Integriti pemangkin negara Posted: 27 Sep 2010 07:58 AM PDT Integriti sesebuah organisasi ataupun sebuah badan politik adalah amat penting untuk dinilai oleh masyarakat dalam negara. Ianya menjadi satu tunggak utama dalam melahirkan akhlak dan budi pekerti mulia untuk generasi yang akan datang. Tanpanya negara pasti berada dalam keadaan yang tidak aman dan stabil serta akan mengundang kepada ancaman keselamatan dalam negara.
Baru-baru ini kita dapat melihat PKR telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya mendidik amalan songsang kepada pengikut dan ahlinya dengan menerapkan sikap yang tidak sepatutnya ada pada generasi muda pada hari ini. Sikap tamakkan kuasa, perlakuan samseng dan tidak bertamadun telah menjadi sandaran utama dalam parti PKR. Ini terbukti ketika pemilihan parti mereka baru-baru ini. Pelbagai kejadian yang tidak seharusnya berlaku telah pun berlaku dalam pemilihan parti mereka. Walhal mereka selalu teriakkan kononnya memperjuangkan keadilan dan kononnya parti merekalah yang terbaik dan suci. Tetapi apa yang berlaku sewaktu pemilihan PKR di beberapa tempat yang diadakan seperti Kota Raja dan Kuala Langat adalah perkara yang sebenarnya adalah amat berbeza sekali dari apa yang diwar-warkan.
Ini jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat mahupun Pakatan Rakyat bukanlah sebuah entiti yang boleh menjamin masa depan negara. Pada waktu mereka melaksanakan pemilihan parti pun telah gundah gulana dengan pelbagai insiden yang tidak diingini berlaku seperti pergaduhan semata-mata kerana rebutan kuasa. Ini baru pemilihan parti belumpun mahu memerintah negara. Apa akan jadi sekiranya parti ini memerintah negara dengan berbekalkan minda yang hanya memikirkan perebutan kuasa dan tamak tanpa memikirkan kepentingan lain?.
Saya dapat membezakan apabila parti UMNO melaksanakan pemilihan partinya, mereka berjaya melaksanakan dengan lebih bertamadun dan lebih berintegriti mulia. Integriti setiap ahlinya dan sistem pelaksanaannya tenang sepanjang setiap kali proses pemilihannya menunjukkan UMNO adalah lebih berpengalaman dan cukup disegani jika dibandingkan dengan parti PKR dan pakatan pembangkang yang semuanya hanya menunjukkan sikap gila kuasa dan tidak berakhlak mulia. Kalau dahulu PKR suka mengata dan memfitnah kononnya UMNO adalah parti yang tidak mempunyai integriti tetapi pada hari secara sendirinya ia telah terbukti bahawa ianya adalah berbeza sama sekali dengan apa yang diwar-warkan. Saya dapat merasakan UMNO telah berjaya mendidik anak bangsa supaya bersikap lebih bertamadun dan lebih berintegriti dari parti yang ada dalam negara ini.
Bayangkan sekiranya setiap dari rakyat kita berfikiran mementingkan kuasa dari memikirkan soal pembangunan bersama, apa akan jadi pada negara?. Saya berharap saudara-saudari yang ada diluar sana dapat menilai dengan baik dan membezakannya secara adil tanpa memikirkan soal kepartian. Sekiranya kita hendak memilih buah pastikan isinya cantik dilihat dan manis dirasa. Saya terdetik untuk berkongsi pandangan kerana begitu teruja dengan penilaian saya sendiri dan saya ucapkan terima kasih kepada UMNO kerana telah berjaya mendidik anak bangsa yang berhati mulia. Malahan dalam 8 cabang utama konsep 1Malaysia juga salah satunya termaktub integriti. Terima kasih juga kepada UMNO Cawangan Bukit Ampang sekiranya menyiarkan penulisan ikhlas saya ini.
Sekian Terima Kasih.
-rakyat biasa
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan