi lebih tinggi dan tebal. Anak muda Malaysia hidup dalam alam persekitaran kaumnya sendiri. Anak Melayu yang menghadiri sekolah agama, universiti di Timur Tengah dan menonton siaran Melayu di Astro Ria ibarat seorang mahkluk asing kepada anak Cina yang belajar di sekolah jenis kebangsaan, universiti di Taiwan dan dihibur dengan saluran Wah Lai Toi. Masing-masing masih menaruh syak wasangka sesama kita disebabkan tembok pemisah yang ada.

59. Gagasan 1Malaysia hendaklah didukung sebagai aspirasi bersama oleh semua kaum. Ibarat pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Sememangnya hidup bermasyarakat dalam sebuah negara berbilang bangsa menuntut banyak kesabaran dan hemah dari semua pihak. Kita jangan cepat menuding jari kepada kaum lain apabila timbul sebarang isu, baik besar ataupun kecil. Kita perlu memahami hati dan perasaan orang lain jika kita mahu orang lain memahami hati dan perasaan kita. Kita semua perlu mengandaikan diri kita menjadi orang yang lain, andaikan diri kita bertukar tempat, berganti nasib, barulah kita dapat menjiwai kebenaran sejagat bahawa sifat kemanusiaan kita bersama lebih menyatukan dari memecah belahkan kita. Rakyat Malaysia perlu bertolak ansur antara satu sama lain, dan ini sama sekali tidak bermakna satu kaum menolak kaum yang lain beransur-ansur. Justeru, biarlah jatuh bangun dan maju mundur negara ini, kita bersama juga menentukannya.

60. Kanta pemandangan kita – Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban mahupun kumpulan etnik lain – masih dipengaruhi identiti kaum dan agama. Walaupun identiti ini penting dan tidak mungkin terpisah dari diri kita, kepentingan negara, kepentingan bersama sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa mengatasinya. Adalah menjadi kewajipan kita semua untuk meruntuhkan tembok dan benteng yang memisahkan kita. Apa juga perbezaan yang ada tidak boleh dijadikan halangan untuk hidup saling menghormati, saling memahami, berganding bahu, bersatu hati. Apa juga perbezaan kita, sebagai rakyat bumi bertuah ini, kita daulatkan Tuanku yang sama, kita tegakkan Perlembagaan yang sama, kita hidup di bawah undang-undang yang sama, kita berpegang pada nilai-nilai murni yang sama. Oleh itu, aspirasi, cita-cita, kepentingan nasional dan keharmonian bersama, jiwa dan semangat Malaysia mesti kita utamakan. Bagi setiap seorang dari kita, baik di dewan ini mahupun di luar sana, di desa mahupun bandar, di new village, estet mahupun kampung – bagi segenap warga Malaysia, di sinilah rumah dan keluarga, di sinilah kita bertaruh nasib, inilah negara kita, tanah tumpah darah kita, bumi dipijak langit dijunjung.

61. Inilah tradisi Barisan Nasional yang kian lama berjaya menyatukan kita semua, pelbagai kaum pelbagai agama, setiap dari kita adalah anak Malaysia. Kita perlu meyakinkan semula rakyat bahawa hanya Barisan Nasional yang mampu mengotakan ini semua.

62. Rentak tari pembangkang bermula dengan taburan harapan menggunung tinggi, sedalam lautan dan seluas benua. Namun, setelah pilihanraya umum ke-12 lebih 30 purnama berlalu, rentak tari mereka kelihatan semakin canggung, lagu iringan juga semakin sumbang. Ternyata mereka ini hanya indah khabar dari rupa.

Nyiur manis lebat setandan
Masak di bawah mayang mengurai
Pembangkang dilanda krisis keyakinan
Janji rakyat terhempas berderai

Tinggi bukit Gunung Senanti
Tempat unggas berulang siang
Sudah lama tadbirkan negeri
Lemah urusan salahkan orang

63. Rakyat juga sudah semakin mual dengan helah dan alasan mereka, bahawa setiap yang salah itu BN puncanya. Yang kita lihat selama ini, aset penyatuan mereka hanyalah politics of blame atau politik menyalahkan apa sahaja yang BN lakukan. Masalah agama, sosial, ekonomi dan perpaduan – semuanya ditalakan kepada BN. Apakah ekonomi negara akan bertambah maju dengan politics of blame ini? Apakah rakyat dapat disatukan dengan mencaci cerca BN? Apakah negara dapat mereka transformasikan hanya dengan menghentam BN? Pastinya tidak, melainkan hanya menimbulkan kekecohan dan porak peranda. Politik salahkan BN sebenarnya taktik murahan untuk menutup pekong mereka sendiri.

64. Di Selangor, kecurian pasir yang melanda bukan sahaja menodai muka bumi dan kepercayaan rakyat bahkan mendedahkan kepincangan pembangkang mentadbir negeri. Apa tidaknya, pada awal pendedahan kecurian pasir, mereka sekonyong-konyongnya menafikan masalah tersebut. Namun, setelah bertali arus pendedahan di buat oleh pihak UMNO barulah akhirnya mereka mengaku. Sudahlah mengaku hanya selepas kantoi, Kerajaan Pakatan di Selangor boleh dengan selamba meminta Kerajaan Pusat pula menyelesaikan masalah tersebut.

65. Pembangkang memang cakap tak serupa bikin. Lihat sahajalah isu surat sokongan. Lim Kit Siang sendiri dengan lantangnya menggesa agar ianya dihapuskan tetapi ibarat meludah ke langit, budaya surat sokongan ini ternyata lebih kronik di gelanggang mereka, apabila dicemari dengan elemen kongsi gelap, penipuan dan salahguna. Dalam manifesto pilihanraya lalu, DAP bukan main menabur janji bahawa parti itu akan memastikan bekalan air yang selamat, murah dan mencukupi. PAS pula berjanji akan menangani isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Itu janji-janji manis mereka. Tapi adakah kata sudah dikota; adakah janji sudah ditepati? Ternyata jauh panggang dari api. Realitinya, dalam kemeriahan umat Islam menyambut Aidilfitri, Khalifah Pakatan Al – Lim Guan Eng membawa 'hadiah raya' yang istimewa dengan menaikkan harga air. Hadiah raya yang sama turut diterima oleh rakyat Negeri Kedah.

Murai berkicau riang bermain
Rusa berjalan terkena jerat
Janji lain buatnya lain
Bermuka-muka menipu rakyat

Ramai orang menggali perigi
Dirikan khemah hari nak hujan
Bila pembangkang tadbir negeri
Barang dimuntah dikutip makan

66. Perbezaan fundamental antara Barisan Nasional dan pakatan pembangkang amat ketara. Bagi BN, gagasan kita jelas iaitu 1Malaysia. Tapi bagi pembangkang mereka umpama Cerberus, raksasa hodoh di dalam hikayat klasik Rumani dengan tiga kepala terjulur dari badan. Bayangkan betapa susah dan menyesalnya menjadi badan kepada raksasa ni – satu kepala nak makan, satu kepala nak tidur, satu lagi nak jalan, pasti huru hara jadinya. Itu belum lagi kalau ketiga-tiga kepala itu bergaduh, saling menggigit hingga boleh terjelepok jatuh di tengah jalan.

67. Politik raksaksa hodoh ini semakin nyata. DAP, sehingga mayat mereka dilangkah, tidak akan sebulu dengan PAS. Sungguhpun ada segelintir pemimpin PAS yang berkata penubuhan negara Islam bukan keutamaan demi menjaga hati DAP, tetapi jika ditanya Dewan Pemuda PAS, mereka masih tegar dengan perjuangan ini. DAP terus ditolak oleh orang Melayu yang tidak boleh menerima impian cauvinis mereka untuk meroboh tiang seri dan asas penubuhan negara.

68. PKR pula berkecamuk dengan krisis dalaman akibat politik ghanimah gilakan kuasa sehingga kerusi boleh terbang, pengundi hantu boleh wujud dalam senarai pemilih dan demokrasi dibunuh kerana jawatan tertinggi parti itu dianugerahkan kepada satu keluarga tanpa bertanding.

69. Penyatuan pakatan pembangkang ini hanyalah satu wayang bagi memastikan ikatan rapuh mereka tidak terungkai, agar tembelang dalaman mereka tidak dapat dihidu oleh sesiapa. Pakatan pembangkang kini bergolak, mereka semakin kusut dan tiada keupayaan untuk mentadbir negeri yang mereka kuasai. Pendek kata, they are not fit to govern.

70. Namun begitu, jangan sampai kita pula yang mengikut jejak langkah mereka; tidak membina kekuatan diri namun hanya bersandar dengan kelemahan pihak lawan. Kita tidak boleh leka dan mengharap sokongan rakyat datang bergolek. Kita perlu bekerja keras dan berjuang di dalam jihad kita menyelamatkan negara dari dimusnahkan Cerberus, raksasa berkepala tiga, sebelum ia menghancurkan negara. Walau badai datang melanda, walau bercerai jasad dan nyawa, Pahlawan Pemuda akan terus mengejar Cerberus sehingga ke hujung dunia bagi menghapuskan si biang keladi penjahanam rakyat dan pemusnah negara ini.

71. Apa yang terang lagi bersuluh ialah maqasid perjuangan kita tidak pernah hilang ditelan zaman, ia masih kekal, ia masih sama. Sama ketika bendera UMNO – Sang Saka Bangsa – mula-mula dikibarkan, sama ketika lagu keramat UMNO mula-mula dinyanyikan dan sama ketika pejuang terdahulu mula-mula menegakkan agenda perjuangan bangsa. Maqasid perjuangan inilah yang menjadi tunggak kekuatan UMNO selama ini. Maqasid perjuangan yang tidak mempunyai titik noktah ini wujud sebagai amanah yang diwarisi kepada generasi pejuang bangsa seterusnya.

72. Sedarlah saudara seperjuanganku, kekuatan UMNO itu datang dari kekuatan setiap ahlinya. Sejarah telah membuktikan bahawa biar apa jua kemelut yang melanda, ahli UMNO dari setiap pelusuk tanahair akan bangun menyahut cabaran demi menunaikan amanah perjuangan yang kita dukung bersama. Pada hari ini kita berada di persimpangan yang bakal menentukan halatuju perjuangan kita. Inilah saat dan ketika untuk kita berdiri dalam satu barisan, berlandaskan manhaj perjuangan yang sesuai dengan kehendak zaman dan menunjukkan kekuatan kita sebagai ahli UMNO yang tidak gentar diuji walaupun didepani dengan pelbagai ranjau, onak dan duri.

73. Saya ingin bertanya, adakah saudara bersedia untuk bersama-sama dengan saya menunaikan amanah yang kita warisi ini demi generasi masa hadapan? Jika saudara bersedia, berdirilah bersama saya dalam satu barisan dan kita buktikan di Galas, kita buktikan di Batu Sapi, kita buktikan pada pilihanraya yang bakal tiba bahawa generasi Pemuda hari ini kuat azam, kental semangat, membanting tulang menabur bakti, tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dan dengan azam dan semangat ini, biarlah kita dikenang di dalam sejarah sebagai penerus maqasid perjuangan yang berjaya menyemarakkan obor perjuangan, demi masa hadapan kita bersama bertunjangkan semangat membujur lalu melintang patah, patah sayap bertongkat paruh, namun gunung tetap didaki. Berundur berpatah pantang sekali.

Hidup UMNO!
Hidup UMNO!
Hidup UMNO!/td>

TEKS UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN - PERASMIAN SAYAP

Posted: 21 Oct 2010 05:18 PM PDT

Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2010

PADA 19 OKTOBER 2010; PUKUL 8.00 MALAM;
DEWAN MERDEKA,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR

"MENJULANG PERJUANGAN, MENGISI HARAPAN"

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. atas nikmat kurniaan-Nya bagi membolehkan kita bersama-sama untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2010 pada malam ini.

2. Inilah kemuncak pertemuan para perwakilan daripada tiga sayap penting parti UMNO dari seluruh pelusuk tanah air bagi menzahirkan suara akar umbi, yang mahu melihat bangsa dimartabatkan, Islam didaulatkan, negara dipertahankan dan perjuangan parti berkelangsungan. Inilah perhimpunan yang mewakili suara rakyat – suara keramat. Inilah perhimpunan yang mempasakkan muafakat perjuangan.

Pisang sesikat sayur sebelanga
Tanda muafakat makan bersama

Gunung yang tinggi sama didaki
Lurah yang dalam sama dituruni

Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama dicicah

Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

3. Setahun yang lalu saya berdiri di sini di hadapan saudara dan saudari membicarakan tentang kepentingan wahdah atau kesatuan dalam usaha kita untuk menggalas tuntutan perubahan. Kita mulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda) untuk memahami aspirasi orang Melayu dan rakyat seluruhnya, dalam suasana landskap politik yang sedang berubah; kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati) untuk bersama-sama menghayati nilai politik luhur yang disanjung oleh rakyat; kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan) untuk melaksanakan gerakerja mendekati rakyat secara kolektif; dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk menjayakan hijrah jiwa dan sikap bagi melahirkan para pejuang UMNO yang kukuh iman dan taqwanya, utuh nilai moral dan etikanya.

4. Alhamdulillah, hari ini UMNO telah mula berubah. Telah wujud kesedaran baru dalam minda kepimpinan dan ahli-ahli parti, baik dari segi psikologi dan gerakerja. Telah berlaku perubahan dalam gaya kepimpinan, pindaan terhadap perlembagaan parti, transformasi dalam kerajaan yang diterajui, pendekatan baru pengurusan ekonomi pertiwi dan kesedaran baru tentang hubungan kaum melalui Barisan Nasional.

5. Dalam nafas semangat kesatuan dan perubahan ini juga, marilah kita menjengah kembali bagi menghayati matlamat asal perjuangan UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Fasal 3 Perlembagaan UMNO menegaskan bahawa "UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara". Ini termasuklah (i) mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara; (ii) mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan; (iii) menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama; (iv) mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial demi mengamalkan sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya; (v) menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu; dan (vi) mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

6. Merenung kembali asas penubuhan parti ini, akan membolehkan kita membuat penegasan semula, dan mengingatkan ahli-ahli dan seluruh warga, khususnya generasi muda, bahawa UMNO adalah sebuah wadah politik yang mempunyai prinsip perjuangan dan idealisme yang murni, namun tetap pragmatik dalam pendekatannya. Meskipun UMNO sebuah parti yang besar dan bertunjang kepada kebangsaan Melayu-Islam, namun sifat keadilan, akomodatif dan inklusif Melayu itu, tidak pernah mengkhianati atau menzalimi kaum atau agama lain yang bernaung di bawah politik Melayu.

7. Ini berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang. Mereka tidak mempunyai landasan perjuangan. Sebab itulah, setiap kali mendengar dentuman guruh politik di langit, maka tiap kali itulah juga mereka bergegas membuang air di tempayan, merubah citra dan pendekatan, sehingga melupakan matlamat asal parti masing-masing. Mereka caca marba, seperti sesumpah yang kerap bertukar warna, sanggup menjadi penglipur lara, yang mendongengkan cerita. Matlamatnya mudah, semata-mata untuk mendapatkan laba politik yang sementara sifatnya, hingga sanggup menggadai maruah negara, menjadi pengkhianat di pentas antarabangsa, dan mencerca sesama bangsa. Kepada mereka kita ingatkan pesanan Pak Hamka:

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

8. Ada di kalangan mereka yang segan silu untuk berbicara mengenai matlamat parti mereka. Takut kalau-kalau hilang sokongan rakan dan penyokong yang baru. Malah mereka sanggup berdolak dalih. Kepada penyokong setia berkata lain, kepada rakan baru berkata lain. Walaupun berbeza pandangan dan prinsip dalam banyak perkara, mereka sanggup berdiam diri dan mengalah saja. Malah mereka memberikan pelbagai alasan untuk membela rakan-rakan bersekedudukan. Dulu musuh ketat, dituduh kafir dan keparat, kini jadi sahabat, dipeluk rapat-rapat. Berlumba-lumba mereka membongkar korpus-korpus perbendaharan politik Islam bagi menghalalkan tahalluf siasiy– persefahaman politik sementara bagi mencapai matlamat sebenar; menggunakan kaedah sirr – merahsiakan niat sebenar dan matlamat perjuangan; serta prinsip maslahah siasah – melakukan sesuatu demi kepentingan politik. Ada pula yang sanggup berpegang kepada konsep taqiyyah – berpura-pura bagi menyembunyikan matlamat utama yang hendak dicapai. Tindakan mereka ini tidak ubah seperti pepat di luar runcing di dalam.

9. Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Apakah rakan-rakan baru mereka sudah berubah prinsip? Apakah rakan-rakan baru ini sudah mula menyokong matlamat parti mereka? Apakah rakan-rakan baru ini benar-benar ikhlas untuk bersahabat? Jawapannya kita semua tahu – tidak sama sekali. Jauh panggang dari api. Rakan-rakan baru ini masih memusuhi matlamat yang mereka dokong dahulu; masih tegar menolak syariat Islam; masih kuat memusuhi negara Islam; masih alergik dengan perkataan dakwah Islam; masih tebal faham sekularisme; masih sarat dengan cauvinisme yang mewujudkan kebencian sesama umat. Tetapi mengapakah mereka sanggup bersekongkol dengan rakan-rakan baru ini? Jawapannya mudah. Kuasa. Bagi mereka kuasa politik adalah segala-galanya.

10. Permainan politik ini tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Kuasa yang diperolehi cuma sedikit sahaja. Malah mereka tidak boleh berbuat apa-apa pun untuk melaksanakan agenda parti, kerana kelangsungan kuasa mereka bergantung kepada sokongan orang lain. Lama-kelamaan penyokong sendiri sedar bahawa parti yang mereka sokong, pemimpin yang mereka dokong, tidak boleh melaksanakan cita-cita mereka. Parti itu menjadi lemah kerana penyokong tidak lagi bersama mereka. Untuk mempertahankan kuasa yang sedikit, mereka semakin bergantung kepada sokongan parti lain. Tiada lagi roh perjuangan. Yang ada cuma sekelumit kuasa yang kehilangan makna. Pokoknya, parti ini menjadi hamba kepada kuasa.

11. UMNO tidak begitu. UMNO tetap istiqamah dengan sumpah perjuangan. UMNO tidak pernah tergelincir daripada landasannya. Benar, perubahan politik membawa pembaharuan dalam pendekatan; tetapi ianya sama sekali tidak mencabut roh perjuangan dari jasad dan sanubari UMNO. Roh perjuangan tetap mekar dalam sanubari UMNO; dan terpancar dalam setiap tindakan dan pendirian parti. Bagi UMNO, kuasa hanyalah alat untuk mencapai matlamat perjuangan parti yang murni.

12. Kuasa tidak bermakna jika jiwa perjuangan tercabut dari jasad dan sanubari parti. Apabila UMNO menegaskan tentang kepentingan mempertahankan kuasa politik, ianya tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menegakkan perjuangan parti. Yakinlah, bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangannya yang asal, yang difahami oleh keluarga besar Barisan Nasional. Kita tidak mahu menjadi parti yang lemah semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada kehendak orang lain. Bagi UMNO, mempertahankan perjuangan membela agama, bangsa dan negara adalah prinsip awlawiyat (keutamaan) yang paling besar. Pokoknya, UMNO tidak pernah dan tidak akan menjadi hamba kepada kuasa.

UMNO Cerita Kejayaan

Saudara dan Saudari,

13. Sepanjang usianya, UMNO tidak pernah diam sebagai parti politik yang statik dan jumud. UMNO telah melalui proses perkembangan dan kematangan sebagai sebuah wadah politik yang sentiasa relevan dengan semangat zaman dan citra rakyat. Sebagai parti yang menerajui pemerintahan, UMNO telah berjaya membawa Malaysia melalui pelbagai fasa pembangunan sosio-ekonomi yang telah memberi manfaat besar kepada rakyat. Sejarah 53 tahun UMNO menerajui negara sarat dengan bukti-bukti kejayaan. Dari segi pembangunan ekonomi, Malaysia telah bangkit daripada sebuah negara bekas jajahan yang berteraskan ekonomi pertanian untuk berdiri megah sebagai negara perindustrian yang berkembang pesat. Kini, kita telah bersedia untuk mengorak langkah menuju ke ambang negara maju. Bukankah ini satu kejayaan?

14. Berkat kegigihan dan wawasan jauh kepimpinan UMNO, Malaysia juga telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar dan mewujudkan golongan kelas menengah yang besar. Anak-anak desa yang dahulunya dibelenggu kemiskinan, kini menetap di kota-kota besar dengan pendapatan yang lumayan. Anak-anak mereka hari ini tidak lagi dibelenggu kemiskinan malah mendapat peluang pendidikan dan ekonomi yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka terima dahulu. Bukankah ini satu kejayaan? UMNO juga telah berjaya mengekalkan kestabilan politik dan keharmonian kaum di Malaysia. Di beberapa buah negara majmuk yang lain, konflik kaum mudah meletus dan biasanya berakhir dengan pertumpahan darah. Namun, Alhamdulillah, berkat kebijaksanaan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional dalam mengurus perbezaan, kita telah menerima perbezaan ras, budaya dan agama sebagai sumber kekuatan, bukan kelemahan. Bukankah ini juga satu kejayaan?

15. Pencapaian ini bukanlah ibarat "yang pipis datang melayang, yang bulat datang bergolek". Ianya adalah hasil kesediaan UMNO untuk menerima taklif kepimpinan negara sebagai satu pertanggungjawaban yang besar. Dalam sebuah negara pelbagai kaum, tanggungjawab UMNO yang paling utama ialah untuk memastikan formula politik yang diamalkan dapat menjamin kestabilan, keamanan dan perpaduan yang berkekalan.

Politik Melayu Inklusif

16. Atas dasar ini, UMNO sejak dari awal lagi telah memilih landasan perjuangan sebagai parti nasionalis Melayu yang inklusif. UMNO menerima hakikat kepelbagaian ras sebagai sesuatu yang fitrah dan sahih. UMNO mengakui bahawa dalam sebuah negara majmuk, kerukunan hidup hanya boleh dicapai sekiranya semua kaum mendapat jaminan hak yang sah dan berpeluang mengecap nikmat kemakmuran secara adil. Justeru itu, UMNO berjuang membela nasib bangsa Melayu dan memartabatkan agama Islam tanpa mengabaikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain. Melalui Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Community Liaison Committe) yang ditubuhkan sebelum merdeka, para pemimpin UMNO terdahulu, bersama dengan pemimpin MCA dan MIC, telah berunding untuk menentukan hak dan kedudukan kaum-kaum di negara ini selepas merdeka. Mereka berbincang secara jujur dan telus dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai kesepakatan dalam membina sebuah negara majmuk yang merdeka dan bersatu padu.

17. Hasil daripada kesepakatan inilah maka terbentuk terma-terma kemerdekaan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Terma-terma ini, yang dirujuk oleh Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad Ibrahim sebagai "kontrak sosial dan perjanjian keamanan" antara kaum, adalah hasil kesepakatan dan jiwa besar pemimpin-pemimpin terdahulu untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif. Hak dan kepentingan kaum diperjuangkan dalam kerangka kefahaman bahawa semua kaum akan mendapat jaminan hak dan layanan yang adil dalam sebuah negara yang merdeka.

18. Dalam konteks ini, politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh UMNO bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis. Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain. Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan UMNO, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis. UMNO sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan hak Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain. UMNO tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja. Pemimpin-pemimpin UMNO sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum-kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk.

19. Ini berbeza sekali dengan andaian pelbagai pihak luar dan dalam negara sejurus selepas merdeka, yang telah meramalkan kehancuran negara kita akibat kepelbagaian kaum, agama dan taraf ekonomi. Berkat kepemimpinan UMNO yang dinamik dan toleran, ramalan buruk ini tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, negara-negara jiran yang tidak semajmuk kita telah mengalami dan masih mengalami ketegangan kaum dan agama yang membawa kepada pertumpahan darah. Salah satu punca kejayaan kita ialah kita menyedari bahawa kesejahteraan ekonomi memainkan peranan penting untuk menjamin keamanan. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO apabila mereka mengilhamkan Dasar Ekonomi Baru bagi memecahkan belenggu ekonomi penjajah. DEB berupa dasar pembangunan ekonomi yang menggabungkan penciptaan kekayaan dan pembahagian yang adil.

20. Berteraskan falsafah dan nilai politik Melayu yang inklusif ini, UMNO telah mencipta kejayaan besar dengan membawa negara kita keluar daripada belenggu ekonomi kolonial yang mencengkam masyarakat pribumi, kepada ekonomi nasional yang mementingkan pembangunan yang mapan dan pengagihan yang adil untuk semua kaum. Sejak dari awal lagi, pemimpin UMNO mengakui bahawa kejayaan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk amat bergantung kepada kewujudan satu model pembangunan ekonomi yang inklusif di mana semua kaum dapat menikmati limpahan rahmat kemakmuran secara adil. Malah, pemenang Anugerah Nobel, Joseph Stiglitz dalam bukunya "Making Globalization Work" telah mengiktiraf bahawa kejayaan Malaysia mengekalkan keharmonian kaum selama ini adalah hasil kewujudan model pembangunan ekonomi yang komprehensif di mana semua kaum mendapat jaminan hak ekonomi yang adil.

21. Lantaran itu, kita tidak perlu apologetik apabila memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dan Bumiputera. Sejarah menjadi saksi bahawa apabila UMNO memimpin, bukan sahaja orang Melayu yang mendapat nikmat, malah semua kaum beroleh manfaat. Kita juga tidak perlu apologetik untuk mempertahankan identiti bangsa Melayu, bangga menjadi seorang Melayu, menjunjung adab dan tatasusila Melayu, mempertahankan warisan budaya Melayu, selagi mana kita berlaku adil kepada semua. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujrat, Ayat 13:

Yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

22. Jelas dalam ayat ini manusia itu secara fitrahnya dijadikan berbagai keturunan dan berbangsa-bangsa. Tetapi ukuran sebenar kemuliaan seorang insan bukanlah ketaksuban kepada bangsanya, tetapi ketakwaan kepada Allah s.w.t. Dan sesungguhnya, berlaku adil kepada semua adalah tanda ketakwaan bagi orang-orang yang beriman. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ma'idah, Ayat 8:

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

23. Alhamdulillah, berkat wawasan kepimpinan UMNO selama ini, Malaysia bukan sahaja telah mengukir sejarah sebagai negara yang berjaya mengekalkan keharmonian kaum, kestabilan politik dan keamanan negara, tetapi juga telah berada dalam kelompok teratas dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi. Hari ini, di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri, Malaysia sedang tekun meletakkan asas-asas yang kukuh untuk melangkah ke era baru kemajuan ekonomi, iaitu untuk muncul sebagai negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Berdasarkan pencapaian inilah rakyat telah memberikan mandat kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk memerintah. Dengan mandat ini juga, UMNO telah berjaya meneruskan agenda perjuangan politik inklusif yang menjadi kunci kepada kestabilan, kemanan dan kemakmuran negara.

Memperkukuhkan Perpaduan

Saudara dan saudari,

24. Cabaran yang dihadapi oleh UMNO seterusnya ialah bagaimana untuk mengekalkan kejayaan dan memperkukuhkan perpaduan. Kunci kepada kejayaan UMNO selama ini ialah kebijaksanaannya dalam mengurus hubungan kaum dan mengekalkan kestabilan politik. Namun hakikatnya, kita tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum. Walaupun secara umumnya hubungan kaum di Malaysia berada di tahap yang baik, namun masih kedengaran suara-suara yang mempersoalkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain. Sekiranya tidak diurus dengan baik, keadaan ini akan menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bahawa kedudukan dan hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan semakin terhakis.

25. Debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan. Perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman. Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina. Sanggupkah kita menggadaikan segala nikmat yang kita kecapi semata-mata kerana amarah perkauman? Hakikatnya, tiada siapa yang beruntung sekiranya perbalahan bermaharajalela. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

26. Justeru, perasaan curiga antara kaum mesti dibendung segera. Debat perkauman mesti dihentikan, bukan esok atau lusa, tetapi sekarang. Jangan ada mana-mana kumpulan yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Hormatilah dan terimalah keluhuran Perlembagaan yang telah meletakkan asas-asas bagi negara kita. Saya yakin dan percaya, bahawa rasa curiga antara kaum akan dapat diatasi sekiranya semua kaum mendapat jaminan bahawa hak-hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dipertahan dan dihormati dalam apa jua keadaan sekalipun.

27. Kepada orang Melayu dan Bumiputera, saya menegaskan bahawa UMNO sebagai parti teras Melayu, akan terus mempertahankan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedudukan agama Islam, kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu, kedudukan Bahasa Melayu dan memastikan orang Melayu dan Bumiputera mendapat pembelaan sosial dan ekonomi yang seadil-adilnya.

28. Kepada kaum-kaum lain, UMNO sebagai parti teras kenegaraan tetap mengormati hak kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai sebuah parti politik Melayu yang inklusif, dan berdasarkan rekod perjuangan UMNO selama ini, UMNO akan terus memastikan bahawa, di bawah teraju UMNO, tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam menikmati rahmat pembangunan dan kemajuan negara.

29. Saya sedar, ada pihak yang menjanjikan bulan dan bintang kepada kaum-kaum di negara ini. Mereka hanya berjanji. Sedangkan UMNO telah mengotakan janji. Kita telah buktikan selama ini bahawa di bawah teraju UMNO, semua kaum mendapat jaminan hak yang adil. Di banyak negara bekas tanah jajahan, bangsa majoriti mendominasi kaum minoriti dengan memaksa mereka mengasimilasi, di mana mereka tidak dibenarkan mengamalkan bahasa, budaya dan agama mereka. Sebaliknya, di Malaysia, melalui UMNO, para pengasas negara kita telah memilih dasar yang inklusif, yang menerima dan memberi layanan yang adil kepada semua kaum. Inilah bukti keadilan dan keterangkuman UMNO.

Gagasan 1Malaysia

30. Selaras dengan pendirian inilah, kita menjunjung Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Presiden sebagai satu gagasan perpaduan yang memberi jaminan hak kepada semua wargenagara berlandaskan prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukunegara. Gagasan ini akan mencetuskan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Dalam konteks ini, Gagasan 1Malaysia tidak menolak fitrah kepelbagaian identiti dan budaya kaum yang ada di negara kita, malah menegaskan kepentingan untuk menerima kepelbagaian sebagai sumber kekuatan. Gagasan 1Malaysia yang berlandaskan Perlembagaan dan prinsip penerimaan ini tidak membawa maksud penghakisan identiti atau hak mana-mana kaum, tetapi merupakan satu penegasan terhadap pengukuhan rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk dengan menerima kepelbagaian sebagai satu fitrah yang murni. Saya yakin dan percaya, gagasan berpandangan jauh YAB Presiden ini akan menangkap imaginasi rakyat pelbagai kaum dan membawa kita ke hadapan sebagai sebuah negara majmuk yang maju dan bersatu padu.

31. Kita juga sedar bahawa perpaduan Melayu adalah prasyarat kestabilan politik Malaysia. Perpaduan Melayu tidak boleh dilihat secara terpisah daripada perpaduan nasional. Perpaduan Melayu itu sendiri merupakan teras perpaduan nasional. Untuk itu, UMNO akan terus menerajui perjuangan untuk menyatupadukan bangsa Melayu dan umat Islam. UMNO akan berganding bahu dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan Melayu dan Islam untuk memperkukuhkan perpaduan, menyemarakkan syi'ar Islam dan memastikan kestabilan politik terus terjamin.

Melangkah Ke Hadapan Dengan Keyakinan

32. Melangkah ke hadapan, orang Melayu juga perlu mengatasi segala kelemahan yang ada. Manakala UMNO tetap membela hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, generasi Melayu dan Bumiputera hari ini dan masa hadapan tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada jaminan politik dan perundangan untuk maju. Ini kerana landskap politik dan ekonomi dunia sudah berubah. Ledakan maklumat dan teknologi komunikasi telah meruntuhkan sempadan politik dan ekonomi, dan menjadikan dunia semakin global. Dalam dunia yang semakin kompetitif hari ini, kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik bangsa Melayu amat bergantung kepada kemampuan diri untuk bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Transformasi ekonomi yang lebih terbuka bukanlah satu proses yang boleh diundur. Mahu tidak mahu, bangsa Melayu perlu lebih dinamis dan bersedia untuk melakukan anjakan minda yang signifikan. Bangsa Melayu mesti bermujahadah untuk meningkatkan kemampuan diri.

33. Dalam menghadapi realiti ekonomi berasaskan pengetahuan, yang dipacu oleh kekuatan modal insan, pembinaan modal insan Melayu yang berilmu dan berkemahiran tinggi adalah satu tuntutan. Gerakan kesedaran pendidikan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera mesti diperhebatkan. Hanya dengan pendidikan orang Melayu dapat mengasah minda dan menggarap kemahiran untuk bersaing dalam dunia yang semakin mencabar hari ini. Pembudayaan ilmu akan menjadi kunci kepada kejayaan orang Melayu hari ini dan masa depan.

34. Tindakan afirmatif akan diteruskan dalam pelaksanaan Model Baru Ekonomi dan Program Transformasi Ekonomi untuk memastikan orang Melayu dan Bumiputera mempunyai tempat dalam proses transformasi negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi. UMNO tidak akan berpaling daripada landasan perjuangannya untuk memajukan ekonomi Melayu dan Bumiputera. UMNO tidak akan ragu dan apologetik untuk memperjuangkan pengagihan ekonomi yang adil untuk orang Melayu dan Bumiputera. Namun saya tegaskan bahawa dimensi baru dasar tindakan afirmatif yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada keperluan dan kelayakan. Hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan sahaja akan dibantu. Begitu juga, peluang-peluang ekonomi akan terbuka luas buat mereka yang gigih berusaha. Sebaliknya, tidak ada ruang buat pengamal rent-seeking yang haloba untuk mengaut laba yang sementara.

35. Kita juga sedar bahawa perubahan landskap politik telah meletakkan nilai dan etika politik di suatu tempat yang amat disanjung tinggi oleh rakyat. Rakyat amat berharap agar pemimpin dapat mengamalkan nilai-nilai politik luhur seperti kejujuran, keihlasan, kebertanggungjawaban dan kesungguhan dalam melaksanakan amanah kepemimpinan. Bahkan, masa depan sesuatu organisasi politik akan ditentukan oleh sejauhmana nilai-nilai yang baik ini dapat diamalkan oleh para pemimpin dan ahli-ahlinya. Justeru, selaras dengan tekad kita untuk melakukan perubahan dan pembaharuan, dan untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, marilah kita pupuk dan suburkan nilai-nilai luhur ini dalam perjuangan politik kita, dan marilah kita lahirkan pemimpin-pemimpin yang berketerampilan, beretika dan berakhlak mulia. Saya pasti, jika setiap lapisan pemimpin dan ahli UMNO menjunjung nilai-nilai murni ini, UMNO akan dipandang mulia dan disanjung tinggi oleh rakyat. Ayuhlah:

Kita junjung amanah kepemimpinan
Kita selusuri haluan perjuangan
Kita tekad melakukan perubahan
Kita bawa sinar harapan

Peranan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara dan saudari,

37. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO adalah sayap-sayap parti yang sentiasa setia kepada perjuangan parti, sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada parti. Saudara dan saudari tidak pernah jemu menjulang panji-panji parti di setiap medan perjuangan. Dalam setiap pilihanraya, dalam setiap program parti, saudara dan saudari sentiasa menjadi jentera penggerak utama. Pemuda dengan Jelajah One Malaysianya; Wanita dengan Jalinan Rakyatnya; Puteri dengan Voguenya; kesemua program ini telah digerakkan di atas kudrat dan iltizam saudara dan saudari. Untuk itu, tidak sempurna ucapan saya jika saya tidak mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejituan semangat dan daya juang saudara saudari sekalian.

37. Saya juga percaya, dengan jumlah melebihi 2 juta orang, atau dua pertiga daripada ahli UMNO, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah sumber kekuatan parti yang mesti diakui. Dengan jumlah sebesar ini, saudari dan saudari adalah masa depan parti yang menjadi harapan rakyat. Justeru, di samping melaksanakan tugas-tugas tradisi dan rutin dalam parti, saudara-saudari mesti lebih agresif dalam mengisi harapan rakyat yang lebih besar. Ini termasuklah harapan rakyat dalam bidang ekonomi, pendidikan, agama, kebudayaan, kesukanan, khidmat sosial, pembangunan keluarga, pemeliharaan alam sekitar dan hubungan kaum. Memang benar, selama ini saudara saudari telah melaksanakan sedikit sebanyak aktiviti dan bakti dalam bidang-bidang tersebut. Begitu juga, memang benar, ini adalah tanggungjawab kerajaan yang sedang pun dilaksanakan. Tetapi rakyat hari ini mahukan sentuhan parti dalam bidang-bidang tersebut. Inilah yang menyebabkan kita harus meningkatkan penglibatan sebagai pemimpin akar umbi dalam bidang-bidang ini.

Kad Skor

38. Untuk memastikan sentuhan parti dalam bidang-bidang ini dapat dirasai oleh masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan lebih tersusun dan sistematik. Lebih daripada itu, ia perlu dinilai untuk memastikan impaknya yang sebenar. Oleh yang demikian saya mencadangkan satu sistem Kad Skor diperkenalkan untuk menilai prestasi setiap lapisan kepemimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. Kad Skor ini akan menilai keterlibatan dan prestasi saudara saudari dalam bidang-bidang utama yang saya sebutkan tadi.

39. Dengan adanya Kad Skor ini, setiap pemimpin akan dapat dinilai prestasi masing-masing untuk tempoh dua tahun yang akan datang. Mereka yang menunjukkan prestasi tinggi akan diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang sewajarnya. Anggaplah inisiatif ini sebagai salah satu daripada usaha ikhlas kita untuk meningkatkan imej parti dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap parti.

40. Saya yakin sekiranya sistem ini dilaksanakan sepenuhnya, kita akan menyaksikan satu lonjakan baru dalam tahap keaktifan dan keberkesanan gerakerja saudara saudari. Saya yakin apabila ini berlaku, bukan sahaja sayap-sayap yang akan mengalami lonjakan, malah keseluruhan parti akan menerima kesan yang positif. Dan saya yakin saudara saudari mampu melaksanakannya!

41. Sesungguhnya, sayap-sayap parti mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendokong perjuangan parti. Lebih-lebih lagi, dalam suasana politik yang semakin mencabar hari ini, peranan sayap-sayap parti menjadi lebih penting lagi. Isu-isu dan segala tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap UMNO perlu segera ditangkis. Malah, sayap-sayap parti mesti sentiasa berperanan secara lebih agresif untuk memperkukuhkan UMNO, dan membentuk pandangan positif rakyat terhadap UMNO. Saudara saudari bukan sekadar berada di barisan pertahanan, tetapi di barisan hadapan perjuangan parti.

42. Tugas kita besar dan cabarannya pun banyak. Pastinya, tugas besar ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan berkesan jika kita semua bersatu hati dan berpadu tenaga dalam wadah yang utuh.

Kalau ke bukit sama mendaki
Kalau ke laut sama berenang
Kalau kita bersatu hati
Kerja yang berat menjadi senang

43. Justeru, saya menyeru kepada saudara saudari supaya merapatkan saf dan memperkukuhkan sayap-sayap parti. Jangan ada walau sekelumit perasaan amarah sesama kita. Jangan ada walau sedikit perasaan iri yang membinasakan. Jangan ada walau setitik perasaan dendam yang memusnahkan.

44. Yakinlah, bahawa saudara saudari berada pada landasan perjuangan yang benar. Yakinlah bahawa orang Melayu dan Bumiputera menaruh harapan yang tinggi kepada saudara saudari sebagai pelopor perjuangan UMNO. Yakinlah dengan sumpah setia kita bahawa UMNO tidak akan berganjak daripada landasan perjuangan membela agama, bangsa dan negara. InsyaAllah, jika kita terus istiqamah berada pada landasan perjuangan ini, kita akan sentiasa diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk terus menjulang misi perjuangan suci UMNO.

45. Marilah kita memperkukuhkan kesatuan hati, memperteguhkan kesatuan minda, memperkuatkan kesatuan amal dan membulatkan kesatuan matlamat dalam wadah perjuangan suci UMNO. Marilah kita memberikan sokongan padu kepada YAB Presiden untuk menjayakan pembaharuan di dalam parti dan kerajaan. Marilah kita berikan keyakinan, kepercayaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memperkukuhkan parti dan mengangkat martabat perjuangan UMNO.

46. Saya menyeru saudara dan saudari:

Bangkitlah pertahankan parti!
Bangkitlah menjulang idealisme kita yang murni!
Bangkitlah memerangi segala fitnah dan pembohongan keji yang dilemparkan kepada parti!

47. Maralah ke barisan hadapan perjuangan! Julanglah panji-panji parti dengan penuh kemegahan dan keazaman! Jangan takut, jangan gentar. Allah bersama kita. La takhaf wa la tahzan, innallaha ma'ana.

48. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2010.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof

Posted: 21 Oct 2010 05:14 PM PDT

Pemimpin UMNO Perlu Bersikap Rendah Diri.

Kuala Lumpur 21 Okt – Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang suka menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan rasa kebencian di kalangan rakyat bukan sahaja kepada pemimpin terbabit tetapi turut membabitkan parti.

Menurutnya, pemimpin seharus bersikap rendah terutama ketika bersama rakyat dan tidak perlu menunjukkan kekayaan dimiliki kerana perbuatan itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti untuk memperjuangkan nasib bangsa yang masih ketinggalan berbanding bangsa lain.

"Kita jangan beria-ria nak tunjuk (kekayaan).  Ketika saya jadi Ketua Pemuda Jasin, saya tengok Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri), bila dia datang masjid untuk sembahyang Jumaat, dia tak duduk di barisan depan, dia duduk tepi tangga, tepi (tempat) orang ambil air sembahyang, nak tunjuk punya rendah diri dia.
"Lain pula jadi dengan segelintir pemimpin, masuk kampung tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah," katanya.

Menurutnya, dalam ingin melakukan apa jua perkara, ahli UMNO terutama pemimpin perlu memikirkan terlebih dahulu terhadap apa jua tindakan yang ingin dilakukan kerana memberi kesan kepada parti sama ada postif ataupun negatif.

Ambil Iktibar Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kisah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka 500 tahun lalu berikutan perpecahan sesama pemimpin sehingga menyebabkan empayar Melayu terakhir itu dijajah Portugis, diketengahkan dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.

Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof, berkata UMNO sebagai parti Melayu terbesar perlu mengambil iktibar daripada kisah silam tersebut dan tidak mengulangi sikap hipokrit serta tamak kalangan pemimpin ketika itu.

"Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bukanlah kerana faktor kemodenan Portugis dengan meriam, pistol dan kapalnya…tapi sebab paling besar ialah kerana ketika itu masyarakat Melaka berpecah, pembesar-pembesar berpecah. Lebih-lebih lagi Sultan terakhir yang terlampau gilakan Tun Fatimah, tak ambil peduli hal rakyat.

"Saya harap kita ambil iktibar dan fikirkan peristiwa tahun 1511 tersebut kerana sejak itu orang Melayu cuba bangkit balik untuk perjuangkan merdeka… kerana penjajahan merendahkan martabat bangsa, mundur ilmu, dan membuatkan kita tak dapat bersuara," katanya ketika membahaskan dasar ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.

Mohd Said seterusnya menasihati kalangan pemimpin UMNO supaya bersikap rendah diri kerana beliau pernah menerima laporan mengenai sikap "ego dan suka menunjukkan kekayaan" oleh kalangan pemimpin ini, ketika mengunjungi rakyat.

"Kita jangan beria-ria nak tunjuk (kekayaan). Ketika saya jadi Ketua Pemuda Jasin, saya tengok Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri), bila dia datang masjid untuk sembahyang Jumaat, dia tak duduk di saf depan, dia duduk tepi tangga, tepi (tempat) orang ambil air sembahyang.. nak tunjuk punya rendah diri dia.
"Ni masuk kampung, tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah," katanya.
"Ni masuk kampung, tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah," katanya.



NKP DATUK RAZALI IBRAHIM : HARAPAN DAN ARAHAN

Posted: 21 Oct 2010 05:02 PM PDT

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menyatakan pendirian beliau tentang perjuangan parti, malah memberikan harapan agar Melayu terus cemerlang.

Selain itu, menurut beliau lagi Presiden UMNO itu juga turut memberikan arahan agar Melayu terus mencapai kegemilangan selain mengingatkan agar kaum itu tidak obses dengan hak dan perlindungan.

"Apa yang saya nampak, Datuk Seri Najib sebagai Presiden, beliau memberikan pendiriannya tentang perjuangan UMNO dan sudah tentu beliau beri harapan, dan dihujung itu beliau memberikan arahan.

"Beliau cakap dua tiga kali sebagai Presiden apa yang mahu dilihat sebagai orang Melayu, apa dia mahu orang Melayu buat dan itu sudah tentu memberi lonjakan dari segi semangat, lain sikit daripada biasa.. dulu semangat yang tinggi itu dari segi perjuangan semangat Melayu..tetapi kali ini dari segi semangat untuk Melihat Melayu itu cemerlang diangkat , cumanya yang nak berjaya itu bukan dia tetapi orang Melayu yang lain,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah ucapan dasar itu juga turut menyentuh tentang Kesatuan Melayu kesatuan nasional.

"Maknanya untuk kita dapat kesatuan nasional itu Melayu kena bersatu di bawah satu kesatuan dan kesatuan itu tidak lain dan tidak bukan iaitu UMNO. UMNO wujud disebabkan orang Melayu dan tidak boleh tidak dimana orang Melayu di negara ini. Ini bukan perkauman…kalau tidak bercakap pasal Melayu tidak perlulah UMNO bersidang.

"Dan mungkin keras sikit apabila Datuk Seri Najib menyebut soal Perlembagaan. Tetapi bukan beliau yang cakap tetapi itu adalah Perlembagaan. Sesiapa pun jadi Perdana Menteri negara ini pun dia tidak terlepas daripada melaksanakan apa yang disebut di dalam perklemnbagaan.

"Sebab itu beliau kata perpaduan nasional itu tidak akan tercapai kalau Melayu berpecah belah. Kemudiannya beliau beritahu jaminan diberi kepada orang Melayu dan bukan Melayu. Beliau terjemah secara panjang,. Tetapi yang menariknya selepas itu sebenarnya dia kata kita jangan terlalu obses dengan hak dan perlindungan.

"Maknanya selepas dia bagitau kita semua jangan kacaulah..itu sahaja tidak memadai. Walaupun tidak digariskan secara jelas apa bak buat beliau lontarkan cabaran kepada kita dan inilah waktu pembahas melontarkan cadangan apa yang kita nak buat,"katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Mohd Suffian Awang pula berkata Datuk Seri Najib berjanji memberikan jaminan hak Melayu dan hak bukan Melayu tetapi terjamin berasaskan kepada Perlembagaan negara.

"Apa yang Presiden mahu sekarang adalah untuk melihat kejayaan Satu Malaysia dan dari segi ucapan dasar tadi memperlihatkan bahawa segala bentuk perjuangan untuk memartabatkan agenda orang Melayu adalah berteraskan kepada Perlembagaan sebagaimana yang telah diungkap beliau berkenaan sejarah lalu.

"Dan perlu diingat dalam memperjuangkan martabat bangsa dan hak orang Melayu, Presiden juga menegaskan tentang hak orang lain yang juga berteraskan sifatnya kepada perlembagaan yang ada.

"Jadi tidak ada perlunya pertikaian dan perlu menolak segala isu-isu melibatkan pertikaian tentang hak Perlembagaan ini. Sekarang ini kita dalam kemelut yang mana kalau kita dalam kehidupan masyarakat majmuk ada ketidakpuasan hati sesama kita, sesama bangsa samaada bangsa Melayu atau bangsa lain.

"Jadi dalam ucapan dasar tadi jelas dan nyata Presiden telah memberi jaminan kepada orang Melayu khususnya tentang perjuangan bangsa Melayu dan sekali lagi memberitahu kepada semua bangsa, kita bertindak mengikut asas perundangan, berasaskan fakta sejarah dan juga Perlembagaan yang telah dibentuk sejak sekian lama,"katanya.

CALON PAS DI GALAS!

Posted: 21 Oct 2010 04:56 PM PDT

Jumaat, Oktober 22, 2010

Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.


Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

"Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai 'Calon Kita' bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad," umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.


Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

Biodata Zulkefli:

Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.

Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.

Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.

Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.

Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.

Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.

Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.

Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.

Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.

Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.

Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.

Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Harakah

Kedudukan Melayu dalam Perlembagaan tidak akan tergugat

Posted: 21 Oct 2010 04:47 PM PDT



SETELAH beberapa bulan Raja-Raja Melayu tidak henti-henti menyuarakan hal melibatkan kepentingan agama dan Melayu sebagai mana yang termaktub dalam Perlembagaan, ucapan dasar Presiden UMNO semalam menegaskan kedudukan sebenar Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh diubah sesuka hati.

Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam amanatnya bertekad mempertahan dan melindungi kedudukan dan hak-hak orang Melayu dan bumiputera.

Mesej itu bukan untuk pengetahuan ahli-ahli UMNO sahaja tetapi juga kepada semua orang Melayu dan bukan Melayu. Setelah sekian lama isu-isu melibatkan kedudukan Melayu dan bumiputera diperkatakan baik oleh pemimpin pakatan pembangkang mahupun pemimpin bukan Melayu tertentu dalam komponen Barisan Nasional sendiri, maka kenyataan daripada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri ini harus diterima oleh semua kaum.

Kontrak sosial yang sudah dimeterai oleh bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan dahulu bukan 'senang-senang' diubah mengikut siapa yang berkuasa.

Walaupun BN atau pakatan pembangkang mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun tidak akan mampu mengubah satu perkataan pun dalam Perlembagaan jika tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Ini bermakna tindak-tanduk pihak-pihak tertentu yang mempersoalkan kedudukan Melayu dan bumiputera hanya sia-sia.

Penegasan Presiden UMNO tentang 'kekebalan' Perlembagaan negara dan kedudukan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera memperlihatkan agenda Melayu masih kuat dalam diri Najib.

Dalam konteks ini, apakah Perdana Menteri yang menjelaskan kedudukan sebenar perihal Perlembagaan negara juga akan dituduh perkauman atau rasis sebagaimana dilemparkan oleh pemimpin bukan Melayu kepada Utusan Malaysia dan Perkasa?

Hakikatnya Najib kena menyatakan perkara sebenar. Beliau memahami denyut nadi, kegusaran dan kekhuatiran orang Melayu dan bumiputera sekarang. Tugas beliau memberi keyakinan bahawa kedudukan hak-hak Melayu dan bumiputera dalam Perlembagaan tidak akan dipinda sebagaimana dicanangkan oleh pembangkang.

Kita percaya, pakatan pembangkang sudah mencanangkan mereka mampu mengubah Perlembagaan jika mendapat kuasa majoriti dua pertiga di Parlimen. Sedangkan hakikatnya, tanpa perkenan Raja-Raja Melayu, soal untuk meminda Perlembagaan tidak akan jadi kenyataan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010.

Posted: 21 Oct 2010 04:42 PM PDT


 
"Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dongengan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan-silu mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segalanya," 

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

video of naruto dating sim other http://loveepicentre.com keren happuch dating sites

Tanpa Nama berkata...

[url=http://loveepicentre.com/taketour.php][img]http://loveepicentre.com/uploades/photos/6.jpg[/img][/url]
dating 12 step [url=http://loveepicentre.com/success_stories.php]prewritten dating profile[/url] dating winds of wander
who is kal penn dating [url=http://loveepicentre.com]adult dating swinging[/url] sarah beanies dating
whiting davis dating [url=http://loveepicentre.com/articles.php]dating sim karin kamichama[/url] washington dc transgender dating

Tanpa Nama berkata...

[url=http://loveepicentre.com/][img]http://loveepicentre.com/uploades/photos/3.jpg[/img][/url]
horse dating [url=http://loveepicentre.com]alex dating married[/url] online dating in usa
polish dating sites [url=http://loveepicentre.com/]speed dating in north carolina[/url] christian single dating service naalehu hawaii
ad dating personal [url=http://loveepicentre.com/articles.php]who is jay kenneth johnson dating[/url] dating beauty asian women

Tanpa Nama berkata...

national read a ebook week http://audiobookscollection.co.uk/es/How-to-Set-Up-and-Manage-a-Corporate-Learning-Centre/p212529/ apple's ebook notebook [url=http://audiobookscollection.co.uk/fr/Extreme-Programming-and-Agile-Processes-in-Software-Engineering-5th-International-Conference-XP-2004-Garmisch-Partenkirchen-Germany-June-6-10-2004/p194992/]stpehen king the doctor's case ebook[/url] the game neil strauss ebook

Tanpa Nama berkata...

free hypnosis ebook http://audiobookscollection.co.uk/fr/Executive-Power/p12388/ algorithms udi manber free ebook [url=http://audiobookscollection.co.uk/fr/Change-Your-Brain-Change-Your-Life-The-Breakthrough-Program-for-Conquering-Anxiety-Depression-Obsessiveness-Anger-and-Impulsiveness/p182772/]the host torrent ebook[/url] oliver strange ebook

Tanpa Nama berkata...

[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lasuna.htm][img]http://onlinemedistore.com/11.jpg[/img][/url]
pharmacy regulations in a skilled care facility http://certifiedpharmacy.co.uk/products/fludac.htm united health services pharmacy scholarship [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lysexl.htm]drugcity pharmacy[/url]
albertsons sav on pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/zyrtec.htm kimberly sloan pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/sinequan.htm]sinequan[/url]
steroids pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/lanoxin.htm pharmacy bulletin board [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/plan-b.htm]bakersfield el tejon pharmacy[/url]
uphiladelphia college of pharmacy and science http://certifiedpharmacy.co.uk/products/herbolax.htm lewistown pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/hydrochlorothiazide.htm]hydrochlorothiazide[/url]

Pengikut