Jumaat, 22 Oktober 2010

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Batal perhimpunan kecam isteri PM : Syed Ali dakwa pemuda Pas main politik ikut nafsu

Posted: 22 Oct 2010 02:13 AM PDT

NAMPAKNYA Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan tidak mahu dianggap sebagai gelojoh apabila rancangan untuk mengadakan perhimpunan mengecam isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dibatalkan secara mengejut.

Pemuda Pas sebelum ini diaporkan akan mengadakan perhimpunan mengecam Rosmah kerana menghadiri Festival Busana Muslim di Morte Carlo, 9 Ogos lalu.
Rancangan asalnya akan bermula selepas solat Jumaat (hari ini) di Masjid Jamek Kg. Baru Kuala Lumpur dan Masjid Ahmad Shah di Kuantan.

Perhimpunan berniat jahat keatas Rosmah itu dipercayai tidak mendapat permit polis.

Keputusan membatalkan perhimpunan itu dibuat pada satu mesyuarat Pas Wilayah Persekutuan malam tadi.

Sebaliknya Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan satu memo juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee ketika mengulas pembatalan perhimpunan itu berkata, tindakan menyerang isteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak ternyata tidak berasas.

"Semalam saya dah kata Pemuda Pas ini gelojoh dan sengaja menjadikan Rosmah sebagai sasaran untuk agenda politik mereka," tegasnya.
"Mungkin juga pemuda Pas berasa malu apabila saya katakan Nik Aziz sendiri hadir pada majlis agama Budhha tetapi mereka (pemuda Pas) tidak pun bantah buat perhimpunan.

Ini juga kata beliau, menunjukkan pemuda Pas tidak mendapat maklumat yang tepat dan bertindak secara melulu kerana hasutan nafsu politik.

Beliau berkata, sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah sudah tentu tidak akan mengecewakan sesuatu jemputan.

"Rosmah sudah tentu menerima sesuatu undangan itu dengan ikhlas dan malangnya pihak pembangkang sengaja menabur fitnah dan merekakan cerita-cerita karut," katanya.

Syed Ali berkata, pemuda Pas sepatutnya bertanyakan pihak pengajur mengenai kewajaran festival tersebut, bukannya melulu menyerang Rosmah yang diundang merasmikannya.

"Ini menunjukkan Pemuda Pas hanya ghairah memfitnah Rosmah dan kerana menyedari kegelojohannya, mereka batalkan perhimpunan tersebut secara mengejut," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut